Wednesday, December 15, 2010

Kisah Rumah Sewa

Seperti yang dikecoh-kecohkan sebelum ni, saya dah dapat rumah sewa.. dah tidur sini 3 malam da. so far so good..sunyi je kawasan ni..xde bising2 pon. kalau bising tu, kitorang la yang bising. hehe. maaf la jiran. beranda rumah kiotrang ni mengadap hutan! kalau malam-malam takut gak. gelap gila kan. tapi kalau siang-siang, nyaman je mata memandang.






Jiran depan rumah ni family melayu. sembang pon sebab nak tanya arah kiblat kat diorang. jiran sebelah kiri ni macam lelaki bujang. kasut lelaki je yang ada kat luar. melayu jugak rasanya. tapi kalau tengok beranda rumah dia, baju dah sidai 2 hari tak angkat-angkat. dah basuh, dah kering, dah basah balik and da kering balik da pon. lama-lama reput plak baju tu nanti. hehe. sibuk je kisahkan kain baju orang kan. :p inilah baru dikatakan menjaga tepi kain orang. ha ha. lebih manis lagi kalau cakap, jiran yang prihatin. :D



Semalam, saya, amy dan syaz gi midvalley shopping barang rumah. perghh..memang penat tak payah cakap la. sakit kaki pinggang semua. penuh troli. tapi penat-penat tu pon rajin lagi kitorang compare harga kat jusco dengan carrefour. :D Dah beli stove ingat nak masak breakfast pagi ni. tapi gas pulak takde. orang kedai bawah ni cakap petang ni baru ada. KIV la dulu masak-memasak bersama master chef ni. :)


Disebabkan dua-dua bilik air kitorang takde kepala shower, air yang turun sangat kuat macam mandi air terjun, kitorang pon cari lah kepala shower ni. saya memang takde langsung la kan pengalaman memasang benda-benda macam ni. selalunya abah yang buat.



kitorang end up beli la 2 kepala shower ni..

tapi bila balik rumah, tak boleh pasang pulak :( rupanya kena beli penyambung kot. sebab takleh nak masuk pon kat lubang paip tu. camana ntah nak buat. so, pasang kepala shower pon kena KIV jugak. terpaksala mandi air terjun buatan tu lagi. tsk~


semalam, first time jugak dapat pengalaman tolak kereta persona. ye lah, parking kat sini kan berlapis-lapis. nak keluar kena main tolak-tolak kereta kan. sebelum ni saya tolak kereta viva. takde hal lah yang tu. tapi semalam kereta persona yang block. saya pon dengan muka confident, tolak lah kereta tu.


1st try: tak gerak.

2nd try + bunyi sekali : errrrrrrghhhhhhhhh. gerak 3 cm

3rd try : takde perubahan.


ok malu. so, taktau nak buat macam mana. nak keluar kereta pon tak boleh. tiba-tiba nampak pak guard datang.
dia tanya : kenapa? dia tarik handbreak ke?
saya jawab : tak, saya tak larat nak tolak.
pak gad: ha ha ha
saya: dalam hati *cissssscake betul! berani kau gelak!!*

lepas tu bila pak gad nak tolak, saya pon tolak la sekali. biasa lah, tolong menolong amalan mulia. tapi pak gad tu cakap, tak payah. awak masuk kereta.

cisssssssssscake lagi sekali.

motif? dia nak tunjuk kuat ke apa? or dia nak tunjuk dia sorang je da boleh tolak? or dia nak jadi gentleman? or dia taknak bagi tangan saya kotor sebab kereta tu berabuk gila? hahah..

whatever it is..thanks la pak gad. awak memang tuff! lain kali tolong tolak lagi. :D

10 OrG ConTeNg:

Dania said...

hahhahahahhahah..best entry kali..aku tak tau apa yg lucu tp yang pasti aku gelak gila2 kat ofis..terkantoi baca blog...hahhaha

Hananeechan said...

ida, ko pun gelakkan aku takleh tolak kete persona ye.. cuba ko try free gear jgn tarik handbreak kete ko tu. try tolak tgk larat ke tak. lalala~

Dewi Kumbang said...

hari2 kena tolak kereta, lagi seminggu bleh kuar muscle daaah hehehehe...

Hananeechan said...
This comment has been removed by the author.
Hananeechan said...

yna : agak laa..kalau time banyak keta, bukan 1 nak kena tolak..dari hujung tuuu...:(

Fakrul Razzi said...

tak yah g qym la pasni yer hehe... karakter pak guard tu boleh bikin script drama nih ;)

wanie said...

ehhh kamu duk pantai indah ye? dkt2 dgn2 ape ye? hehe..

Hananeechan said...

fakrul :tau xpe. sehari tolak 5-6 kereta, ape de hal..hehe

wanie: haah, kat pantai indah..erm, dekat dengan ktm pantai dalam :D kamu kat mane?

wanie said...

ohhh yg blok betol2 sblah ktm pntai dlm tu ye? yg blok wrna putih tu ye? hehe..kite duk kat ppr dpn loji taikwangi tuuuu...hahaha~

Hananeechan said...

wanie : ouh, kitorang pun dulu nyaris duduk ppr kg limau..elok2 nnt dbkl cek. heheheh