Showing posts with label EnJoyaBLe. Show all posts
Showing posts with label EnJoyaBLe. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Sawadee ka! Welcome to Thailand~

Khun sabai dee ruer? Poot Thai mai dai, ka...

Hehe..Demam Thailand belum habis lagi..Pergi sana 3 hari je pun. Tapi sangat meninggalkan kesan ok. Makanan kat sana sangat superb, hot and spicy! Hari ni tinggal sorang kat rumah, tapi rajin nak masak tomyam, walaupun sepanjang kat Thailand, tiap2 kali lunch and dinner, tomyam adalah wajib! :D


Mari belajar membaca :D
Bermula dengan signboard supaya tak sesat.




Mari belajar menari!! Lupa nama tarian ni..Tapi seriously confuse yang menari tu lelaki ke perempuan...
Sebab kat sana kan ramai yang dah "transform". Tapi memang cun woh lelaki yang tukar jadi perempuan kat sana! Saya yang asli ni pulak yang rasa tergugat. :p




Mari menonton wayang! Hehe.. Masa kat hotel, channel yang ada memang banyak, berpuluh-puluh.. tapi semua movie dah di alih bahasa ke bahasa siam..Stress akak! Yelah, dah la cakap bahasa siam, subtitle pon siam. Motif????




Mari bershopping bersama ibu tersayang! Mall ni namanya Odien ke apa tah.. Lupa da. tapi kan, salesman dia hensem oh! tak tipu punya. just nasib baik dia promote2 cakap bahasa siam je. kalau cakap bahasa melayu, memang saya beli! Heeeeeeeeeeee.. JK :p




Teksi kat sana menarik kan? Tuk-tuk namanya. Tapi sempat naik skali jer. Kena ketuk-tuk-tuk plak tu. Dia bawak pusing2 padahal tempat tu rupanya just a few blocks away. ZzzZz.. Siapa suruh tak belajar cakap siam. -_-



Pemandu pelancong bawak gi area pantai. kat area situ ada kereta kabel katanya. tapi yang menariknya, kat bawah tu beruk banyak gila. burung merpati lagi banyak. diorang dah macam berkawan baik hidup bersama. tak takut orang plak tu. rileks je dia ambik apa-apa yang orang pegang. huh! kat gambar atas tu adik saya tengah berkomunikasi dengan beruk suruh tengok camera. yennadey! macam beruk tu faham pulak kan? tapi adik saya pergi pegang ada lagi sekor beruk ni. garang! dia naik belakang adik saya and gigit! luka lah jugak, walaupun sikit. scary lah itu beruk..




lepas naik kereta kabel seperti yang dicanang-canangkan oleh pemandu pelancong, rupanya bukan macam kereta kabel langkawi tu. dia macam nak naik bukit bendera tu, tapi bentuk lif. huhu... Tapi view kat atas memang superb!




cantik tak??



boleh tengok seluruh songkhla city!!




dan laut juga..



menahan terik mentari, tapi tetap mahu berposing!





menahan terik sekali lagi.. and kalau perasan ada patung budha yang tengah mengadap pemandangan kat tengah2 tu.



adik saya pandai ngelat posing kat tempat redup..




my mom pon berjangkit penyakit anak-anaknya yang suka posing. :p



ini naga tersesat di tepi laut sambil memancutkan air ke dalam laut.



duo orang manusia yang teruja berjumpa sang naga.




kemudian berjalan-jalan di tepi pantai dan terjumpa ikan duyung yang tengah mengeringkan rambut sambil berlagak macam mat saleh yang tengah berjemur.




nak sain kak duyung! nak bergambar jugak. bukan senang nak jumpa kak duyung tengah berjemur kan.. pemandu pelancong cakap, siapa nak kawin, pergi lah gosok-gosok ikan duyung ni. nanti balik dapat kawin.. awww.. :p




What i like about Thailand is the food and the food and the food and shopping! Tengok berapa kali saya mention food. OMG, saya makan banyak GILA! sampai saya pon naik gila bila tiba-tiba seluar saya MENGECIL! T___T

Lagi gila bila bercadang untuk kawal makan tetapi makanan semuanya irresistible. Sumpah tak tipu. tak percaya tanya adik saya macam mana saya meroyan kat dalam bilik hotel tu lepas seluar MENGECIL. tsk.. pathetic i know.. tapi nak buat macam mana. makanan dia memang sedap-sedap belaka sampai adik saya cakap taknak balik rumah. haha. tu sangat melampau.



bukti bergambar. Ni masa tengah tunggu nak beli somtam. omaigosh.. somtam dia sedap gila. tak penah makan somtam sesedap ini. makan sampai nanges-nanges sebab pedas. 2nd time beli pon masih menanges walaupon dah cakap nak kurang pedas. taktau la tang mana yang kurang pedas nye sebab masih pedas!




siapa yang suka makan, yok kita ke Thailand. ajak saya ye!



Selain makan, shopping adalah 2nd best thing in Thailand. Murah okay! Kitorang beli dan belah sampai habis duit Baht, bayar guna RM.. Memang hampir hilang tahap kewarasan. total baju kitorang beli, 9 helai.


Total kasut pulak, 11 pasang. yelah, cuba tengok kasut dia..banyak kot! memang tak boleh tahan lah kan. hurm, penuhlah kereta saya dengan kasut lepas ni :(


Tapi ini pon kira macam tak banyak sangat lah sebab RM tengah jatuh. So macam mahal sikit dari biasa.

Massage kat hotel tu murah gila. 200 Baht je tau!Tapi untuk ancient massage la. kalau Oil Massage 300 Baht.

Oh ye, karaoke kat hotel tu pon murah gila...3 jam 250Baht je. With drinks. Lagu melayu ada, tapi yang lama-lama. rock kapak banyak la. English songs pon sama, banyak yang oldies.

Tapi ada yang mahal jugak kat situ. Persembahan dari maknyah yang dah jadi awek cun. itu nak dekat 500 Baht! Kalau nak bergambar dengan diorang kena bayar lagi. huhu.. Tapi pelik ramai je yang pergi. Saya tak pergi pon, baik saya shopping and makan lagi best! :p


Mari kita tunggu RM naik balik, boleh la pergi shopping lagi sampai miskin. :p
Itupon kalau yang tak kesah ada tag tulis

"Made in Thailand"
:D


Saturday, December 11, 2010

SeronoK! SeronoT! SeronoP!

Tak kisah la perkataan apa saya guna, still tak dapat nak gambarkan perasaan saya... :D
Hehe..Gedik je kan.. Takde lah, memang happy pun g terengganu aritu..
Jumpa kawan-kawan lama.. makan nasi kerabu.. jalan-jalan.. makan nasi kerabu lagi...:D
Entry kali ni penuh dengan gambar je ok..



Nasi kerabu sedaaaaaaaaaaaap sangat! dah lama mengidam. Akhirnya, dapat jugak. Pagi khamis tu lepas hajar ambik saya kat airport terussss berdesup pergi makan nasi kerabu. kat kl susah nak dapat nasi kerabu macam ni. nasi kerabu+daging panggang+ayam panggang=RM3.50 jeeee ok. siapa nak bagi kalau kat kl ni. kat perak pon samaaa.tak dapat la der..
:D





2nd day kat terengganu, lepas breakfast nasi kerabu lagi, kitorang melepak di pantai batu buruk. takdelah nak melepak sangat. panas oi! nak bukak mata pon tak boleh. just bergambar sikit-sikit pastu balikk..





Dinner di taman tamadun islam.. cantikk..siap ada lampu macam kat i-city..tapi dia tak pasang pulak time tu.. :(

cubaan menguruskan pipi yang tembam..




ini lah pemandu pelancong terbaikkk!! cik hajar~



thanks lah kat cik adie tolong tangkap gambar kitorang :D



selagi makanan tak sampai, faham-faham je lah. memang tak habis berposing~



tema purple secara tak sengaja..





sedang rancak bergosip..ini candid ye~





muka sedey pulak..




yaay...akhirnya, makanan sampai. saya makan fish fingers saja :)



ber window shopping di ekspo taman syahbandar(betul ke tak nama ni,xsure)




with puan yati :D rindu sangat kat yati..dapat gak jumpa akhirnya.



cantik-cantik jugak baju kat sini.. tapi tak beli pape pon.. rambang sangat. hehe





di taman tamadun islam lagi..cantik gak kawasan ni. dulu masa pergi awal2 baru buat, belum ada apa2 lagi.. kitorang g sini lepas makan breakfast nasi kerabu lagi. hahah



malu-malu kucen. motif? nak background nampak masjid kristal. tapi tak nampak sangat pon..




pre-wedding pictures..jeng jeng jeng.. nantikan kemunculannya bulan 2 nanti.. bakal puan ina. :D



Tahniah puan Qbee.. motif utama g terengganu sebab nak datang kenduri kahwin qbee je sebenarnya. tapi banyak melencong tempat lain :)



Bekas-bekas classmates..semua dah matang2..dah boleh kawen..



malam lepas kenduri tu dah balik kl da... huhu..

rindu nak nasi kerabu walaupun dah makan 3 hari berturut-turut. haha. gila kan. balik kl pon makan nasi kerabu lagi.. ape kena ntah la. thanks to hajar and family sebab best duduk rumah dia..asyik makan sedap-sedap je.
:D

cepat-cepat la korang kawin, leh gi terengganu lagi.. :)

Monday, August 9, 2010

Cuci The Musical 2!! :D

Siapa yang cakap cuci tak best? Kita tak geng! Hehehe.. Sebab saya rasa best je! Lawak!
Saya pergi tengok cuci 2x tau. first pergi duduk kat tingkat atas. memang tak nampak sangat.. dengar suara jela. jauh kott..

second time pergi barulah terbaik! duduk bawah sekali.. nampak jelas dan nyata lubang hidung, jerawat apa semua! eventhough tengok kali kedua but still gelak okey! mereka sangat cumel dan kelakar. nak-nak time tersasul. merapu je bila tersalah dialog. pastu sume tahan gelak. lagi kelakar.

Berikut adalah gambar-gambar yang di ambil pada hari kejadian. jika anda mendapati bahawa gambar-gambar tersebut terlalu kecil sehingga menyembunyikan jerawat-jerawat di wajah, sila klik untuk tumbesaran yang pantas.(huh, ayat skema!!)

inilah 4 orang budak comel. awie yang kiut sebab berlakon lembut, hans yang kiut giler sebab dia memang kiut, pastu jadi pulak "khai yang berterus terang" dalam cerita tu, lagi lah kiut miut. afdlin yang super kiut sebab montel. gaya dah macam spongebob. nabil yang namanye kiut dalam cerita tu. nama dia c'tan, tapi selalu sebut c koma di atas tan. haha!




vanidah imran sangat santek. tema baju dia warna merah. outfit dia mesti ada kaler merah. dia memang minat merah kot. tapi serius tak sangka yang dia boleh menyanyi. suara boleh tahan oh!



masa 2nd time saya pergi, rupanya hari tu birthday harith iskandar. so after the performance, diorang celebrate kat pentas tu.. kek itu dibuat oleh wife harith okay. so shweet..



saya suka suara jac yang sangat sedap itu. suka rambut lion king dia jugak. hahaha..



awie dan nabil. awie berlakon jadi macam lembut gitu. tapi serius comel! ayat nabil paling aku ingat dalam cerita tu : M.O.J!! ---> Mak okey jerr! Tak sangka dia boleh jugak berlakon. banyak gak dialog nabil dalam ni.



sangat jealous dengan adik ini yer..hahahah :p




newsflash: masa tengok-tengok balik gambar CTM2, tiba-tiba terperasan satu benda. Cuba tengok rantai vanidah dengan rantai saya.
SAMA!!!!! :D
btw, baju hitam ni saya pakai masa 2nd time pergi.


baju putih ni masa 1st time pergi. gambar tengah tu, baju macam kedut gila kan? cisstt~



Okey, overall saya memang berpuas hati la tengok cuci the musical 2. dulu tengok puteri gunung ledang the musical pon best jugak :D yelah, kalau tak best, takdelah penuh istana budaya tu kan. nak parking pon susah. nak pergi toilet pon kena beratur panjang. hishh!

so, lain kali kalau ada teater yang best2 lagi, kita serbu yok!! :D