Showing posts with label sh*t happens. Show all posts
Showing posts with label sh*t happens. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Edisi Khas!

Entry kali ini adalah edisi khas sebab sekarang sudah pukul 2.00 pagi,
dan pada 8.30 pagi esok saya ada final exam!
Secara automatik post kali ni jadi "EDISI KHAS"!

Khas sebab sanggup mengabaikan pelajaran semata-mata nak update!
Tak kira lah, nak update jugak sebab sedih. T__T

Al-kisahnya bermula begini..
Saya dan kawan-kawan nak berdiri di atas kaki sendiri (yelah, kaki siapa lagi kan) . Nak duduk rumah sewa. So, ada la jumpa 1 rumah ni..Partially furnished, sewa RM650 sebulan..Kami nak duduk 5 orang, so ok lah kan!

Setelah bermuafakat membawa berkat dengan tuan punya rumah, dah setuju la nak masuk rumah tu 3hb, yakni(<----lama gile tak guna perkataan ni) selepas saya habis exam. Deposit seorang RM300 pun sudah disediakan dan akan dibayar 3hb nanti.

Tiba-tiba..
Tanggal 30hb November 2010 , lepas saya yang seperti zombie (kerana tidak tidur akibat study yang extreme) pulang dari exam, tuan rumah tu hantar sms.

DIA TAK JADI NAK BAGI SEWA SEBAB ADIK DIA NAK DUDUK RUMAH TU!! T__T
*marilah kita menangis meraung-meraung sambil hentak-hentak kaki*

Mari kita ulang tayang cerita pada hari kejadian..


House hunting, call sana sini dan berjumpa ex-rumah sewa :p



Eh, semangat tau kitorang siap buat catatan bagaiii..



ini sepatutnya bakal bilik saya, tapi belum apa-apa dah jadi ex. haha



ini ruang tamu rumah itu. memang puas hati dah kalau dapat rumah ni..
tapi apakan daya..
orang tak sudi..
wuuuwu..


Sedihnya! Dah plan macam-macam, nak cat rumah la, nak bersihkan rumah la, nak beli tilam la..Tiba-tiba, lagi 3 hari nak pindah, dia tak jadi nak bagi sewa pulak kan.. Terpaksa lah memulakan house hunting kali kedua pulak. sigh..

Harap-harap kalau jumpa rumah lain lepas ni, sepakat membawa berkat dengan tuan rumah tu biarlah betul-betul berkat. janganlah hanya menanam sekilang gula dipinggir bibir sahaja!

Oh ya, kalau sesiapa ada rumah sewa area PJ, bagitau lah ya.. Kasihanilah kami yang merempat mencari tempat berteduh ini -_-".

Ok lah, jom sambung study sampai pagi..!

Saturday, November 6, 2010

The best place in the world!


Yeah..
I'm HOME!
Yippiee...

i was planning to drive home earlier. But suddenly, my sister text me in the afternoon.

Sista : "Kak, ko balik ke?"
Me : "Haah, today.. :)"
Sista : "Mane ade orang kat umah. ibu g cherating. abah nak g hatyai. tapi banjir. abah g tempat lain kot. Ana pon ingat nak balik, tapi abah x bg."
Me : "alaa..yeke..? nak balikk... :("

Then i called my mum, and my dad.
Abah said, "nak balik, balik la..tapi malam nanti baru abah ade kat umah"

Hehe..yaay~
To my sista! See, abah loves me more. hahahahahhahahahah!

I drove to perak alone..the journey usually takes 3 hours. but today, i make it in 2 hours and 25 minutes. Wahh..not bad huh? I mean not bad la for a kancil. if i drove my father's car, i can make it less. ha ha! but no guarantee about the speed trap tho.

It's quite scary driving alone at night. and it got scarier when it started raining heavily.
All the ghost stories about the highways suddenly came floating around me. what the heck!
Bad timing i must say. but all the scary thoughts were gone when something happened.

I was driving at the most left lane. it was dark for sure. suddenly, at the left side of the road, i saw a car parking at the emergency lane. with lights off!! which it is lucky that i still can see the car when i'm near. and suddenly when i was so near, i saw a guy stretching his body beside his car, inside the lane that i was driving, with black shirt and trousers. whaddaa.. you're so lucky man that i saw u and spontaneously move a bit to the middle lane. and thank God i'm lucky also because there's no car at the middle lane.. if not, i'm not gonna be home right now. and you're not gonna have peace in your sleeps cuz i will haunt u. ha ha!

Figure 1
*tempias lepas buat report assignment*

I draw this for u half-heartedly. My mouse is not working, so please understand how hard it is to draw. hehe.. anyway, i think u can get it. come on, it's not that ugly, right! :p
in case u don't get it, the blue car is that man's car. and the cute pink car is mine. although my car is not actually pink. *hey, it does look like a car right?* :p

To the MIB who stretched in the middle of the road.. why don't u just do yoga there. maybe u can find total peace in the other world. and if you actually want to kill yourself, don't stand at the left lane. go and stand at the fast lane. it will help make it faster with less pain!
huh!

Last but not least,
guys..
HAPPY DEEPAVALI and happy holiday~

Monday, November 23, 2009

hey betina..i Hate U!!!!!!!!!

yes i hate u A***S
u watch out coz i'm gonna get back 2 u..
RevengE of the fallen!!! watchaaaaaa..

it's just that i don't know how to revenge.. -_-
haih...

'dia' telah menyebabkan hidup aku kucar kacir selama 2 minggu..
'dia' telah menyebabkan aku hilang selera makan..
'dia' telah menyebabkan kerja2 aku tergendala seketika..
geram nyah tau!

ok la, korang tau tak sape yg aku benci konon2 nyer ni?
hurm..'dia' adalah sejenis 'makhluk' spesis 'nyamuk' berjantina 'betina' bernama 'aedes..
huhu...

yup, aku baru baik demam denggi..
bila doktor cakap kat aku aritu lepas cek darah : Awak kena demam denggi. -_-
muka aku masa tu sgt lah takleh blah. siyes dowh.. dalam banyak2 demam, kenapa denggi??? ammaaa..

tau tak aku menderita demam 2 minggu, terlantar 2-3 hari, pening berhari-hari hanya kerana betina durjana itu??
dush!dush!watchaa..kebabom!!! *sound effect geram*

yang paling TAK BEST adalah, i lose weight!!!
ingat senang ke nak kumpul lemak dengan jayanya? huhuhu
kalau turun berat tu x kisah sgt, tapi bila seluar da makin longgar, n sume org tegur "ko makin kurus aa skrg".. mmg dendam la kan kat nyamuk tu. hehehe.
mcm xde kaitan je..biar lah. nak salahkan nyamuk gak!!


Moral of the story : Sape nak kuruskan badan, suruh la nyamuk geget ..hehe. :p
*ok, tak lawak..*

ok lah..kwn2 UM, selamat bercuti bersuka ria, dan menggemukkan badan ye. bia gemok2 takpe, comel..ahahaha. aku takde cuti. praktikal! haish..*6 bulan yg sengsara*

Friday, October 23, 2009

Introducing.....My CLK...

Alhamdulillah, ade rezki sikit...so, baru2 ni, aku beli CLK (cute little kancil)..
Yela, setelah berhujan berpanas merempit dgn scooter aku, akhirnya aku da xkena hujan dah bile g n balik keje..

Kpd scooter aku, terima kasih di atas khidmat dan jasa anda selama ni..
Takkan kulupa memori indah kite bersama..ececeh..
ha, yela sangat tak lupa..sejak da ade clk ni, aku tak jenguk2 pon encik scooter kat tempat parking tu..da lama x start..ntah ape kabar aku pon tatau..ayah aku suruh pos balik rumah secepat mungkin sbb da tau da, mesti dia terabai dibawah jagaan aku..heheh..

Tapi dgn clk ni pon, ade pro n cons gak..
Aku da xleh cilok2 da time jam mcm sebelum ni..
Kena sabar je dlm jam..
Kaki plak lenguh tak payah ckp la..sbb manual..huhuh

And baru 2 hari lepas, da kena langgar dgn van. Memang kuang aja la ko van.
Cerita nye mcm ni..aku drive sorang2 balik keje, otw ke klcc..nak jumpa kwn.
tapi taktau la kenapa jam gila tak hengat time 2..nak jadi cerita, ada la "seekor" van ni..(saje panggil dia seekor sbb jahat sgt..).

Dia xsabar2 nak terberak agaknya. n dia menyelitkan bodynye yg gedabak itu dicelah clk aku yg kiut..kalau dah jalan sempit, tolong la sedar diri yg awak tu gedabak boleh tak..ini tak..dan hasilnya, dia meninggalkan kesan calar sedikit kat clk aku, n side mirror aku terpusing 180 darjah..Panas tol aku time 2.. nak hon tak jumpa hon plak disaat genting. cisss..(mcm la hon tu tersembunyi sampai xjumpa ek..)ah, whatever..

tapi aku mmg hafal la no plat van durjana itu.. BJX2240. haa, amik kau. calarkan kereta aku lg.. kalo aku dpt muka driver tu, aku tempek kat sini skali..tp xnmpk plak, tinted gelap sgt.

p/s: sape2 ternampak van tu, tolong buat ape yg patut ye. eyh, aku x suruh calarkan..aku tak suruh pancitkn tayar...mane ade..ish korang ni......
korang bg la tazkirah 20 minit ke..ceramah undang2 jalan raya ke..ehheeh...

Thursday, August 13, 2009

Tempat Kejadian Peristiwa Hitam..

Cuba tengok gambar ni betul-betul. apa yang anda nampak?



tiang kotor bertompok? oh, bukan...sila lihat lagi..








tak nampak jugak?haihh..

ok la, sebenarnya takde apa-apa yang penting pon. just nak cerita pasal tempat ni je..

sape yang penah lalu kat tempat ni?? ala...kat kl sentral. tempat orang menapak kalau nak g stesen monorail. (dia tutup buat pembinaan kat tengah2 tu. bapak aa penat nak kena jalan pusing gila jauh)

ok lah..
kejadian nya macam ni..
pada suatu hari yang damai...(tak ingat bila)
di kala kl sentral sesak dengan karbon monoksida kenderaan..aku telah melalui tempat kejadian untuk ke stesen monorail..

sedang enak aku menikmati pemandangan indah bas-bas dan teksi2 yang berwarna warni, sambil menghirup udara segar yang penuh karbon monoksida, tiba-tiba ada sesuatu entiti yang menarik perhatian aku. lembaga disebalik tiang.

oh..rupanya ada seorang lelaki berdiri di tempat kejadian. dekat tiang besar itu.
kenapa lelaki ini begitu menarik perhatian?? handsome sangat kah? wangi sangat kah? sasa sangat kah?? dia mengorat aku kah??

oh tidaakk...semua tu salah. sebenarnya aku tak perasan dia ni handsome ke tidak. sebab fikian aku terganggu masa tu walaupun dia tersengih memandang aku.

korang agak2 kenapa ek dia ni special? sampai aku habiskan lunch break aku menaip pasal dia? huhuhu...

haa..itu yang kita tak tau tu ye..

lelaki ini special kerana...
kelakuan dia masa aku lalu kat situ.

cuba imagine.
seorang lelaki yang ber-tshirt dan ber-jeans.
berdiri di tepi tiang besar.
mengadap penghadang besi berwarna putih tempat yang under construction tu.
tangannya memegang 'sesuatu' di seluarnya.
wajahnya tersengih memandang aku yang sedang lalu sambil melihatnya.

mesti da boleh agak apa dia buat kan?
ada yang blur2 sotong ke kat sini??
haihh..

ok la. tambah lagi 1 hint.
ada air mengalir di penghadang putih itu walaupun tidak hujan.

ngehehehehe..
tak bermoral betul..
kencing di khalayak ramai.
dia ingat umur dia baru 5 tahun ke nak wat camtu?
budak kecik pon tak buat sebab diorang pakai lampin. :D

apa motif dia sengih pon aku taktau.
bangga ke?huhu.

pelik.


pesanan penaja: aku rasa aku tak nampak apa yang tak patut aku nampak..rasanya la..hahahahha~


---<@ ---<@ ---<@
nak selit 1 dedication, tiada kaitan dengan cerita di atas. kepada cik qairawahu.. HAPPY BIRTHDAY QYRA!!!

-11 Ogos-

Tuesday, July 7, 2009

Di atas batu itu...

Dah lama aku tak update. korang rindu aku tak??
ape? takkk???
ok lah, aku postpone lagi seminggu, sampai korang rindu, keyh..
eyh, takpela..postpone lain kali. tgh ada mood nih.
ok, pasal perkelahan aku di sg. congkak.
Giler basi cerita ni. lantaklah. nak letak gak..

Rakan-rakan dan aku (my friends and i), pergi berkelah kat sungai congkak. best gilerrr, ok. excited sampai kaki terseliuh.

al kisah, aku nak gi kat tempat diorang main bola, dalam sungai tu..

tapi excited punya pasal + bajet hebat, aku tak naik darat, aku just merentasi sungai..

maka bermula lah ekspedisi merentasi sungai...(poyo. bukannya jauh pon. xsampai 10 meter)

sedang aku melangkah dari satu batu ke batu yang lain, tiba-tiba aku tersilap langkah..

batu besar yang aku sangkakan selamat itu rupanya dusta belaka.. permukaannya licin, walaupun tak nampak di mana lumutnya.

lalu, aku pon tergelincir...

okeyh, cuba fokus dan bayangkan.

kaki kanan kat batu kecil, kaki kiri langkah ke batu besar yg licin tu..

paham tak?

jap eh..
giler semangat siap lukis gambar neh untuk korang.
okay, dah nama pon batu licin, aku pon tergelincir laaa...tapi aku tak jatuh dalam sungai tau. aku just terbuat split kat situ. duhhh...sakit giler kaki aku..pastu aku taleh gerak dan statik kat situ.(kaki masih dlm keadaan split) sampai la sorang budak ni selamatkan aku. dia tarik aku naik batu tu. *MALU SEYH!!!*
siyes malu..rasa malu mengatasi sakit gak masa tu..
tapi rasa sakit mengatasi segalanya pada keesokan paginya..
nak turun tangga takleh, nak duduk time semayang pon takleh. aku dah macam pompuan tua, sikit2 adeyh2 bila berjalan.. :(
moral of the story : berkelah kat sg congkak mmg best!! eh, moral ke ni? whatever.


singgah makan durian lepas mandi sungai
aaa...masih makan durian.
singgah kedai makan lepas mandi sungai.
bergambar adalah wajib.

Thursday, July 2, 2009

Why? why? whhhhhhhhhhyyyyyyyyyyyy~

Saya tengah praktikal kat mimos, technology park.
Team saya sume lelaki kecuali saya dengan nanthini.
bosan giler takde geng..i mean, of coz la kan, i need someone to tell me this, n that, from a girl's perspective.

ala, korang tak faham..bila join ngan dak laki cam susah sikit la..
time makan, diorang suggest mkn kat mamak. aku tgk nasi dia memang banyak gila la. kalau pompuan, mesti suggest mkanan yg sedap instead of banyak. kan?

makan ngan dak laki, susah gak. eventho nasi diorang banyak, diorang tetap habis dulu.. aku tengah sedap2 duk makan, tetiba baru perasan, diorang tgh tunggu aku habis je. adoii, hilang terus selera aku..takkan nak wat diorang tunggu lama, kan? tak best.

perbualan time makan pon cakap pasal on-going project yang kitorang involve. cuba bayang kalau mkn dengan pompuan, mesti topik dia lebih menarik kan? kan?

lepas tu g surau, of coz la sorang2 dlm surau..takkan la nak join diorang gak. bapak melampau.. lepas semayang, pompuan mesti nak betul2 tudung dulu, bedak2 sikit, tapi yang laki da tunggu kat luar. aaa..giler rushing. u get what i mean?

hurm...i really need a girl friend. bukan les, just teman berborak dan bergossip dan berjalan. heh..

on my 2nd day to work, hujan lebat gile dasyat sampai rasa macam nak masuk umah balik, mengeram bawah selimut.
tapi sebagai pekerja yang berdedikasi, saya redah jugak la.
nak menjadikan cerita saya lebih perfect, masa nak keluarkan baju hujan tu dari motor, tersangkut n koyak la pulak.. tapi pakai jugak, cukup syarat. apa lagi, basah kuyup habis la tadi.uwaaaaaa

bila nak scan attendance, dia tak dpt detect cap jari saya sebab basah. asyik denied je. nak lap pon takleh sebab baju basah. sedey gila. tapi setelah berusaha dengan gigih, akhirnya dia detect gak. tu pon da dekat pukul 8.30...

masuk lab tu, bapak aa menggigil. baju basah, tudung basah, kain basah, kasut basah, tangkap basah, eh tak2.. pastu duk tempat aircond. huh. sangat best! T_T
jadi saya pon masuk toilet keringkan apa yang patut guna hand dryer dlm toilet. ala2 mr bean buat tu la...sedey gila hari ni.. da la tak sempat breakfast.

waaa...i need a driver..anyone?

Thursday, May 21, 2009

Percutian paling singkat dalam sejarah! sila percaya..

Kat umah sekarang ni ada aku, parents dan adik lelaki aku *haah, yg kuat mkn tu*. adik perempuan yg bongsu tu takde..dia kat sg petani, blom cuti..so, dia tersangatlah jeles bila tau aku dan bro ada kat umah..*walopun xde la apa yg menarik pon kat umah ni. huhu* nak dijadikan cerita, pada suatu petang yang suam2 teh o ..

aku dapat panggilan telefon.

Rena : Kakak, ko ada kat umah ke?

Aku : haah. nape?

Rena : Moto rosak. rena sorg2 je ni kat tepi highway. *suara da nak nangis*

Aku : laa..ko balik ke? katne tu?

Rena : dekat dengan taiping.

Aku : nanti jap akak call abah.

setelah kecoh2 call sana sini, aku dan ibu pergila drive sampai atas sikit dari taiping.*abah meeting* keluar tol kamunting, pusing dan masuk balik tol sebab nak g kat adik bertuah aku tu.nampak la dari kejauhan dia duk sorang2 tepi longkakng.

huhu.. kesian gila.. lama gak kitorang tersadai kat situ. moto rosak kol 3.45

kitorang sampai kol 4 lebih..

bantuan sampai kol 6 lebih..

tapi polis ronda plus tu pon taleh tolong sebab motor tu taleh nak tarik. dia takleh jalan ke depan.mak aku pon call pakcik aku yg duk kat taiping.pakcik dtg dengan kazen aku, abg am.diorg la yg pikir kan jalan camana nak tarik. org plus tu tatau nak wat ape.





ni la dia adik bertuah ku itu..



disebabkan moto tu takleh jalan ke depan, so abg am pon undurkan moto tu ke belakang..n boleh la bergerak.
adegan menolak motor secara mengundur berlaku sejauh 3km. *sume org yg lalu pandang 2-3 kali*
basah beb baju dgn peluh..keluar kat tol changkat jering sbb kat situ ada bengkel.*situ je pon yg paling dekat*

mesti diorang heran kenapa kitorang tolak motor secara mengundur. mcm bodo plak kan. huuhu..aku ngan mak aku naik keta dulu, tgglkn dorg n g beli air kat kedai mkn dkt dgn toll gate tu. pastu aku pon jalan kaki masuk balik highway.

ok cuba bayangkan, sorang pompuan ayu *ehem,nak muntah sila kuar* berjalan sorang2 masuk lebuh raya yang berlawanan arus dengan kenderaan lain, sambil bawak plastik air.
hohohoh...ya, banyak kali kena hon. kalau kereta aku x kisah. yg paling aku tensen bila lori besa gedabak tu hon kat tepi telinga aku ni. kuat giloss..bunguk. sakit telinga aku.
*sila bayangkan perempuan jalan sorg2, sambil maki hamun*
oh sh*t..sejibik mcm org gila sbb skali pandang mcm ckp sorg2..aaaaaaaaaaaaa~


untuk pengetahuan, adik aku balik tanpa bagitau. dia naik moto sorg2 dri sg petani tu.
esok nye pukul 2 dia ade exam. aku nak ckp adik aku gila, tak jugak waras je aku tgk.
heheh.. homesick tahap cipan la konon..


Bila da smpai bengkel kat changkat jering tu, abah aku pon sampai dengan adik laki aku.
my sis of coz la takut kena marah.
bila dia g salam dengan bos, n dtg balik kat aku dia ckp..

Rena : aduhh kak..kene setempek.
Aku : abah cakap apa?
Rena : abah cakap "ha, puas la ati kau satu kampung turun"
Aku : Muahahahhahahahahh

siyes beb, aku tak sangka abah leh kuarkan ayat memerli yang sepedas itu. huhuhuh

nasib baik xde jadi pape yg lagi teruk. haihh...lepas hantar bengkel, repair, n malam baru kitorang balik..

esok pagi nya *sangat pagi ok*, aku plak kena drive g sg petani, hantar dia balik sbb dia nak exam. huhu..mmg bertuah betol la dak nih..

so nak bgtau nye kat sini...
itu la percutian paling singkat dlm sejarah aku. huhu..
pergi sg petani, hantar adik aku, pastu balik. bercutila tu kan? kan? haha
peh.. lenguh kaki, pinggang, dan montot aku drive tanpa henti. cis..*berenti isi minyak je.*

pesanan kat kwn2.. kalau korang bosan duk umah, dtg la umah aku.. jom aku bwk g penang ka..kedah ka..pulau ka.. hahahahhahahaha
*angkat kening kat lyla*
^^


Friday, April 10, 2009

L i f e i S C r u e L . . .

Semalam, g DTC.
Nak support member2 yang perform untuk hari kokurikulum..
We ended our day with a cameragewdik session.. :)
Tahniah kat Tarian Rakyat sebab dpt nombor 2. Sebagai bekas pelajar yang tersingkir, eh2, yang telah lulus, saya turut berbangga.*sebok je kan.haha*


Lia, cenyum...cenyum..


Pokok idaman setiap gadis..



Star of the day..Bukan semua. yang ade star tu je. Cik farah.


Ye ye, kami howt kami tau...hikhikhik..
ok poyo.
Thanks to cik Lea sebab sudi menjadi tukang tekan butang kamera
dan sudi merakamkan detik-detik sengal kami kat sane..
Malas nak letak gamba diorang menari.
G tengok sendiri kat facebook diorang. mesti banyak. haha.
----------------------------------------------------------
Life is cruel...
Sometimes u think that u know somebody well enough.
But think again. Do you??
You'll never know..
Deep down inside, how different they can be.
Deep down inside, what a total stranger they can be.
Deep down inside, how cruel life can be.
-_-

Saturday, March 7, 2009

Hey kau perampok durjana!

Baru-baru ni kolej saya digemparkan oleh cerita kecurian, rompakan bersenjata *cewah gempak je bunyi* , perampok lelaki masuk asrama perempuan.

aku dengar budak yang kene rompak tu trauma dan balik kampung terus..
kesian betol. aku yang takde kena mengena dengan rompakan ni pun trauma kot!
yela, kalau da dengar ade laki bawak pisau masuk tengah2 malam, korang tak takut ke?
giler scary..buatnya kena tikam ke, kena hiris ke, omg!! *dah2 jgn pikir bukan2*
dah la macam2 versi yang aku dengar pasal rompakan ni..

1st version : budak pompuan ni pergi toilet kol 3 pagi. ada laki tunggu kat toilet dan rompak segala rantai cincin gelang semua..tapi apa yang aku musykil kat sini, kalau la betul dia tunggu kat toilet, memang bodo la. sebab andaikata la kebetulan, orang yang pergi toilet tu tak pakai sebarang barang kemas, ha, apa yang dia nak rampok?? takkan la dia nak suh budak tu balik bilik amik brg berharga kan..sbb kalo balik bilik, of coz la dia kunci pintu, tak keluar2 dah.


2nd version : budak pompuan ni g toilet kol 3 pagi, tak kunci pintu. perampok tu masuk lam bilik, rampok apa yang patut, pastu dia rampok budak yang gi toilet tu pulak.amik segala barang kemas. hurmm..yang ni macam logik sikit.

kesannya pada aku dan keluarga..eh eh..tak..aku je:
aku dah jadi takut untuk pergi ke toilet tengah2 malam. sebelum ni aku tak penah takut. ya, aku sangat berani *cekak pinggang ala2 superhero* . toilet sebelah bilik aku jer kot! nak takut ape kan?

tapi, malam tadi, aku nak g toilet pukul 4 pagi. aku lom tidur lagi waktu ni. yang kelakarnya, bila aku bukak je pintu bilik, aku intai dan toleh kiri kanan *ala2 org nak melintas jalan tu* sambil pasang telinga, kot2 la ada dengar bunyi apa2. sila jangan bayangkan memek muka aku time tu. siyes kelaka sebab cuak tak pasal2.

pastu aku keluar senyap-senyap macam pencuri, kunci pintu bilik sebab takut ade org masuk dan tunggu dalam bilik. pastu jalan mcm pencuri gak g toilet. *boleh gak kalau nak wat sound effect pink panther tu. tereng, tereng, tereng tereng tereng tereng tereeeeenggg...terererereng*

sebelum masuk toilet, aku intai dulu. risau ada orang. serious sh*t rase mcm org bodoh.toilet je kot! tapi apa boleh buat..perasaan takut mengatasi segalanya. time cuci muka pon tengok je cermin risau ada sape2 muncul dari belakang. bayangkan la, cuci muka dengan sabun, tapi tak berani tutup mata sebab takut. tak pasal2 je mata aku pedih kena sabun. padan muka aku.

sebelum keluar toilet pon, intai dulu kiri kanan, kot2 ada orang. bila tengok line clear je, aku pon jalan laju-laju, bukak kunci bilik, masuk dan tutup pintu cepat-cepat. bila dah selamat dalam bilik, aku mengeluh lega..bengong. gaya macam ada org kejar je kan?? padehal takde pon. tapi tu la. trauma. agak2 budak yang kena rompak tu mesti 17x lagi takut daripada aku..huhu~

takutnyeeerrr~ yela, bayangkan kalo pisau tu ade kat leher..peh! mau menangis aku kat situ jgk.

oh ye. lupa pulak. aku siap tanggal rantai emas yang aku pakai ni sebab takut ade perampok kat toilet sedang menunggu. hahahah. *jom gelak* nampak kan camana takutnyer aku sampai tahap itu. sigh~

untuk kawan-kawan pompuan, jom baca blog penyokong robot ni. ade ajar tips2 berguna bila berhadapan dengan perampok durjana..

pesanan penaja : kenapa perompak2 ni tak kena tangkap ea? bukan ada cctv ke kat kolej aku?
kepada perampok : apasal la ko asyik aim blok pompuan je?? kalo ko anak jantan, g la rampok blok laki. hahaha..ko takut kena belasah kan? ceh. pengecut.

Friday, February 20, 2009

This is the life..Face it.Live it.Love it.

Emo-ness

i tot that my misery days almost over..i'm wrong..*cry a river*
Let me tell u y..*kalo tanak tau, tutup mata*

Tuesday - Midterm exam cruptography - OK
Wednesday - Midterm exam Math 4 networking -OK
Thursday - Midterm + LabTest network advance ccna - KO

it was terrible..
the questions were unexpected, the answers were unacceptable..
not only my group, but every groups in my lab have to do it again..
we were given a 2nd chance to do it all over again..*is it lucky or wut??*

wut a nightmare..
*kalaula btul ini mimpi, tolong la tampar2 saya skrg supaya terjaga*
sigh..i guess not.

so, monday will be our next top model..eh
our next worst nightmare..
I hope everything will go smoothly on that day. *tadah tgn cepat.doa skali*

---------------------------------------------------------

Kawan. Macam2 adaa~

1)Kawin
Baru lepas baca blog waniey
Dia tak saba nak kawin..hehe..Wani ComeL!!
yela, org tgh pening2 exam nih, dia pening bile nak kawin lak ea..
Tapi orait gak wani..kalo ko kawin awal leh aa kitorg wat rombongan g tganu..
hahahah..besh2..kawinla cepat. =p


2)Negatif
Saya ade sorang kawan. nama dia err..leh ke sebut ni ek? de marah tak ea? **f*
teka sendiri.haha..dia seorang yang suka berfikir jauh ke dalam, sedalam perigi buta sampaikan kitorang pon tak penah terfikir nak masuk dlm perigi tu..i'll give the examples..

#kalau ade org bagi hadiah perfume, apa korang rasa?
Saya = wah..bestnyer..
Dia = Aku ni busuk ke smpai kene bg perfume?

#kalau bf korang dgn baik hatinya belikan loofah kat body shop, apa korg rasa?
Saya = bestla..xpyh nak beli lain da..
Dia = Aku ni banyak daki ke?

*omg*

get the picture? hehe..kelakuan dia ini juga saya anggap comel.
hahah..yela, punyala jauh pk..tak tercapai akalku..


3)Ada beberapa kwn sy yg baru kembali ke alam single n available.

Sorg ni break sbb dia bukak ym bf dia, n terkantoi la beberapa incident.
Mcm flirt2 n tuka2 no fon, stuffs like that..

Ada sorang lagi, break sbb dia bukak website hotlink yg boleh cek calls and sms record tu..
Dia cek bf dia punya logs.
Kantoi jugak. Bilangan bf dia msg pompuan lg sorang tu, lagi byk dari bf dia msg dia.
Bila tanya sembang ape, ckp sembang kosong.
Dia tak puas hati sbb,
1.takkan la bf dia sembng kosong smpai hari2 kot..
2.sembang kosong smpai beratus msg ke?
then, diorg break gak..

hurmm..
Ada sy baca kat 1 blog ni, dia ade tulis pasal pasangan yg break lepas cek handphone.
Ada yg bf tak bg cek hp n si awek tak puas hati.. ade yg kantoi lepas cek, mcm2 la kan..

Ada sorang kwn ni pun penah alami situasi mcm ni gak..
Gado pasal henpon la, isi perut laptop la, n bnde paling kecik, tiket wayang..
ish ish ish..*geleng2 kepala*

Memandangkan tahap ke-emo-an dia yg tinggi, gado teruk gak la..
nasibla bf dia ni spesis agak penyabar orgnyer..kalo tak, tatau la pe nk jd..
Kesannye, kwn saya ni da taknak amik tau ape ade dlm hp, laptop, n beg bf dia dah..Dia kata:no guts..hehe...tau takot..


Bagi saya:
Jgnla tgk klo agak2 tanak perang dunia ketiga meletus..
Caranya? Trusts.. *tp saya ni bole dipercayai ke ek agak2?haha.lalala~*

Ala, percaya la..klo ade jodoh tak kemana..
Dan percaya la, what u give u get back..
Kalau pasangan anda curang, bersabar jela ye kawan2..
xde jodoh kot.
Mungkin ade yg lebih baik sdg menanti anda, n worth ur loyalties..

Tapi kan, ramai gak kwn2 sy sendiri yg curang..
hahaha..yg ni tatau la nk komen apa. *bias betol la saya ni*

Ade sorg kwn lelaki saya lak, dia baru break sbb awek dia ade laki lain. haih..
*yang ni pompuan lak yg wat hal*

Ada gak kawan yg sedang sibuk mencari awek..*rafiq,bukan ko.haha*

Ada gak kawan yg happily single..*bukan ko jugak rafiq*

Tapi ramai je kawan saya yg bahagia je ngan pasangan..*mcm aku..eh..eh..macam qyra n nonie.=p*

Sape lagi yg bahagia?? angkat tgn sambil wat peace..
*angkat tgn dn wat peace dgn gaya comel mcm nak bergambar*
mereng..


pesanan penaja: Pacikbesa sy tak penah pon amik tau ape yg ade dlm hp, laptop or beg saya.. ape lagi email, ym, frenster n facebook saya..hehe..*bagus kan dia ni..ngee*

Tuesday, February 17, 2009

3 dalam 1

Semalam tidur nak dekat pukul 4, itupon susah gak nak lelap.
Fikiran terganggu.
Pagi tadi bangun kul 6.25..Segar. Xngantuk langsung. Pelik.

Kelas pukul 8. Terserempak dengan lyla otw g kelas gak.
Jalan ikut shortcut belakang DK2 tu. nak g kelas kat BK3.Network Advance.
Tetiba ternampak benda panjang.Warna coklat.Melintang atas jalan.
Spontan saya sebut perkataan "ULAR", tapi perlahan.
Tetiba lyla yg tak nampak benda alah tu, terpijak betul2 kat tengah2 badan ular tu.
Lalu ular tu pon menggeliat2, sbb kene pijak.
Spontan saya menjerit "LYLA, U PIJAK ULARRRR!!!" *tanpa menggunakan pembesar suara fo sure..xperlu kot.*

Dan secara refleksnyer kami berdua berlari-lari persis atlet yg tgh warm up, sambil menjerit-jerit persis perempuan gile tanpa mempedulikan keadaan sekeliling..*Tolong jangan bayangkan rupa kami sbb terlupa nak control ayu*
Disaksikan oleh seorang lelaki cina, yang akhirnya tersenyum geli hati melihat telatah kami.

*Malu*

Tak peduli. I hate reptiles. Ular adalah salah satu binatang yg even kalau tgk pon da bole meremang 1 badan. Ape lagi pegang. Bagi RM100 pon lum tentu saya akan pegang. Kalau nak bg RM1000, akan saya pertimbangkan dengan sewajarnya.

Senaman pagi berakhir disitu.

----------------------------------------------------------------------------


Pergi PJ17 nak isi minyak dan berniat untuk mandikan scooter yg tatau bape lama x mandi itu.
*Pengotor tatau ikut perangai sape.Tuan dia x cmtu*

Sampai kat tempat cuci tu, pekerja kat situ tengah cuci satu kereta.
So, logically, my scooter will be next la kan..

Saya duduk di kerusi, bukak buku, buat soalan cryptography.
Muka serius.
Tak lama lepas tu nmpak satu kereta masuk, nak basuh jugak.
Dalam hati berkata "Takpe, aku dtg dulu..dia kena tunggu la.."
Sambung wat crypto.

Setelah buat 3 soalan crypto which jalan kerja pengiraannya yg panjang berjela serta sangat membencikan *manusia mana la yg cipta benda ni*, saya berhenti.
Bangun dan pergi tgk tempat cuci.

Pekerja sedang basuh kereta yg BARU MASUK tadi.
Motor saya belum disentuh.
Wtf.

Panas terik matahari menambahkan panas yg sedia membara di dalam hati.
Tarik muka.

Pekerja tu buat isyarat tangan supaya tunggu.
Owh, sumpah saya tak faham kenapa saya yg kena tunggu.
Ada sesape yg boleh bagi penerangan yg rasional, tepat dan jitu?

Adakah kerana itu kereta BMW brand new, so dia perlu didahulukan, dan oleh kerana saya hanya scooter, buruk plak tu, saya kene bg laluan??

Lawak apakah yg sedang mereka mainkan? Sbb saya tak faham. Nonsense!

Ni yang buat saya nak nyanyi lagu situasi-Bunkface nih.
Diskriminasi betul.

Mentang-mentang la saya bayar 6 ringgit jer, dia bayar lebih, jadi kau nak lebihkan dia la?
Apa kau ingat, sbb dia bwk BMW, so aku la yg kena tolak ansur?
Sorry.
Kalau dia bwk Kancil turbo ke, Skyline ke, Merc ke, BMW ke, Mazda RX8 ke, Lamborghini ke, ada aku peduli?

Yang aku tau, First come first serve la beb.
Common sense camtu pon nak kene ajar ke?
Bikin panas jek...

--------------------------------------------------------------------------------

Pukul 2 ade exam Cryptography.
Taktau ready ke tak.
Formula yg Dr Omar ajar yg kena guna euclid algorithm tu saya x paham.
Serius tak faham sampai rase nak tido jek.Redha.
Kejap2 faktor, kejap2 kembangkan, apa yg dia nak sebenarnya pun saya tak tau.

So saya guna formula lain.Jumpa kat internet.
*Pandai2 je*
Lantak lah. Janji dpt jwpn dan cara tu lebih paham.

Good Luck korangss..


pesanan penaja: Dah tau exam kol 2, tak reti-reti lagi ke nak berenti menaip?
*bukan tak reti, x boleh.ini lagi satu masalah...sigh*

Friday, February 6, 2009

Mimpi itu indah..Indah itu Indah Water~

Saya sangat penat..
Main basketball dari 9pm sampai 12 lebih..
Tapi penat dia mcm lari pusing kampus 1x tanpa henti plus naik turun bukit cinta yg tinggi tu berkali-kali..
Peluh xpyh ckp la..kurang sikit je dri mandi..



ok, ni bukan peluh..ni mandi..



Bau lg la tak payah ckp..lagi wangi drpd korang time bru pas mandi..hahahah~
Dah la dengan comotnyer..ish2..selekeh!




Walaupun latihan da byk kali, saya still rase saya tak terel..aaaaa *bunuh sy sekarang..*

Nak pukul berkali-kali pon x kisah.Terlalu penat untuk elak..


Waa...bestnye klo saya dpt tidur tanpa gangguan~
Alarm pon taleh ganggu tau!
*tapi akhir2 ni tidur saya sering diganggu oleh bunyi
announcement kolej pasal MAK09 yg kuat gilew*


Is there any place where i can hide n cannot be disturbed??
no need to go training and meeting..
just me, myself n i~
heaven gilerr!!
pesanan penaja: perut saya still sakit walopun da telan ubat2 tu seperti yg disuro..
kenape ek?

Monday, February 2, 2009

Kenapa manusia sering berkata tidak cukup masa..?

Haritu time cuti, aku g Sg Petani..hantar adik aku balik tmpt blaja dia..
Adik aku bwk moto, kitorang follow ngan kereta..

So, sepanjang perjalanan tu, ikut jela belakang dia..
Dia pecut 100 lebih je..so, abah aku bwk kete pon 100 lebih je..
Masa berenti kat R&R nak isi minyak, abah aku suh aku drive..

So, nak dijadikan cerita, elok2 je aku tekan minyak,hujan la plak..
Bila hujan, adik aku call ckp dia stop kat bwh jambatan. Nk pkai raincoat.
So abah pesan, kalo nmpk adik bwh jambatan tu, stop la kat tepi..


Memandangkan anak abah yg sorang ni rabun jauh(ye, aku rabun..)
Dahtu spek patah sbb pandai sgt bwk tido (nk membace dlm mimpi agaknyer)
Pastu tak reti-reti plak nak pkai lens klo da tau rabun..
aku pon tak nmpk la adik aku kat bwh jambatan..n terlajak..


Mak aku lak suh tunggu kat next R&R, n bile nmpk adik, bru jalan..
Tungu punya tunggu punya tunggu dan tunggu lagi, xnmpk2..
Sudah......adik aku ilang??

Bile call xangkat..Call lg skali tak angkat jugak..(yela, tgh bwk moto kot!ujan lak tu)
Pastu adik aku lak yg call..Dia stop kat jambatan lain lak.
Rupanya dia da kat depan..jauh da..Kitorg yg tak pasan dia lalu..


Then janji nk tunggu kat hentian Juru
Setelah bawa ngan kelajuan *rahsia*, akhirnya smpai la kat hentian tu..

Tgk2 muke adik aku masam gile..Duk marah2..
Aiyokk xtau....

Tetibe ader moto lalu kat tepi kete kitorg..
Adik aku ckp, mamat tu psycho..ikut dia..hon2 mcm org gile..
So, mak aku suh aku naik moto ngan dia..Guard la konon..*Padahal adik aku tu yg terel taekwondo.huhu..*

Bile aku naik moto ngn dia, aku tau la cmne psyco nyer mamat tu..
Bile adik aku bwk laju giler, dia pon bwk laju..
Bile adik aku bwk slow tetibe, n dia potong, tgk2 dia pon bwk slow gak..
slow gile kot adik aku bwk..tpi dia pon slow gile gak..
bengong btul..

So, bila nak dekat masuk persimpangan ke sg petani, adik aku bwk slow sbb dia tanak org tu tau dia nak masuk sg petani.
Tapi yg bestnyer, tetibe je mamat tu potong n bg signal kiri menandakan dia nk masuk sg petani..huhuhuh...siap babai2 lg tu kt kitorg..

adik aku pon cuak..sg petani bukannye besar..n adik aku brek n bwk slow gile sbb tanak laki tu tau dia masuk sg petani gak.

rupanye, laki tu tunggu...huhu..
dia nmpk kitorg masuk sg petani gk..

elok2 lepas tol tu je, ade traffic light plak da.. merah.
n dia berenti tepi kitorg...adeyhh
mamat psycho : Nak g mne ni dik??
kitorang: wat muke ketat. diam. dlm hati *nk tegelak sbnrnye.mamat ni tkdela mude sgt*
mamat psycho : Jauh berjalan, umah kat mne? boleh abg dtg umah?? *abg???uweekkkk*
kitorang : masih diam dan membuat muke yg lebih ketat. dalam hati *cepatla traffic light ni hijau*
mamat psycho : nape diam je ni? *sukati org laaa..adeyhh*
aku rase cam nak tunjuk middle finger je kat mamat tuu *tapi nnt kete2 lain kat traffic light tu tgk xsopan lak..huhu*

bile hijau je, adik aku terus pecut gile2..konon2 nk bg mamat ni tertinggal la..
n smpai kat lg satu traffic light, lampu dh dekat merah pon adik aku redah je..n mamat tu langgar lampu merah sbb nk ikut kitorg..

bile smpai kat lg satu traffic light, merah la plak..
terpakse berenti..n mamat tu berenti tepi kitorg lg..

mamat psycho : jgn la bawak laju2 dik..bahaya..
adik aku : MAMMPUSLAA!!
n dia terdiam..terkejut kot.

bila lampu dh ijau, of coz la kene jalan kn..but adik aku tak gerak..
5 saat berlalu, adik aku tetap x gerak (kalo kat kl da kene hon da ni)
n mamat tu terpaksa jalan dulu..

bile dia da jalan, adik aku pon jalan, tp kitorg belok kiri..*jalan yg bertentangan ngn kereta lak tu..*

nsib xde polis. n adik aku pon masuk lorong sane sini, n berenti kat satu lorong kecik tep jalan besar ni..nyorok. n smbil tu call abah tanye dia kat ne..

ingatkan siri kejar mengejar ni da habis..
tak hbis lg rupanya...
mamat tu dia patah balik cari kitorang..
nasib la kitorg yg nmpk dia..dia tak nmpk sbb kitorng nyorok kat lorong kecik kot!

kalo nmpk gak taktau la nk ckp ape..

pastu janji ngn abah nk jumpe kat caltex...n adik aku nk bwk g tmpt mkn afterwards.
tetibe time tunggu abah, adik aku nmpk laki tu kat seberang jalan, duk tersengih-sengih atas moto dia..

SHHiiittt *big time*
ade lagi mamat nih.. gile!

n bile abah aku smpai, n berenti kat caltex tu..kitorg panggil abah turun..n tunjuk2 kat laki tu..

tapi tgk2 dia da ilang..
aik???hantu kah??

x lama lepas tu dia lalu tepi kitorg sambil hon2..*bapak aku ade pon dia slumber rock je kan*
lepas tu bru laa aman..n kitorg g makan..

n adik aku masih risau nk kuar jln2..

risau terserempak ngn mamat psycho tu lg..
huhu..
gambar diambil sebelum kene stalk~




pesanan penaja: memula aku ingat nk je kuarkan hp tgkp gmbar mamat tu letak kat blog..tp adik aku x bg..riso dia keje mati-matian lak sbb tgkp gmbr dia..hehe..
kata penaja lagi : Tunggang dengan selamat. Ingatlah org tersayang...

Friday, January 30, 2009

Bila Resah, Ingat saat Indah~

Aiyaaa…What a tiring day~
Do u know what happened when the Chinese celebrates their new year n close their shops for almost a week??


It’s difficult, ok..As u know, most of the important shops are owned by Chinese..
Unfortunately, my road tax, my sister’s road tax, and my father’s road tax expires today..What the heck..So, we had to wait until the shop opens, which is today, and hell, it’s Friday. It’s gonna be busy at the post office, bank and all over the offices right…


So, my sister and I went to the post office, took the number, and as we expected, it’s more than a hundred ahead…There’s no way we’re going to wait at the seat-less post office(of course all the seats are already taken, what do u expect?).


So, we went back home, watch tv, killing time, eat, tv again, then after an hour, we went back to the post office.


Nope, still faaaaaarr ahead. So we hang out at a mamak stall. I ate mamak fried noodle which was yummy..After a while, we went back to check the number, not yet.


So, we went riding around this town. Go here, go there, go round the castle, go near the river, go to the shops, buy nothing, go out again, and fyi, it’s 12.30 and we are burning inside out..
So my sister decided to stop somewhere just to kill time. And we went to k.box to karaoke..
We sang 6 ‘tangkap lentok’ songs...



Then, we went back to the post office..Guess what..???


NOT YET.

My sister want to go home, but I decided to wait, because I think the number will move faster as most of the guys will go to the Friday prayers..


Suddenly, a Chinese guy, around 22 years old fainted in the post office. He hit the dustbin and lied unconscious on the floor. Everybody was looking, some were helping, lift him up, kipas-kipas a bit, gave him a seat, and he seems dizzy..


Not long after that, one of the officer, came out, give him a mineral water, a tiger balm, and asked him what he wanted to do..
Then the officer took his document, and that guy didn’t have to wait anymore..


My sister said “Kakak, cepat la pengsan!! Cepat sikit settle..” Haha, yeah right..
Ouh, forgot to mention that I had several numbers because some of the people who gave up waiting, give the number to me..


And finally, my precious number had come..1248.
My sister gave her number 1249 to a guy next to us. They need to go to Friday prayers.


After I settled my business, I gave my extra number to a Chinese girl and a makcik beside me. And the makcik asked me “Macamana boleh ade nombor byk2 ni?”
And I said ”Saya pon org bagi tadi..” then I left. I made the makcik happy, coz her number was a hundred ahead.


Before we went home, the guy that we gave the number before came to us and asked for a phone number..
My sis : “Aii, baru bg nombor giliran, da mintak no tepon??” (yup. My sister is more ‘hati kering’ than I am)
The guy: “Ala, bagila..Da habis gentle ni datang mintak sendiri..”
My sis : “No bapak saya nak?”
The guy : “no bapak pon boleh la..”
My sis : “waa, mmg gentle habis kalo no bapak pon nak..”
The guy : “Cepatla, nak bg ke tak ni? Nak balik da ni..”
My sis : “taknak bagi.. Aik, balik?? Tak g semayang jumaat ke?” (ambik kau sebijik..see how sarcastic she can be..*adik sape la ni..*)
The guy : *tersengih-sengih* ..taknak bg takpela. Balik dulu..


pesanan penaja: That guy is not bad at all with a superbike. But as I said before, my sis is ‘hati kering’. Huhu..

Tuesday, January 27, 2009

You Rock My WorLD, u know u did~

HAPPY CHINESE NEW YEAR..
GONG XI FA CAI~

Saya tak dapat angpau pon. Just dapat kuih raya, kuih bulan dan limau yg manis gile dari jiran.
*pelik camana dia leh dpt limau yg shedap giler cmtu.mne dia beli?*
*auntie, lainkali u x payah bg kuih la..u bg limau manis ni je manyak2..ngeee~*

Luahan perasaan:

Awak...Kenapa awk jd mcm ni? Sebelom ni tak penah pon awk wat mcm tu ngan saya. Saya sedih sgt2 tau. geram pon ade. Awak tau tak betapa susahnye saya bile awak wat perangai mcm tu? Awak syg saya ke tak sebenarnye ni? Kalo sayang, tolong jgn wat mcm tu bole tak? i'm begging u.....I need u, desperately, i admit!

Oh Lappy...My handsome Lappy..Kenapa awk takleh on9 gune streamyx?? uwaaaa...xpasal je saya kene on9 guna lappy adik sy...sgt x besh~

Lappy dearie...Jgn wat perangai k?? Kasihanilah tuanmu ini......

Thursday, January 15, 2009

one terrible day..

ngeng..ngengg~ ngenggggg~ arghh, shut up already! see...my day starts with the sound and smell of mosquito spray..oh wait, i woke up for subuh, but i go back to sleep bcoz i slept around 3.30 last nite..so, can u imagine waking up bcoz of the loud machine sound and the terrible smell of mosquito spray...i felt like 'aiyoo, why during this time maa.i need some more sleep laa~' as i pull my comforter and wrapped it around my body to shuhh shooohhh that smell and get back to sleep..

after 2 minutes..


arhh..lemas.lemas. and struggle to get rid of the comforter, and angrily head off to the bathroom to bath..

*oh God..is this the hint that today will be a disaster?*


yes, i had a terrible day after that..y terrible? coz i personally think it's terrible la..what else! aiyoo..

8.30 : i went to the sc faculty to join the crowd
8.55 : went back to my faculty to attend the math lecture.
9.10 : just realized that there's a notice on the door telling that the math class is cancelled. *y didn't i noticed it earlier??shhhhhiii...errr.....cool!!!*
9.25 : get back to the crowd at sc faculty. (for the sake of the campus election)
*menjerit-jerit mcm org gile during a sunny day..VERY SUNNY DAY! ok*
11.00 : go back to my room. prepare to continue my beautiful sleep.
11.15 : couldn't sleep *pusing kiri*
11.30 : still could't sleep *pusing kanan*
11.45 : got a call telling to give 2 passport photos by that evening.
*ok. later on la..i need my sleep first*
12.15 : got a message telling the same 'photo' thing.
*ok2..dah tau..sambung golek2*
12.30 : got another call telling the same thing, but this time the limit time was before 2 pm.
*huh! what the heck? i dun think i have extra passport photos*
*selongkar2...cari2..tolonglah ade!........none!*
12.50 : went out to bangsar to take the instant photo *with a traffic congestion coz its lunch hour plus with a horrible not-ready face coz i was planning to just cuci my pictures from my cd, but end up, cannot..*
1.25 : went back to the faculty, have some problem with my friend's picture, go up and down, in and out the college, and went back to bangsar to cuci my friend's picture.
1.45 : gado2 with the bangla worker bcoz he's just plain s*****.
1.50 : go to the boss and gado2 with the boss somemore coz he's 'sama dengan je' with his bangla worker.except for he's the boss who made decisions.
1.55 : mission accomplished.he agreed.
2.20 : pay n went back to the campus. *see, it's waaaay past 2 already.*
2.30 : photos submitted.
2.45 : starving *tummy is currently playing a hard rock song*
2.50 : nasi n lauk da habis. *sigh*
3.00 : buy maggi cup from the kedai runcit. pray. eat. surf2 a little. then pengsan. zzz...

sgt penat.. terrible kan?? kan??? *angguk la cepat..haish*


hurm, when i was surfing the internet, and blog-hopping, i found a girl that i recognised from facebook. i opened her blog. read her profile introduction.
OMG...

i mean..

O-M-G!!!!

giler perasan pompuan ni..sgt tak ley bla ok ayat2 dia..
ok, i'll give u a hint..
she's describing about her beauty and telling everybody that she's beautiful.
soooo perasan ok...
*when i showed the blog to my friend, she agreed too. so i'm totally normal*

for me, u don't need to tell everybody about your outer-beauty coz if you're beautiful enuff, people will notice that immediately.i repeat.IMMEDIATELY...there's no need for u to canang satu kampung n bgtau "hello everybody...saya cantik.noktah." ok, that's what we call 'perasan cantik'...

*seriously people..i don't have grudges against that girl. i'm just voicing out my opinion*
*senyum. sambil wat muke cumel* *dah2.xcomel langsung*
*n i'm not a reporter-wannabe* huhu

after that, i read a blog of a model which is cantik gilee.....gile pon tak mcm dia..n she's very cool n down-to-earth...n so many people visits her blog.. see, i've told u..people will noticed the beauty immediately without u telling them about it..


*beauty lies in the eyes of the beholder..*


pesanan penaja: kepada encik gray yg telah membanjiri shoutbox saya dengan ayat2 jiwang, plishh stop...awak buat saya nmpk mcm heartbreaker terkemuka yg xde hati perut..padahal saya baik jer..(syok sendiri) *tapi kan..org baik tak ckp dia baik, kan?? ah, whatever..*
tolong ye.... sile luah perasaan anda di blog yg lain pula..sekian, terima kasih.

Friday, January 9, 2009

Oh lala~

Tadi kua jumpe aja n yati..Jalan2 cri makan kat TimeSquare...Waa..telah mengkopakkan diri belanja hajar kat kenny rogers..heheh..belated birthday..aja da nak smbung blaja balik..yati pulak nak pindah kedah da..tukar pejabat cawangan sane..windu la kat korangs nanti..

erm..bile la dpt jumpe ieda ngn ina lak..kne wat gathering ni~

erm..tdkan, aku naik lrt sorg2..tetibe masa naik tangga nk g kat platform tu, ade sorg mamat ni tegur aku..aku tgk dia, mcm tak kenal je, so aku wat bodo jela..salah org kot..bile da masuk dlm lrt, port biase aku, sandar kat dinding la..tetibe kan, mamat yg tegur aku td, dtg berdiri depan aku..pastu dia pegang tiang depan aku. so kedudukan dia mcm mengadap aku dan secara automatiknya menghalang laluan aku..aku pon pelik..lrt kosong, nape la depan aku gak dia nak berdiri kan?..hurmm, ok fine..tempat awam..sukati ngko la.

tetibe dia tanye aku mcm2 soalan...adeyh..malas betul nak jawab..agaknye dulu cita2 dia nak jadi reporter kot, tapi x kesampaian..kesian..tu yg wat praktikal dalm lrt tuh..

pastu bila da sampai destinasi yg aku tuju, aku nak gerak la kan..tetibe dia mintak no tepon. aku geleng2 jela xmo bg...tapi mamat ni still menghalang laluan aku dan xde tanda2 yg menunjukkan dia nk turunkan tgn dia tu..pintu da bukak..org lain da turun..aku terperangkap lg..dia still mintak no tepon lg n tanak turunkn tgn dia..

aku da cuak.aku ingat nak langgar je mamat tu..tapi memandangkan aku ni kecik(kecik la sgt~) dan dia besa..n kalo aku main langgar2 kang dia kate sexual harassment lak..so aku xjd la nak rempuh dia..aku wat cara yg lebih berhemah..

so, dengan suara yg agak lantang, aku ckp kuat-kuat.."EXCUSE ME!!!" (aku rase 1 gerabak tu dgr kot n sume pandang) n mamat tu cepat2 bg laluan kat aku.huhuhu..tau takut..ingat aku kecik ni senang2 jek dia nak buli ea..aku garang tau! garang cam mama shinchan..ngeee~

n elok2 je aku kua,pintu tu pon tutup..fuhhh..legaa..kalau aku tak sempat kua td, mmg nak kena belasah aaa laki tu kan(cewah.mcm kuat sgt nk belasah org)..suka suki je tanak bg org turun..geget kang bru tau..

moral of the story: jgn naik lrt sorg2 waktu malam.nanti kena buli.hehehehhe~

Monday, December 8, 2008

XsTaBiL Mode~

Sorry- Buckcherry

Oh I had a lot to say was thinking on my time away
I missed you and things weren't the same

Cause everything inside it never comes out right
And when I see you cry it makes me want to die

I'm sorry I'm bad, I'm sorry you're blue, I'm sorry about all things I said to you
And I know I can't take it back
I love how you kiss, I love all your sounds, and baby the way you make my world go round
And I just wanted to say I'm sorry:

This time I think I'm to blame it's harder to get through the days
You get older and blame turns to shame

Every single day I think about how we came all this way
The sleepless nights and the tears you cried it's never too late to make it right
Oh yeah sorry!


Lagu ni sgt membuai-buai~
Walopun umah ni xde buaian..heh

(Sile baca ayat di bawah dlm 1 nafas) *cewah mcm nak lafaz nikah lak*

Penah tak korang rase tetibe je mcm blurr xde mood pastu tetibe rase cam nak marah org tak tentu pasal dan paling tak best tetiba rase mcm nak nangis meraung-raung padahal takde bende pon yg nak ditangisi n paling tak leh bla tetibe nangis betul-betul walopun tak meraung tp nangis gak la kan namanyerr tu walaupun taktau punca and takde reason yg konkrit...gilerkah aku? akukah gile? gile akukah? aku gilekah?

hurmm... =(

Aku nak jerit..
Aku nak nangis..
Aku nak marah..
Aku nak geget..
Aku nak belasah..
Aku nak terajang..
Aku nak ambik, penyek2, gumpal2, buang dlm laut..

Any volunteer?

Wednesday, November 19, 2008

Lone Ranger~

Everybody's home already..
guess what..i'm not...
:cry:
it's raining outside..i don't know how to balik..
td redah ujan beli tiket, dia ckp system down..
haiyaa...so sengal la...watchaa...dushh!!kebabomm.. neno neno~



exam da habis..tale balik plak da..
=(
bosannyer duk kolej~

btw..

HAPPY HOLIDAYS EVERYONE~