Showing posts with label StreSS. Show all posts
Showing posts with label StreSS. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Bila tak tidur walaupun dah 3.30 pagi......

Hai blog. Eh Assalamualaikum.. Sorry lah da lama tak hapdet. Terlupa dah u wujud. Hehehe.
Bukan x sayang u, tapi i busy sikit lah.. Bekerja keras membanting tulang mencari sesuap nasi. Ececeh. Sesuap nasi la sangat. Mana cukup sesuap. At least 7-8 suap.

Ala rilek la blog. Bukan u je yg terabai okayy. Housemate i pon dah bising sebab dah jarang hangout dgn dorang. Member ofis lama pon ajak jumpa berkali-kali tapi sekali pon xdapat jumpa. Bayangkan la kerja keras sampai bengkak-bengkak kaki ni haa. Kesian tak? Kesian tak? Dah macam ibu mengandung pulak kan kaki bengkak. Manja betul kaki i ni tau. Siap bawak g foot massage pon dia taknak surut lagi. I pon tak faham kenapa dia nak bengkak lama sangat. Nak pakai kasut pon ketat tau. Takpelah, ade lah hikmah Allah uji camtu. Mungkin taknak bagi i kuat merayap. Suh duk umah je diam2. Hehe

Macam kerja kat tapak pembinaan pulak kan membanting tulang + bengkak kaki. Padahal memang dasar manja, kerja tak seberapa mengeluh je yg lebih. >.<

Oh ya baru teringat. Lagi satu alasan i tak hapdet u sebab lappy i rosak!!! Itu yg i paling stresssss. Tak boleh on langsunggggg. Takde pon nak bagi hint dia sakit ke batuk ke demam ke, tau2 je dah mati..
Sedih betul. Xdapat nak layan cerita korea sampai lebam lagi.

Nasib la ada ipad ni ha boleh la nak online n main game. Tapi kat sini takleh nak layan drama korea sampai lebam sbb byk yg takleh play. frust mak jemah tauu.

Eh, okaylah blog. Bosanlah cakap dgn u ni, u bukan reti nak jawab pon. Diam je.
U takpayah la nak cakap i sewel. I bosan sbb tu i ding dong sikit.
Good nite!

Wednesday, December 1, 2010

Edisi Khas!

Entry kali ini adalah edisi khas sebab sekarang sudah pukul 2.00 pagi,
dan pada 8.30 pagi esok saya ada final exam!
Secara automatik post kali ni jadi "EDISI KHAS"!

Khas sebab sanggup mengabaikan pelajaran semata-mata nak update!
Tak kira lah, nak update jugak sebab sedih. T__T

Al-kisahnya bermula begini..
Saya dan kawan-kawan nak berdiri di atas kaki sendiri (yelah, kaki siapa lagi kan) . Nak duduk rumah sewa. So, ada la jumpa 1 rumah ni..Partially furnished, sewa RM650 sebulan..Kami nak duduk 5 orang, so ok lah kan!

Setelah bermuafakat membawa berkat dengan tuan punya rumah, dah setuju la nak masuk rumah tu 3hb, yakni(<----lama gile tak guna perkataan ni) selepas saya habis exam. Deposit seorang RM300 pun sudah disediakan dan akan dibayar 3hb nanti.

Tiba-tiba..
Tanggal 30hb November 2010 , lepas saya yang seperti zombie (kerana tidak tidur akibat study yang extreme) pulang dari exam, tuan rumah tu hantar sms.

DIA TAK JADI NAK BAGI SEWA SEBAB ADIK DIA NAK DUDUK RUMAH TU!! T__T
*marilah kita menangis meraung-meraung sambil hentak-hentak kaki*

Mari kita ulang tayang cerita pada hari kejadian..


House hunting, call sana sini dan berjumpa ex-rumah sewa :p



Eh, semangat tau kitorang siap buat catatan bagaiii..



ini sepatutnya bakal bilik saya, tapi belum apa-apa dah jadi ex. haha



ini ruang tamu rumah itu. memang puas hati dah kalau dapat rumah ni..
tapi apakan daya..
orang tak sudi..
wuuuwu..


Sedihnya! Dah plan macam-macam, nak cat rumah la, nak bersihkan rumah la, nak beli tilam la..Tiba-tiba, lagi 3 hari nak pindah, dia tak jadi nak bagi sewa pulak kan.. Terpaksa lah memulakan house hunting kali kedua pulak. sigh..

Harap-harap kalau jumpa rumah lain lepas ni, sepakat membawa berkat dengan tuan rumah tu biarlah betul-betul berkat. janganlah hanya menanam sekilang gula dipinggir bibir sahaja!

Oh ya, kalau sesiapa ada rumah sewa area PJ, bagitau lah ya.. Kasihanilah kami yang merempat mencari tempat berteduh ini -_-".

Ok lah, jom sambung study sampai pagi..!

Sunday, November 28, 2010

Saya PASRAH!!

Siapa kat sini pengguna tegar Google Chrome??
Saya!


Adakah anda berpuas hati dengannya?
Sangat-sangat berpuas hati sehinggalah......


Sehingga apa tu?
Sehingga baru-baru ini dia selalu crash dan asyik suruh restart! Grrr


Apakah kesan daripada masalah ini?
Kalau dah setiap 3 minit dia crash, setiap 3 minit kena restart, kesan buruk adalah kepada lappy kesayangan kerana saya tunjuk protes dengan menaip secara menghentak-hentak keyboard padahal google tak kena tempias langsung!

Kesan buruk juga kepada roommate yang rimas dengar saya membebel setiap kali ianya crash!


Apakah harapan anda?
Harapan saya semoga chrome saya cepat sembuh kerana saya dah penat restart2, tapi tetap kau mengada menagih perhatian lantas berasa bangga kerana dapat menjadi watak utama dalam post ini. saya suka chrome sangat-sangat-sangat kuasa 2 kerana ianya laju dan ringkas. tolong jangan buat hal.

Sekian terima kasih.

Saturday, November 27, 2010

Eh, Tak Fahamlah!

Kenapa ek, bila online ke tengok drama korea ke, main game ke mata segar bugar tak ada perkataan mengantuk atau malas pun dalam kamus hidup, ape lagi kamus dewan kuliah.

Tapi............!

Bila start je bukak buku, bukak slide nota, bukak software nak buat coding, pendek kata mengabdikan diri pada mata pelajaran demi masa hadapan yang cerah, tak tahu kenapa dunia semakin gelap. Menguap tanpa henti mengalahkan orang yang tak tidur dua hari. Serius tak faham. Adakah perlu minum Red Bull seperti yang dicadangkan oleh Lea? Atau kena meningkatkan pengambilan kafein untuk pembelajaran yang lebih efektif? Tak suka redbull sebab manis gila. Tak suka kafein sebab nanti tak boleh tidur langsung, badan lemau masuk angin. -_-". Tapi memang motif tak nak bagi tidur pun kan. Tsk..


Jemput minum nescafe suam ya.. Lepas tu kita sambung study. Semoga berkesan!


Monday, December 21, 2009

Oh Perempuan..

Yer, saya perempuan...Ada masalah? *tetibe nak emo, pehal? huhu*

Kenape ek pompuan suke shopping?
Tambah2 time mood tak baik, shopping adalah pengubat duka..
Lagi heaven kalau duit beribu-ribu, and bleh shop till drop..
Bleyh grab je memane yang berkenan di hati..

Haih...
Tujuan patik menulis entry ini adalah kerana patik geram..
Geram sebab terlanjur berbelanja dibawah paras sedar..
Dalam masa tak sampai seminggu *xnk bgtau berapa hari*,
dah beratus-ratus-ratus aku belanja..
Yang paling menyedihkan, xnmpk pon apa yg aku beli sbnrnye..uwaaa....

at least kalo byk belanja, tp nmpk ape yg dibeli tu, ok la gak..
-_-"


paling tak syiok bile duit tu duit gaji sendiri...bapak kedekut gile nak belanja..
hohoho...kalo duit mintak kat mak tu, selambe badak je belanje..heh..
and paling menyedihkan bile mak ckp..
"ibu da tak payah bg duit blanja da la kan pasni??"

aaa....amma... =(
aku da masuk kategori wanita berkerjaya kah..walopun lom habis blaja..
erk? da tak dapat wit raya ke?
da kena bg wit raya ke?

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
*tak dapat terima kenyataan*

kenapa begini???
umo aku baru 18 kot!! :p

Friday, August 14, 2009

Tak tahan...

batuk. batuk. batuk. batuk. batuk. dan batuk lagi..
begitulah ringkasan aktiviti harian saya selama 2 minggu ni.
ubat doktor sudah, ubat tradisional sudah, ubat farmasi pon sudah. batuk semakin teruk..
sampai nak bercakap pon dah tak macam cakap..dah macam catuk(cakap+batuk).

saya tidak mengalami selesema, demam, sakit sendi, sesak nafas. saya hanya batuk. saya tidak menternak virus h1n1..saya hanya batuk, batuk, dan batuk lagi sampai tekak luka dan perut sakit..kalau tak percaya, telefon saya sekarang kalau nak dengar saya catuk..

minta jasa baik anda memberi sebarang suggestion tentang cara2 nak kurangkan batuk, boleh?? kalau berterusan camni, mau terkeluar organ2 tekak saya nanti..

Thursday, August 6, 2009

Dengarkanlah~

Rindu gila nak gi kuliah..
Rindu nak g fac..
Rindu nak tido siang bila takde kelas..
Rindu nak jalan kaki g fac..
Rindu nak makan kat fac..
Rindu nak main basketball kat kolej..
Rindu nak buat assignment..
Rindu nak study..

sila percaya..
Ketahuilah bahawa bekerja sangat tak best..
Tolong lah habis praktikal ni cepat2. tak sanggup da ni..
Tekanan...arghhhh~

Sunday, June 7, 2009

Makhluk Tuhan Paling Perfect. *konon*

Aku ada sorang kawan. dia banyak cakap. dalam 20 ayat yg dia ckp, aku hanya balas sepatah seperti "yeke..", "ouh..", "hurm..".
itupon atas ihsan aku sbg tanda yang aku masih belum tertido atau masih di talian atau nak jaga hati je..
aku mmg tak berapa selesa dengan dia ni. tapi takkan la nak cakap
"woi, diamlah.potpetpotpet je tak henti2"
kang dia kecik ati plak. so, aku pon dengar kan jela apa yg dia ckp, (sambil wat muka annoying).

kalau dia cerita benda yg interesting, takpe gak, mcm gossip ke.. (err, macam tak percaya..kenapa mesti gossip gak yg aku cakap interesting?) ok, sebenarnya aku lagi suka dengar tazkirah daripada dengar gossip..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
err...... tak percaya ek? ok, abaikan.

tapi dia ni suka cerita benda yg konon2 dia tau sume benda, konon2 dia paling bagus, dia paling pandai, dia paling kaya, dia paling baik hati, dia paling kewl, dia paling comel, dia..dia..dia..aku bosan ko tau tak!!
maunyer tak bosan dengar cerita dongeng tentang "makhluk tuhan paling bagus" yang dia cerita tu..

akibatnya, aku slalu la mengelak dari bercakap dengan jin..
eh, eh.. dari bercakap dengan dia..
dan dia pon kecik hati la sbb aku mls layan dia..
disebabkan aku mmg hampeh gila, aku pon wat bodo je konon2 tak tau yg dia kecik hati.
(selalunya aku tak hampeh sampai macam ni tau. aku baik sikit dari ni. selalunya aku ckp direct je aku menyampah.. T__T )

korang mesti cakap aku jahat kan? hurm..aku tak jahat weyh. betol ni, x tipu..*buat muka suci* kalo korang berada kat situasi aku, korang pon mesti tak tahan punye...mau coba? money back guarantee tau!

aku harap sangat dia baca blog aku, walaupun kebarangkaliannya amatlah sedikit..
eyh, ni kira mengumpat ke?? tak kan..?? eyh, taaaaaakkkk~
ni luahan perasaan je. lalala~

kalau mengumpat, ayat dia lain sikit....
"si polan tu kan, asyik tergedik-gedik dengan si fulan tu"
eyh, macam ni ke mengumpat..? aku tak sure la..
aku tak suka mengumpat. ^^
ngeeee.... :D

Tuesday, May 26, 2009

Saya bukan kurang waras, saya kurang normal je..

Bila kau sampai kat satu tahap di mana hari2 yang kau lalui amatlah tidak produktif, rasa diri macam useless, dengan jadual makan tak teratur, kepala plak kusut dengan masalah dalaman, kau akan mula buat perkara-perkara di bawah paras normal macam aku..sila percaya. aku serius..

1) aku mula marah2 macam perempuan pregnant/ menopaus *betul ke ejaan ni?*
aku taktau lah kenapa asyik nak marah2 je. mangsa utama aku mestilah adik laki aku tu. dah dia je yg ada kat rumah. tukang selerakkan umah. sampai satu tahap, dia cakap kat aku.."kamu ni kenapa kak? asyik nak marah je. mcm singa lapar. ko lapar ke? bia aan g beli makanan."
hahah..adoii..aku pon tak faham. gilakah aku? aku gilakah? aku kah gila? aaaaaa..

2) aku mula bercakap dengan haiwan
ya, memang sebelum ni aku selalu bersembang dengan kucing. tapi ia semakin merebak apabila aku mula bercakap dengan ikan dan anjing juga..
kucing tu memang hari2 la aku sembang. mmg normal. diorang pon da tak heran kalo aku dtg borak ngn diorang.

ikan bapak aku yg dalam kolam tu, aku slalu sembang dgn diorang, sebab diorang manje suka gesel2 kat tangan aku. petang2, aku duk tepi kolam sambil bagi diorang makan, sambil perasan jadi puteri gunung ledang main2 air kolam. duh~

anjing plak, jiran aku punya anjing. dia akan menyalak bila nampak aku. geram betul. kalau bapak aku ke, adik laki aku ke kuar, takde lak dia menyalak. hish. tiap2 kali aku kuar depan pagar tu, dia menyalak, aku pon masuk balik lam pagar. pastu pandang dia dari jauh dan ckp, "ko ni kenapa? apa salah aku. aku tak kacau ko pon. jangan la menyalak kat aku. jahat la ko ni..bla bla..yada yada.."
dan bila adik aku kuar, dia tanya, ko sembang ngan sape kak? huhuhu..malu saye!

3) termenung
aku boleh duduk termenung selama 1.5 jam tanpa henti. hebat tak? kejap2 berangan jadi bella, bercinta dengan edward cullen, kejap2 berangan jadi sara, bercinta ngan michael scofield..huhu~ best gak termenung ni rupanya..

4) update blog
sampai satu tahap kronik, blog lah jadi mangsa kena dengar celoteh aku... :D
kesian kau blog. tu la. sape suh jadi blog. padan muka kau!

Monday, April 27, 2009

It's getting weird lah!

Pernah tak korang tengok dalam movie, or dengar sape2 cakap, kalau kita suddenly look at the watch and it shows 11:11 pm, itu menandakan ada orang rindu korang at that moment...??


ok, maybe it sounds a lil bit childish, or kuat-berangan-punya-budak thingy.. -_-"

but it did happen to me a lot, u know!!

recently, almost every night, when i looked at the watch, or the digital clock at my lappy, or the digital clock at my handphone, it shows 11:11 pm. hurm, okay2 ada tipu sikit. sebab jam kat handphone guna format 24 hours....

but it's still the same, rite? ;p

i know, it's sooo childish to believe on such things. and sometimes it's spooky too..
*giler ape, kalo tiap2 mlm bila tgk jam, waktu tu pukul 11.11. spooky ok.*


but, to have the thought that somewhere, someone is missing you badly, will give u a good feeling, n a warm sensation in your heart..sumpah x tipu. although hakikatnya mmg kau syok sendiri la kan, sbb xde sape lah nak ingat kau tiap2 mlm pukul 11.11.. serius takde keje. T_T.. *kalau ada kan bagus*

but still, there's no harm for you to think that way..suka hati lah kalau kita nak perasan ada org tgh rindu kan? ape org lain nak kisah? hahah~
berangan itu beshh!

jam kat kereta lyla yg menunjukkan kol 11:11.

sape la yg rindu time ni ek? hahhahah. bluekkk *sendiri cakap, sendiri yg tetiba rasa mcm nak muntah. duh~*

pesanan penaja : ok, sila jangan salah faham, bila aku cakap slalu tgk jam pukul 11:11, ini tidak bermakna jam tu mati ok *kalo mati pon blom tentu dia berenti kat 11:11*.. juga tidak bermakna saya kunci jam pukul 11:11 semata mata nak tgk dan perasan ada org rindu....oh tidak sama sekali. giler pathetic kalau macam tu. sesunggunya, aku taklah se 'pathetic' itu. aku sikit2 je. hahaha~ ok dah2. sila sambung study! zzZzzz~

Tuesday, April 21, 2009

Jangan baca. Entry ni bosan!

Tengah EMO.
takde ke apa2 yang boleh menggembirakan ek?? Contoh yang boleh menggembirakan?
ala...
- michael scofield call ajak jalan2 kat pasar malam n belanja makan nasi kerabu..
- Out of a sudden, ade org offer nak belanja shopping unlimited..(best giler kan lyla?haha)
- check balance kat atm machine, tgk2, duit ade riban2..peh! $_$ nescaya aku shuffle kat situ jugak..haha.
- jalan2 kat midvalley pastu tetiba ada org offer makan free. (eh, siyes happy. betol tak lyla n nonie. kiter hepi kan dpt makanan free tu? hehehhe)
-tetiba dapat satu kad yg kalo beli barang kat mana2 dpat 70% diskaun bila tunjuk kad tu.haha

eyh, ni kenapa semua pasal shopping, makan, and duit neh? haih...
sebab, tadi jalan2 ngan nonie, lyla n lea, tengok satu beg cantik ni. jatuh cinta, tapi klo beli bajet lari plak..tsk..T____T

entry ini ditujukan untuk ibu tersayang dengan harapan semoga dia masuk duit cepat2 coz anak dia ni da tak betul..nak mintak segan..huhu. sekian terima kasih..



haih...merepek jek kan. da tau merepek nape wat gak. hurmm..sebab takde mood nak study. sakit kepala, sakit otak, sakit perut, sakit hati, sakit usus, sakit pankreas, sakit kuku dan mulut, erkk!!! tak2....

ok lah. enuff merepek. sambung study. daaa~

Tuesday, March 31, 2009

Awak buat saya pening la sayang!! @_@

Baru lepas menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan mengadap assignment math bersama emy. Rabu ni kena present. Padahal dia dah bagi soalan tu 6-7 minggu yang lalu. tapi kami dengan jayanya baru mula buat malam ni, dan siap melakar graf apa sume malam ni juga..yayy! *dasar pemalas.kerja sume nak wat last minute.pastu hasilnya adalah sampah.cist*
adik-adik sila jangan contohi kakak emy tu ye..eh,eh..kakak hana la yg utama.lupe plak nak masukkan nama dia.(eh, kenapa tulisan kecik pulak ni?) :p

okey, point utamanye nak highlight kat sini,
PENAT LAH!!!!
Tolong la bagi aku buat benda lain selain math bole tak? Penat la wat math..

Bagi la kerja baca novel sidney sheldon ke, john grisham ke, denielle steel ke, jk rowling ke, stephenie meyer ke, etc2 nak la haku..bukan takat nak je. akan ku siapkan tugasan itu dengan penuh komitmen, dedikasi, mamakasi apa sumer lah..

Kalau nak bagi kerja buat movie marathon 7 hari 7 malam pon siyes aku tak kesah...akan ku habiskan movie2 yang ade dalam external hd aku ni dengan jayanya..hohoho*sambil cekak pinggang ala2 superhero*

Oh ye, kalau nak gantikan kerja math dengan kerja kedua paling berat dalam donia iaitu update blog setiap 3 jam pon aku sanggup..(pertama paling berat tentula wat math) bolehhhhh, xde masalahhhh. mungkin pembaca jela yang ada masalah bila aku da mula merapu meraban.. membebel.. mengilai.. mengawan...eh eh yg last tu bukan..hehe

tapi, tolong lah bukan math...TOLONGG!!!
t a k s u k a . t a k s u k a . s a s u k a . eh pelat lak. . .

tak suka tahap kalau ada org jual tonik/ubat yg akan wat aku suka math pon aku tanak minum. hahahhaha. pedulik ah. tanak suka jugak. ;p

Pesanan penaja : DR Omar, ampunkan saya kerana telah membuat kenyataan tidak rasmi di atas.. i would be grateful if u could give me an A for this subject.VERY GRATEFUL indeed.. :) I hope you will kindly consider and KEEP considering until u decided to give me an A..Thank you for your generosity. hihik.. (ko bajet dia bace la blog usang ko nih? ko bajet kalo dia tersesat dan tak sengaja terbaca pon dia nak bagi ko A la even assignment 6 minggu tu ko wat satu malam je??)

hananeechan : yesszzaa. absolutely.yakin boleh. hikhik. :D

Tuesday, December 9, 2008

Registration~

Have problem registering my subject.
I can't register that TCEE subject coz it's full.
Total registered credit hours = 12..
If i can register that tcee, it will be 15..
Too little, aite?
sigh~

it's a total waste of a semester..
i'm considering of taking other network subjects..
but..
guess what, they're not offered..
sengal giler~

ouh btw, i'm happy with my kbk result..thanks dr zaitun..ngee~

Semalam ramai gile dtg umah..penat woo...basuh pinggan manyakkkk~

Tgk anak2 sdara aku ni..
sume exited tgk ikan..
smpai nk jatuh lam kolam..

EeeeeEee..sgt geram ngan dak qistina nii..
tgk kat dahi dia..
dia demam~ cian~

Raya makan pizza???? huhu..yup!
mozarella cheese tu da nmpk mcm kentang goreng lak kn?

Wednesday, November 12, 2008

UgLy DucKlinG~

i have a problem. not a huge one, but still a problem~
it's a problem about myself..
i think i lost my self-confidence lately~
n keep loosing.

i really feel terrible. it's kind of complicated to explain.
n i don't even know where to start..
hurmm..

lemme see..
i suddenly felt ugly.
uglier than b4.

i keep comparing, n look what it did to me.
my confidence level goes down to zero.
hurm..

what should i do..

HELP!
:cry:

Thursday, October 30, 2008

The Dark SecrEt i Keep.NoboDy ShouLd KnoW~

For those who thinks they knew me well, u guys better give it a 2nd thought..
I have a Dark Secret..
A Secret that i want to keep inside a sealed box,
that is hidden in a room,
dark room,
in an empty house, and deep in the forest..

huhuhu~
sounds mysterious enuff??

Waaa..hana ade 'dark secret'??
muahahaha~
no lah.. Saje jek wat saspen..haha sengal~
Cambest lak rase!!hikhik..

ok..actually, i'm bored..n i'm angry!
Marah pada diri sendiri..
Bukan marah yg mcm ni..:bofu_47:
i mean, come on la...Exam da dekat..
I just couldn't stop worrying, yet couldn't start studying seriously....
Ape nk jadi la budak ni..ish3..
Kusedar diri ini seorang student..
Dah wat azam da tanak update blog ni..
nak focus on my studies..:bofu_44:
Tapi ape bole buat..jiwaku ini meronta-ronta..
Jari ku ini bergerak-gerak untuk menaip..
n puff~ blog updated..
hahahha~
Tak tahan ar babe..Panggilan pulau ini kuat memanggil-manggil..
Hurmm..malas aa nak study..aiyark..Camana ni?? Mati aaa~

Azam baru konon..citt, haktuihh.
Poyo jek..
I DESPERATELY NEED A MOTIVATION!!!
*ala,kalo org bg semangat pon ko study ke?huuhu*
tak kisah la study ke tak..at least ade gk semangat sket..
drpd cmni jek..selak sane, selak cni..last2 blog jugak yg aku cari..aiyoo..mati mehh~

hurmm..cube korang bygkn..
kalo exam ni xde..
leh update blog sesuke hati..
leh on9 smpai lebam..
leh tgk movie smpai muntah..
leh main game smpai game over..hehe
waa...heaven giler~
:bofu_18:



ouh btw..i think i forgot to introduce my new emoticons..mr bofu~
credits to miss chokilala riang..
encik bofu ini sgt cumel..dan agak kurang beradab ye..
jom kite tgk ape perangai encik bofu yg tak berapa manis dipandang ni..



:bofu_05: :bofu_04:
encik bofu agak mata duitan ye~
:bofu_11::bofu_22:
err..agak gelojoh ye encik bofu ni..
:bofu_26::bofu_32:
sila bersopan ye encik bofu..
:bofu_47::bofu_45:
mkn pelan2 la..aiyoo~

haha..cumel kn?
erm, i think i have to stop here..
hopefully i will not gatal tgn to update blog selagi blom serius mengstudykan diri..
till then..papaiii~

Tuesday, October 28, 2008

ExAm Da DekaT!! Oh NO~


okey..my final exam is just around the corner..
gile cuak~ :girl_6:
taknak aa dpt teruk..risau nyer~
dah la 10hb tu ade 2 exam..aaaaa~ matila~
so ape lagi..gear up! study time~ wawawa....
:#8: berkobar-kobar nieh..hnnss..hnnss~

Tuesday, September 23, 2008

i need a BREAK!!

I'm feeling tired n my head is cramped already...I have lots of works to do..but still..i'm updating my dear blog..darn! i just can't stop mumbling..blabbering..complaining about how much work i have, realizing it...heck..i'm still doing nothing about it..what a loser huh?..

haih~
it's not that i do not worry about any of it..but i keep postponing to do my work n the number keeps increasing from day to day..i feel stressed, n i think i'm going insane already..I really need a break..but in order to have holidays, i'm facing a lot more works that need to be done before the holidays..it sux..really!

see..more complaining,but still don't do anything..what the hell is wrong with me? arghh..... i need a motivation please..
somebody?
anybody??
no??

i can't imagine the fact of being a student but do not know what actually i'm studying and what i need to study..that's my problem.. huge one! the network test is on the day after tomorrow. n i think i know nothing. yes..nothing..

i'm not making up stories u guys, it's just damn true.. n i believe that there are several friends like me who know nothing as well(come on..don't lie~)...n there are also some who knows everything(bapak rajin~).. i wish i can be just like them..

but how?

without hard works, the knowledge won't simply fall from the sky,rite...uwaa...i wish they will simply fell down from the sky...so that i can just pick it up n be smart like others...i wish i am hardworking enough so that i'll know everything..i wish doraemon really exists..i wish..i wish.. *be careful what u wished for..*

there's another thing beside studies that haunting me right now...it's the college activities...i'm tired of doing all the letters, all the minit mesyuarat, annoucements, tired of attending meetings, bla bla n bla..
i had enuff...

this will be the first and the last of me being a secretary..i won't do such boring, annoying job again.. little experience of that is more than enough for me...
next time??? ouh..no thanks!

this is already a nightmare for me.. what's the point of doing something that u hate so much, rite? it won't do u any good.. and the work that u do also won't be that good since the sincerity is not there.when u do something u love to do, n u r sincere, u will probably produce a good work, bcoz u put all your love inside your work..
(err..get the picture? i think my words are already tonggang terbalik just like me..)

nevermind that.. i just need to do something that can help me feeling better..n it is blogging..i feel like i had just throw everything to a very good listener, n i feel better....(poor blog for having this kind of owner..)

*poor readers for reading this craps*
*ok..i better stop here before it becomes more annoying..*