Thursday, March 26, 2009

Tarik nafas panjang2. Entry ni busuk..

Tak tahan la bau floor saya ni..*Asyik2 citer pasal floor je kan?kepoh betul*



Cuba bayangkan, lorong floor saya ni...Tak boleh bayang? ala lebih kurang macam gua la. yang bezanya, mulut gua tu ternganga. tapi mulut floor saya ni tertutup. *eyh pelik lak guna perkataan mulut. ok lah. mulut=pintu* Yela,takde ruang pengudaraan langsung..nak harapkan pintu kat hujung floor yang sentiasa tertutup tu? harapkan pagar, pagar mmg la tak bole diharap..


Bila udara dah terkumpul, bau-bau yang kurang menyenangkan akan mudah la terjadi. Macam mana terjadi?



Mai sini nak habaq.


KALAU DAH KASUT SUKAN YANG DAH BASAH DENGAN PELUH+HAPAK+KAKI CEKAM+STOKIN BERKEPAM APA SEMUA TU KAU BIARKAN JE KAT SITU, OF COZ LA SATU LORONG FLOOR NI BERBAU KEPAM YE CIK ADIK..

gila busuk tak tahan..

fyi, saya mempunyai kelebihan deria hidung yang amat sensitif dengan bau ye.
kadang2 tu jarak 100meter lagi saya dah boleh bau perfume kau pakai.*cewah.tipu*

ok, itu tak penting, tapi nak bagitau nyer kat sini, deria bau saya cepatla mengesan sebarang bau yang kurang menyenangkan ini..




kadang-kadang geram pon ada jugak..yela, siapa tak geram kalau kau baru balik makan sedap-sedap, perut tengah kenyang senang hati tu tetiba bila bukak je pintu floor, hambik kau..bau...peh! macam lori sampah lalu depan kau dan berhenti semata-mata nak bagi kau bau. haih.. yela, bukan sorang, okeyyy..ada la dalam 2-3 orang yang menyumbangkan bau. mana boleh tahan babe!


aku rasa macam nak hadiahkan satu set alat pencuci lengkap, termasuk sabun basuh, softlan dan berus kat dia..kot2 la dah takde duit nak beli sabun..ok tak? kasar tak agak2 cara tu?




hurmmm....




eh, tapi on 2nd thought, kenapa tak aku pergi sembur je febreze kat kasut n stokin dia kan? hilang gak la bau sehari dua..hurmm..macam boleh dipraktikkan je.




kalau agak2 ada dengar orang report kasut dia basah disembur air misteri berbau wangi tu, korang diam-diam jelah ye. anggap aku tak pernah tulis pasal ni.







--------------------------------------------------------------------



Lagi pasal kisah bau...



Tapi kejadian ni berlaku di amcorp mall di sebuah restoran yang perlu dirahsiakan namanya..
*taknak la rosakkan bisnes orang*
Dah lame da ni.beberapa minggu yang lalu.

Dari luar nampak macam grand, macam lazat, macam enak..jadi, saya dan lyla pon masukla restoran tu..(eh.kejap.banyak pulak la kan nama lyla dalam blog ni.kena bagi royalti nih.haha)

Saya yang masuk dulu, dan decide nak duk kat dalam, tapi tiba-tiba saya terbau satu aroma yang tak dapat digambarkan macam mana saya nak makan kalau ditemani oleh bau itu.mesti terseksa.
saya pandang lyla. lyla faham dengan pandangan saya tu. *kami guna telepati je*

H : busuknya bau kat sini. bau tak?
L : bau. jom2 makan kat luar.

hanya dengan mengomel dalam hati, kami pon memilih tempat yang di luar.
makanan dia ok.serius ok..tak percaya? saya ada bukti bergambar. jap nak selongkar folder.







Ha, ok kan?? tapi tak paham kenapa kat bahagian dalam sikit tu bau dia busuk camtu. macam bau karpet basah pon ade. ok lah. makan-makan-gossip-gossip-sms-sms-minum-minum, kita telah sampai ke penghujung rancangan...
saya pun pergila kat kaunter cashier tu nak bayar. sekali, bau kat kaunter tu punyalah kuat.
saya pandang lyla. lyla faham maksud pandangan saya itu. sesi telepati berjalan sekali lagi.

H : busuk gile kat kaunter ni.
L : tau. ok tak tu?
H : tak okey. nak muntah. (memang time tu saya da nak muntah tau tak.makanan dah naik sampai anak tekak da, nak keluar balik)
L : u keluar la. bia i amik balance n resit.
(dialog diatas tak berlaku ye. gilak kejam nak kutuk depan2 camtu kan)

tapi memang cik lyla yang gantikan saya tunggu kat kaunter tu. nasib baik. kalau tak, pekerja restoran tu dapat extra kerja la sebab nak kena cuci apa yang saya keluarkan dari tekak. haha.
pompuan yang jaga kaunter tu sikit punya cun, tapi rilek je dia ngan bau tu. saya PELIK gila, ok..
camana lah dia boleh tahan bau tu. bagus bagus. eh, ke itu bau dia? ahahaha. haishh. ape nih tuduh-tuduh org.tak baik.mak tak ajar pon wat macam tu..*memang la tak ajar, masalahnyer, belajar sendiri..T__T*

kesimpulannya, restoran ini mungkin tidak akan dikunjungi lagi biarpun tengah lapar gile..tapi akan dipertimbangkan kalau ada org nak belanja. :p

Pesanan penaja : bukan bau busuk je saya peka. wangi pon same. dan bau yang saya sangat peka adalah bau perfume lelaki. kalau ada lelaki wangi lalu, saya akan toleh, biarlah lelaki tu muka macam tak siap pon..haha.dasar gateyy *mintak ampun pacikbesaa* hahah. takpe, dia dah tau tabiat buruk namampos saya ni..kenapa perempuan tak seswai guna perfume lelaki ek? saya sukeee~

eh, tapi xdela sampai boleh tau perfume jenama apa dia pakai. gila power hidung saya kalau boleh tau setiap jenis perfume..haha

13 OrG ConTeNg:

Anonymous said...

haha lelaki wangi sangat seksi.

n, syhh i have a roomate yg bau sangat 'enak'. rasa mau pingsan setiap kali masuk bilik

xmenahan betul

ShaFril said...

emm len kali tingalkn ja notis kt kasut tu..biar tuan dia sedar ckit. em kalau gul pakai perfume guy nnt gul len mnt kt awk tau haha..perfume guy kn untuk mnarik gul haha

yannayelle said...

ye ye. lelaki wangi sangtlah sexy. OMG, sgt suka! maskulin. =P

wangi membawa makna yg dia adalah seorg yg pembersih!

damme, sudah besar2 cmni pon kwn ko masih xreti nk kontrol bau bdn ke? haih.

Blogger said...

perempuan kat restoran tu cun ke? betul ke? kat mana rstoran tu. hahaha. :p

Hananeechan said...

damme : wah, kesiannye kamu. memang tak tahan.

shafril : untuk menarik gurl? patutla rasa mcm tertarik..haha


yna : betul2. sexayy..hahaha


benrauf : pegi je amcorp mall tu cari.hahah

wunny_hunny said...

hahaha..len kali hana selitkn je num fon hana kt kasut org tu..bru die tau hana ni big fan kasut die..wakaka..

ouh sy pn sgt sukeeee toleh pale kt laki yg prfume nye sgt menusuk klbu..hik3..even time tu ngah jln ngn teman sehatisejiwa~
sniff.snifff.

Hazrin said...

Lyla ? Lenkali ajak saya gakkkk ! Heh

Hananeechan said...

wunny : tau xpe..kalau yg bau sedap2 tu, takleh control aa.mesti nk toleh.hahahah...


hazrin : yela2..nnt la ajak..

I.L.Y.A.N.I.E said...

Owh saya jugak da malas jadik silent reader kamu
HAHAHA~

saya tahu restoran mane.
Rak Thai eyh?
kan? kan?

Am i rite?

=)

Hananeechan said...

alamak kantoi..hahahhahahah
betol la tu.

Unknown said...

so..it's something good for guys la even dowang sport pun still lagi tak bau..erm..laki nie sebenarnya pentingkan hygiene...

Encik Shino said...

sy tertarik pada bau yg manis..

Sila jgn mengoda sy dengan perfume yang manis2.. hehee :D

Hananeechan said...

stormhawk : ouh yeke? bagus la..wangi la best.hahahah

shino : wah.ade org penah goda ke? hahahah. ralph lauren yg botol warne merah bau dia sgt manis..sweet sgt.