Thursday, August 27, 2009

Edisi Remp-iT

"Ko tak takut ke naik moto jauh2 g kerja?
kereta, lori banyak, dengan jam nye, tak takut ke?"

Satu hari, kat surau mimos, ada sorg dak praktikal nama huda, tanya aku..

Huda ni selalu bawak keta je. tapi ada 2 hari dia g kerja bawak moto.

"aku bawak 2 hari pon tak tahan. dengan angin kuat, kereta banyak, nak kena menyelit-nyelit, asap lagi, kalau lori lalu kat sebelah, bergoyang motor..eee takut lah. camana ko leh tahan bawak hari2 ek?"

hurm..kalau aku ikutkan sangat perasaan takut tu, bila agaknya baru leh sampai ofis kan?
pernah tak dengar istilah mind over matters??

siapa ckp aku tak takut? dah banyak kali da aku hampir accident. da bape kali lalu celah2 lori, trailer, segala mak nenek tu.. da bape kali hampir kena langgar, dah bapi kali hampir nak langgar..da banyak kena hon.aku hon org pon banyak gak. heh...n kalau aku ikutkan rasa takut aku tu, mmg tak gerak2 la skuter aku tu kan..

tapi aku cuba positifkan diri aku..aku anggap kereta, lori apa sume tu sebagai salah 1 objek yg sedang bergerak je..alhamdulillah, sampai jugak la ke destinasi kan..

Tapi kesian kat skuter aku tu, hari2 naik, tapi tak servis. hopefully dia sedia berkhidmat dan tak buat hal. :D

pesanan penaja : tapi kalau aku ada kereta, mmg aku ckp tak tahan gak. ni pasal xde kereta, tak tahan pon kena tahan gak. :D

Thursday, August 20, 2009

Perhatian!!Saya dah insaf.. :)

Assalamualaikum sume~ (dah dekat puasa bru nak bg salam. -_-")

Sempena bulan puasa yang dah dekat ni, saya nak ucapkan selamat berpuasa penuh kepada yang lelaki, dan selamat berpuasa sebanyak yang mungkin kepada perempuan. :D

Semoga kita dapat jadi lebih baik, lebih sopan dan lebih kuat menahan godaan bau makanan. ;p Oh ye, juga nak mintak maaf kat kawan2 saya, mmg banyak salah silap, saya tau..

Sehubungan itu, entry2 di blog saya juga akan ditapis oleh lembaga penapisan filem, supaya tiada entry2 yang boleh menimbulkan fitnah, menaikkan nafsu, menambahkan dosa pembaca (penulis takpe), penggunaan perkataan yang kurang sopan, sesi bergossip dan mengumpat, serta penayangan gambar2 makanan tahap buat orang terliur, gambar2 sexy yg buat org lelaki batal puasa serta err...apa2 jelah yang sewaktu dengannya. fuhh. taip senafas je tu tau. :p

***Tetiba rasa cam skema je taip2 ayat camni..


p/s : Alhamdulillah, migrain saya dah banyak berkurangan sejak wat treatment aritu. :)
Rindunya nak balik rumah~ T_T

Wednesday, August 19, 2009

Edisi Melantak Sebelum Puasa

Bulan Ramadhan dah nak dekat..Bape hari je lg..Tapi sempat je lg kalo nak makan banyak2 dulu.hehehe~ Nanti da start puasa, banyak lak yg teringin nak makan...Belum puasa pon aku da teringin macam2. haihh..

Gambar2 bukti kejadian makan2..

Kejadian 1: Supervisor belanja makan Sate Kajang. Nyum2~

This is Nanthini. She's also one of the interns here.

Ni dak2 praktikal gak..Firdaus, Alfin, n Hadri(nampak tangan je).



Kejadian 2 : Makan2 di Strawberry Field

Aku makan Spaghetti Carbonara chicken..nyum2~


Qyra makan Black pepper chicken Spaghetti..


Kejadian 3 : Melantak di Food Court Pavilion

Makan Teppanyaki..Sedap2..Tapi gambar diambil sebelum daging siap dimasak..so, ada sayur je..Gelojoh betul..

Kejadian 4: Mengidam Sushi

Tiada gambar. Aku mengidam, beli sushi dan makan dalam wayang. Sangat la tak puas..Kena beli 2nd round ni.. :D

Masih mengidam : Dominos Pizza. Aritu nak makan kat MidValley, tgk2 tgh renovate. Sangat lah hampeh.

Cheezy wedges : Xde kesempatan lagi nak g beli..This is a must b4 puasa ni..hehehe~

Ouh, kenapa nafsu makan aku melampau lampau ni ea..adoiyaiii~

Tuesday, August 18, 2009

~OMG~

Tajuk : OMG (sebab sangat speechless)
Emosi : Sangat beremosi aka Emo
Lokasi : Pejabat yang sangat sejuk.


Semakin hari hidup aku semakin tidak tenteram.. Kehidupan aku mula berubah. Tiada lagi aku yang dulu. Semua ini tak dapat diselamatkan lagi melainkan dengan berhabis wang ringgit mencari ikhtiar. Aku tidak salahkan dia. dia dah banyak membantu aku..masalah ini cuma aku yang tak dapat terima. dia tak kisah pon.dia tetap maintain..arghh...tak suka. tak suka. tak suka..




Translation: Apa yang berubah? Kulit aku. Semakin hari semakin hitam. Siapa yang tak kisah? Scooter aku. Dia takde effect pon jalan tengah panas. Kenapa ikhtiar perlukan wang ringgit? Sebab nak kena beli sunblock, losyen pencerah dan lain2 sebagai protection di masa2 akan datang. Kenapa tak suka? Kulit aku da berbelang ni weyh..Sunburnnn!!!!!!!!

Solution :
1. Naik lrt..(naik scooter sampai stesyen universiti, naik lrt sampai masjid jamek, tukar, naik lrt sampai bukit jalil, sampai bukit jalil naik bas g tpm, waktu balik, kalau xde bas, jalan kaki keluar tpm sampai stesyen lrt. OMG!! next solution pliss!!)

2. Naik kereta.. Pujuk abah belikan kereta(T_T). pow kereta ibu. confirm xdpt..

3. Pinjam kereta kawan.. Banyak cantik!!

4. Pakai baju angkasawan time naik moto. helmet da sama...huhu..gilakkk

5. Keluar g kerja subuh2, balik kerja malam2. mmg tak panas. errrrrr....aaa...next!!

6. Tak payah g praktikal. tido je kat bilik sampai putih! ho yeahh~ itu solution yg kita cari... :D

Friday, August 14, 2009

Tak tahan...

batuk. batuk. batuk. batuk. batuk. dan batuk lagi..
begitulah ringkasan aktiviti harian saya selama 2 minggu ni.
ubat doktor sudah, ubat tradisional sudah, ubat farmasi pon sudah. batuk semakin teruk..
sampai nak bercakap pon dah tak macam cakap..dah macam catuk(cakap+batuk).

saya tidak mengalami selesema, demam, sakit sendi, sesak nafas. saya hanya batuk. saya tidak menternak virus h1n1..saya hanya batuk, batuk, dan batuk lagi sampai tekak luka dan perut sakit..kalau tak percaya, telefon saya sekarang kalau nak dengar saya catuk..

minta jasa baik anda memberi sebarang suggestion tentang cara2 nak kurangkan batuk, boleh?? kalau berterusan camni, mau terkeluar organ2 tekak saya nanti..

Thursday, August 13, 2009

Tempat Kejadian Peristiwa Hitam..

Cuba tengok gambar ni betul-betul. apa yang anda nampak?



tiang kotor bertompok? oh, bukan...sila lihat lagi..








tak nampak jugak?haihh..

ok la, sebenarnya takde apa-apa yang penting pon. just nak cerita pasal tempat ni je..

sape yang penah lalu kat tempat ni?? ala...kat kl sentral. tempat orang menapak kalau nak g stesen monorail. (dia tutup buat pembinaan kat tengah2 tu. bapak aa penat nak kena jalan pusing gila jauh)

ok lah..
kejadian nya macam ni..
pada suatu hari yang damai...(tak ingat bila)
di kala kl sentral sesak dengan karbon monoksida kenderaan..aku telah melalui tempat kejadian untuk ke stesen monorail..

sedang enak aku menikmati pemandangan indah bas-bas dan teksi2 yang berwarna warni, sambil menghirup udara segar yang penuh karbon monoksida, tiba-tiba ada sesuatu entiti yang menarik perhatian aku. lembaga disebalik tiang.

oh..rupanya ada seorang lelaki berdiri di tempat kejadian. dekat tiang besar itu.
kenapa lelaki ini begitu menarik perhatian?? handsome sangat kah? wangi sangat kah? sasa sangat kah?? dia mengorat aku kah??

oh tidaakk...semua tu salah. sebenarnya aku tak perasan dia ni handsome ke tidak. sebab fikian aku terganggu masa tu walaupun dia tersengih memandang aku.

korang agak2 kenapa ek dia ni special? sampai aku habiskan lunch break aku menaip pasal dia? huhuhu...

haa..itu yang kita tak tau tu ye..

lelaki ini special kerana...
kelakuan dia masa aku lalu kat situ.

cuba imagine.
seorang lelaki yang ber-tshirt dan ber-jeans.
berdiri di tepi tiang besar.
mengadap penghadang besi berwarna putih tempat yang under construction tu.
tangannya memegang 'sesuatu' di seluarnya.
wajahnya tersengih memandang aku yang sedang lalu sambil melihatnya.

mesti da boleh agak apa dia buat kan?
ada yang blur2 sotong ke kat sini??
haihh..

ok la. tambah lagi 1 hint.
ada air mengalir di penghadang putih itu walaupun tidak hujan.

ngehehehehe..
tak bermoral betul..
kencing di khalayak ramai.
dia ingat umur dia baru 5 tahun ke nak wat camtu?
budak kecik pon tak buat sebab diorang pakai lampin. :D

apa motif dia sengih pon aku taktau.
bangga ke?huhu.

pelik.


pesanan penaja: aku rasa aku tak nampak apa yang tak patut aku nampak..rasanya la..hahahahha~


---<@ ---<@ ---<@
nak selit 1 dedication, tiada kaitan dengan cerita di atas. kepada cik qairawahu.. HAPPY BIRTHDAY QYRA!!!

-11 Ogos-

Wednesday, August 12, 2009

NothingnEsS

Keputusan telah dibuat.......














-_-

Friday, August 7, 2009

Siapa yang gila sekarang? Aku : Mereka


Yuran cik hananeechan bagi 1 semester di universiti X (bukan nama sebenar). ipta ye adik2. bukan ipts. RM3,043.20 (gilak)

1 jam kredit biasanya di charge dengan harga RM50.
Sem ni aku ambik 12 jam kredit je, iaitu latihan industri.(xtau kenapa kena bayar gak.bukan dia mengajar apa2 pon)

let's do the math.
12 x 50 = 600

ok. jom kita tengok berapa harga yuran pengajian tu..
RM 1,312.20 (siap ada 20 sen tu xleh bla)

macamana la student nak pandai kalau pihak pengurusan pon tak reti kira ek? huhu~

Pesanan penaja : Mane nak korek duit ni?? aaaa

Thursday, August 6, 2009

Dengarkanlah~

Rindu gila nak gi kuliah..
Rindu nak g fac..
Rindu nak tido siang bila takde kelas..
Rindu nak jalan kaki g fac..
Rindu nak makan kat fac..
Rindu nak main basketball kat kolej..
Rindu nak buat assignment..
Rindu nak study..

sila percaya..
Ketahuilah bahawa bekerja sangat tak best..
Tolong lah habis praktikal ni cepat2. tak sanggup da ni..
Tekanan...arghhhh~

Harta sape?? Ahmad Albab yang punyaaa~

Entry ni sebenarnye da lama aku taip. tapi tak publish.
apa kata korang anggap je entry ni hot from oven. heh..

ouh, dan entry ni agak emosi sikit..
errr..ok banyak...
layan jela ek..

------------------------------------------------------------...-----------------------------------------------

Aku benci betul kalau orang guna harta awam, tapi buat macam harta bapak dia.(kalau harta bapak pon kau takkan berani nak guna sesuka hati sangat, kau akan agak2.)

Aku dalam perjalanan dari kedah ke perak. berhenti kat hentian sebelah sebab minum air banyak sangat sebelum gerak. nak dijadikan cerita, hentian sebelah tu hanya ada tandas dan tandas perempuan hanya ada 2. okey fine. korang perasan tak, kalau korang rasa nak buang air, kalau dalam kereta tu, boley la tahan lagi, tapi bila da depan pintu toilet, rasa macam da simpan 10 jam dia punya tak tahan.. tunggu punya tunggu, punya tunggu, dua manusia dalam 2 toilet tu tak keluar jugak. tak tahu la kalau sembelit ke apa. lama siot tunggu depan tu.. kat belakang aku ni da berderet orang beratur, manusia bertuah tu tak keluar jugak..sangat lama lepas tu, akhirnya dia keluar gak.at last. korang agak2 apa ek dia buat kat dalam tu?


dia MANDI!!!! siot betol lah minah tu. yg hampeh nye, dua2 toilet diorang mandi. sebab lagi satu toilet tu adik aku yang tunggu. aku rasa macam nak tampar berkali kali je minah tu. kot la nak cakap sorry. huh. haraaamm. dia blah camtu jer sambil wat muka ketat konon2 kitorang ni mengganggu tuan puteri bersiram. urghh. mengong. nak mandi pon tak agak2. ko tak nampak ke toilet tu ada 2 je? yang ko g mandi lama2 macam duk dalam swimming pool tu buat hape, sengaaaaaaaaaaalll..!

pesanan penaja : tolong la jgn buat harta benda awam mcm harta benda bapak sendiri ek..budi bahasa budaya kita. eyh, mcm tak seswai je...erm, layannn.

Monday, August 3, 2009

AmaZing..

At 12hr 34 minutes and 56 seconds on the 7th of August this year, the
time
and date will be

12:34:56 07/08/09


1 2 3 4 5 6 7 8 9

This will never happen in your life again??!!!!