Tuesday, March 31, 2009
Awak buat saya pening la sayang!! @_@
adik-adik sila jangan contohi kakak emy tu ye..eh,eh..kakak hana la yg utama.lupe plak nak masukkan nama dia.(eh, kenapa tulisan kecik pulak ni?) :p
okey, point utamanye nak highlight kat sini,
PENAT LAH!!!!
Tolong la bagi aku buat benda lain selain math bole tak? Penat la wat math..
Bagi la kerja baca novel sidney sheldon ke, john grisham ke, denielle steel ke, jk rowling ke, stephenie meyer ke, etc2 nak la haku..bukan takat nak je. akan ku siapkan tugasan itu dengan penuh komitmen, dedikasi, mamakasi apa sumer lah..
Kalau nak bagi kerja buat movie marathon 7 hari 7 malam pon siyes aku tak kesah...akan ku habiskan movie2 yang ade dalam external hd aku ni dengan jayanya..hohoho*sambil cekak pinggang ala2 superhero*
Oh ye, kalau nak gantikan kerja math dengan kerja kedua paling berat dalam donia iaitu update blog setiap 3 jam pon aku sanggup..(pertama paling berat tentula wat math) bolehhhhh, xde masalahhhh. mungkin pembaca jela yang ada masalah bila aku da mula merapu meraban.. membebel.. mengilai.. mengawan...eh eh yg last tu bukan..hehe
tapi, tolong lah bukan math...TOLONGG!!!
t a k s u k a . t a k s u k a . s a s u k a . eh pelat lak. . .
tak suka tahap kalau ada org jual tonik/ubat yg akan wat aku suka math pon aku tanak minum. hahahhaha. pedulik ah. tanak suka jugak. ;p
Pesanan penaja : DR Omar, ampunkan saya kerana telah membuat kenyataan tidak rasmi di atas.. i would be grateful if u could give me an A for this subject.VERY GRATEFUL indeed.. :) I hope you will kindly consider and KEEP considering until u decided to give me an A..Thank you for your generosity. hihik.. (ko bajet dia bace la blog usang ko nih? ko bajet kalo dia tersesat dan tak sengaja terbaca pon dia nak bagi ko A la even assignment 6 minggu tu ko wat satu malam je??)
hananeechan : yesszzaa. absolutely.yakin boleh. hikhik. :D
Sunday, March 29, 2009
Bumi ku, Bumi mu jua~
Ok la, sebenarnya takde la busy mane pon. terpaksa purak-purak bz sebab isnin ni saya ada exam network security. di kala kawan2 lain sibuk membenamkan diri dengan nota, saya pulak sibuk2 update blog, ape hal kan? hehe.. jadi anggap jela konon2 saya busy dengan study,walaupun hakikatnya takdela bz mane pon. *wink*
Semalam earth hour di UM agak meriah. meriah disini bermakna gelap gelita lah. siap lampu jalan yg tak utama pon dia tutup tau..kolej pon sama..walaupun ade gakla beberapa bilik yang tak peduli dengan global warming di bumi ni kan. yang tu terpulang lah.
tapi kalau tengok status ym ke, status facebook ke, ada jugak beberapa pihak yang tidak menyokong earth hour ni. siap ada yang cakap, aku bayar bil, sukahati aku la nak bukak.
ok fine. buat la apa yang kau suka. takde sape nak larang.
just aku terfikir lah, betapa tak supportive nyer mereka2 ini. tak sporting langsung.
okey la, kalau ada yang cakap taknak support sbb ada campurtangan yahudi..
eh hello, bukan dalam islam pon ade cakap ke, kita dengar nasihat bukan dari SIAPA yang bercakap tapi dari APA yang dicakapkan...nak bantu bumi ni je. benda betul,kan? pemanasan global ape sume nih dah makin menjadi-jadi. Dan bukan dalam Islam pon ade suruh jaga alam sekitar ke?? jaga semua ciptaan Tuhan ni. ntah lah. apa yang diorang fikir pon aku tak faham.
Lagipun, setiap amalan kan diukur dengan niat. niat la nak bantu pulihkan bumi ni, bukannya niat nak sokong yahudi ke apa.. ok bos?
Ni tak..siap ada yang kaitkan dengan Amish la ape la..haih...nak tutup lampu 1 jam pon so damn kecoh meh? kalau nak bantah, g la bantah benda lain yang memang terang lagi bersuluh tak betul nya..valentine's day ke, clubbing ke. ini benda camni pon nak bantah. haih. tak paham aku.
ada gak lagi manusia yang taknak sokong sebab takut pencuri.. yang ni pun aku tak faham.
kalau malam-malam time kau tidur, mesti kau tutup lampu kan? yang tu kau tak takut pulak? tengah tidur pulak tu. ini time kau tengah berjaga pulak yang kau takut. ala, bukannyer nak suh tutup bergelap sampai jalan pon langgar dinding.takk.. bukak mana yang perlu jelah. kalau selama ni rumah kau bukak 10 lampu 1 malam, apa salahnya kau bukak 3 je ke..ikut keperluan. pintu pon kunci la. bole kak? tahun depan kita sporting2 sket support yeh..
lampu2 kat midvalley tu pon tutup gak yang utama. tinggal lampu sikit2 jek. suram je. ha, diorang lagi la takut barang diorang kena curik. tapi support jugak tau..
kat luar midvalley, kat jalan-jalan raya. diorang tak tutup lampu. nanti bahaya pulak kan.
tapi aku tgk bangunan pejabat, flat, rumah ape sume banyak yang gelap..
tapi kalau kat taman-taman tu aku sokong la dia bukak lampu. kang ada pulak orang amik kesempatan kat taman gelap tu kan..bahaya. so, tempat2 yang patut bukak, biarkan la bukak.
macam dalam lrt, kereta atas jalan raya... jgn la tutup pulak..pandai2 pikir la kan
pesanan penaja : marilah kita bersama-sama menjaga alam sekitar, jaga bumi tempat tinggal kita ni, jaga manusia, jaga haiwan.. just let earth be a better place..ok? ape? taknak??? taknak sudaaa~
Thursday, March 26, 2009
Tarik nafas panjang2. Entry ni busuk..
Cuba bayangkan, lorong floor saya ni...Tak boleh bayang? ala lebih kurang macam gua la. yang bezanya, mulut gua tu ternganga. tapi mulut floor saya ni tertutup. *eyh pelik lak guna perkataan mulut. ok lah. mulut=pintu* Yela,takde ruang pengudaraan langsung..nak harapkan pintu kat hujung floor yang sentiasa tertutup tu? harapkan pagar, pagar mmg la tak bole diharap..
Bila udara dah terkumpul, bau-bau yang kurang menyenangkan akan mudah la terjadi. Macam mana terjadi?
Mai sini nak habaq.
KALAU DAH KASUT SUKAN YANG DAH BASAH DENGAN PELUH+HAPAK+KAKI CEKAM+STOKIN BERKEPAM APA SEMUA TU KAU BIARKAN JE KAT SITU, OF COZ LA SATU LORONG FLOOR NI BERBAU KEPAM YE CIK ADIK..
gila busuk tak tahan..
fyi, saya mempunyai kelebihan deria hidung yang amat sensitif dengan bau ye.
kadang2 tu jarak 100meter lagi saya dah boleh bau perfume kau pakai.*cewah.tipu*
ok, itu tak penting, tapi nak bagitau nyer kat sini, deria bau saya cepatla mengesan sebarang bau yang kurang menyenangkan ini..
kadang-kadang geram pon ada jugak..yela, siapa tak geram kalau kau baru balik makan sedap-sedap, perut tengah kenyang senang hati tu tetiba bila bukak je pintu floor, hambik kau..bau...peh! macam lori sampah lalu depan kau dan berhenti semata-mata nak bagi kau bau. haih.. yela, bukan sorang, okeyyy..ada la dalam 2-3 orang yang menyumbangkan bau. mana boleh tahan babe!
aku rasa macam nak hadiahkan satu set alat pencuci lengkap, termasuk sabun basuh, softlan dan berus kat dia..kot2 la dah takde duit nak beli sabun..ok tak? kasar tak agak2 cara tu?
hurmmm....
eh, tapi on 2nd thought, kenapa tak aku pergi sembur je febreze kat kasut n stokin dia kan? hilang gak la bau sehari dua..hurmm..macam boleh dipraktikkan je.
kalau agak2 ada dengar orang report kasut dia basah disembur air misteri berbau wangi tu, korang diam-diam jelah ye. anggap aku tak pernah tulis pasal ni.
--------------------------------------------------------------------
Lagi pasal kisah bau...
Tapi kejadian ni berlaku di amcorp mall di sebuah restoran yang perlu dirahsiakan namanya..
*taknak la rosakkan bisnes orang*
Dah lame da ni.beberapa minggu yang lalu.
Dari luar nampak macam grand, macam lazat, macam enak..jadi, saya dan lyla pon masukla restoran tu..(eh.kejap.banyak pulak la kan nama lyla dalam blog ni.kena bagi royalti nih.haha)
Saya yang masuk dulu, dan decide nak duk kat dalam, tapi tiba-tiba saya terbau satu aroma yang tak dapat digambarkan macam mana saya nak makan kalau ditemani oleh bau itu.mesti terseksa.
saya pandang lyla. lyla faham dengan pandangan saya tu. *kami guna telepati je*
H : busuknya bau kat sini. bau tak?
L : bau. jom2 makan kat luar.
hanya dengan mengomel dalam hati, kami pon memilih tempat yang di luar.
makanan dia ok.serius ok..tak percaya? saya ada bukti bergambar. jap nak selongkar folder.
Ha, ok kan?? tapi tak paham kenapa kat bahagian dalam sikit tu bau dia busuk camtu. macam bau karpet basah pon ade. ok lah. makan-makan-gossip-gossip-sms-sms-minum-minum, kita telah sampai ke penghujung rancangan...
saya pun pergila kat kaunter cashier tu nak bayar. sekali, bau kat kaunter tu punyalah kuat.
saya pandang lyla. lyla faham maksud pandangan saya itu. sesi telepati berjalan sekali lagi.
H : busuk gile kat kaunter ni.
L : tau. ok tak tu?
H : tak okey. nak muntah. (memang time tu saya da nak muntah tau tak.makanan dah naik sampai anak tekak da, nak keluar balik)
L : u keluar la. bia i amik balance n resit.
(dialog diatas tak berlaku ye. gilak kejam nak kutuk depan2 camtu kan)
tapi memang cik lyla yang gantikan saya tunggu kat kaunter tu. nasib baik. kalau tak, pekerja restoran tu dapat extra kerja la sebab nak kena cuci apa yang saya keluarkan dari tekak. haha.
pompuan yang jaga kaunter tu sikit punya cun, tapi rilek je dia ngan bau tu. saya PELIK gila, ok..
camana lah dia boleh tahan bau tu. bagus bagus. eh, ke itu bau dia? ahahaha. haishh. ape nih tuduh-tuduh org.tak baik.mak tak ajar pon wat macam tu..*memang la tak ajar, masalahnyer, belajar sendiri..T__T*
kesimpulannya, restoran ini mungkin tidak akan dikunjungi lagi biarpun tengah lapar gile..tapi akan dipertimbangkan kalau ada org nak belanja. :p
Pesanan penaja : bukan bau busuk je saya peka. wangi pon same. dan bau yang saya sangat peka adalah bau perfume lelaki. kalau ada lelaki wangi lalu, saya akan toleh, biarlah lelaki tu muka macam tak siap pon..haha.dasar gateyy *mintak ampun pacikbesaa* hahah. takpe, dia dah tau tabiat buruk namampos saya ni..kenapa perempuan tak seswai guna perfume lelaki ek? saya sukeee~
eh, tapi xdela sampai boleh tau perfume jenama apa dia pakai. gila power hidung saya kalau boleh tau setiap jenis perfume..haha
Tuesday, March 24, 2009
Satu malam yang tak berapa nak dingin...
Kejadian berkameragedik ini berlaku di perkarangan DTC (Dewan Tunku Canselor)..
Disebabkan kitorang DATANG bagi sokongan, tengok2 diorang pon menang la..ahahahha..dapat no 4..Congratss ye korangssss~
[gambar blurr.klik untuk nampak lagi blurr..=p]
Lepas da balik dari DTC, lepas da melantak kat mapley, kitorang pon balik laa..Lyla parking kat depan gate kolej. Tapi nampaknya, malang tidak berbau belacan. Kereta lyla telah dilanggar oleh international students dari Somalia. Dalam kol 1.30 pagi. Memula dengar orang cakap, sebab mereka drunk. tapi bila kitorang tanya, apa yang berlaku..dia pon cerita la...
Jadi kawan-kawan...
Monday, March 23, 2009
Mujhse Dhosti Karoge!
Pening tengok friends ramai sangat.
Memangla orang selalu cakap,
berkawan biar seribu. berkasih biar berpuluh, ber-sparepart biar berbelas, berkawin biar 2-3 orang..err..boleh ke camtu?? haha..
tak.tak..
berkawan biar seribu, berkasih biar seorang..
ni baru betul ye adik2..jangan ikut yang atas tu.
masalahnya, cuba tengok kawan kat friendster saya ada berapa??
dah 1225 dah..da lebih seribu..
maknanya saya dah langgar peraturan la ekk??
dia kata berkawan biar seribu??
hahaha..
ok, tu bukan point yang saya nak cakap.
masalah saya ialah, rimas plak tengok kawan da ramai sangat.
kalau sume saya kenal takpe..
ni masalah nye lebih ramai tak kenal dari yang kenal.
sama la macam friends kat facebook saya.
dah 900 lebih da..
hurm..bukan saya tak penah cuba ignore mane2 friend request yang tak dikenali tu..banyak kali da tau. tapi ada gak yang add jugak lagi skali walaupun saya ignore. so bila da 2-3 kali ignore2, malas da nak wat camtu. accept jela..biar puas hati mereka.
kesannya : saya terpaksa tengok update profile mereka yang ntah sape2 tu..boring..
yela..kalau kenal, best gak la tgk diorang punya updates kan..ni tak..bosan.
dah la facebook yang baru ni cam tak best plak tengok. lain macam je.
tapi yela..salah saya gak. wat profile private. bila org nak tgk, diorg add..pastu lepas da tgk da la..takde la nak ckp thanks ke apa. camtu je kan..
habis madu sepah dibuang..
erk..cam tak seswai je.haha..lantak la.
tapi saya still suka guna benda2 ni sbb saya dapat tau updates2 tentang kengkawan saya. *gila busy body minah ni*
korang jgn salah anggap lak entry ni..nanti ade plak la yg cakap
"eleh baru seribu lebih, aku lagi banyak.."
takpun..
"baru byk tu pon nak kecoh..bajet bagus aa tuh"
tak...bukan nak banding ngan sape2..
aku tau, kalau artis tu lagi aa banyak. riban2..
aku just rimas je..
bukan jugak nak jadi kera sumbang ke apa..
sape la suka kalau dipanggil kera kan.hehe..
ok lah..panjang lak saya membebel pada benda yang sekecil ini.
----------------------------------------------------------------
malasnya nak g kuliah...
T_T
virus malas ni kuat betul lah.
anti virus apa agaknya yang cukup power, leh guna nak buang virus ni ek??
pesanan penaja : sape tak paham maksud title kat atas tu? maksudnya : Will u be my friend.
Eh..macam tak kena lak tajuk tu ngan entry ni kan?
*macam la selama ni tajuk saya seswai ngan entry.selalunya merepek gak..*
hahaha *gelak ayu*
Saturday, March 21, 2009
Maaf. Entry ini berbaur emosional.
Friday, March 20, 2009
Kami hot..kami cool~
Jadi, disini izinkan saya memaparkan bukti-bukti bergambar sebelum meneruskan hujah-hujah saya yang seterusnya.
click picture
Gambar dibawah mengandungi objek bernama arip.
Jadi saya nak namakan gambar ni sebagai,
"Arip dimana-mana"
Gambar seterusnya mengandungi watak-watak penuh kontroversi sehingga muka-muka mereka perlu disorokkan dengan topeng.
K.A.M.I. versi black @ red.
Bukti tambahan :
Gambar di bawah pula mengandungi "gambar panas hana" bersama rakan-rakannya.
Sila cuba untuk tidak mengantuk.
Sesi penggulungan :
-Makanan ok. Kenyang.
-Konsert Bunkface ok. Happening.
-Sesi bergambar ok. Banyak gile punya OK.
-Kemeriahan ok. Sangat meriah terutamanya dikalangan budak2 fsktm.
-Hadiah tak ok. Saya tak dapat langsung, so saya anggap tak ok. Tambah2 time hadiah henpon tu. Sangat tak OK ye.
-Pengalaman pahit?? Semasa turun lif. sangat spooky ok lif tu..dah la malam jumaat.hahahha~
-Keseluruhan : ENJOY!!
Thursday, March 19, 2009
Oh wanita..
if a guy ask a woman to go out for a drink..
see the difference??
*bukan sume laki cmni, bukan sume pompuan cmtu.but, usually la..*
Sorry 4 being complicated.
Blame the PMS. *asal emo jek nak blame pms, asal pms je nak kena emo2.penat la.*
Serious. memang time2 macam tu perempuan cepat emo, cepat sedih, cepat terharu, cepat nangis, cepat melenting, cepat siap assignment, eh tak tak..
dah memang lumrah nak wat camana kan. aku ngaku aku camtu sampai kesian kat manusia-manusia yang terbabit bila kena tempias. tapi nak wat camana? ada ubat yang boleh kurangkan emo ke?? takkan nak makan ubat anti-depression kot. adoyaii.
untuk yang lelaki, try la faham gf/ kawan perempuan korang walaupun aku tau memang susah.
yang pompuan lak, try la control walaupun aku tau MEMANG SUSAH. it just happen naturally.
tapi try jelah kan. at least ada gak cuba..
kalau agak2 dah start emo tu, cuba wat menda lain yang leh happykan diri sendiri.
contoh :
-tengok movie. tak kisah la kat luar ke kat laptop. tgk la citer yg kelakar2 sikit. gelak sampai nangis.. =p
-main game. main game yang senang menang. bila menang happy sikit. jgn la main game yg susah2. kang makin emo plak bile kalah. heh.
-shopping. kalau ade duit la. kalo takde, xpayah kua. nanti kalau window shopping, ada barang berkenan, duit lak takde, sakit ati plak kan..
-study? errr. tak2.. next
-baca komik / novel. peminat komik atau novel cam aku ni seswai la. kalau tak minat baca, magazine pon ok..
-hang out dengan kawan pompuan. enjoy. have fun. gossip2 pon ok. kadang2 ada gak pompuan yang bila gossip2, dia lupa terus emo2 dia.
-makan..erm..tak yakin la leh kurangkan emo ke tak. risau makan, tapi tak hilang emo, makan tak henti2 lak. next!
-tidur. selalunya bila bangun tidur tu, macam da waras sikit da. emo pon dah menyerap bawah tilam da..
-tapi paling mujarab, zikir la (ehem.ni nasihat untuk diri sendiri gak ni.heheheh) yela, tak leh semayang, tak ngaji, zikir jela kan.. :D biar setan2 tu lari. ni tak, asyik kipas2 bagi lagi panas je.
pesanan penaja : Kalau tak jadi gak, marah jela sape2. nasib la kan. dah cuba sehabis baik. hahahahha
Wednesday, March 18, 2009
Aku hairan bila...
spahic omer --> aku tak pasti ape maksud nih. pelik. aku pon try la search. *sebok je nak tau* nama org rupanya. penulis mungkin. tapi yang peliknya, bila masa pulak aku ada tulis perkataan tu?????
gambar ironman langkawi 2009 --> maaf dik. akak takde gambar ironman bercuti kat langkawi. gambar iron pon takde. apa kata try website ironman je terus. *ni mesti sebab ada entry yuslymin kat page aku bertajuk ironman langkawi*
dinosour --> saya lah t-rex versi remix. hiyarghhhh....takot tak? takot tak? aku ada sebut dinasour eh dalam blog? nenek da lupa.
gambar panas hana --> OMG!! hana mana yang kamu cari ni? hana elite? julia hana? hana yori dango?? hananeechan?? oh no! saya tak tangkap gambar panas ye, sebab bila panas, berpeluh-peluh kan. selekeh. so, takde gamba panas disini. maaf ye. =p
biro tatanegara d'village --> ouh saya pernah kursus btn kat sini, d'village ayer keroh melaka, kan? ha...selamat berkursus ye..
hot spicy = lemak berkrim --> adakah encik ni mencari makanan yang panas pedas dan tinggi kandungan lemak? sila pergi ke gerai sebelah. maseh...
watcmen movie reviews --> kesian la kat sape yang cari review ni. sebab mesti dia baca review saya yang ntah hape2 tu lantas berkata : budak ni buta movie. citer best dia ckp tak best. mengong. T_T
cium --> o_O ape kes ni dik..nak wat research pasal cium ke? mesti dia kecewa lepas baca entry aku yang pasal cium tu kan? hehehehhe...tak lucah langsung.
baju dinner --> cari baju dinner ye? pakai tshirt ngan jeans sudeyy..
baju dinner tema merah emas --> ala, apa susah. pakai baju merah, pastu tunjuk gigi emas. siapp..
cium tapak kaki --> erkk!! kenapakah?? kenapa mesti tapak kaki? kenapa tak tapak sulaiman ke, setapak ker, bertapak-tapak ke???
hadiah bf --> cari hadiah untuk bf ye? ala, bagi je pakej kapel selama 2 tahun. lepas 2 tahun bagi la baucer bertunang 1 tahun lak. hehehhe..
setapak kaki melangkah pgl --> hehe..ayat jiwang dalam teater PGL tu yg ko cari ek? nak bagi kat awek ke? bagi la 3 tapak ke, 5 tapak ke, banyak sikit.
kancil turbo --> peh. kancil turbo si hairul jugak yang glamer org cari ye..cari la scooter turbo ke, sian moto aku xde sape cari..
proton exora surat tak puas hati--> ni mesti pasal pemenang yang bagi nama proton tu ek. dah takdo rezki kau tu jah. kau trimo jelah..camno nak buek dah namo kau pilih x sedap jah..
wakil um untuk masum--> fuuyo, nak wakil permainan ape ni bro? saya wakil kolej je, tak wakil um pon. wakil kolej pon kalah memanjang. tsk. T_T
8thplorace 2009 teruk--> what the faculty..???? ni kalo dak2 8thplorace baca mesti bengang. haha. weh, aku xde tulis pon pape pasal 8thplorace, ape lagi nak ckp teruk.. sumpah aku tak bersalah. sape ntah yang google neh.
pesanan penaja : lain kali kalau nak google, guna la perkataan yang sesuai supaya tak tersesat kat blog aku yang tak berapa nak ada informasi ni.
Tuesday, March 17, 2009
Gemok + Gebu = Comel gilerr~
Hai. Saya panda. saya gemok, muncit dan comel.
nape sume tgk ni? malu laa..
alamakk!! dah nampak muka saya! tidaaaakk..
senaman tai chi d pagi hari...
Pesanan Penaja : super duper kawaiii kan? kan? ee..geram. geram.. panda ni mcm pakai cardigan hitam je. heheheh...
Sunday, March 15, 2009
Bukan malas. Kurang rajin je.
Thursday, March 12, 2009
Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa pada 12 haribulan 3 tahun 2009, cik hananeechan akan pulang ke kampung halaman yang terchenta. Setelah 2 bulan bertapa di kolej dengan jayanya, maka dengan ini saya berharap kepulangan saya nanti akan disambut dengan karpet merah, kompang dan kenduri besar-besaran.
Saya harus pulang kerana bonda tercinta saya telah memerintahkan agar saya pulang dengan kadar segera. (take note : memerintahkan=WAJIB) Adakah kerana ingin menikahkan saya dengan hero remaja? oh tidaaaaaakk..
Beliau merasa gusar akan sakit-sakit yang saya alami sehinggakan beliau ingin membawa saya berjumpa bomoh..eh eh..salah maklumat..Maaf.. Beliau hanya ingin melihat wajah saya yang sakit lantas memberi ceramah selama 2 jam tentang penjagaan kesihatan.
Tapi saya rasa itu hanyalah alasan semata-mata. Beliau sebenarnya rindukan anak kesayangannya ini..*adik2 ku.. sila jeles kerana kakakmu ini mendapat perhatian yang lebih*
hahahahahaha (gelak anggun)
maka dengan ini, saya akan berangkat selepas habis kelas iaitu jam 6 petang.
*damn! kelas full plak*
dan saya terpaksa dengan berat hatinya ponteng kelas malam, iaitu kelas network security.
(take note : BERAT HATI)
*ampunkan saya encik!! saya mmg sengaja*
my beloved mother..
xsaba nyer nak balikk~
nak manje2..
;)
oh, sila rindukan saya ye pacikbesa... =p
pesanan penaja: maaf, blog tidak akan di update sebab malas on9 kat rumah.
Wednesday, March 11, 2009
Bukan Penagih Dadah
tapi yang paling MEMBENCIKAN adalah ubat kali ini dipenuhi dengan dadah yang membuatkan saya mamai dan macam tak jejak bumi. mengantuk macam tak tido 2 hari.
kesan : malas nak makan ubat. haha
kalau makan, malas nak buat kerja. asyik ngantuk je.
Mana 1 lagi bagus?
a)makan ubat dan kerja tak siap
b)kerja siap dan x mengantuk tapi sakit?
c)semua di atas
d)tiada satu pun yang di atas
pesanan penaja :bagi ubat yang tak mengantuk tak boleh ke?
Monday, March 9, 2009
Petua nenek!
Saya telah membuang masa dengan jayanya.bravo!
Kat sini saya nak bagi tips-tips untuk menghilangkan bosan kat hostel. try at your own risk. Penulis tidak bertanggungjawab.
5 Tips Hilangkan BOSAN di Asrama
1) kalau bosan taktau nak buat apa, apa kata korang try pura-pura mati. cakap kat rumate, "aku mintak maaf kalau ade salah silap" *nada sayu* pastu ko bantai tido sampai rumate ko risau. "hidup lagi ke tak dia nih?" time tido mestila x rase bosan. mungkin akan rasa lapar je la.
2) kalau bosan duk dalam bilik, asyik tengok muka rumate jek, apakata korang bukak pintu bilik luas-luas, berdiri depan bilik, tiap-tiap kali orang lalu lalang, tegur la diorang.
xde idea? ala..tegur je..
Contoh:
a)Amboi, lawanya cik jah..nak pergi dating ea..nak ikut!
b)Hai..harini kedai kami ada buat promosi, beli 1 free 2. jemputla masuk.*sambil tarik tgn dia*
c)Eyh, nak g tandas ke? tandas tu tengah renovate, sila pergi tandas tingkat atas ye.maseh.
3) Kalau agak-agak dah bosan sampai nak gila tu, boleh jugak kalau nak try yang ni. berdiri depan pintu masuk tandas. tiap-tiap kali ada orang nak masuk tandas, cakap:
Selamat datang..nak mandi ke, nak berak ke nak kencing? sume 20 sen ye.
dan tiap-tiap kali orang keluar toilet, cakap la..Terima kasih.sila datang lagi.
4) Cara yang ni tak berapa digalakkan. Props yang diperlukan hanyalah botol mineral kosong dan baldi. Lari dari hujung blok ke hujung sebelah sana, sambil mengetuk botol di sebelah bawah baldi. Kalau nak lagi dramatik, jerit : Api..Api..
5) ketuk pintu mana-mana bilik di floor anda. bila ada orang bukak, salam tangan dia..
"assalamualaikum..hai..saya datang ni nak beraya..tanak jemput saya masuk ke??"
dan anda lepak lah dibilik nya, sambil makan dan minum biskut kering dan air teh kepunyaan tuan bilik.
pesanan penaja: Selamat Mencuba!
Salam Maulidur Rasul..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
سمڤنا سمبوتن مولد الرسول ني، ساي نق منوليس دالم توليسن جاوي.
بوليه باچ تق ني؟
ماريله كيت ممڤرباڽقكن صلوات كاتس نبي جونجوڠن كيت، نبي محمد.
كالاو نق ممڤرباڽقكن عباده تو لاڬي باڬوس.
=)
Saturday, March 7, 2009
Hey kau perampok durjana!
aku dengar budak yang kene rompak tu trauma dan balik kampung terus..
kesian betol. aku yang takde kena mengena dengan rompakan ni pun trauma kot!
yela, kalau da dengar ade laki bawak pisau masuk tengah2 malam, korang tak takut ke?
giler scary..buatnya kena tikam ke, kena hiris ke, omg!! *dah2 jgn pikir bukan2*
dah la macam2 versi yang aku dengar pasal rompakan ni..
1st version : budak pompuan ni pergi toilet kol 3 pagi. ada laki tunggu kat toilet dan rompak segala rantai cincin gelang semua..tapi apa yang aku musykil kat sini, kalau la betul dia tunggu kat toilet, memang bodo la. sebab andaikata la kebetulan, orang yang pergi toilet tu tak pakai sebarang barang kemas, ha, apa yang dia nak rampok?? takkan la dia nak suh budak tu balik bilik amik brg berharga kan..sbb kalo balik bilik, of coz la dia kunci pintu, tak keluar2 dah.
2nd version : budak pompuan ni g toilet kol 3 pagi, tak kunci pintu. perampok tu masuk lam bilik, rampok apa yang patut, pastu dia rampok budak yang gi toilet tu pulak.amik segala barang kemas. hurmm..yang ni macam logik sikit.
kesannya pada aku dan keluarga..eh eh..tak..aku je:
aku dah jadi takut untuk pergi ke toilet tengah2 malam. sebelum ni aku tak penah takut. ya, aku sangat berani *cekak pinggang ala2 superhero* . toilet sebelah bilik aku jer kot! nak takut ape kan?
tapi, malam tadi, aku nak g toilet pukul 4 pagi. aku lom tidur lagi waktu ni. yang kelakarnya, bila aku bukak je pintu bilik, aku intai dan toleh kiri kanan *ala2 org nak melintas jalan tu* sambil pasang telinga, kot2 la ada dengar bunyi apa2. sila jangan bayangkan memek muka aku time tu. siyes kelaka sebab cuak tak pasal2.
pastu aku keluar senyap-senyap macam pencuri, kunci pintu bilik sebab takut ade org masuk dan tunggu dalam bilik. pastu jalan mcm pencuri gak g toilet. *boleh gak kalau nak wat sound effect pink panther tu. tereng, tereng, tereng tereng tereng tereng tereeeeenggg...terererereng*
sebelum masuk toilet, aku intai dulu. risau ada orang. serious sh*t rase mcm org bodoh.toilet je kot! tapi apa boleh buat..perasaan takut mengatasi segalanya. time cuci muka pon tengok je cermin risau ada sape2 muncul dari belakang. bayangkan la, cuci muka dengan sabun, tapi tak berani tutup mata sebab takut. tak pasal2 je mata aku pedih kena sabun. padan muka aku.
sebelum keluar toilet pon, intai dulu kiri kanan, kot2 ada orang. bila tengok line clear je, aku pon jalan laju-laju, bukak kunci bilik, masuk dan tutup pintu cepat-cepat. bila dah selamat dalam bilik, aku mengeluh lega..bengong. gaya macam ada org kejar je kan?? padehal takde pon. tapi tu la. trauma. agak2 budak yang kena rompak tu mesti 17x lagi takut daripada aku..huhu~
takutnyeeerrr~ yela, bayangkan kalo pisau tu ade kat leher..peh! mau menangis aku kat situ jgk.
oh ye. lupa pulak. aku siap tanggal rantai emas yang aku pakai ni sebab takut ade perampok kat toilet sedang menunggu. hahahah. *jom gelak* nampak kan camana takutnyer aku sampai tahap itu. sigh~
untuk kawan-kawan pompuan, jom baca blog penyokong robot ni. ade ajar tips2 berguna bila berhadapan dengan perampok durjana..
pesanan penaja : kenapa perompak2 ni tak kena tangkap ea? bukan ada cctv ke kat kolej aku?
kepada perampok : apasal la ko asyik aim blok pompuan je?? kalo ko anak jantan, g la rampok blok laki. hahaha..ko takut kena belasah kan? ceh. pengecut.
Watcmen Movie Review
It's now showing in the theatres. i watched it last night.
it wasn't my choice to watch it though..because i've never heard of watchmen before.*sue me*
but now i know that this movie is based on a graphic novel.
so, for all the watchmen fans out there, u should watch this movie and give a better review than mine coz i'm going to give this movie only 4/10.
This is from the perspective of someone who doesn't read Watchmen graphic novel.
Well, i don't expect anything from the movie coz i don't know ANYTHING about it.
i just sit there n hoping that the movie will impress me. unlike batman or spiderman, which i already knew the background of the story, watchmen is just freaking new for me.
The main characters are The Comedian, Doctor Manhattan, Nite Owl, Ozymandias, Rorschach, and Silk Spectre.
1) This movie has so many flashbacks which help me to understand a little.but sometimes it made me confuse.
2) Too many talkings.bla.bla.bla. boring..arghhh~ (i was hoping for more actions)
3) i don't understand most part of the movie. why the death of The Comedian would make such a mess and all the other superheroes took it as a big problem?who the hell is he? from the flashbacks, i think i only see the bad side of The Comedian. so, why his death would be that important?
ok, forgive me for not reading the book, but the movie doesn't state anything like "read the book before watching" or "to be watched by Watchmen fans only".
4) why the government hates the superhero so much? they even set up a murder case to catch Rorschach. but i like Rorschach's cool mask. no wonder he cared for it so much and can't afford to lose it. he keep calling it "my face".
5) I don't understand why Ozymandias or Adrian Veidt plan the destruction. and why suddenly he is more good at fighting than the other superheroes? he easily beat up Rorschach and Dan Dreiberg, the nite owl.
6) Doctor Manhattan can go to Mars?? oh, come on~ Laurie can go too..and i dont't know what is the golden machine for? why Mars??
7) this movie is moving so slow, it makes me sick..
8) but the most unforgivable part of the movie is the duration. i was so damn pissed off n keep looking at the time. they are several parts of the movie which is good enough to be the ending, but the movie keep moving to the next scene. everytime i thought that it is already the end of the movie, i'm dissapointed. coz it's not. we are brought to the next scene.
2 hours and 43 minutes???wtf. sorry to say that this movie is nothing like "the dark knight" which held me tight at the seat from the beginning till the end, i hardly notice the duration.
there are a lot of people going in and out of the hall. why? it's freaking long! so, whoever wants to watch this movie, make sure u have enough clothing, already went to the toilet and have some refreshments.
sorry fans. this is only a crappy review of a non-reader of the Watchmen. u want a better ratings instead of 4/10. read the graphic novel.
Friday, March 6, 2009
Cium??? Kiss??!!!
Apa yang akan kamu lakukan bila pensyarah kamu yang berlainan jantina bercakap macam ni pada kamu??
"Eee awak ni.. Kalau boleh cium da lama saya cium!"
o_O
Reaksi:
*Speechless.Terdiam.Kelu.Xpercaya.Xmungkin.Salah dengar kot.*
Pesanan penaja : Andaikata la jwb mcm ni --->"Kalo cium leh dpt A ke?"
Agak2 ape pensyarah tu balas?? =p
muahahaahahha.mengong nk jwb cmtu.giler murah!
Wednesday, March 4, 2009
Mission impossible
Semua kelas batal hari ni. Sangat sedih. Xsuka xde kelas. Saya suka MATH!!!
*sila pengsan*
ok..taknak dapat dosa menipu. Status kat YM ----> "Class Cancelled.ho yeah~"
Sebagai seorang yg benci matematik, benci nombor, benci cerita Numbers gak sebab guna nombor *giler over* saya amatlah gembira bila mendapat berita bahawa kelas batal. Syurga! (baca: Heaven!)
Bukan salah lecturer saya xpndai mengajar, dia ajar ok je..Juga bukan salah saya, malas belajar..Saya tekun je dgr lecture!
(take note: TEKUN)
tapi, *sambil makan kek coklat/ muffin yg dibeli di cafe fakulti + minum air kotak:milo*
Ok ape, saya tak tidur..tekun la tu kan?...dgr je ape dia ajar. Tapi classmate saya, Dzul (baca:Dezul) *jgn mara aa.haha* dia cakap kat saya.. "hang ingat ni wayang ka? boleh tengok sambil makan popcorn??"
ala dzul ni..lek aa..kalau nak, mintak je..jgn malu2. aku bagi "popcorn" aku ckit. heheheheh~
Warning : penulis tidak berniat mempengaruhi mana2 pihak untuk 'berkelah' di dalam kelas. Sbb terang2 ada ditampalkan simbol dilarang makan dalam kelas.
Tapi mmg best woo mkn dalam kelas. dijamin x mengantuk. x percaya, cuba la! kalau nak lagi beradab, offer la lecturer kamu skali..ngeee~
-------------------------------------------------------------
Dinner Kolej Part 1
Kolej ada buat dinner..Semua orang dah start sibuk2 cari baju.
Tema : Black.Red & Masquerade.
Susah la nak cari baju. niat di hati malas nak beli sebab baru lepas melayang RM800 lebih.
Dah la sejak dua menjak tiga menjak ni, asyik nampak orang pakai baju merah hitam lawa2 je..
dalam hati bersuara "ramainyer orang ada baju warna ni..nape aku je xde?? aku pinjam je karang, haa..xpasal je."
Sesi Dialog *Misi : Mintak sponsor*
Saya : Nak kena beli baju dinner la..*nada manje+ngade2*
Mak saya: Dinner lagi? bukan aritu baru dinner ke? *dia maksudkan dinner kami tahun lepas*
Saya : Tu tahun lepas..ni tahun ni punye.
Mak saya : Tak payah pegi la..Baju tahun lepas tu pon da xpkai da kan??
Saya : UhuK!! Rugi la tak g..sebab kolej da masukkn bayaran dinner ni dlm yuran..*masih ngade2*
Mak saya : Pakai jela apa yg ada..
Saya : Mana penah beli baju warna merah hitam selain tshirt.. *nada budak kecik majuk xdpt aiskrim*
Mak saya : Ketawa *xtau kenapa dia gelak*
Saya : Ketawa bersama *walaupun masih tak paham kenapa*
Last2 mak saya masuk gak duit extra..saje je dia praktis soal jawab cam polis. ngee~
Mwahh~
Misi : Mencari baju dinner.
Cari kat mall aritu xjumpe. Beli benda merepek2 yg lain ada la.
*apa boleh buat.tipical woman*
Kalau ade sape2 baik hati nak bg pinjam pon bole gak..kecil tapak tangan, bumi saya tadahkan! heheheh~
Pesanan Penaja : Kan senang kalo bleh pakai jeans ngan tshirt je..pastu serang hotel tu dengan muka lapar... dan keluar hotel dengan muka stim kekenyangan *jgn pikir lain*
*eyh, tapi boleh je kalo nak pakai cmtu. bukan ke tema kena pkai topeng?? xde la org kenal, budak mane la yg selekeh sgt g dinner pkai tshirt free ni*
hurmm.. *sedang membuat pertimbangan*
Jatuh Cinta Lagi..Tak tahu kali ke berapa.
it's not really a wishlist coz i'm not going to buy any of it..
it is more like a "geram-nyer-aku-tengok-benda-nie-list"
1st item : Pink ibook~
Oh..kau sungguh jelita.
Mahukah kau menerima lamaran ku lantas menjadi milikku?
*Jual mahal.bagi la diskaun sikit.huh!kau ingat kau cantik??*
Betul..xtipu..
OoOhh...aku tergoda..aku tergoda terkecewa.
Banyak je lagi sebenarnya cool pink gadgets yg aku berkenan.
Pesanan Penaja : Jangan sombong. Tunggula aku kerja nanti! Kau tau la nasib kau.
Tuesday, March 3, 2009
Kene Tag lah pulak~
2. Go to 6th folder of your photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put that picture on your blog and description it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.
Eqin tag aku..
Aku pon dengan sejujurnya pon mengikut la peraturan yg dia bg.*gile skema*
Photo folder aku namanya Click2 *xbest langsung nama ni.aku tau*
Folder ke enam adalah folder yg bernama "Edited"
*based on the folder name pon da bleh agak gamba ape yg ade dlm ni..sume gmba yg aku edit2*
Ha, masalah nye plak, dia nak gambar keenam. Dan gambar keenam aku plak, namanyer "conteng"..Conteng ni mengandungi muka aku yg dah di conteng. Time tu kat bilik Sulug. Buat kerja untuk projek Menggapai Kinabalu 09..
WARNING: Gambar ni hodoh.Aku jamin 100%.
Tapi disebabkan aku da setuju untuk menyahut cabaran, takpe la..
Bia la aku letak jugak..Walopun malu sebenarnye.. *pipimerah*
ceh,poyo.
1) Malu sebab aku mmg tak pandai edit2 ni.
2) Yg ni mmg aku edit time bosan dan aku conteng muka sendiri.
3) Buruk. Huduss. Kelakar. Sengal.
Ok la, aku bg kebenaran kalo korang nak gelakkn aku bile tgk gambar ni. 5 saat dari sekarang, ape lgi gelak la ramai2..Guling2 skali jika perlu. Korang kan mmg suke gelakkan org.hehe
1...2...3...4...5...ok, dah cukup! berhenti! enuff!
OK! sekarang aku nak tag insan2 bertuah ni:
SEMUA yg tgk gambar buruk aku tu, kena tag.hahah~ gelak la lagi.
Buat ye jgn x buat!
Pesanan Penaja: gamba baju belang2 kt tepi tu adalah perut Oney.hahah~
Monday, March 2, 2009
Tanya @ Hana part 2..Zass
1) Kalau iman tu bertambah dan berkurang,
Cinta lak camana?
Bertambah dan berkurang gak ke?
2) Tau tak kek coklat apollo yg plastik kuning tu?
Dulu kecik2 beli, harga 20 sen tebal gile.
Tp skarang kenapa harga 40 sen tp nipis gile?
3) Tak faham kenapa ada sesetengah golongan yg bangga sgt dgn tahap kesosialan mereka.
Perlu ke show-off sape lagi sosial? Lek sudeyh~
4) Baru lepas tgk gambar budak2 baru nak up..Tak paham kenapa ada org yg hobi dia menggedik dgn lelaki. Geli plak tgk..*geli mat*
5) Tak faham kenapa yuran U aku ni mahal walaupun ipta..hehe.. =p
6) Tak faham kenapa minggu lepas Maxis Broadband aku ni lembab gile nak
7) Aku boleh makan durian..tapi tak boleh makan tempoyak. aku pon tak paham kenapa.
8) Akhirnya aku da faham kenapa Michael scofield tak balas cinta aku, tapi aku tak paham kenapa Won Bin pon xnak bls gak..
Pesanan penaja: Jika anda mempunyai idea bernas dan bergeliga, tolong jawab semua soalan di atas. Sila abaikan no 8.