Saturday, December 25, 2010

Sawadee ka! Welcome to Thailand~

Khun sabai dee ruer? Poot Thai mai dai, ka...

Hehe..Demam Thailand belum habis lagi..Pergi sana 3 hari je pun. Tapi sangat meninggalkan kesan ok. Makanan kat sana sangat superb, hot and spicy! Hari ni tinggal sorang kat rumah, tapi rajin nak masak tomyam, walaupun sepanjang kat Thailand, tiap2 kali lunch and dinner, tomyam adalah wajib! :D


Mari belajar membaca :D
Bermula dengan signboard supaya tak sesat.




Mari belajar menari!! Lupa nama tarian ni..Tapi seriously confuse yang menari tu lelaki ke perempuan...
Sebab kat sana kan ramai yang dah "transform". Tapi memang cun woh lelaki yang tukar jadi perempuan kat sana! Saya yang asli ni pulak yang rasa tergugat. :p




Mari menonton wayang! Hehe.. Masa kat hotel, channel yang ada memang banyak, berpuluh-puluh.. tapi semua movie dah di alih bahasa ke bahasa siam..Stress akak! Yelah, dah la cakap bahasa siam, subtitle pon siam. Motif????




Mari bershopping bersama ibu tersayang! Mall ni namanya Odien ke apa tah.. Lupa da. tapi kan, salesman dia hensem oh! tak tipu punya. just nasib baik dia promote2 cakap bahasa siam je. kalau cakap bahasa melayu, memang saya beli! Heeeeeeeeeeee.. JK :p




Teksi kat sana menarik kan? Tuk-tuk namanya. Tapi sempat naik skali jer. Kena ketuk-tuk-tuk plak tu. Dia bawak pusing2 padahal tempat tu rupanya just a few blocks away. ZzzZz.. Siapa suruh tak belajar cakap siam. -_-



Pemandu pelancong bawak gi area pantai. kat area situ ada kereta kabel katanya. tapi yang menariknya, kat bawah tu beruk banyak gila. burung merpati lagi banyak. diorang dah macam berkawan baik hidup bersama. tak takut orang plak tu. rileks je dia ambik apa-apa yang orang pegang. huh! kat gambar atas tu adik saya tengah berkomunikasi dengan beruk suruh tengok camera. yennadey! macam beruk tu faham pulak kan? tapi adik saya pergi pegang ada lagi sekor beruk ni. garang! dia naik belakang adik saya and gigit! luka lah jugak, walaupun sikit. scary lah itu beruk..




lepas naik kereta kabel seperti yang dicanang-canangkan oleh pemandu pelancong, rupanya bukan macam kereta kabel langkawi tu. dia macam nak naik bukit bendera tu, tapi bentuk lif. huhu... Tapi view kat atas memang superb!




cantik tak??



boleh tengok seluruh songkhla city!!




dan laut juga..



menahan terik mentari, tapi tetap mahu berposing!





menahan terik sekali lagi.. and kalau perasan ada patung budha yang tengah mengadap pemandangan kat tengah2 tu.



adik saya pandai ngelat posing kat tempat redup..




my mom pon berjangkit penyakit anak-anaknya yang suka posing. :p



ini naga tersesat di tepi laut sambil memancutkan air ke dalam laut.



duo orang manusia yang teruja berjumpa sang naga.




kemudian berjalan-jalan di tepi pantai dan terjumpa ikan duyung yang tengah mengeringkan rambut sambil berlagak macam mat saleh yang tengah berjemur.




nak sain kak duyung! nak bergambar jugak. bukan senang nak jumpa kak duyung tengah berjemur kan.. pemandu pelancong cakap, siapa nak kawin, pergi lah gosok-gosok ikan duyung ni. nanti balik dapat kawin.. awww.. :p




What i like about Thailand is the food and the food and the food and shopping! Tengok berapa kali saya mention food. OMG, saya makan banyak GILA! sampai saya pon naik gila bila tiba-tiba seluar saya MENGECIL! T___T

Lagi gila bila bercadang untuk kawal makan tetapi makanan semuanya irresistible. Sumpah tak tipu. tak percaya tanya adik saya macam mana saya meroyan kat dalam bilik hotel tu lepas seluar MENGECIL. tsk.. pathetic i know.. tapi nak buat macam mana. makanan dia memang sedap-sedap belaka sampai adik saya cakap taknak balik rumah. haha. tu sangat melampau.



bukti bergambar. Ni masa tengah tunggu nak beli somtam. omaigosh.. somtam dia sedap gila. tak penah makan somtam sesedap ini. makan sampai nanges-nanges sebab pedas. 2nd time beli pon masih menanges walaupon dah cakap nak kurang pedas. taktau la tang mana yang kurang pedas nye sebab masih pedas!




siapa yang suka makan, yok kita ke Thailand. ajak saya ye!



Selain makan, shopping adalah 2nd best thing in Thailand. Murah okay! Kitorang beli dan belah sampai habis duit Baht, bayar guna RM.. Memang hampir hilang tahap kewarasan. total baju kitorang beli, 9 helai.


Total kasut pulak, 11 pasang. yelah, cuba tengok kasut dia..banyak kot! memang tak boleh tahan lah kan. hurm, penuhlah kereta saya dengan kasut lepas ni :(


Tapi ini pon kira macam tak banyak sangat lah sebab RM tengah jatuh. So macam mahal sikit dari biasa.

Massage kat hotel tu murah gila. 200 Baht je tau!Tapi untuk ancient massage la. kalau Oil Massage 300 Baht.

Oh ye, karaoke kat hotel tu pon murah gila...3 jam 250Baht je. With drinks. Lagu melayu ada, tapi yang lama-lama. rock kapak banyak la. English songs pon sama, banyak yang oldies.

Tapi ada yang mahal jugak kat situ. Persembahan dari maknyah yang dah jadi awek cun. itu nak dekat 500 Baht! Kalau nak bergambar dengan diorang kena bayar lagi. huhu.. Tapi pelik ramai je yang pergi. Saya tak pergi pon, baik saya shopping and makan lagi best! :p


Mari kita tunggu RM naik balik, boleh la pergi shopping lagi sampai miskin. :p
Itupon kalau yang tak kesah ada tag tulis

"Made in Thailand"
:D


8 OrG ConTeNg:

Encik Shino said...

Kalau kat kelantan memang syok bawak kereta trus je masuk Thailand. Banyak benda yang menarik kalau pergi sana..

Apapun 4 me pasal makanan kat sanalah perlu hati2.. Takut termakan benda yang tak elok..

:)

a little less conversation said...

mak aih..besa tul udang tu..

gamba top view "cantik tak??" tu nmpk cm style je..

Hananeechan said...

encik shino : kelantan dah sempadan best la..hehe. erm, mmg nak beli makanan pon kene tgk jugak org yg jual tu islam ke tak..


rafi : mmg besa betul udang dia. mmg cantik pemandangan kat ctu.. :)

Dewi Kumbang said...

Whoaaaaaaa manyak besh dapat shopping 11 kasut. Ngeh3! Made in thailand kat kaki xde hal. =P

Are'Ja_(",) said...

huh. best jek aku tgk udang tu na... haha.. bagju2 die pun mcm cantik... best r dpt pergi bercuti.. :D

Hananeechan said...

yna: haha..betul! hari2 bole tukar2, made in Thailand pon tak kesah la. heee :D

areja: baju dia mcm kat malaysia jugak, tapi murah. itu yg sakit jiwa dan raga tak bole tahan tu. hehhe

HaNa HoNeY said...

pergh...sampai 11 kasot dear?
memg i like la gini
nakg sane gak la
heaven la dpt kasot bnyk2

Hananeechan said...

hana honey: 11 tu campur2 la my sis n my mom..tapi mmg hip hip happy!