Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Edisi Khas!

Entry kali ini adalah edisi khas sebab sekarang sudah pukul 2.00 pagi,
dan pada 8.30 pagi esok saya ada final exam!
Secara automatik post kali ni jadi "EDISI KHAS"!

Khas sebab sanggup mengabaikan pelajaran semata-mata nak update!
Tak kira lah, nak update jugak sebab sedih. T__T

Al-kisahnya bermula begini..
Saya dan kawan-kawan nak berdiri di atas kaki sendiri (yelah, kaki siapa lagi kan) . Nak duduk rumah sewa. So, ada la jumpa 1 rumah ni..Partially furnished, sewa RM650 sebulan..Kami nak duduk 5 orang, so ok lah kan!

Setelah bermuafakat membawa berkat dengan tuan punya rumah, dah setuju la nak masuk rumah tu 3hb, yakni(<----lama gile tak guna perkataan ni) selepas saya habis exam. Deposit seorang RM300 pun sudah disediakan dan akan dibayar 3hb nanti.

Tiba-tiba..
Tanggal 30hb November 2010 , lepas saya yang seperti zombie (kerana tidak tidur akibat study yang extreme) pulang dari exam, tuan rumah tu hantar sms.

DIA TAK JADI NAK BAGI SEWA SEBAB ADIK DIA NAK DUDUK RUMAH TU!! T__T
*marilah kita menangis meraung-meraung sambil hentak-hentak kaki*

Mari kita ulang tayang cerita pada hari kejadian..


House hunting, call sana sini dan berjumpa ex-rumah sewa :p



Eh, semangat tau kitorang siap buat catatan bagaiii..



ini sepatutnya bakal bilik saya, tapi belum apa-apa dah jadi ex. haha



ini ruang tamu rumah itu. memang puas hati dah kalau dapat rumah ni..
tapi apakan daya..
orang tak sudi..
wuuuwu..


Sedihnya! Dah plan macam-macam, nak cat rumah la, nak bersihkan rumah la, nak beli tilam la..Tiba-tiba, lagi 3 hari nak pindah, dia tak jadi nak bagi sewa pulak kan.. Terpaksa lah memulakan house hunting kali kedua pulak. sigh..

Harap-harap kalau jumpa rumah lain lepas ni, sepakat membawa berkat dengan tuan rumah tu biarlah betul-betul berkat. janganlah hanya menanam sekilang gula dipinggir bibir sahaja!

Oh ya, kalau sesiapa ada rumah sewa area PJ, bagitau lah ya.. Kasihanilah kami yang merempat mencari tempat berteduh ini -_-".

Ok lah, jom sambung study sampai pagi..!

Sunday, November 28, 2010

Saya PASRAH!!

Siapa kat sini pengguna tegar Google Chrome??
Saya!


Adakah anda berpuas hati dengannya?
Sangat-sangat berpuas hati sehinggalah......


Sehingga apa tu?
Sehingga baru-baru ini dia selalu crash dan asyik suruh restart! Grrr


Apakah kesan daripada masalah ini?
Kalau dah setiap 3 minit dia crash, setiap 3 minit kena restart, kesan buruk adalah kepada lappy kesayangan kerana saya tunjuk protes dengan menaip secara menghentak-hentak keyboard padahal google tak kena tempias langsung!

Kesan buruk juga kepada roommate yang rimas dengar saya membebel setiap kali ianya crash!


Apakah harapan anda?
Harapan saya semoga chrome saya cepat sembuh kerana saya dah penat restart2, tapi tetap kau mengada menagih perhatian lantas berasa bangga kerana dapat menjadi watak utama dalam post ini. saya suka chrome sangat-sangat-sangat kuasa 2 kerana ianya laju dan ringkas. tolong jangan buat hal.

Sekian terima kasih.

Wednesday, October 27, 2010

Unhappy..

Sedih..



































Sangat-sangat... =(

Sunday, October 24, 2010

University of MONEY

university TERCINTA saya ni kalau bab duit je memang laju kan?
dah bayar yuran RM2996 dah..
Tetiba kolej baru tambah lagi RM78 untuk penginapan masa cuti dulu..
Bukannye saya taknak bayar. just saya BELUM bayar..-_-
ala setakat 78 tu pon nak hantar surat bagaiii kannn..
Siap cakap kalau tak bayar tak boleh ambik exam..
Parents kalau dapat surat camtu of course la diorang risau.........
SAYANG, saya tau la nak bayar..
tak payah nak surat2 sangat boleh tak sayaanngggg~

itulah, kalau bab duit memang strict, kalau bab kerja, hurm malas nak comment..
tak payah nak contoh jauh2, bagi contoh fac sendiri je..
masa nak mintak transfer credit dulu, dah la kena bayar RM5 untuk 1 jam kredit.
saya bayar beratus-ratus dengan harapan tinggi leh transfer..
rupanya tu semua janji palsu je...T_T

senyap je taktau khabar berita..dah nak habis 2nd year baru dia nak call follow up pasal transfer credit tu kan..eee...pandainyeee..anak sape la ni..i sedey tau u buat i mcm nie~
kalau dah 2nd year tu baik tak payah. dah ambik dah pon semua subjek yang nak transfer tu.. terima kasih jelah sebab 'CEPAT' sangat bertindak... T_T

lain kali kalau nak strict sangat pasal duit, tolong la strict pasal kerja sekali.
barulah seimbang..ini tak...bab kerja sume ke laut..
oh ye..saya bukan mengomel kat sini je..pernah dah suarakan kat saluran yang betul.
tapi senyap je. takde response. huh. majuk lah i ngan u ni..

lagi satu, masa student LI, perlu ke nak bayar segala yuran tu penuh2?
i mean, time LI kan xde nak g kelas ke, amik exam ke, xleh ke kurang dari yuran biasa? ni tak, RM50x12 jam kredit jugak..plus segala mak nenek yuran library, klinik, lab ape sume tu pon nak charge. baru2 ni dengar2 baru nak masuk meeting pasal hal yuran student yg LI. Baguslah.. Selamatkan junior2. :)



sorry lah..tak pasal-pasal membebel..
ini lah namanya luka lama berdarah kembali. ha ha~

Thursday, October 7, 2010

Apa kau rasa kalau...


Pada suatu hari, sedang kau present sorang-sorang dalam kelas, tiba-tiba kau nampak lecturer kau yang tengah duduk bagi markah tu tengok slide kau sambil senyum-senyum.
Apa kau rasa? jawab..jawab..

Aku rasa macam bodoh jer. Apa yang aku buat salah ni. Slide aku ada salah ker. Aku ada buat lawak ke? aku ada salah cakap ke? AAAAAaa...Sangat stress ok!
Taktau jugak nak kategorikan senyum tu sebagai apa. siniskah? sukakah? lawakkah? or dia tengah pk benda lainkah?

Hilang fokus aku bila dia senyum camtu..
Sampaikan apa benda aku nak cakap pun dah terlupa. tak pasal-pasal aku skip point yang aku nak elaborate. semuanya sebab nampak lecturer senyum. duh!


Sumpah tak faham kenapa!

Thursday, August 5, 2010

no words to describe~

my feelings right now.
i really don't know how to describe.

frustrated? sad? it's more than that.

i just can't find the right word.

T____________T

Monday, December 21, 2009

Oh Perempuan..

Yer, saya perempuan...Ada masalah? *tetibe nak emo, pehal? huhu*

Kenape ek pompuan suke shopping?
Tambah2 time mood tak baik, shopping adalah pengubat duka..
Lagi heaven kalau duit beribu-ribu, and bleh shop till drop..
Bleyh grab je memane yang berkenan di hati..

Haih...
Tujuan patik menulis entry ini adalah kerana patik geram..
Geram sebab terlanjur berbelanja dibawah paras sedar..
Dalam masa tak sampai seminggu *xnk bgtau berapa hari*,
dah beratus-ratus-ratus aku belanja..
Yang paling menyedihkan, xnmpk pon apa yg aku beli sbnrnye..uwaaa....

at least kalo byk belanja, tp nmpk ape yg dibeli tu, ok la gak..
-_-"


paling tak syiok bile duit tu duit gaji sendiri...bapak kedekut gile nak belanja..
hohoho...kalo duit mintak kat mak tu, selambe badak je belanje..heh..
and paling menyedihkan bile mak ckp..
"ibu da tak payah bg duit blanja da la kan pasni??"

aaa....amma... =(
aku da masuk kategori wanita berkerjaya kah..walopun lom habis blaja..
erk? da tak dapat wit raya ke?
da kena bg wit raya ke?

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
*tak dapat terima kenyataan*

kenapa begini???
umo aku baru 18 kot!! :p

Thursday, September 10, 2009

Agak2 la weyh~

Bulan puasa kot ni..agak2 la sikit kalau nak menggatal pon kan. huhuhu..
Tadi aku dpt satu message kat satu laman networking ni..

Message:
Hi..u nak duit tak ? Kalau u nak jom romen atau sex dengan i..i akan bagi u RM300 semalam..sebulan kita jumpa 5 kali so u akan dapat RM1500.00..berminat ?


Memang tak agak2 kan? Tau la bulan puasa. gersang kot. kena ajak terawih la org2 cmni. buat sampai habis. nnt da penat terawih terus balik tido. takde nak pk bnda pelik2 cmni kan..


tapi disebabkan aku pon tak agak2, aku pon reply...
"eh, apesal murah sangat awak nk bg? hurm, xpelah awak. time kasih jela..lagipun xde selera la tgk awak."

Haih....ape nak jadi dengan remaja zaman sekarang.. :p

pesanan penaja : banyakkan amal ibadat.. dah 10 mlm terakhir da ni..

update 11 sep : dia balas tanye aku, "berapa awak nak?" huhuhu...ini org sudah gilakk..siap nak nego harga lagi tu. xleh bla..

Tuesday, September 1, 2009

Motorcyclist VS Rain..

This is not Rain the korean actor/singer.
It's the real rain..hehe *mcm la korang taktau*

ok, this morning, when i was walking out of my room towards my scooter, i saw the dark clouds..ok, it's going to rain but it wasn't raining yet. so i'm lazy to wear the rain coat..*lazy la..nak kena bukak seat, sarung raincoat yg gedabak plus not comfortable, not even fashionable.hakhak..gedik gila alasan*

suddenly, near desa petaling area, it started to rain..so i stopped at a nearby petrol station to put on my raincoat.
it was packed with motorcycles n motorcyclists *perlu ke mention dua2??ZzzZz*
and Ow-Em-Ji...I'm the only girl there..*mcm innocent je letak girl*

Although i was the only girl there, is there any reason to stare like i'm an alien? *perlu ke??*
NO..! of course. it's so normal nowadays for a girl to ride a bike, right?

But why they were acting like that? u know, staring with a disturbed face.
Did i stop at a wrong place where it's only for guys???
i don't think so. *xpuas hati pehal. aku langgar moto ko ke?*
They were staring like "perempuan bawak motor?? xde transport lain ke nak bawak?"
ok fine. takde. haha. kalau ade bas da lama aku bawak bas.

then, a guy talked to me :
pakcik(saje nak panggil pakcik walaupun muda) : pergi kerja naik motor ke?
hananeechan : eyh, tak..jalan kaki..motor ni saya sorong je, xnaik pon<----ni dlm hati je..aku xjwb pon sbnrnye. angguk2 je.

moral of the story : do not stare *secara berjamaah* to other people. it's not polite.

Tuesday, August 18, 2009

~OMG~

Tajuk : OMG (sebab sangat speechless)
Emosi : Sangat beremosi aka Emo
Lokasi : Pejabat yang sangat sejuk.


Semakin hari hidup aku semakin tidak tenteram.. Kehidupan aku mula berubah. Tiada lagi aku yang dulu. Semua ini tak dapat diselamatkan lagi melainkan dengan berhabis wang ringgit mencari ikhtiar. Aku tidak salahkan dia. dia dah banyak membantu aku..masalah ini cuma aku yang tak dapat terima. dia tak kisah pon.dia tetap maintain..arghh...tak suka. tak suka. tak suka..




Translation: Apa yang berubah? Kulit aku. Semakin hari semakin hitam. Siapa yang tak kisah? Scooter aku. Dia takde effect pon jalan tengah panas. Kenapa ikhtiar perlukan wang ringgit? Sebab nak kena beli sunblock, losyen pencerah dan lain2 sebagai protection di masa2 akan datang. Kenapa tak suka? Kulit aku da berbelang ni weyh..Sunburnnn!!!!!!!!

Solution :
1. Naik lrt..(naik scooter sampai stesyen universiti, naik lrt sampai masjid jamek, tukar, naik lrt sampai bukit jalil, sampai bukit jalil naik bas g tpm, waktu balik, kalau xde bas, jalan kaki keluar tpm sampai stesyen lrt. OMG!! next solution pliss!!)

2. Naik kereta.. Pujuk abah belikan kereta(T_T). pow kereta ibu. confirm xdpt..

3. Pinjam kereta kawan.. Banyak cantik!!

4. Pakai baju angkasawan time naik moto. helmet da sama...huhu..gilakkk

5. Keluar g kerja subuh2, balik kerja malam2. mmg tak panas. errrrrr....aaa...next!!

6. Tak payah g praktikal. tido je kat bilik sampai putih! ho yeahh~ itu solution yg kita cari... :D

Friday, August 14, 2009

Tak tahan...

batuk. batuk. batuk. batuk. batuk. dan batuk lagi..
begitulah ringkasan aktiviti harian saya selama 2 minggu ni.
ubat doktor sudah, ubat tradisional sudah, ubat farmasi pon sudah. batuk semakin teruk..
sampai nak bercakap pon dah tak macam cakap..dah macam catuk(cakap+batuk).

saya tidak mengalami selesema, demam, sakit sendi, sesak nafas. saya hanya batuk. saya tidak menternak virus h1n1..saya hanya batuk, batuk, dan batuk lagi sampai tekak luka dan perut sakit..kalau tak percaya, telefon saya sekarang kalau nak dengar saya catuk..

minta jasa baik anda memberi sebarang suggestion tentang cara2 nak kurangkan batuk, boleh?? kalau berterusan camni, mau terkeluar organ2 tekak saya nanti..

Thursday, August 6, 2009

Dengarkanlah~

Rindu gila nak gi kuliah..
Rindu nak g fac..
Rindu nak tido siang bila takde kelas..
Rindu nak jalan kaki g fac..
Rindu nak makan kat fac..
Rindu nak main basketball kat kolej..
Rindu nak buat assignment..
Rindu nak study..

sila percaya..
Ketahuilah bahawa bekerja sangat tak best..
Tolong lah habis praktikal ni cepat2. tak sanggup da ni..
Tekanan...arghhhh~

Harta sape?? Ahmad Albab yang punyaaa~

Entry ni sebenarnye da lama aku taip. tapi tak publish.
apa kata korang anggap je entry ni hot from oven. heh..

ouh, dan entry ni agak emosi sikit..
errr..ok banyak...
layan jela ek..

------------------------------------------------------------...-----------------------------------------------

Aku benci betul kalau orang guna harta awam, tapi buat macam harta bapak dia.(kalau harta bapak pon kau takkan berani nak guna sesuka hati sangat, kau akan agak2.)

Aku dalam perjalanan dari kedah ke perak. berhenti kat hentian sebelah sebab minum air banyak sangat sebelum gerak. nak dijadikan cerita, hentian sebelah tu hanya ada tandas dan tandas perempuan hanya ada 2. okey fine. korang perasan tak, kalau korang rasa nak buang air, kalau dalam kereta tu, boley la tahan lagi, tapi bila da depan pintu toilet, rasa macam da simpan 10 jam dia punya tak tahan.. tunggu punya tunggu, punya tunggu, dua manusia dalam 2 toilet tu tak keluar jugak. tak tahu la kalau sembelit ke apa. lama siot tunggu depan tu.. kat belakang aku ni da berderet orang beratur, manusia bertuah tu tak keluar jugak..sangat lama lepas tu, akhirnya dia keluar gak.at last. korang agak2 apa ek dia buat kat dalam tu?


dia MANDI!!!! siot betol lah minah tu. yg hampeh nye, dua2 toilet diorang mandi. sebab lagi satu toilet tu adik aku yang tunggu. aku rasa macam nak tampar berkali kali je minah tu. kot la nak cakap sorry. huh. haraaamm. dia blah camtu jer sambil wat muka ketat konon2 kitorang ni mengganggu tuan puteri bersiram. urghh. mengong. nak mandi pon tak agak2. ko tak nampak ke toilet tu ada 2 je? yang ko g mandi lama2 macam duk dalam swimming pool tu buat hape, sengaaaaaaaaaaalll..!

pesanan penaja : tolong la jgn buat harta benda awam mcm harta benda bapak sendiri ek..budi bahasa budaya kita. eyh, mcm tak seswai je...erm, layannn.

Monday, July 20, 2009

Kenapa Ek??

Kenapa manusia suka prejudge something sebelum dia tau pon apa sebenarnya something tu? maksud aku, kalau ko setakat dengar je benda tu, which is obviously belum tentu betul, aku rasa ko tak layak nak judge benda tu..

contoh la, kau tak pernah makan budu. kau dengar sesetengah org ckp budu xsedap la busuk la, dan kau pon sampaikan kat org lain apa yg kau 'hanya' dengar dari org lain tu.. masalahnya kat sini, betul ke budu tak sedap?? kau tak fikir ke kalau kau sampaikan sesuatu yg salah tu apa akibat dia? kau tak pernah rasa pon, ko dengar org ckp je, mana kau tau budu tu rasa mcm mana? err, get what i mean?

so, jangan suka menilai sesuatu kalau kau tak tau. ayat kasarnya macam, tak payah nak tunjuk pandai mcm kau tau semua benda, padahal basic pon ko taktau sebab ko hanya dengar dan tak pernah alami / rasa sendiri..

pastu tak payah aa nak pandang serong kat org yg makan budu tu mcm la dia buat salah. ntah2 budu yang ko tak pernah rasa tu lagi nikmat dari sambal belacan? ko mana tau ko tak pernah rasa. so, please lah. jangan suka prejudge.


pesanan penaja : budu tu hanya CONTOH ye adik2. takde kaitan dengan budu langsung..just nak bagi contoh supaya dapat markah lebih. dalam karangan SPM, kalau bagi contoh kan ada markah. ;p

Wednesday, July 15, 2009

Semakin hari semakin lemau!

Bilik tempat saya bekerja sangat sejuk...(tak payah melancong luar negara.

Korang dtg melancong kat sini je.selamat dari h1n1.)


Dah pakai berlapis-lapis pon masih sejuk.(maaf, tiada bukti bergambar.)


Hidung yang selesema ni makin menjadi-jadi..(err..nak bukti ke? euww..)


Bersin berkali-kali macam terhidu lada sulah. (hachiuuu...excuse me!)


Bila environment tak memuaskan, kualiti kerja makin berkurangan (ceh alasan!)


Bila minda gagal berfungsi dengan baik aka lemau, maka terhasillah nukilan kurang berkualiti di dalam blog.


Bila ini semua terjadi, siapakah yang patut kita persalahkan?


....Mereka dan keluarga mereka....


haihh...

Thursday, July 2, 2009

Why? why? whhhhhhhhhhyyyyyyyyyyyy~

Saya tengah praktikal kat mimos, technology park.
Team saya sume lelaki kecuali saya dengan nanthini.
bosan giler takde geng..i mean, of coz la kan, i need someone to tell me this, n that, from a girl's perspective.

ala, korang tak faham..bila join ngan dak laki cam susah sikit la..
time makan, diorang suggest mkn kat mamak. aku tgk nasi dia memang banyak gila la. kalau pompuan, mesti suggest mkanan yg sedap instead of banyak. kan?

makan ngan dak laki, susah gak. eventho nasi diorang banyak, diorang tetap habis dulu.. aku tengah sedap2 duk makan, tetiba baru perasan, diorang tgh tunggu aku habis je. adoii, hilang terus selera aku..takkan nak wat diorang tunggu lama, kan? tak best.

perbualan time makan pon cakap pasal on-going project yang kitorang involve. cuba bayang kalau mkn dengan pompuan, mesti topik dia lebih menarik kan? kan?

lepas tu g surau, of coz la sorang2 dlm surau..takkan la nak join diorang gak. bapak melampau.. lepas semayang, pompuan mesti nak betul2 tudung dulu, bedak2 sikit, tapi yang laki da tunggu kat luar. aaa..giler rushing. u get what i mean?

hurm...i really need a girl friend. bukan les, just teman berborak dan bergossip dan berjalan. heh..

on my 2nd day to work, hujan lebat gile dasyat sampai rasa macam nak masuk umah balik, mengeram bawah selimut.
tapi sebagai pekerja yang berdedikasi, saya redah jugak la.
nak menjadikan cerita saya lebih perfect, masa nak keluarkan baju hujan tu dari motor, tersangkut n koyak la pulak.. tapi pakai jugak, cukup syarat. apa lagi, basah kuyup habis la tadi.uwaaaaaa

bila nak scan attendance, dia tak dpt detect cap jari saya sebab basah. asyik denied je. nak lap pon takleh sebab baju basah. sedey gila. tapi setelah berusaha dengan gigih, akhirnya dia detect gak. tu pon da dekat pukul 8.30...

masuk lab tu, bapak aa menggigil. baju basah, tudung basah, kain basah, kasut basah, tangkap basah, eh tak2.. pastu duk tempat aircond. huh. sangat best! T_T
jadi saya pon masuk toilet keringkan apa yang patut guna hand dryer dlm toilet. ala2 mr bean buat tu la...sedey gila hari ni.. da la tak sempat breakfast.

waaa...i need a driver..anyone?

Friday, May 29, 2009

kepada si polan. sila bertaubat!

Minggu ni aku mengidam cheezy wedges lagi.
(bagi sesiapa yang belum tahu, aku memang gila kat makanan yang banyak cheese ni. makanan kurang sihat yang menggemukkan jugak yang aku suka. T_T)

Jadi, kepada sesiapa yang nak belanja aku tu sila take note.
Lebih cheese lebih bagus.
cheezy wedges tak payah blanja la. aku beli sendiri jek sbb murah. kalo nak blanje, beli yg mahal2 sikit. tunjukkan keikhlasan anda. ^^
hahahahhaha *gelak jahat ala2 professor klon*

eh, dah lari motif tulis blog.

okey, berbalik kepada isu kfc tadi..
aku da banyak kali merengek ckp teringin nk mkn kfc (cheezy wedges la tu)
aku ingatkan kalo aku merengek camtu sekejap je da dapat.
rupanya dekat seminggu jugak la baru dapat. (kenapa sume org wat bodo je? T_T)
sebabnya, aku malas kua umah..(aku baik weyh! duk umah je)
adik aku malas nak belikan.
parents aku busy.
ibu aku slalu suh kua g beli sendiri, tapi aku malas gak.
alasan aku : lesen mati da.
hehe. yup. baru renew semalam.punya la malas.

last2, ibu aku pon cakap, jom la g beli. ngeh3 (maka cik hananeechan bersoraklah keriangan)
tapi yang hampeh nya, kfc kat tempat aku ni memang hampeh.
serius! rasa mcm nak ^&$#@$&@#$ jek! huh.

ada ke patut cheezy wedges aku dia bg ciput jek!
sikit gile.
kentang tu sikit 1 hal la.
aku da ckp da nak extra cheese. dia wat bodo je. eeee aku pecat diorang ni kang.
kalau sape2 yang penah makan ngan aku, mesti tau.
EXTRA CHEESe itu wajib untuk aku.

sedey betul. T_T
dah la dia lupa nak letak coleslow dengan potato tu.
da smpai umah baru aku perasan.
n lagi satu, nachos. cheese dia pon sikit gila &*%#%#@!!!
bapak aa kedekut cheese diorang ni.
tempat lain aku makan ok jek diorang letak tau!
hish. geram sungguh hati patik ni tuanku.
patik rasa, tuanku patut menjatuhkan hukuman pancung kepada mereka.
hnsss!

kalau ade pekerja kfc branch ***************, sila bertaubat!
hey, customer always right, kan!
so, aku yang betul. kau salah!
cepat mintak maaf.

Tuesday, May 26, 2009

Saya bukan kurang waras, saya kurang normal je..

Bila kau sampai kat satu tahap di mana hari2 yang kau lalui amatlah tidak produktif, rasa diri macam useless, dengan jadual makan tak teratur, kepala plak kusut dengan masalah dalaman, kau akan mula buat perkara-perkara di bawah paras normal macam aku..sila percaya. aku serius..

1) aku mula marah2 macam perempuan pregnant/ menopaus *betul ke ejaan ni?*
aku taktau lah kenapa asyik nak marah2 je. mangsa utama aku mestilah adik laki aku tu. dah dia je yg ada kat rumah. tukang selerakkan umah. sampai satu tahap, dia cakap kat aku.."kamu ni kenapa kak? asyik nak marah je. mcm singa lapar. ko lapar ke? bia aan g beli makanan."
hahah..adoii..aku pon tak faham. gilakah aku? aku gilakah? aku kah gila? aaaaaa..

2) aku mula bercakap dengan haiwan
ya, memang sebelum ni aku selalu bersembang dengan kucing. tapi ia semakin merebak apabila aku mula bercakap dengan ikan dan anjing juga..
kucing tu memang hari2 la aku sembang. mmg normal. diorang pon da tak heran kalo aku dtg borak ngn diorang.

ikan bapak aku yg dalam kolam tu, aku slalu sembang dgn diorang, sebab diorang manje suka gesel2 kat tangan aku. petang2, aku duk tepi kolam sambil bagi diorang makan, sambil perasan jadi puteri gunung ledang main2 air kolam. duh~

anjing plak, jiran aku punya anjing. dia akan menyalak bila nampak aku. geram betul. kalau bapak aku ke, adik laki aku ke kuar, takde lak dia menyalak. hish. tiap2 kali aku kuar depan pagar tu, dia menyalak, aku pon masuk balik lam pagar. pastu pandang dia dari jauh dan ckp, "ko ni kenapa? apa salah aku. aku tak kacau ko pon. jangan la menyalak kat aku. jahat la ko ni..bla bla..yada yada.."
dan bila adik aku kuar, dia tanya, ko sembang ngan sape kak? huhuhu..malu saye!

3) termenung
aku boleh duduk termenung selama 1.5 jam tanpa henti. hebat tak? kejap2 berangan jadi bella, bercinta dengan edward cullen, kejap2 berangan jadi sara, bercinta ngan michael scofield..huhu~ best gak termenung ni rupanya..

4) update blog
sampai satu tahap kronik, blog lah jadi mangsa kena dengar celoteh aku... :D
kesian kau blog. tu la. sape suh jadi blog. padan muka kau!

Friday, April 24, 2009

Cuba teka..Apa akan jadi bila.....

Tajuk gedik.
Cuba teka apa akan jadi bila aku dah start pegang buku ni?????



1. Teruja.
2. Muka tersenyum lebar kalah julia roberts punye senyum..
3. Exam entah ke mana..Lupa diri.
4. Nota-nota yang sering menghiasi meja dan katil akhir2 ini akan hilang ntah kemana.
5. Orang buzz2 ym pon kompem aku tak layan.*ade ke org nak buzz?*
6. Makan minum aku akan terabai. *walaupun slama ni xpenah jaga sgt pon*
7. Katil bakal menjadi teman baik.*walopun slama ni mmg akrab pon*
8. Wajah edward cullen dan bapak dia akan menari-nari di depan mata.
9. Kebarangkalian yang tinggi untuk tidak menyedari bila SMS masuk.
10. Tak tidur malam selagi tak sampai muka surat terakhir.





Kesan :
1. Nanti exam tak dapat jawab.
2. Lepas tu dapat result teruk.
3. Nanti tak dapat grad on time.
4. Lambat kerja.
5. Kawin of coz la lagi lambat..





Cara mengatasi :
1. Jangan sentuh. Tengok je dia kat atas meja. *tak kuat iman ah beb*
2. Simpan elok2 dalam kotak sampai habis exam. *pon xleh gak sbb nanti akan terambik jugak dibawah paras sedar*
3. Bungkus2, bagi balik kat pacikbesa suro dia simpankan dulu selama seminggu. *xsggup berjauhan la plak*
4. Simpan kat bilik lyla supaya kalau rasa nak baca jadi malas sebab kena naik atas. dan lyla memang takkan sentuh buku ni mahupun tergugat sebab dia tak minat. huhu..




Uwaaa...Buku itu sungguh menggoda jiwa batinku..T__T
Exam..cepatlah habis! tak sabar dah ni.

Tuesday, April 21, 2009

Jangan baca. Entry ni bosan!

Tengah EMO.
takde ke apa2 yang boleh menggembirakan ek?? Contoh yang boleh menggembirakan?
ala...
- michael scofield call ajak jalan2 kat pasar malam n belanja makan nasi kerabu..
- Out of a sudden, ade org offer nak belanja shopping unlimited..(best giler kan lyla?haha)
- check balance kat atm machine, tgk2, duit ade riban2..peh! $_$ nescaya aku shuffle kat situ jugak..haha.
- jalan2 kat midvalley pastu tetiba ada org offer makan free. (eh, siyes happy. betol tak lyla n nonie. kiter hepi kan dpt makanan free tu? hehehhe)
-tetiba dapat satu kad yg kalo beli barang kat mana2 dpat 70% diskaun bila tunjuk kad tu.haha

eyh, ni kenapa semua pasal shopping, makan, and duit neh? haih...
sebab, tadi jalan2 ngan nonie, lyla n lea, tengok satu beg cantik ni. jatuh cinta, tapi klo beli bajet lari plak..tsk..T____T

entry ini ditujukan untuk ibu tersayang dengan harapan semoga dia masuk duit cepat2 coz anak dia ni da tak betul..nak mintak segan..huhu. sekian terima kasih..



haih...merepek jek kan. da tau merepek nape wat gak. hurmm..sebab takde mood nak study. sakit kepala, sakit otak, sakit perut, sakit hati, sakit usus, sakit pankreas, sakit kuku dan mulut, erkk!!! tak2....

ok lah. enuff merepek. sambung study. daaa~