Showing posts with label bosan. Show all posts
Showing posts with label bosan. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Bila tak tidur walaupun dah 3.30 pagi......

Hai blog. Eh Assalamualaikum.. Sorry lah da lama tak hapdet. Terlupa dah u wujud. Hehehe.
Bukan x sayang u, tapi i busy sikit lah.. Bekerja keras membanting tulang mencari sesuap nasi. Ececeh. Sesuap nasi la sangat. Mana cukup sesuap. At least 7-8 suap.

Ala rilek la blog. Bukan u je yg terabai okayy. Housemate i pon dah bising sebab dah jarang hangout dgn dorang. Member ofis lama pon ajak jumpa berkali-kali tapi sekali pon xdapat jumpa. Bayangkan la kerja keras sampai bengkak-bengkak kaki ni haa. Kesian tak? Kesian tak? Dah macam ibu mengandung pulak kan kaki bengkak. Manja betul kaki i ni tau. Siap bawak g foot massage pon dia taknak surut lagi. I pon tak faham kenapa dia nak bengkak lama sangat. Nak pakai kasut pon ketat tau. Takpelah, ade lah hikmah Allah uji camtu. Mungkin taknak bagi i kuat merayap. Suh duk umah je diam2. Hehe

Macam kerja kat tapak pembinaan pulak kan membanting tulang + bengkak kaki. Padahal memang dasar manja, kerja tak seberapa mengeluh je yg lebih. >.<

Oh ya baru teringat. Lagi satu alasan i tak hapdet u sebab lappy i rosak!!! Itu yg i paling stresssss. Tak boleh on langsunggggg. Takde pon nak bagi hint dia sakit ke batuk ke demam ke, tau2 je dah mati..
Sedih betul. Xdapat nak layan cerita korea sampai lebam lagi.

Nasib la ada ipad ni ha boleh la nak online n main game. Tapi kat sini takleh nak layan drama korea sampai lebam sbb byk yg takleh play. frust mak jemah tauu.

Eh, okaylah blog. Bosanlah cakap dgn u ni, u bukan reti nak jawab pon. Diam je.
U takpayah la nak cakap i sewel. I bosan sbb tu i ding dong sikit.
Good nite!

Monday, November 30, 2009

Ada mata......TENGOK.

Tadi aku drive dari KK ke KL...
Traffic jam yang gile kentang! Drive sorang2 plak tuh... Bapak bosan.

Tapi disebabkan tengah bosan, aku ada buat research sikit.(see how i used my time wisely :D)

Tajuk : "Apa orang buat semasa traffic jam?"

1: Korek idung
ko bajet cermin tinted xnmpk aa ko melombong kan?? Siang kot.. nmpak ar weyh..huhu

2: Bajet diva
peh, yg ni mmg lawak kalo tgk..Menyanyi melalak beria-ria.. Memang la kete sebelah tak dengar suara diva ko tu..tapi expression muka sudah cukup untuk menceritakan segalanya..hahaha.
giler aa nyanyi ngan penuh perasaan. *yg ni aku pon wat kdg2..tapi aku mmg diva what..:p*

3: Makan
ok, ni normal kot..aku pon slalu wat. tapi xtau la kenapa bile usha org mkn sorg2 dalam kereta jd kelakar..dgn comot nye, kelakar gak la..hahah..

4: Main game
Most of them yg guna iphone la..2-3 kereta gak aku nmpk yg main game..ade sorg mamat ni,aku tgk main game dgn semangatnye sampai terhentak phone kat stereng, pastu cuak. hahahah..

5: Smoking
Ini biasa...bosan. next!

6: Bergambar
HAHA..big time.. sumpah kelakar. aku mengaku aku pon suke bergambar..tapi bile tgk pompuan bergambar sorg2 dlm kete time jam, gelihati,perut,usus,pankreas sume..tatau aa nape.hahahah. gelak lagi. nasib la pompuan..kalau laki yg bgambar, confirm aku tarik handbrek, turun kereta n gelak sampai kena hon. hahahahah...

7: Bercinta
Yg ni malas nak komen. sbb mane la tau diorg tu laki bini kan..tgh honeymoon ke ape..*bersangka baik* :p

8: Usha org
Ehem. ini akulah antaranya.. tgk gelagat org..kdg2 tension gak dgn org yg cmni..sebok je nak pandang2. tgk depan sudaa..
errrrr, tapi aku takpe la kan? aku wat research maa :p

banyak lagi sebenarnye gelagat yg aku observe. ade yg bergendang kat stereng, ade yg bergayut xsudah-sudah, ade yg main ngn baby, ade yg tgk movie, mcm2 la.. at least research aku td telah mengurangkan tahap mengantuk aku..dan at least blog ni ter update..hihi


pesanan penaja: agak2 research ni leh wat research master tak? :p

Thursday, June 18, 2009

Korang rindu aku kan? kan? Sape rindu dapat pakej percutian hujung minggu ke MidValley. Gila sesak.

Aku rasa macam dah jarang gila update blog waktu2 cuti ni. jangan kata update, online pon jarang. aku bukan saje2 taknak update, aku nak..*muka suci. sila percaya* hati ini meronta-ronta nak update, kalau boleh aku ingin dunia tahu tentang kewujudan seorang hananeechan. oh, lihatlah dunia! tapi jari ini kaku tatkala disuruh menari di papan kekunci.*ceh. ayat macam masuk deklamasi puisi peringkat sekolah rendah. T_T* okay, bahasa mudahnya, saya malas. sekian, terima kasih.



Berikut disenaraihitamkan aktiviti berfaedah lagi produktif yang aku buat semasa cuti. Bukan takat masa cuti je, masa tak cuti pon aku mmg buat benda berfaedah, cuma malas nak kecoh2. *T_T sedih sbb terpaksa tipu korang, walaupun aku tau korang tak percaya punya.*



Ok, bagi aktiviti yang kt bwh ni, korang pilihlah yang mana korang rasa betul2 aku buat time cuti.. :D

a) Bekerja membanting tulang mencari rezeki tanpa mempedulikan terik mentari



b) Hafal rancangan tv sehingga layak pergi interview kat astro untuk mengendalikan rancangan mereka



c) Rajin mengemas dan memasak dan memberikan makanan kepada jiran konon2 baik hati, padahal nak usha anak lelaki hensem.*xleh blah yg ni*



d) baca suratkhabar untuk mengetahui berita semasa yang berlaku dalam dan luar negara. tak sentuh langsung bahagian hiburan.



e) plan tengok wayang cerita monster vs alien 3D, tapi end up tengok cerita hannah montana.



f) layan dvd bersama keluarga untuk mengeratkan silaturrahim.



g) layan dvd sorang2 untuk improve bahasa inggeris. wtf



h) tidak emo bila berebut siaran tv. walaupun akhirnya terpaksa menonton sinetron indonesia. masih tidak emo. *kepada astro prima, agak2 bila cerita intan tu nak habis ek? sampai anak dia tu dapat cucu kah? ouh, jangan salah faham, saya tidak emo. saya hanya bertanya.*



i) mengemas dan menghias rumah dengan gigih sehingga boleh sertai deco bersama eric.



j) pergi kenduri yg byk giler tu untuk mencari jodoh.eh..untuk meraikan pengantin, bukan tau makan je..

k) menghabiskan beras ber kilo-kilo.

pesanan penaja: produktif tak cuti aku??

Sunday, June 7, 2009

Makhluk Tuhan Paling Perfect. *konon*

Aku ada sorang kawan. dia banyak cakap. dalam 20 ayat yg dia ckp, aku hanya balas sepatah seperti "yeke..", "ouh..", "hurm..".
itupon atas ihsan aku sbg tanda yang aku masih belum tertido atau masih di talian atau nak jaga hati je..
aku mmg tak berapa selesa dengan dia ni. tapi takkan la nak cakap
"woi, diamlah.potpetpotpet je tak henti2"
kang dia kecik ati plak. so, aku pon dengar kan jela apa yg dia ckp, (sambil wat muka annoying).

kalau dia cerita benda yg interesting, takpe gak, mcm gossip ke.. (err, macam tak percaya..kenapa mesti gossip gak yg aku cakap interesting?) ok, sebenarnya aku lagi suka dengar tazkirah daripada dengar gossip..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
err...... tak percaya ek? ok, abaikan.

tapi dia ni suka cerita benda yg konon2 dia tau sume benda, konon2 dia paling bagus, dia paling pandai, dia paling kaya, dia paling baik hati, dia paling kewl, dia paling comel, dia..dia..dia..aku bosan ko tau tak!!
maunyer tak bosan dengar cerita dongeng tentang "makhluk tuhan paling bagus" yang dia cerita tu..

akibatnya, aku slalu la mengelak dari bercakap dengan jin..
eh, eh.. dari bercakap dengan dia..
dan dia pon kecik hati la sbb aku mls layan dia..
disebabkan aku mmg hampeh gila, aku pon wat bodo je konon2 tak tau yg dia kecik hati.
(selalunya aku tak hampeh sampai macam ni tau. aku baik sikit dari ni. selalunya aku ckp direct je aku menyampah.. T__T )

korang mesti cakap aku jahat kan? hurm..aku tak jahat weyh. betol ni, x tipu..*buat muka suci* kalo korang berada kat situasi aku, korang pon mesti tak tahan punye...mau coba? money back guarantee tau!

aku harap sangat dia baca blog aku, walaupun kebarangkaliannya amatlah sedikit..
eyh, ni kira mengumpat ke?? tak kan..?? eyh, taaaaaakkkk~
ni luahan perasaan je. lalala~

kalau mengumpat, ayat dia lain sikit....
"si polan tu kan, asyik tergedik-gedik dengan si fulan tu"
eyh, macam ni ke mengumpat..? aku tak sure la..
aku tak suka mengumpat. ^^
ngeeee.... :D

Tuesday, May 26, 2009

Saya bukan kurang waras, saya kurang normal je..

Bila kau sampai kat satu tahap di mana hari2 yang kau lalui amatlah tidak produktif, rasa diri macam useless, dengan jadual makan tak teratur, kepala plak kusut dengan masalah dalaman, kau akan mula buat perkara-perkara di bawah paras normal macam aku..sila percaya. aku serius..

1) aku mula marah2 macam perempuan pregnant/ menopaus *betul ke ejaan ni?*
aku taktau lah kenapa asyik nak marah2 je. mangsa utama aku mestilah adik laki aku tu. dah dia je yg ada kat rumah. tukang selerakkan umah. sampai satu tahap, dia cakap kat aku.."kamu ni kenapa kak? asyik nak marah je. mcm singa lapar. ko lapar ke? bia aan g beli makanan."
hahah..adoii..aku pon tak faham. gilakah aku? aku gilakah? aku kah gila? aaaaaa..

2) aku mula bercakap dengan haiwan
ya, memang sebelum ni aku selalu bersembang dengan kucing. tapi ia semakin merebak apabila aku mula bercakap dengan ikan dan anjing juga..
kucing tu memang hari2 la aku sembang. mmg normal. diorang pon da tak heran kalo aku dtg borak ngn diorang.

ikan bapak aku yg dalam kolam tu, aku slalu sembang dgn diorang, sebab diorang manje suka gesel2 kat tangan aku. petang2, aku duk tepi kolam sambil bagi diorang makan, sambil perasan jadi puteri gunung ledang main2 air kolam. duh~

anjing plak, jiran aku punya anjing. dia akan menyalak bila nampak aku. geram betul. kalau bapak aku ke, adik laki aku ke kuar, takde lak dia menyalak. hish. tiap2 kali aku kuar depan pagar tu, dia menyalak, aku pon masuk balik lam pagar. pastu pandang dia dari jauh dan ckp, "ko ni kenapa? apa salah aku. aku tak kacau ko pon. jangan la menyalak kat aku. jahat la ko ni..bla bla..yada yada.."
dan bila adik aku kuar, dia tanya, ko sembang ngan sape kak? huhuhu..malu saye!

3) termenung
aku boleh duduk termenung selama 1.5 jam tanpa henti. hebat tak? kejap2 berangan jadi bella, bercinta dengan edward cullen, kejap2 berangan jadi sara, bercinta ngan michael scofield..huhu~ best gak termenung ni rupanya..

4) update blog
sampai satu tahap kronik, blog lah jadi mangsa kena dengar celoteh aku... :D
kesian kau blog. tu la. sape suh jadi blog. padan muka kau!

Tuesday, April 21, 2009

Jangan baca. Entry ni bosan!

Tengah EMO.
takde ke apa2 yang boleh menggembirakan ek?? Contoh yang boleh menggembirakan?
ala...
- michael scofield call ajak jalan2 kat pasar malam n belanja makan nasi kerabu..
- Out of a sudden, ade org offer nak belanja shopping unlimited..(best giler kan lyla?haha)
- check balance kat atm machine, tgk2, duit ade riban2..peh! $_$ nescaya aku shuffle kat situ jugak..haha.
- jalan2 kat midvalley pastu tetiba ada org offer makan free. (eh, siyes happy. betol tak lyla n nonie. kiter hepi kan dpt makanan free tu? hehehhe)
-tetiba dapat satu kad yg kalo beli barang kat mana2 dpat 70% diskaun bila tunjuk kad tu.haha

eyh, ni kenapa semua pasal shopping, makan, and duit neh? haih...
sebab, tadi jalan2 ngan nonie, lyla n lea, tengok satu beg cantik ni. jatuh cinta, tapi klo beli bajet lari plak..tsk..T____T

entry ini ditujukan untuk ibu tersayang dengan harapan semoga dia masuk duit cepat2 coz anak dia ni da tak betul..nak mintak segan..huhu. sekian terima kasih..



haih...merepek jek kan. da tau merepek nape wat gak. hurmm..sebab takde mood nak study. sakit kepala, sakit otak, sakit perut, sakit hati, sakit usus, sakit pankreas, sakit kuku dan mulut, erkk!!! tak2....

ok lah. enuff merepek. sambung study. daaa~

Saturday, April 4, 2009

Just Another Random Ramblings..

Korang nak dengar cerita tak?? okey. duduk duduk duduk..
Dalam sebuah kampung, ada seorang perempuan cantik bernama joyah. erm, tak best plak. tukarla, nama tipah..tipah seorang gadis yang dah tak gadis..kesian.. tapi tipah bangga, sebab walaupun dia macam tu, masih ramai jejaka poyo yang tergila-gila kan dia dan tak kisah dengan kekurangan tipah. dan tipah pon layan jelah..rezeki jangan ditolak.*eh???mcm terbalik je* taktau la berapa kali tipah da hilang gadis.. pada suatu malam yang hening, tipah telah pergi ke rumah teman lelakinya untuk tumpang tidur sebab da lewat malam. dek kerana kepenatan, tipah pon tertidur kat sofa...

tiba2....



to be continued...

bosan la plak macam wat karangan spm.
ok, next!!


Aku masih mencari dan mengkaji dan masih tak faham-faham sampai sekarang, apa MUSLIHAT sebenar orang yang lepas buang air besar tak flush..dan paling tertekan bila aku menjadi saksi kejadian jika aku ditakdirkan untuk menjadi manusia bertuah yang masuk ke tandas selepas manusia itu..arghh..TOLONGLAH faham penderitaan ku ini. takkan nak kena buat kempen "flush lepas berak" baru reti nak flush kot? adoi laaa...*hantuk2 kepala kat bantal. xboleh hantuk kat dinding. sakit bai*

tapi, kalau buat kempen pon belum tentu dia terpengaruh....sebab tengok jela macam kempen "taknak merokok" tu. ade org dengar???? harapan ah....
sape yang rasa pedas2 tu gi cepat minum air. sape suruh makan cili. =p

next!!


kalau lepas makan/hang out ngan kawan2, dan bila tiba masa untuk berpisah, dan ikut haluan masing2 untuk kembali ke pangkal jalan, apa yang korang cakap kat kawan korang tu??

-babaiii../
-jaga diri../
-selamat malam..
macam itu kah?

ada kawan saya dulu, selalu cakap :

ayat 1 : "babaiii.....jalan elok2. kalau jatuh bangun sendiri.."
komen penulis : "of coz la bngun sendiri.ingat senang ke nak jumpe prince charming yang tetiba muncul dan tolong angkat. susah babe!!"

ayat 2 : "babaiiii....jalan elok2. kalau jatuh miscall!!!"
komen penulis : "err..perlu ker? perlu ke telefon kawan just nak bgtau kite jatuh? bukannyer dia nak datang tolong angkat pun kan?kan? dia nak tolong gelak je ade la.. T__T "

ayat 3 : "take care. kalau ada orang ngorat jangan layan tau!! tapi kalau hensem, mintak nombor telefon dia, bagi kat aku.."
komen penulis : "kenapa dia cakap jgn layan kalau ade org ngorat, tapi kalau hensem, suruh mintak no tepon plak???suruh bagi kat dia plak tuh. ini tidak adil..saya bangkang yg arif."

sengal betol la..
tapi aku pon dah berjangkit gak, guna ayat2 ni ngan kengkawan. :)


next!!

next!!!


woi, aku cakap next..
next!!!!!!

da habis lah wei..
dah2 gi sambung wat kerja balik..

ttyl.. daaaa~

Monday, March 23, 2009

Mujhse Dhosti Karoge!

Hurm, pening la tengok friendster ngan facebook saya ni.
Pening tengok friends ramai sangat.
Memangla orang selalu cakap,
berkawan biar seribu. berkasih biar berpuluh, ber-sparepart biar berbelas, berkawin biar 2-3 orang..err..boleh ke camtu?? haha..
tak.tak..
berkawan biar seribu, berkasih biar seorang..
ni baru betul ye adik2..jangan ikut yang atas tu.
masalahnya, cuba tengok kawan kat friendster saya ada berapa??


dah 1225 dah..da lebih seribu..
maknanya saya dah langgar peraturan la ekk??
dia kata berkawan biar seribu??
hahaha..

ok, tu bukan point yang saya nak cakap.
masalah saya ialah, rimas plak tengok kawan da ramai sangat.
kalau sume saya kenal takpe..
ni masalah nye lebih ramai tak kenal dari yang kenal.


sama la macam friends kat facebook saya.

dah 900 lebih da..

hurm..bukan saya tak penah cuba ignore mane2 friend request yang tak dikenali tu..banyak kali da tau. tapi ada gak yang add jugak lagi skali walaupun saya ignore. so bila da 2-3 kali ignore2, malas da nak wat camtu. accept jela..biar puas hati mereka.


kesannya : saya terpaksa tengok update profile mereka yang ntah sape2 tu..boring..
yela..kalau kenal, best gak la tgk diorang punya updates kan..ni tak..bosan.

dah la facebook yang baru ni cam tak best plak tengok. lain macam je.

tapi yela..salah saya gak. wat profile private. bila org nak tgk, diorg add..pastu lepas da tgk da la..takde la nak ckp thanks ke apa. camtu je kan..
habis madu sepah dibuang..

erk..cam tak seswai je.haha..lantak la.

tapi saya still suka guna benda2 ni sbb saya dapat tau updates2 tentang kengkawan saya. *gila busy body minah ni*


korang jgn salah anggap lak entry ni..nanti ade plak la yg cakap
"eleh baru seribu lebih, aku lagi banyak.."
takpun..
"baru byk tu pon nak kecoh..bajet bagus aa tuh"

tak...bukan nak banding ngan sape2..
aku tau, kalau artis tu lagi aa banyak. riban2..

aku just rimas je..
bukan jugak nak jadi kera sumbang ke apa..
sape la suka kalau dipanggil kera kan.hehe..

ok lah..panjang lak saya membebel pada benda yang sekecil ini.

----------------------------------------------------------------






malasnya nak g kuliah...
T_T
virus malas ni kuat betul lah.
anti virus apa agaknya yang cukup power, leh guna nak buang virus ni ek??


pesanan penaja : sape tak paham maksud title kat atas tu? maksudnya : Will u be my friend.
Eh..macam tak kena lak tajuk tu ngan entry ni kan?
*macam la selama ni tajuk saya seswai ngan entry.selalunya merepek gak..*
hahaha *gelak ayu*

Monday, March 9, 2009

Petua nenek!

Saya telah menghabiskan cuti 4 hari ni dengan kurang produktif.
Saya telah membuang masa dengan jayanya.bravo!

Kat sini saya nak bagi tips-tips untuk menghilangkan bosan kat hostel. try at your own risk. Penulis tidak bertanggungjawab.

5 Tips Hilangkan BOSAN di Asrama

1) kalau bosan taktau nak buat apa, apa kata korang try pura-pura mati. cakap kat rumate, "aku mintak maaf kalau ade salah silap" *nada sayu* pastu ko bantai tido sampai rumate ko risau. "hidup lagi ke tak dia nih?" time tido mestila x rase bosan. mungkin akan rasa lapar je la.

2) kalau bosan duk dalam bilik, asyik tengok muka rumate jek, apakata korang bukak pintu bilik luas-luas, berdiri depan bilik, tiap-tiap kali orang lalu lalang, tegur la diorang.
xde idea? ala..tegur je..
Contoh:
a)Amboi, lawanya cik jah..nak pergi dating ea..nak ikut!
b)Hai..harini kedai kami ada buat promosi, beli 1 free 2. jemputla masuk.*sambil tarik tgn dia*
c)Eyh, nak g tandas ke? tandas tu tengah renovate, sila pergi tandas tingkat atas ye.maseh.

3) Kalau agak-agak dah bosan sampai nak gila tu, boleh jugak kalau nak try yang ni. berdiri depan pintu masuk tandas. tiap-tiap kali ada orang nak masuk tandas, cakap:
Selamat datang..nak mandi ke, nak berak ke nak kencing? sume 20 sen ye.
dan tiap-tiap kali orang keluar toilet, cakap la..Terima kasih.sila datang lagi.

4) Cara yang ni tak berapa digalakkan. Props yang diperlukan hanyalah botol mineral kosong dan baldi. Lari dari hujung blok ke hujung sebelah sana, sambil mengetuk botol di sebelah bawah baldi. Kalau nak lagi dramatik, jerit : Api..Api..

5) ketuk pintu mana-mana bilik di floor anda. bila ada orang bukak, salam tangan dia..
"assalamualaikum..hai..saya datang ni nak beraya..tanak jemput saya masuk ke??"
dan anda lepak lah dibilik nya, sambil makan dan minum biskut kering dan air teh kepunyaan tuan bilik.

pesanan penaja: Selamat Mencuba!

Monday, March 2, 2009

Tanya @ Hana part 2..Zass

Entry ini x penting dan mengarut.. Read at your own risk.

1) Kalau iman tu bertambah dan berkurang,
Cinta lak camana?
Bertambah dan berkurang gak ke?


2) Tau tak kek coklat apollo yg plastik kuning tu?
Dulu kecik2 beli, harga 20 sen tebal gile.
Tp skarang kenapa harga 40 sen tp nipis gile?


3) Tak faham kenapa ada sesetengah golongan yg bangga sgt dgn tahap kesosialan mereka.
Perlu ke show-off sape lagi sosial? Lek sudeyh~


4) Baru lepas tgk gambar budak2 baru nak up..Tak paham kenapa ada org yg hobi dia menggedik dgn lelaki. Geli plak tgk..*geli mat*


5) Tak faham kenapa yuran U aku ni mahal walaupun ipta..hehe.. =p


6) Tak faham kenapa minggu lepas Maxis Broadband aku ni lembab gile nak mampos meninggal.

7) Aku boleh makan durian..tapi tak boleh makan tempoyak. aku pon tak paham kenapa.


8) Akhirnya aku da faham kenapa Michael scofield tak balas cinta aku, tapi aku tak paham kenapa Won Bin pon xnak bls gak..



Pesanan penaja: Jika anda mempunyai idea bernas dan bergeliga, tolong jawab semua soalan di atas. Sila abaikan no 8.

Monday, February 9, 2009

Ape nak jadi..ape dah jadi..ape pula yang akan terjadi?? zass

Duk d bilik seharian di hari minggu..haha. baik tak aku??
Melayan citer yg rumate aku masukkan..hehe..thanks rao.
Aku tgk citer cine, tajuk dia romantic princess..
alahai...saje je citer ni tau. wat aku berangan lak..
best gile life dia tetibe leh jd mcm puteri..
tp yela..drama je, bole la kan..kalau in real life, tak dapek laaa~




risau plak pasal study aku ni yg ntah pape..
apesal, makin besa, makin malas ek...

dulu kan, aku ingat lg time aku tadika..
biase la time bdk2..
mak aku ckp, kalo dpt nombor satu nnt dia nk bwk kua n aku leh beli pape je yg aku nak.highlight di sini.."APA-APA"..
ha..aku pon punyela exited..dlm kepala da mule menimbang-nimbang nak beli ape..

(ala, budak tadika..ape sgt la yg aku nak beli...cuba kalau sekarang..aku rase mak aku tak berani nak wat offer cmtu..silap2 bape riban terbang..yela, leh beli apa2 kan..ngeeee~
bahagia gak klo mak aku nak offer cmtu lg...ahahhaha..)

pastu, nak dijadikan cerita, tgk2 aku dpt nombor 1..huhuhuu~ so dgn semangat yg berkobar2, aku balik dgn harapan nk g shopping haritu jugak..

bile mak aku balik keje, aku terus ajak mak aku kuar..bile dia tanye kenapa, aku ckpla aku dpt no satu (ckp dengan bangga,ok)..
tapi yg hampeh nyer, mak aku tak pecaya!!!! arghhh~ percayalah~
dia x cayer aku dpt no satu..
penat aku bg hujah2 aku.. dia xcaye gak..

last2 bile lg sehari nak ade hari penyampaian hadiah, n kat buku jemputan tu ader tulis senarai penerima hadiah, baru la mak aku percaya..sedey kan? hehe..agaknye, aku byk sgt main, tu yg susah nak pecaya tu..dah la suke buli org..jahat tol aku..ish3..zaman jahiliah..*eyh, bukan sekarang pon aku suke buli org ke? hurmm.... ah, abaikan!*

so, mak aku pon tunaikan la janji dia tu..bawak aku g beli apa yg aku nak.. yipeee~
hurm...korang agak2 apa ek yg aku pilih..??

huhu..aku pon tak pecaya aku leh pilih benda tu...

aku pon heran. dalam byk2 benda nape la bnda tu yg aku pilih???


aku amik set stationary yg dlm kotak tu ade lengkap sume benda, berwarna-warni bercorak kartun, lengkap dengan pencilbox 2 tingkat, n pembaris yg ade air kat tgh2 tu..ala, yg ade gold dust kat dlm dia tu..tau kan?..pencil, pemadam, sharpener sume same corak..time tu rase cam lawa giler...
tp sekarang....nyesal nyer akuu...
huhuhu

tak best langsung, kan..tapi tu la yg aku rase bnda paling best time tu..hahha..
tadika kowt! dimaafkan!

begitu la seterusnya, tiap2 tahun mesti mak ayah aku ade janjikan sumthing kalo aku dpt nombor 1..
*ade hadiah bru nak blaja elok2...haih~*

tapi bila da habis sekolah da xde da ganjaran2 hadiah ni....

N masa kat terengganu dulu, aku ade kwn yg suke cabar2 aku..kitorg lawan result sape lg elok..huhu..

so mcm kuat gak study, plus terengganu sgt aman untuk study ok..tak banyak gangguan dan dugaan dan tempat berhibur..
kalau nak release tension, kitorang g tepi laut, jogging, study, usha abg2 askar jogging(oppss) or makan seafood celup tepung kat tepi laut...waaaaa rindunyerr...n angin dia sgt kuat gilew! rase cm nak melayang.tapi rase jela kan..ko bajet kurus la kan smpai nak melayang.. haha~ makanan sane murah gile kowt. mane leh kurus! =p

hurmm...rindu!


pesanan penaja: agak2 kalo mak aku offer hadiah lumayan, aku leh dapat 4.00 tak? ngeee~

Friday, February 6, 2009

Mimpi itu indah..Indah itu Indah Water~

Saya sangat penat..
Main basketball dari 9pm sampai 12 lebih..
Tapi penat dia mcm lari pusing kampus 1x tanpa henti plus naik turun bukit cinta yg tinggi tu berkali-kali..
Peluh xpyh ckp la..kurang sikit je dri mandi..



ok, ni bukan peluh..ni mandi..



Bau lg la tak payah ckp..lagi wangi drpd korang time bru pas mandi..hahahah~
Dah la dengan comotnyer..ish2..selekeh!




Walaupun latihan da byk kali, saya still rase saya tak terel..aaaaa *bunuh sy sekarang..*

Nak pukul berkali-kali pon x kisah.Terlalu penat untuk elak..


Waa...bestnye klo saya dpt tidur tanpa gangguan~
Alarm pon taleh ganggu tau!
*tapi akhir2 ni tidur saya sering diganggu oleh bunyi
announcement kolej pasal MAK09 yg kuat gilew*


Is there any place where i can hide n cannot be disturbed??
no need to go training and meeting..
just me, myself n i~
heaven gilerr!!
pesanan penaja: perut saya still sakit walopun da telan ubat2 tu seperti yg disuro..
kenape ek?

Wednesday, February 4, 2009

Come out..come out..Wherever u are~

Sila cari gambar tersembunyi..Dan jawab soalan2 yg susah nak mamp berikut..


Teka pemilik jari2 cumel ini..
Hint: Bukan budak2 fsktm..


Cuba perhatikan sape yg tgh meniru time exam.d exam hall..
Hint : mamat baju hitam




Cari clive..5 saat dari sekarang~
Hint : poster no 2


Cari budak paling rajin dan khusyuk dgr kuliah dan tak penah ponteng..
Hint : yg tgkp gambar ni





Cari saya. Mesti x nmpk kan? SedeY~
Sape nmpk? sila angkat kain. eh salah. angkat tgn.








Cari saya..Cepat sikit...pening da pusing2 nii...






nmpk tak sy kat atas tu?? tak?? tgk la btol2...
nmpak aaa plishh...sape nmpk angkat kening!



Cari dak paling busuk dan comot.
Hint: dekat ngn abg palapes tu...duduk dn berbaju hitam
=p



Cari tapak kaki yg tak tersembunyi tu....
teka sape punyer..
teka tahap bau nyer skali..tq



sape paling kuat mkn lollipop?
hint : DZ*L
hahahah *ampunkan kami penunggu gua*


pesanan penaja: pemenang akan di buzz berkali-kali melalui ym..
kepada yang tidak di buzz, jgn putus asa..sila buzz diri sendiri.tQ~

Wednesday, January 21, 2009

Lapaaa~

Kebosanan melanda..Bace novel jek arini..
Perut lapar, tapi malas nk g makan..
akibatnyer, saya telah mengedit gambar2 makanan yg ade dlm laptop nih...
waa...cedapnyerrrr *mata bersinar*





sila2..tambah nasi lagi..jgn malu2...wat je mcm blog sendiri ye..

pompuan2 dlm anime cumel2,kan? kalo leh jd cumel cmni kan besh..
mesti leh amik jd watak anime..heh..ngee~




=p


Tuesday, January 20, 2009

Kolek kecil itu terumbang-ambing di tengah lautan..Tiada arah tujuan..

1. The shoutbox had been deleted bcoz it had been spammed by some 'unknown aliens'. Any comments, please leave it at the comment segment. TQ.







2. Being attacked by someone saying something like "Kau perampas", "Kau akn dpt balasan, jaga2", bla bla n some other things.. Frankly my dear, i don't give a damn.. =)







3. Facing problem. What can i do?? Of course i can't fly...How i wish i could.. So that we won't have to face this 'state of relationship'..





4. Currently reading this book, which i borrowed from Clive.

5. Not in da mood to do anything right now. Have swollen eyes. Painful headache. Early class tomorrow.

Papaii..nak tido..

Saturday, January 17, 2009

Imbas Kembali.. [jom flashback]

Bangun awal. Coach ckp ade training basketball kol 7. keluar bilik kol 7.05. Merenung ke arah court basketball *sambil mengecilkan mata dan menggunakan function zoom sbb tak pakai contact lens*

kosong..*saya da agak*

sms coach. *walopun naluri kuat mengatakan dia masih tido*

tiada balasan. *kan betul sy cakap....*

miss call coach utk menggeraknye dari tidur yg lena seperti bayi supaya dia bangun dan reply message saya..

tuut tuut...tuut tuut....tetibe dia angkat. alamak! terlambat untk tekan 'end call'..
(coach gune dg dn sentiase ditemani makhluk kuning yg bulat)

dari kredit ade seringgit lebih, tinggal 23 sen.. uhuk2.. (ya, saya xde kredit dn xde duit T_T)

selang 20 minit..

coach sms ckp sumthing like, "training batal.postponed mlm ni" @_@



Macamana sy boleh terjun ke court basketball *menggunakan teknik terjun tiruk* secara tiba2? sebelum ni tau main bola jaring je. sebabnye, kolej saya kekurangan wanita yg tau main basketball. (sy taktau pon main cmane mula2. tapi wat2 tau n redah jela. sbb tu jd tapape n kekok sbb da biase main netball kena jge gerak kaki)
so, atas permintaan, sy pon main la..(permintaan bukan berdasarkan ketangkasan sy bermain bola jaring, tetapi berdasarkan terdesak, xde org lain da nak main, dan.... ok la drpd takde.)

sekarang ni saya bakal mewakili kolej untuk bermain basketball untuk kali kedua.
(bunyi cam gempak,WAKIL KOLEJ!! tapi honestly x gempak langsung..bukannyer ade election pon. nisbah bola yg masuk tiap2 kali shoot. 10:9)

oh, jgn salah paham..10 tu untuk yang tersasar jauh(serious shit jauh even gelung tu pon x kena. sumpah xtipu).
9 tu untuk yg sipi2..(kena la gak kat gelung, jaring, atau board kat blkang tu)

so, bile nya yg masuk? ha..tak masuk langsung la maknanyer..sbb shoot yg kelima belas bru masuk 1...
soalannye: berapakah shoot yg sy perlu buat untuk mendapatkan 12 jaringan? u do the math..
hantarkan jawapan anda ke peti surat saya. *wat masa ni lom beli lg* simpan la dulu jawapan tu.
pemenang akan terima hadiah misteri berupa 1 hari makan free di dewan makan. misteri sbb xtau makcik dm masak ape. terbuka untuk dak2 kk8 je..dak2 lain pon leh je kalo nak cuba kalo berminat dan rase mcm terel sgt math, tapi xde la makan free.. tertakluk kepada terma dan syarat.

*alert : topik telah tersasar sejauh 7.75 batu nautika*


*sila kembali ke pangkal jalan*


*eh? kat mane pangkal jalan tadi? da lupa..adeyh.. (sambil check balik ape yg telah ditulis kat atas ni..sorry. masalah memory loss sbb aritu terminum air ade semut. blame that semut..hiyarghhh)*


dulu saya main netball dari sekolah rendah n telah mewakili sekolah.
cikgu panggil saya 'si lutut lembik' sebab selalu jatuh..kene langgar sikit da jatuh. kena langgar byk mestila jatuh kuasa dua..kalo campurkan dua tu, kena langgar sikit dan banyak, sama dengan? errrrrrrrrr.... erm...ah, malas la nak kira. xsuka math.
p/s: cikgu yati..lutut sy da kuat da sekarang.. terima kasih tummytrim....O_o

masa zaman kegemilangan saya sebagai pemain netball harapan negara, eh, sekolah....saya tahan panas tau. xdela macam skrg ni, berjemur sikit da xtahan *ngade2 betul* dulu2, mane ade pakai sunblock ke ape ke..mmg kulit licin, dan hitam semulajadi..dengan comot nye lagi..*Ya Allah, anak sape la ni..* risau gak kalo balik2 main tu, mak sy tak kenal anak dia yg 1/5 comel ni..4/5 lagi comot..*tapi nasib la mak saya kenal lagi..itupun selepas 3 kali gosok2 mate..T_T*

*bekas pelari pecut skolah* (walopun memule nk lari tu cam terkejut dgr bunyi tembakan menyebabkan terlambat sikit gerak dan kalah..=p *alasan*)

*wakil lompat kijang rumah sukan*
*wakil lompat tinggi rumah sukan* (eyh, rumah sukan je pon nak kecoh!)


pernah di import oleh team bola baling sekolah sbb tak cukup org..sy yg taktau main dn xpenah main, disuruh jadi benteng je. berdiri depan pintu gol dengan memek muka pasrah, angkat tgn konon2 ade effect la utk pihak lawan xleh nk jaringkan gol..

tetibe bola. yg dibaling dengan kelajuan 60km/j telah mengenai tgn yg sy angkat tu...yaaayyyy!!
-berjaya halang dia jaringkan gol!
-terus kua lepas tu sbb tgn bengkak dan biru..uhuk2 T_T

*nekad tanak main bola baling da pasni.majuk(xpyh nak pujuk2.dah terlambat.huh!) bajet ade org nak ajak main la..konon*


*xpndai main hoki walaupun abah dulu bekas coach hoki.. adik2 saya pandai la main..

taknak belajar main sbb gerun tgk adik saya yg bongsu punya injury. Mata dia berdarah kena bola hoki.scary dow..

My previous injury yg sy ingat:

Jari manis kena bola dan terseliuh masa skolah rendah.
Kesan: Sampai sekarang, kalo kepak2 jari bagi bunyi2, jari tu je xleh kepak habis smpai berbunyi..sakit.. (nasib xpatah.kalo tak cane nak sarung cincin kawin nnt kan? *pipimerah* =p)

jatuh terlentang lantas terantuk kat court bersimen.
Kesan: Bengkak.Pening.Biol seketika. *eyh? seketika ke sampai sekarang ea??erm, whatever.*

ter twist the ankle masa main netball.form 2.
Kesan: bengkak dan biru serta merta. Seminggu xleh jalan. 3 bulan baru totally cured. (setelah diurut dengan sakit dan peritnya tanpa belas kasihan)

yg lain2 tu, mcm biase jela..lutut berdarah, tapak tgn berdarah, kuku berdarah, kentut berdarah..eyh??
sume yg simple2 je.xserius...terseliuh sane sini..
alhamdulillah x penah patah2 tulang..*patah gigi n patah hati ade la.heh*


pesanan penaja: nanti bila da besar, kenangan-kenangan camni la yg nak wat kite tersenyum, tersengih atau sedih sorang2.. *aikk?? bukan sekarang pun da besar ke?*

*eyh??? yeke? takde la!! manede da besa..(geleng2 kepala sambil kira umur sendiri.. laaaaa...baru 15 rupanya....tolong jgn wat sy cuak bole tak??)*
--sile gunakan nada yakin muda, ya....bukan rakan muda..

sekian, terima kasih.

Yang Muda Remaja (baru 15 tahun),

hananeechan




update at 11.35 pm
saya shoot 10:3
dah bole masuk gak 3..hahahah~

Saturday, December 27, 2008

Let's Play

HAPPY BIRTHDAY DANIA CUMEL!!!!!!!!!!!




Best tak main cmni...

Snake n Ladder..Let's roll the dice~

Friday, November 28, 2008

Activities~

this en3 will b a short one..
my sis nak gune tenet..
bley tak dia bg masa 15 minit je..
haih~

aritu wat spaghetti bolognaise..tapi tgk la. spageti ni lebar..xcantik..
nk yg biasa tu...huhu..(makan pon nk cantik..=p)



kalau adik laki da balik, mmg la kene wat mcm2 sbb dia 24 jam lapa..xpaham betul mcmane perut dia proses..da la dia tk suke nasik..dia kata, kalau nasik, kat U dia pon byk..ceh~

pasni ntah ape la plak dia mintak..kuat mkn..
hurm, btw, spageti ni lg best dari heroes corp punye (attention to clive)..haha lalala~ =p

Saturday, November 15, 2008

BisKuT RouTeR Perisa Chocolate~

Hari ni nak guna kata ganti diri guwa.

sakit otak guwa baca nota network ni la...apesal la banyak sangat nak bace ni..tkde spe2 yg sudi bacekan utk guwa ke? guwa mls la..arghh...

cube korang tgk gmba yg guwa letak ni..nama dia router. asyik tgk bnde ni je kan, lame2 guwa tgk bnde ni da mcm biskut plak..nmpak sedap..rase cam nak ngap, kunyah-kunyah-kunyah, telan..huhu..besh2.

tapi malangnye dia bukan untuk di makan ye adik2..

dia ni perlu di configure , diletakkan ip address, dan packet2 akan di hantar melaluinye ke destinasi yg sepatutnye berpandukan best routing route yg dipilih di antara dua. link state dan distance vector ye adik2.

distance vector ini memilih berdasarkan jarak yg paling dekat, manakala link state memilih laluan yg paling cepat.

distance vector menghantar broadcast packet dan juga akan melakukan aktiviti2 seperti split horizon dan poison-reverse untuk mengelakkan daripada berlakunya routing loops ye..

link state pula menggunakan hello protocol serta bertukar-tukar area's link-state database dengan jiran-jirannye, dan juga mempunyai kadar overhead yg tinggi.. dapat adik2?? takk?? bace sendiri..guwa pon da pening ni..huhu

sekian saje tutorial kite untuk hari ni..adioss~

Thursday, October 30, 2008

The Dark SecrEt i Keep.NoboDy ShouLd KnoW~

For those who thinks they knew me well, u guys better give it a 2nd thought..
I have a Dark Secret..
A Secret that i want to keep inside a sealed box,
that is hidden in a room,
dark room,
in an empty house, and deep in the forest..

huhuhu~
sounds mysterious enuff??

Waaa..hana ade 'dark secret'??
muahahaha~
no lah.. Saje jek wat saspen..haha sengal~
Cambest lak rase!!hikhik..

ok..actually, i'm bored..n i'm angry!
Marah pada diri sendiri..
Bukan marah yg mcm ni..:bofu_47:
i mean, come on la...Exam da dekat..
I just couldn't stop worrying, yet couldn't start studying seriously....
Ape nk jadi la budak ni..ish3..
Kusedar diri ini seorang student..
Dah wat azam da tanak update blog ni..
nak focus on my studies..:bofu_44:
Tapi ape bole buat..jiwaku ini meronta-ronta..
Jari ku ini bergerak-gerak untuk menaip..
n puff~ blog updated..
hahahha~
Tak tahan ar babe..Panggilan pulau ini kuat memanggil-manggil..
Hurmm..malas aa nak study..aiyark..Camana ni?? Mati aaa~

Azam baru konon..citt, haktuihh.
Poyo jek..
I DESPERATELY NEED A MOTIVATION!!!
*ala,kalo org bg semangat pon ko study ke?huuhu*
tak kisah la study ke tak..at least ade gk semangat sket..
drpd cmni jek..selak sane, selak cni..last2 blog jugak yg aku cari..aiyoo..mati mehh~

hurmm..cube korang bygkn..
kalo exam ni xde..
leh update blog sesuke hati..
leh on9 smpai lebam..
leh tgk movie smpai muntah..
leh main game smpai game over..hehe
waa...heaven giler~
:bofu_18:



ouh btw..i think i forgot to introduce my new emoticons..mr bofu~
credits to miss chokilala riang..
encik bofu ini sgt cumel..dan agak kurang beradab ye..
jom kite tgk ape perangai encik bofu yg tak berapa manis dipandang ni..



:bofu_05: :bofu_04:
encik bofu agak mata duitan ye~
:bofu_11::bofu_22:
err..agak gelojoh ye encik bofu ni..
:bofu_26::bofu_32:
sila bersopan ye encik bofu..
:bofu_47::bofu_45:
mkn pelan2 la..aiyoo~

haha..cumel kn?
erm, i think i have to stop here..
hopefully i will not gatal tgn to update blog selagi blom serius mengstudykan diri..
till then..papaiii~