Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Dinner @ Rumah Sewa

Kesian kat kitorang. beras da habis. makanan mentah da habis. yang ada frozen food goreng2 ni je. so, ahli rumah dah sepakat membawa berkat, dinner malam ni makan daging bege, nugget, ayam, n ketam. hehehe...



tengok sardin ada, roti ada, so buat la sandwich. ini lah dinner orang bujang yang malas gila nak pergi beli barang. tapi kenyang jugak makan benda2 ni. just sihat ke tak yang jadi pertikaian..kalau yang diet makan goreng2 ni agak rosak la kan diet tu. nasib baik esok cuti. kitorang plan nak buat rombongan cik kiah gi beli barang dapur esok pagi. kita tengok jelah jadi ke tak. ntah2 semua malas sambung tidur. biasalah, mak takde kat rumah sewa nak bising kan. hehe. tapi mmg kena beli sebab dah kronik xde apa nak masak. -_-

p/s: xde ke siapa2 yg dermawan kat cni, sedekah beras gula garam ayam daging udang sayur semuaaaaaa.......kan bestt.

Thursday, January 13, 2011

Sesi Menternak Lemak

Semalam housemate saya bagitau Kenny Rogers buat promotion. Wear anything RED , buy 1 meal, free 1 meal.. Lepas setel semua hal kitorang kat klinik, kedai gambar, pejabat pos, kitorang pon pergi KR berbekalkan perut yang kosong. :D



Dila yang demam dan MC, tapi masih bersemangat pergi KR dengan saya :D



Saya dengan sang ayam dan si air Autumn yang membuak-buak meleleh sampai basah meja.



Sang Ayam tergolek menanti untuk dibaham oleh sang hananeechan yang lapar.


Kalau side dish dia mac n cheese kan beshhh :)

Tuesday, January 4, 2011

Edisi Siasat!

Dalam seminggu dua ni kan, seisi rumah sewa saya ni, ada la 5 orang yang diserang penyakit misteri kulit merah-merah. bukan ruam, tapi lebih macam lebam yang warna merah. banyak pulak tu. and ada yang gatal-gatal jugak. Musykil ok!

memula saya ingat saya sorang je. sebab saya ni memang jenis takleh duduk atas karpet, rumput, pasir, mane-mane lah tempat yang boleh mendatangkan miang, memang sensitif. rupa-rupanya satu rumah mengalami simptom yang serupa. ini sangat misteri. mula-mula saya kena kat leher, pastu lengan and kaki. bayangkan kat leher kena merah-merah macam kena geget vampire dah kan.. nasib baik la dah ok.

tapi kawan-kawan rumah ni ada yang tak ok lagi. lia banyak kat kaki, wani banyak kat lengan, lyla pon kat lengan n kaki..lepas tu mula la sesi melipat karpet dan ganti tikar, siram tempat yang merah dengan air panas, sapu minyak panas, macam-macam la petua mak nenek semua keluar.
Kesian kitorang :(

Saya suspect kerusi ni punca. kat rumah ni ada satu sofa yang memang ditinggalkan tuan rumah. mesti kerusi ni banyak hama. hehe..suka hati je kan. tapi memang takde siapa berani duduk dah sebab taknak kena gatal-gatal walaupun taktau betul ke tak kerusi tu punca.

Hope lepas kuarantin kerusi tu, kitorang dapat hidup dengan lebih aman. tapi aman diatas lantai je lah. :(

Saturday, December 11, 2010

SeronoK! SeronoT! SeronoP!

Tak kisah la perkataan apa saya guna, still tak dapat nak gambarkan perasaan saya... :D
Hehe..Gedik je kan.. Takde lah, memang happy pun g terengganu aritu..
Jumpa kawan-kawan lama.. makan nasi kerabu.. jalan-jalan.. makan nasi kerabu lagi...:D
Entry kali ni penuh dengan gambar je ok..



Nasi kerabu sedaaaaaaaaaaaap sangat! dah lama mengidam. Akhirnya, dapat jugak. Pagi khamis tu lepas hajar ambik saya kat airport terussss berdesup pergi makan nasi kerabu. kat kl susah nak dapat nasi kerabu macam ni. nasi kerabu+daging panggang+ayam panggang=RM3.50 jeeee ok. siapa nak bagi kalau kat kl ni. kat perak pon samaaa.tak dapat la der..
:D





2nd day kat terengganu, lepas breakfast nasi kerabu lagi, kitorang melepak di pantai batu buruk. takdelah nak melepak sangat. panas oi! nak bukak mata pon tak boleh. just bergambar sikit-sikit pastu balikk..





Dinner di taman tamadun islam.. cantikk..siap ada lampu macam kat i-city..tapi dia tak pasang pulak time tu.. :(

cubaan menguruskan pipi yang tembam..




ini lah pemandu pelancong terbaikkk!! cik hajar~



thanks lah kat cik adie tolong tangkap gambar kitorang :D



selagi makanan tak sampai, faham-faham je lah. memang tak habis berposing~



tema purple secara tak sengaja..





sedang rancak bergosip..ini candid ye~





muka sedey pulak..




yaay...akhirnya, makanan sampai. saya makan fish fingers saja :)



ber window shopping di ekspo taman syahbandar(betul ke tak nama ni,xsure)




with puan yati :D rindu sangat kat yati..dapat gak jumpa akhirnya.



cantik-cantik jugak baju kat sini.. tapi tak beli pape pon.. rambang sangat. hehe





di taman tamadun islam lagi..cantik gak kawasan ni. dulu masa pergi awal2 baru buat, belum ada apa2 lagi.. kitorang g sini lepas makan breakfast nasi kerabu lagi. hahah



malu-malu kucen. motif? nak background nampak masjid kristal. tapi tak nampak sangat pon..




pre-wedding pictures..jeng jeng jeng.. nantikan kemunculannya bulan 2 nanti.. bakal puan ina. :D



Tahniah puan Qbee.. motif utama g terengganu sebab nak datang kenduri kahwin qbee je sebenarnya. tapi banyak melencong tempat lain :)



Bekas-bekas classmates..semua dah matang2..dah boleh kawen..



malam lepas kenduri tu dah balik kl da... huhu..

rindu nak nasi kerabu walaupun dah makan 3 hari berturut-turut. haha. gila kan. balik kl pon makan nasi kerabu lagi.. ape kena ntah la. thanks to hajar and family sebab best duduk rumah dia..asyik makan sedap-sedap je.
:D

cepat-cepat la korang kawin, leh gi terengganu lagi.. :)

Wednesday, December 1, 2010

Orang tamak selalu apa adik-adik? Rugii?? Salah!! :p


Semalam kan, ada sorang budak ni tak makan seharian.. busy study untuk exam lah konon..
Malam tu bila dah ada tanda-tanda cik gastrik nak melawat, budak tu pon ajak la kawan dia keluar makan, walaupun esoknya ada exam pukul 8.30 pagi. T__T

Disebabkan budak ni ada kupon subway, Buy 1 Free 10, (WAH engkau.. ingat subway tu abah ko punya ke nak bagi seploh.. Buy 1 Free 1 sudey~) dia pon bergegas ke subway bangsar bersama qyra dan lyla.

Tapi, bila dah sampai baru terfikir, kitorang 3 orang je..camana nak buy 1 free 2?? Kedekut lah katakan.. So, dengan tamak haloba nya budak yang konon tak makan sehari tu offer diri nak ambik 2 sandwich and guna lah 2 kupon, dapat 4 sandwich 6 inci yang gedabak. (Tapi masa ni budak tamak haloba tu yakin gila dia boleh habiskan semuaaa~ )

Budak tamak haloba tu pon order lah, italian bread + teriyaki chicken (1st sandwich) + steak and cheese (2nd sandwich) + all vegies except green bell pepper and pickles + bbq, mayo, and mustard sauce = gembira tak terkira...



ini lah hasilnya.. semak kan?? ha ha. cuba bandingkan dengan gambar bawah ni..


lain tak? lain tak?? ha ha.. tipah tertipu.
(picture from google image)



Sesi mengenyangkan perut budak tamak pon bermula...



Inilah budak tamak haloba tu. Teruja dapat makan setelah sehari minum air je..




Tengok, diorang taknak layan ke-teruja-an budak tamak..
Masing-masing buat-buat busy.
-_-"




Pandang sini please~



Qyra dengan chicken teriyaki nya..




Lyla dengan steak and cheese nya..


Budak tamak tu larat makan 1 je lah seperti yang dijangka. Lagi 1 bawak balik jelah yang mampu. Tapii... disebabkan budak tamak tu study sampai pagi sebab ada exam (kalau takde jangan harap), akhirnya sandwich lagi 1 berjaya dihabiskan pada jam 4 pagi!


Jadi, moral of the story is...

Orang tamak selalu kenyang..
boleh?
:p



Monday, October 25, 2010

Sweet Escape~

Sweet moment with my sweet friends during a sweet sunset at a sweet lake. eyh? payau lake..
Me and ida trying hard sampai lenguh tangan to do this. Cik areja jadi photographer.

Location : Taman Metropolitan

Monday, August 16, 2010

Bukan cerita saya.

Puasa dah masuk 7 hari. So, dah boleh biasakan diri belum?
Yang selalu konon-konon terlupa tengah puasa tu, ni dah seminggu. tak payah nak buat-buat lupa sangat la kan. :p

Saya nak cerita kisah menarik di bulan puasa..

Ada 1 hari tu.. lepas sahur, saya tak tidur..lepas subuh pon tak tidur jugak. Study? memang takla..hahhah. online je..
tepat jam 8.03 pagi
tiba-tiba, roommate saya bangun.
dia menggelabah tak hengat punya.

saya pandang jela dia dengan riak wajah (kau apehal?)
pastu dia cakap
"saya ada exam pukul 8!! kalau lewat tak boleh ambil."

dia bangun dari katil je, terus tukar baju. tukar seluar. pakai cermin mata. ambil beg kuliah. terus keluar bilik meninggalkan saya dengan wajah (what the heck.. lajus gilass)

2 saat lepas dia pergi tu saya rasa macam bersalah la jugak. tak kejutkan dia.
tapi mana saya tau maaa dia ada exam.. saya tak salah!

10 saat lepas rasa bersalah hilang, saya baru perasan.

-seluar dia tukar tadi ada atas keyboard laptop. baju atas katil. memang dia main campak je.

-selalu dia pergi kelas pakai lens. tapi masa tu pakai cermin mata je.

-tiap-tiap kali dia keluar bilik, mesti kunci pintu dan tutup rapat. tapi masa tu, jangan kata kunci. pintu pon tak tutup.

-dia pergi kelas selalunya pakai sneakers. tapi masa tu dia sarung selipar tandas je.

-roommate saya seorang cina yang tiap-tiap pagi bangun awal mandi basuh rambut. tapi hari tu, semuanya tak sama.

dan paling kelakar, bila dia balik, dia terkejut tengok seluar dia atas laptop. barang sepah-sepah. haha. dia tak ingat pon bila dia campak-campak. yang dia ingat, exam. exam. exam. :D

So, moral of the story, kalau exam pukul 8, tak payah tido la senang. hahahah

Tuesday, January 19, 2010

no words..just this..





Tuesday, December 29, 2009

Mel itu Comel

Kehadapan dania @ ieda @ mel @ comel @ hana pon comel..
haha!

Selamat Hari Lahir!!!
HAppy Birthday!!!
Saengil chukha hamnida!!
Otanjōbi omedetō gozaimasu!!
Bon Anniversaire!!
Sinni kualoq!!


Walaupun ko lahir lambat, kita tetap sebaya..so jgn nak perasan muda..
hehehe..

Ni first time aku guna auto post ni special tuk ko..Dah set dah..
Tepat pukul 12 aku la org 1st yg wish..
ngeh3..


**updates 29dec: ok, ayat kat atas tu aku taip malam nak besday ko..aku bajet da kua la tepat pada masanye..bile bukak blog, xde pon entry nih. bongek aaa..

weyh.. T_T aku konon2 nak jd org paling awal..ter jadi org paling lambat plak wish..aaaaaAAAAAaaaaaaaAAAAAAAaaaa.........

Wednesday, December 9, 2009

Unfaithful?? Curang?? Yennadaiii..

This negative word is haunting me right now..
Kenapakah? Bagaimanakah?? Apekahhhh??? Kah kah kah?????

haihh..ok, enough merepek..
I want to ask you one question. erm, not really one laa...a few actually..
Ok, let's begin..
(bersedia...)

Korang bukak facebook pada suatu hari, tetiba kat bahagian updates tu nampak kwn korang si 'A' punya updates..
kawan korang tu lelaki... girlfriend dia pon kawan korang jugak, si 'Z'. kamcing plak tu..
Dalam updates tu, si A di tagged dalam 1 album bersama seorang perempuan, let's call her B..(B tu bukan stands for blaire mcm gossip girl tu, but B lain..heh)
Disebabkan perasaan menyibuk ingin tahu yang tinggi, aku pon click la kat album tu..

Penuh la 1 album tu dengan gambar2 si A dan si B bermesra-mesra dalam kereta n tepi laut..tajuk album tu plak "me and my sayang".
i was like, EYH???? did A and Z already broke up?? Whaddaa...


Soalannya..
What will u do? i mean the next step..(memandangkan ko kawan baik si Z)
a) Hantar msg kat Z, tanye kabar n tanye, how's her relationship with A
b) Hantar msg kat A, tanye "ko da break dgn Z ke?? lawa awek baru.."
c) Terus memaki hamun si A. kau lelaki durjana. heh
d) Tiada tindakan susulan
e) Tiada dalam pilihan jawapan

OK, as a kepochi caring person, of course i choose option a..
I sent her a msg, asking how is she, and how is their relationship..
She said they're okay..just like always..
i was like.. 'Ouh, sporting gile kawan aku ni..'
Feeling relieved, Then i said, goooooood..i tot u guys already broke up after i saw that picture. hearing that you guys are ok, im happy. korang sangat padan..don't break up, ok..

then, of course the moment of truth is about to come..
she didn't see the pictures.. she know nothing about the pictures.. she's so curious about the pictures..

i was like "what the....dia xbukak facebook ke? aku salah tanye ke??huhu"
serba salah gile..aku ingat dia da tgk gambar tu, n she was okey..gambar tu update dlm facebook kot..how come she didn't see??? haiyaa..

ok, here goes the 2nd question..
If u were at my place, what will u do when she asked a lot of questions bout the pictures?

a) just tell her the truth..gambar mesra2 berdua dalam kete, siap ber sayang-sayang ape sume jadah tu..n dating tepi laut..huhuh
b) just tell her some lies so that A won't kill me for telling Z his dark secret..
c) tell da truth, but only some of them.."gambar biase2 je, dalam kereta..rasanya mcm kwn baik dia kot" untuk sedapkan hati..
d) don't tell anything. "jgn tanye aku. aku tanak campur.pegi la mamp**."
e) Tiada dalam pilihan jawapan.

ok, once again, of course i choose option c..sebab mcm tak sanggup nak rosakkan hubungan org, jadi batu api..tapi nk tipu pon xsampai hati gak.aku pon mane reti tipu2 org ni..huhu...walaupun mmg trang tang2 si A ni play stick three--> main kayu tiga..

And guess what...when i check again, gambar tu dah xde..sume updates pasal dia komen gambar n ape sume tu dah xde...gone..yillekk..huhuhu..ok. nampak sgt nak cover line. sbb gambar tu si B yg upload..mesti si A suh delete sbb tanak kantoi..duh~

kesimpulannya, diorang tak gaduh la kot..and aku rasa si A masih sempat cover line sebab xkantoi gambar tu..tapi kesian dowh kat si Z. kot ye pon kuota ade 4, lek2 ar isap okok dlu bro..gelojoh tol..
nasihat aku kepada si A, sila bertaubat nasuha ye.. :p

Thursday, August 27, 2009

Edisi Remp-iT

"Ko tak takut ke naik moto jauh2 g kerja?
kereta, lori banyak, dengan jam nye, tak takut ke?"

Satu hari, kat surau mimos, ada sorg dak praktikal nama huda, tanya aku..

Huda ni selalu bawak keta je. tapi ada 2 hari dia g kerja bawak moto.

"aku bawak 2 hari pon tak tahan. dengan angin kuat, kereta banyak, nak kena menyelit-nyelit, asap lagi, kalau lori lalu kat sebelah, bergoyang motor..eee takut lah. camana ko leh tahan bawak hari2 ek?"

hurm..kalau aku ikutkan sangat perasaan takut tu, bila agaknya baru leh sampai ofis kan?
pernah tak dengar istilah mind over matters??

siapa ckp aku tak takut? dah banyak kali da aku hampir accident. da bape kali lalu celah2 lori, trailer, segala mak nenek tu.. da bape kali hampir kena langgar, dah bapi kali hampir nak langgar..da banyak kena hon.aku hon org pon banyak gak. heh...n kalau aku ikutkan rasa takut aku tu, mmg tak gerak2 la skuter aku tu kan..

tapi aku cuba positifkan diri aku..aku anggap kereta, lori apa sume tu sebagai salah 1 objek yg sedang bergerak je..alhamdulillah, sampai jugak la ke destinasi kan..

Tapi kesian kat skuter aku tu, hari2 naik, tapi tak servis. hopefully dia sedia berkhidmat dan tak buat hal. :D

pesanan penaja : tapi kalau aku ada kereta, mmg aku ckp tak tahan gak. ni pasal xde kereta, tak tahan pon kena tahan gak. :D

Friday, July 24, 2009

Siaran Tertunda...

FINALLY......
the convocation that was awaited for several years have come..
seriously, the convo mood isn't there anymore..
coz i waited so damn long, man..
merajuk already!

ok lah, btw, they pujuk me with an extra "anugerah".
so, i feel better already..*senang gila nak pujuk kan?kan? =p*
so, let's comment on the pictures..

Damn big la that jubah....with my small face, i look funny in that. seriously.


first of all, sorry for the not-so-good-photo in terms of quality coz it's a phone camera only..
i didn't bring camera for my convocation. how not-so-excited is that??


okay, now focus on the girl with the maroon dress+unsuitable colored scarf.. that's me.
sorry for the fashion disaster i did on MY CONVOCATION DAY!!! arghh.. seriously, i'm not mentally or physically prepared for the convo. hey, i'm too busy with my internship laaaa.*alasan lapuk* ok fine. i'm a fashion disaster. so wut? hahaha~


okay, more pictures of this scarf..actually that tudung belongs to hajar. my friend. i borrowed from her, as i didn't prepare for my convo, remember? that was the only tudung yang takde la terrible sangat bila kenakan dengan bju maroon tu. yang lain...sangat2 tak masuk. trust me. huhu~ so, what shud i expect? a ready made diva? hoho..a fashion disaster diva la...
*pagi nak g konvo tu bru iron tudung tu. :D*
ouh btw, that maroon dress is not mine either. i took it at home. see...how unprepared i was? dun even have time to buy a new one. duhhh~
ouh, and most importantly, that flower wasn't mine either..hajar punya jugak. i didn't get big flowers, coz i came there alone. my family couldn't make it. T__T. luckily i'll have another convo for UM graduates soon after.. :D soon baby..soon..



focus on da 2nd girl from left. it's me..
focus on the area just above my shoes..no need to look at the topi la..haiyaa..
can u see the "mysterious" blue colored thing????
okay let me unveil the secret. remember when i said that i didn't prepare?? i mean i really didn't prepare. i took that baju from home, but never tried. so, that morning when i tried it on, it's quite transparent. OMG! (takkan nak pakai seksi2 g konvo kot weyh. agak2 aaa..huhu~)
so, without any further hesitation, i took a blue kain baju kurung, n just put it on inside the maroon dress. there..i'm safe from the transparency.or it's just wut i think.. but after taking pictures, i was like "dem!! why that blue kain wanna reveal herself too??? just sit hush2 inside la deyy~"
spoil betul!!

huuuhh..lucky this picture x nmpk kaki.. ouh, u wanna know why i hold that red flower although it wasn't mine? bcoz hajar got sooo many flowers...i'm just helping her to hold some...how sad is that?? T_T. (hey, kepochi la u.. u don tel here n nobody knows la who's the owner..diam2 sudeyyyy)
ouh, okayy.... :p


penat berdiri sebab pakai kasut 4 inci. sampai kereta semua sibuk cari selipar. itula perempuan.. haihhh..zzzz~


ouh, did u notice that merah+kuning thing that i wore on my jubah? haa..i told u, how they pujuk me earlier, rite? the special "anugerah"? they gave me that thing and i was acting like i'm in a "miss universe" competition..duhh... dun make me tell u how kelam kabut that morning was, when they were looking for me to sarungkan that miss universe thing..but i wasn't there..
everybody called me. hana, where are u? where r u? u're late...they're looking 4 u..blablabla..
okay, damn right i'm late for my own convo..lol.
but we tried hard enuff to be there as soon as possible laa...hajar was driving like "OMG" u know...n i was thrilled. never afraid. i just love the adrenaline in me.. huhu. crazy me.
i need to try drifting after this. lol.


ina(tudung biru), why your head senget, then my head become senget too, n hajar also senget???
yati je tak senget..but with expressionless face..


okay, when i'm back in KL, i got flower too...from pacikbesa. yaaayyy~
not so bad after all, huh?

hurm, but i don't have on the stage photos. later, when i have it, i'll update keyh. walaupun aku tau korang bukan nak tgk sangat pon..pedulik ah. nak letak gak. hahaha...

pesanan penaja: byk lagi gambar, tapi dengan camera org lain.. al-maklum la.. aku tak bwk camera.. T_T...
lain tahun punya konvo, aku bwk la..aku nak bawak cameraman sekali. senang sikit kerja. posing jek. hahahha... :D

Tuesday, July 7, 2009

Di atas batu itu...

Dah lama aku tak update. korang rindu aku tak??
ape? takkk???
ok lah, aku postpone lagi seminggu, sampai korang rindu, keyh..
eyh, takpela..postpone lain kali. tgh ada mood nih.
ok, pasal perkelahan aku di sg. congkak.
Giler basi cerita ni. lantaklah. nak letak gak..

Rakan-rakan dan aku (my friends and i), pergi berkelah kat sungai congkak. best gilerrr, ok. excited sampai kaki terseliuh.

al kisah, aku nak gi kat tempat diorang main bola, dalam sungai tu..

tapi excited punya pasal + bajet hebat, aku tak naik darat, aku just merentasi sungai..

maka bermula lah ekspedisi merentasi sungai...(poyo. bukannya jauh pon. xsampai 10 meter)

sedang aku melangkah dari satu batu ke batu yang lain, tiba-tiba aku tersilap langkah..

batu besar yang aku sangkakan selamat itu rupanya dusta belaka.. permukaannya licin, walaupun tak nampak di mana lumutnya.

lalu, aku pon tergelincir...

okeyh, cuba fokus dan bayangkan.

kaki kanan kat batu kecil, kaki kiri langkah ke batu besar yg licin tu..

paham tak?

jap eh..
giler semangat siap lukis gambar neh untuk korang.
okay, dah nama pon batu licin, aku pon tergelincir laaa...tapi aku tak jatuh dalam sungai tau. aku just terbuat split kat situ. duhhh...sakit giler kaki aku..pastu aku taleh gerak dan statik kat situ.(kaki masih dlm keadaan split) sampai la sorang budak ni selamatkan aku. dia tarik aku naik batu tu. *MALU SEYH!!!*
siyes malu..rasa malu mengatasi sakit gak masa tu..
tapi rasa sakit mengatasi segalanya pada keesokan paginya..
nak turun tangga takleh, nak duduk time semayang pon takleh. aku dah macam pompuan tua, sikit2 adeyh2 bila berjalan.. :(
moral of the story : berkelah kat sg congkak mmg best!! eh, moral ke ni? whatever.


singgah makan durian lepas mandi sungai
aaa...masih makan durian.
singgah kedai makan lepas mandi sungai.
bergambar adalah wajib.