Showing posts with label Exam. Show all posts
Showing posts with label Exam. Show all posts

Wednesday, December 1, 2010

Orang tamak selalu apa adik-adik? Rugii?? Salah!! :p


Semalam kan, ada sorang budak ni tak makan seharian.. busy study untuk exam lah konon..
Malam tu bila dah ada tanda-tanda cik gastrik nak melawat, budak tu pon ajak la kawan dia keluar makan, walaupun esoknya ada exam pukul 8.30 pagi. T__T

Disebabkan budak ni ada kupon subway, Buy 1 Free 10, (WAH engkau.. ingat subway tu abah ko punya ke nak bagi seploh.. Buy 1 Free 1 sudey~) dia pon bergegas ke subway bangsar bersama qyra dan lyla.

Tapi, bila dah sampai baru terfikir, kitorang 3 orang je..camana nak buy 1 free 2?? Kedekut lah katakan.. So, dengan tamak haloba nya budak yang konon tak makan sehari tu offer diri nak ambik 2 sandwich and guna lah 2 kupon, dapat 4 sandwich 6 inci yang gedabak. (Tapi masa ni budak tamak haloba tu yakin gila dia boleh habiskan semuaaa~ )

Budak tamak haloba tu pon order lah, italian bread + teriyaki chicken (1st sandwich) + steak and cheese (2nd sandwich) + all vegies except green bell pepper and pickles + bbq, mayo, and mustard sauce = gembira tak terkira...



ini lah hasilnya.. semak kan?? ha ha. cuba bandingkan dengan gambar bawah ni..


lain tak? lain tak?? ha ha.. tipah tertipu.
(picture from google image)



Sesi mengenyangkan perut budak tamak pon bermula...



Inilah budak tamak haloba tu. Teruja dapat makan setelah sehari minum air je..




Tengok, diorang taknak layan ke-teruja-an budak tamak..
Masing-masing buat-buat busy.
-_-"




Pandang sini please~



Qyra dengan chicken teriyaki nya..




Lyla dengan steak and cheese nya..


Budak tamak tu larat makan 1 je lah seperti yang dijangka. Lagi 1 bawak balik jelah yang mampu. Tapii... disebabkan budak tamak tu study sampai pagi sebab ada exam (kalau takde jangan harap), akhirnya sandwich lagi 1 berjaya dihabiskan pada jam 4 pagi!


Jadi, moral of the story is...

Orang tamak selalu kenyang..
boleh?
:p



Saturday, November 27, 2010

Eh, Tak Fahamlah!

Kenapa ek, bila online ke tengok drama korea ke, main game ke mata segar bugar tak ada perkataan mengantuk atau malas pun dalam kamus hidup, ape lagi kamus dewan kuliah.

Tapi............!

Bila start je bukak buku, bukak slide nota, bukak software nak buat coding, pendek kata mengabdikan diri pada mata pelajaran demi masa hadapan yang cerah, tak tahu kenapa dunia semakin gelap. Menguap tanpa henti mengalahkan orang yang tak tidur dua hari. Serius tak faham. Adakah perlu minum Red Bull seperti yang dicadangkan oleh Lea? Atau kena meningkatkan pengambilan kafein untuk pembelajaran yang lebih efektif? Tak suka redbull sebab manis gila. Tak suka kafein sebab nanti tak boleh tidur langsung, badan lemau masuk angin. -_-". Tapi memang motif tak nak bagi tidur pun kan. Tsk..


Jemput minum nescafe suam ya.. Lepas tu kita sambung study. Semoga berkesan!


Thursday, November 25, 2010

Cuak Mode ON!!

I'm counting days for the final examination! o_O
This semester's subjects are quite heavy as there are 4 network subjects. Omaigosh~
I'm a dead meat!

And GREAT news!
My exam schedule is killing me.. tsk T_T

30 Nov : Digital Design 8.30AM
30 Nov : Decision Support System 3.00PM
1 Dec : Network Modelling and Simulation 8.30AM
2 Dec : Mobile Computing 8.30 AM
3 Dec : Wireless Network Security 8.30AM


Please pray for my success.

GOOD LUCK to my friends as well.. :)

Saturday, October 23, 2010

Blah blah

Hectic week almost over! Yaay.
Done with my VIVA for the fyp 1.
Almost over with uncountable presentations and assignments..
Hopefully, everything will be fine.. =)


Ouh btw, just now at midvalley, there was an exhibition about cosmetics and beauty.
for those who likes facial treatment, hair treatment, free make ups, photo shoots, theres a lot of vouchers to grab. facial treatment @ new york skin solution for just RM28. and there's so much more.

**Ni buat iklan free..tadi dia suruh dtg bawak kawan. tapi kawan semua sibuk dengan fyp. haha

Monday, August 16, 2010

Bukan cerita saya.

Puasa dah masuk 7 hari. So, dah boleh biasakan diri belum?
Yang selalu konon-konon terlupa tengah puasa tu, ni dah seminggu. tak payah nak buat-buat lupa sangat la kan. :p

Saya nak cerita kisah menarik di bulan puasa..

Ada 1 hari tu.. lepas sahur, saya tak tidur..lepas subuh pon tak tidur jugak. Study? memang takla..hahhah. online je..
tepat jam 8.03 pagi
tiba-tiba, roommate saya bangun.
dia menggelabah tak hengat punya.

saya pandang jela dia dengan riak wajah (kau apehal?)
pastu dia cakap
"saya ada exam pukul 8!! kalau lewat tak boleh ambil."

dia bangun dari katil je, terus tukar baju. tukar seluar. pakai cermin mata. ambil beg kuliah. terus keluar bilik meninggalkan saya dengan wajah (what the heck.. lajus gilass)

2 saat lepas dia pergi tu saya rasa macam bersalah la jugak. tak kejutkan dia.
tapi mana saya tau maaa dia ada exam.. saya tak salah!

10 saat lepas rasa bersalah hilang, saya baru perasan.

-seluar dia tukar tadi ada atas keyboard laptop. baju atas katil. memang dia main campak je.

-selalu dia pergi kelas pakai lens. tapi masa tu pakai cermin mata je.

-tiap-tiap kali dia keluar bilik, mesti kunci pintu dan tutup rapat. tapi masa tu, jangan kata kunci. pintu pon tak tutup.

-dia pergi kelas selalunya pakai sneakers. tapi masa tu dia sarung selipar tandas je.

-roommate saya seorang cina yang tiap-tiap pagi bangun awal mandi basuh rambut. tapi hari tu, semuanya tak sama.

dan paling kelakar, bila dia balik, dia terkejut tengok seluar dia atas laptop. barang sepah-sepah. haha. dia tak ingat pon bila dia campak-campak. yang dia ingat, exam. exam. exam. :D

So, moral of the story, kalau exam pukul 8, tak payah tido la senang. hahahah

Wednesday, April 15, 2009

Kau Menggoda, Aku Tergoda..T__T

Haiii....
Kita bertemu lagi dalam rancangan di mana joe jambul..
Tapi, aku tak peduli pon joe jambul ada kat mana. biar la dia. kita wat hal masing2 je, okey..

Rasa macam da lama tak hapdet blog.
ye ke lama?
tapi at least ada gak la org tanya nape tak hapdet kan..
ada gak la org caring.hikhik.*gelak gedik*


ok lah. biar la aku berterus terang je.. final exam lagi berapa hari je. so aku kena la purak2 busy macam org lain gak...aku sangat busy study sejak dua menjak tiga menjak ni.*muka serius*
eh, betul ni!!! tolong lah percaya. tolong. aku serius. *masih mengekalkan muka serius*

haih..tak percaya sudah. memang aku tipu pon.uhuk uhuk.

ntah la..mmg tak leh blah. nota aku semua dalam laptop..bila baca nota, buat nota pendek sikit2, tetiba jek skrin facebook ade depan mata. serius aku tatau camana boleh mucul. bila dah ada facebook depan mata tu, terbuat kuiz la plak,kuiz bodo lak tu, tapi gedik gak nak buat, terkomen gamba la, terbalas komen, macam2 terrr la..tu yg aku geram tuh..

Bila dah bosan tgk fb, sambung study balik.. tapi yang aku pelik sgt2 tu, skrin nota aku memang tak tahan lama tau. asyik hilang je. asyik tunjuk benda lain jek. blog org la, game la, ada2 je tau..elok plak time2 exam ni org lain rajin update. asyik tertengok jela kan. haih, betul la org ckp. bila kita nak buat benda baik, mmg banyak halangan. kalau nak buat jahat tu, senang plak. huh.

so, bila aku dah fed up, aku pon blah dari meja, sbb laptop byk sgt dugaan.. aku amik printed notes, pen ngan kertas kosong, pegi plak kat katil. 5 minit, ada la dalam 7-8 baris ayat..10 minit, 9 baris ayat. 15 minit, 9 baris ayat.. selepas 1-2 jam, masih 9 baris ayat. huh! tertidur rupanya. tengok. ada je kan halangan dan dugaan untuk study...
haih..

ala, kalau aku g library pon, mesti aku bwk laptop. benda sama gak yg akan berlaku. takde maknanya..huhu. melainkan study group. yang ni ok la sikit. bila discuss2, takdela ngantuk n takde la bosan..


oh exam..cepat la kau blah dari hidup aku..
oh internet, berhenti lah menggoda aku..
oh katil, jangan lah kau seru2 aku tiap2 setengah jam..
sesungguhnya, aku insan lemah..

T____T

Tuesday, April 7, 2009

The road to success is always under construction..

Dengan bangganya saya ingin mengumumkan....
*drum roll plishh*

Kelas da habiss! yaaay~
Test da habiss!!double yaaay~
i'm free for 2 weeks!! hurrayyy~

final exam in 2 weeks !! ayoyo~

Tarikh-tarikh keramat untuk berperang dengan lecturer. eh eh, berperang dengan peperiksaan.
22, 24, 27, 29, 30..

lepas tu kita enjoyy~
hip hip hurrayyy~ (belum exam lg da excited nk enjoy.ni lah student contoh ye adik2)

Tatau bila nak start study. :D

---------------------------------------------------------------

okay, sekarang masa untuk rehatkan minda..

They say : The road to success is always under construction..
I say : Tau xpe!!!! ntah bila tah nak siap.


They say : Men are like parking spots, the good ones are taken and the free ones are handicapped.
I say : Tak semestinya.. sometimes, available parking spots jual mahal. cth : parking kat hotel.hehe..


They say : Never take life seriously. Nobody gets out alive anyway.
I say : Erk, bole ke camtu? ajaran sesat nih..


They say : Girls are like phones. They love to be held, talked to, but if you press the wrong button you'll be disconnected!
I say : hahaha.. harap maaf. nombor yang anda dail tidak terdapat dalam perkhidmatan kami. Sila jangan cuba lagi.


They say : If your teacher ask you, why didn't you submit your homework; Answer : I couldn't find anyone to copy it from.
I say : betul, betul, betul...tiada bantahan.


They say : If love is blind, why is lingerie so popular?
I say : hehe..coz only the love is blind..not the lover~

Friday, February 20, 2009

This is the life..Face it.Live it.Love it.

Emo-ness

i tot that my misery days almost over..i'm wrong..*cry a river*
Let me tell u y..*kalo tanak tau, tutup mata*

Tuesday - Midterm exam cruptography - OK
Wednesday - Midterm exam Math 4 networking -OK
Thursday - Midterm + LabTest network advance ccna - KO

it was terrible..
the questions were unexpected, the answers were unacceptable..
not only my group, but every groups in my lab have to do it again..
we were given a 2nd chance to do it all over again..*is it lucky or wut??*

wut a nightmare..
*kalaula btul ini mimpi, tolong la tampar2 saya skrg supaya terjaga*
sigh..i guess not.

so, monday will be our next top model..eh
our next worst nightmare..
I hope everything will go smoothly on that day. *tadah tgn cepat.doa skali*

---------------------------------------------------------

Kawan. Macam2 adaa~

1)Kawin
Baru lepas baca blog waniey
Dia tak saba nak kawin..hehe..Wani ComeL!!
yela, org tgh pening2 exam nih, dia pening bile nak kawin lak ea..
Tapi orait gak wani..kalo ko kawin awal leh aa kitorg wat rombongan g tganu..
hahahah..besh2..kawinla cepat. =p


2)Negatif
Saya ade sorang kawan. nama dia err..leh ke sebut ni ek? de marah tak ea? **f*
teka sendiri.haha..dia seorang yang suka berfikir jauh ke dalam, sedalam perigi buta sampaikan kitorang pon tak penah terfikir nak masuk dlm perigi tu..i'll give the examples..

#kalau ade org bagi hadiah perfume, apa korang rasa?
Saya = wah..bestnyer..
Dia = Aku ni busuk ke smpai kene bg perfume?

#kalau bf korang dgn baik hatinya belikan loofah kat body shop, apa korg rasa?
Saya = bestla..xpyh nak beli lain da..
Dia = Aku ni banyak daki ke?

*omg*

get the picture? hehe..kelakuan dia ini juga saya anggap comel.
hahah..yela, punyala jauh pk..tak tercapai akalku..


3)Ada beberapa kwn sy yg baru kembali ke alam single n available.

Sorg ni break sbb dia bukak ym bf dia, n terkantoi la beberapa incident.
Mcm flirt2 n tuka2 no fon, stuffs like that..

Ada sorang lagi, break sbb dia bukak website hotlink yg boleh cek calls and sms record tu..
Dia cek bf dia punya logs.
Kantoi jugak. Bilangan bf dia msg pompuan lg sorang tu, lagi byk dari bf dia msg dia.
Bila tanya sembang ape, ckp sembang kosong.
Dia tak puas hati sbb,
1.takkan la bf dia sembng kosong smpai hari2 kot..
2.sembang kosong smpai beratus msg ke?
then, diorg break gak..

hurmm..
Ada sy baca kat 1 blog ni, dia ade tulis pasal pasangan yg break lepas cek handphone.
Ada yg bf tak bg cek hp n si awek tak puas hati.. ade yg kantoi lepas cek, mcm2 la kan..

Ada sorang kwn ni pun penah alami situasi mcm ni gak..
Gado pasal henpon la, isi perut laptop la, n bnde paling kecik, tiket wayang..
ish ish ish..*geleng2 kepala*

Memandangkan tahap ke-emo-an dia yg tinggi, gado teruk gak la..
nasibla bf dia ni spesis agak penyabar orgnyer..kalo tak, tatau la pe nk jd..
Kesannye, kwn saya ni da taknak amik tau ape ade dlm hp, laptop, n beg bf dia dah..Dia kata:no guts..hehe...tau takot..


Bagi saya:
Jgnla tgk klo agak2 tanak perang dunia ketiga meletus..
Caranya? Trusts.. *tp saya ni bole dipercayai ke ek agak2?haha.lalala~*

Ala, percaya la..klo ade jodoh tak kemana..
Dan percaya la, what u give u get back..
Kalau pasangan anda curang, bersabar jela ye kawan2..
xde jodoh kot.
Mungkin ade yg lebih baik sdg menanti anda, n worth ur loyalties..

Tapi kan, ramai gak kwn2 sy sendiri yg curang..
hahaha..yg ni tatau la nk komen apa. *bias betol la saya ni*

Ade sorg kwn lelaki saya lak, dia baru break sbb awek dia ade laki lain. haih..
*yang ni pompuan lak yg wat hal*

Ada gak kawan yg sedang sibuk mencari awek..*rafiq,bukan ko.haha*

Ada gak kawan yg happily single..*bukan ko jugak rafiq*

Tapi ramai je kawan saya yg bahagia je ngan pasangan..*mcm aku..eh..eh..macam qyra n nonie.=p*

Sape lagi yg bahagia?? angkat tgn sambil wat peace..
*angkat tgn dn wat peace dgn gaya comel mcm nak bergambar*
mereng..


pesanan penaja: Pacikbesa sy tak penah pon amik tau ape yg ade dlm hp, laptop or beg saya.. ape lagi email, ym, frenster n facebook saya..hehe..*bagus kan dia ni..ngee*

Tuesday, February 17, 2009

3 dalam 1

Semalam tidur nak dekat pukul 4, itupon susah gak nak lelap.
Fikiran terganggu.
Pagi tadi bangun kul 6.25..Segar. Xngantuk langsung. Pelik.

Kelas pukul 8. Terserempak dengan lyla otw g kelas gak.
Jalan ikut shortcut belakang DK2 tu. nak g kelas kat BK3.Network Advance.
Tetiba ternampak benda panjang.Warna coklat.Melintang atas jalan.
Spontan saya sebut perkataan "ULAR", tapi perlahan.
Tetiba lyla yg tak nampak benda alah tu, terpijak betul2 kat tengah2 badan ular tu.
Lalu ular tu pon menggeliat2, sbb kene pijak.
Spontan saya menjerit "LYLA, U PIJAK ULARRRR!!!" *tanpa menggunakan pembesar suara fo sure..xperlu kot.*

Dan secara refleksnyer kami berdua berlari-lari persis atlet yg tgh warm up, sambil menjerit-jerit persis perempuan gile tanpa mempedulikan keadaan sekeliling..*Tolong jangan bayangkan rupa kami sbb terlupa nak control ayu*
Disaksikan oleh seorang lelaki cina, yang akhirnya tersenyum geli hati melihat telatah kami.

*Malu*

Tak peduli. I hate reptiles. Ular adalah salah satu binatang yg even kalau tgk pon da bole meremang 1 badan. Ape lagi pegang. Bagi RM100 pon lum tentu saya akan pegang. Kalau nak bg RM1000, akan saya pertimbangkan dengan sewajarnya.

Senaman pagi berakhir disitu.

----------------------------------------------------------------------------


Pergi PJ17 nak isi minyak dan berniat untuk mandikan scooter yg tatau bape lama x mandi itu.
*Pengotor tatau ikut perangai sape.Tuan dia x cmtu*

Sampai kat tempat cuci tu, pekerja kat situ tengah cuci satu kereta.
So, logically, my scooter will be next la kan..

Saya duduk di kerusi, bukak buku, buat soalan cryptography.
Muka serius.
Tak lama lepas tu nmpak satu kereta masuk, nak basuh jugak.
Dalam hati berkata "Takpe, aku dtg dulu..dia kena tunggu la.."
Sambung wat crypto.

Setelah buat 3 soalan crypto which jalan kerja pengiraannya yg panjang berjela serta sangat membencikan *manusia mana la yg cipta benda ni*, saya berhenti.
Bangun dan pergi tgk tempat cuci.

Pekerja sedang basuh kereta yg BARU MASUK tadi.
Motor saya belum disentuh.
Wtf.

Panas terik matahari menambahkan panas yg sedia membara di dalam hati.
Tarik muka.

Pekerja tu buat isyarat tangan supaya tunggu.
Owh, sumpah saya tak faham kenapa saya yg kena tunggu.
Ada sesape yg boleh bagi penerangan yg rasional, tepat dan jitu?

Adakah kerana itu kereta BMW brand new, so dia perlu didahulukan, dan oleh kerana saya hanya scooter, buruk plak tu, saya kene bg laluan??

Lawak apakah yg sedang mereka mainkan? Sbb saya tak faham. Nonsense!

Ni yang buat saya nak nyanyi lagu situasi-Bunkface nih.
Diskriminasi betul.

Mentang-mentang la saya bayar 6 ringgit jer, dia bayar lebih, jadi kau nak lebihkan dia la?
Apa kau ingat, sbb dia bwk BMW, so aku la yg kena tolak ansur?
Sorry.
Kalau dia bwk Kancil turbo ke, Skyline ke, Merc ke, BMW ke, Mazda RX8 ke, Lamborghini ke, ada aku peduli?

Yang aku tau, First come first serve la beb.
Common sense camtu pon nak kene ajar ke?
Bikin panas jek...

--------------------------------------------------------------------------------

Pukul 2 ade exam Cryptography.
Taktau ready ke tak.
Formula yg Dr Omar ajar yg kena guna euclid algorithm tu saya x paham.
Serius tak faham sampai rase nak tido jek.Redha.
Kejap2 faktor, kejap2 kembangkan, apa yg dia nak sebenarnya pun saya tak tau.

So saya guna formula lain.Jumpa kat internet.
*Pandai2 je*
Lantak lah. Janji dpt jwpn dan cara tu lebih paham.

Good Luck korangss..


pesanan penaja: Dah tau exam kol 2, tak reti-reti lagi ke nak berenti menaip?
*bukan tak reti, x boleh.ini lagi satu masalah...sigh*

Sunday, November 16, 2008

RequesTeD TuToRiaL~

Disebabkan agak bosan membaca, apa kata kalau saya menulis pula..eh salah. menaip..

Antara topik 'mungkin masuk' yang diberikan oleh encik Abdullah adalah : (kalau x masuk, xtau la nak goreng ape nanti~)

Ethernet Collision
Based on my understanding after menelaah buku tebal dzul tu..

Ethernet collision ni berlaku bila 2 device hantar frame serentak..bile collision ni berlaku, signal dia akan get distorted pastu frame tu akan hilang. so, bagi mengelakkan masalah ni berlaku, dia guna satu solution iaitu CSMA/CD.

so, cmana lak CSMA/CD ni berfungsi n cmana dia leh elakkan collision berlaku?

1: sebelum device wat transmission, dia akan cek dulu, ade tak device lain yg tgh wat transmission..
2 : kalau xde, (xde device yg tgh transmitting) , dia pon start la transmit frame. *tapi kalau ade dua device yg cek serentak, n dua2 tgk tkde yg tgh transmitting, n dua2 start hantar,time ni la berlakunye collision*
3 : so, walopun device td da start hantar, dia tetap monitor, kalau2 ade berlaku collision, which is ade device lain yg gatal2 hantar frame gak.
4 : kalau ade, dia akan kua busy signal/ jam signal dimana device td akan backoff dulu(backoff algorithm)
5 : dia akan start retransmit balik lepas satu jangka masa yg tertentu (time-out period)
6 : proses ni akan berulang dimana dia akan try hantar lagi dan lagi smpaila berjaya. tapi hanya maksimum pada 15 kali saje..untuk kali yg ke 16 dia try, frame tu akan kena discard.

basically, ni la yg perlu tau pasal ethernet collision kot..tapi ni blom masuk lg pasal half-duplex ngan full-duplex. kalau full-duplex dia tak dianggap sebagai collision.


ok, next.

Flow Control.

Sebenarnye mcm xtau nk bace apa pasal flow control ni sbb nota dia sikit sgt..
tapi, basically, ape yg perlu tau..

flow control ni menguruskan kadar data transmission diantara nodes untuk mengelakkan penghantar yg laju dripada over flowing penerima yg slow..dia nak selaraskan la maknanye..flow control ni leh prevent dpd berlakunya congestion, overloading n data loss.

protocol akan pastikan :
- segment yg diterima akan di acknowledge balik kepada sender dia setiap kali penerimaan.
- mana2 segments yag tidak di acknowledge akan dihantar semula.
- segments akan di sequnce kembali mengikut susunan yg betul setiap kali smpai ke destinasi.

methodology yg digunakan untuk pastikan penerima tak sesak dengan data dripada penghantar adalah:
pacing---> bila buffer kat unit penerima da penuh, satu msg akan dihantar kepada unit penghantar untuk halt dulu transmissions tu smpai sume data dlm receiving buffer dah di proses dan buffer dah ready for action.

erm, basic nye cmni la..tatau la dia nk tanye cmana smpai 10 markah..haih~

**correct me if i'm wrong

Saturday, November 15, 2008

BisKuT RouTeR Perisa Chocolate~

Hari ni nak guna kata ganti diri guwa.

sakit otak guwa baca nota network ni la...apesal la banyak sangat nak bace ni..tkde spe2 yg sudi bacekan utk guwa ke? guwa mls la..arghh...

cube korang tgk gmba yg guwa letak ni..nama dia router. asyik tgk bnde ni je kan, lame2 guwa tgk bnde ni da mcm biskut plak..nmpak sedap..rase cam nak ngap, kunyah-kunyah-kunyah, telan..huhu..besh2.

tapi malangnye dia bukan untuk di makan ye adik2..

dia ni perlu di configure , diletakkan ip address, dan packet2 akan di hantar melaluinye ke destinasi yg sepatutnye berpandukan best routing route yg dipilih di antara dua. link state dan distance vector ye adik2.

distance vector ini memilih berdasarkan jarak yg paling dekat, manakala link state memilih laluan yg paling cepat.

distance vector menghantar broadcast packet dan juga akan melakukan aktiviti2 seperti split horizon dan poison-reverse untuk mengelakkan daripada berlakunya routing loops ye..

link state pula menggunakan hello protocol serta bertukar-tukar area's link-state database dengan jiran-jirannye, dan juga mempunyai kadar overhead yg tinggi.. dapat adik2?? takk?? bace sendiri..guwa pon da pening ni..huhu

sekian saje tutorial kite untuk hari ni..adioss~

student LIFE

i have one last paper on17th n i hardly wait to finish that paper..i hope i can do well although that subject seems quite tough, and my bloody carry marks sux(i think it did). so, i need to do well in my final in order to prevent the worst nightmare to happen..

ouh, btw i already sux in my digital design paper. i hate to admit, but i think the possibility to repeat that subject is higher..argghhh... plz mr Z. dont fail me..plz.. :onegaiii:
(hurm,like he cares)

:#9:

but other than sux in exams, my life is quite alright..
i'm happy everyday..infact,very happy..

:girl_9:

so, i think i should be grateful..
life's great babeh...

i like to move it move it..
she likes to move it move it..
he likes to move it move it..
we like to..MOVE IT!!
::sing everybody::

Sunday, November 9, 2008

Lelah hati~

Penat nyer..I have two papers this Monday..Kol 8.30 ngan 11.30 lak 2..haih~
Penat la study. bile nak habis ni..waaa~
Mata pon da mcm panda jek.lebam.
u know panda?


Macam panda ni la..tgk mata dia..hurmm...lebam kan..
Panda ni ade mcm Po dlm cite kungfu panda x?
Maybe perut x sama la..xleh lawan Po kan..hehe
Panda ni x pandai kungfu.
Pandai sengih je bile nak tgkp gmba..
1,2,3, sengiiihhh~

Thursday, October 30, 2008

The Dark SecrEt i Keep.NoboDy ShouLd KnoW~

For those who thinks they knew me well, u guys better give it a 2nd thought..
I have a Dark Secret..
A Secret that i want to keep inside a sealed box,
that is hidden in a room,
dark room,
in an empty house, and deep in the forest..

huhuhu~
sounds mysterious enuff??

Waaa..hana ade 'dark secret'??
muahahaha~
no lah.. Saje jek wat saspen..haha sengal~
Cambest lak rase!!hikhik..

ok..actually, i'm bored..n i'm angry!
Marah pada diri sendiri..
Bukan marah yg mcm ni..:bofu_47:
i mean, come on la...Exam da dekat..
I just couldn't stop worrying, yet couldn't start studying seriously....
Ape nk jadi la budak ni..ish3..
Kusedar diri ini seorang student..
Dah wat azam da tanak update blog ni..
nak focus on my studies..:bofu_44:
Tapi ape bole buat..jiwaku ini meronta-ronta..
Jari ku ini bergerak-gerak untuk menaip..
n puff~ blog updated..
hahahha~
Tak tahan ar babe..Panggilan pulau ini kuat memanggil-manggil..
Hurmm..malas aa nak study..aiyark..Camana ni?? Mati aaa~

Azam baru konon..citt, haktuihh.
Poyo jek..
I DESPERATELY NEED A MOTIVATION!!!
*ala,kalo org bg semangat pon ko study ke?huuhu*
tak kisah la study ke tak..at least ade gk semangat sket..
drpd cmni jek..selak sane, selak cni..last2 blog jugak yg aku cari..aiyoo..mati mehh~

hurmm..cube korang bygkn..
kalo exam ni xde..
leh update blog sesuke hati..
leh on9 smpai lebam..
leh tgk movie smpai muntah..
leh main game smpai game over..hehe
waa...heaven giler~
:bofu_18:



ouh btw..i think i forgot to introduce my new emoticons..mr bofu~
credits to miss chokilala riang..
encik bofu ini sgt cumel..dan agak kurang beradab ye..
jom kite tgk ape perangai encik bofu yg tak berapa manis dipandang ni..



:bofu_05: :bofu_04:
encik bofu agak mata duitan ye~
:bofu_11::bofu_22:
err..agak gelojoh ye encik bofu ni..
:bofu_26::bofu_32:
sila bersopan ye encik bofu..
:bofu_47::bofu_45:
mkn pelan2 la..aiyoo~

haha..cumel kn?
erm, i think i have to stop here..
hopefully i will not gatal tgn to update blog selagi blom serius mengstudykan diri..
till then..papaiii~

Tuesday, October 28, 2008

ExAm Da DekaT!! Oh NO~


okey..my final exam is just around the corner..
gile cuak~ :girl_6:
taknak aa dpt teruk..risau nyer~
dah la 10hb tu ade 2 exam..aaaaa~ matila~
so ape lagi..gear up! study time~ wawawa....
:#8: berkobar-kobar nieh..hnnss..hnnss~