
Saturday, November 6, 2010
The best place in the world!

Sunday, October 31, 2010
Anak abah
Thursday, October 7, 2010
Apa kau rasa kalau...
Thursday, August 5, 2010
no words to describe~
i really don't know how to describe.
frustrated? sad? it's more than that.
i just can't find the right word.
T____________T
Monday, July 5, 2010
Ho ho ho holidays over~
maksud aku yang berfaedah la..
err... ok, i helped doing house chores, n cooking..
and....
err..that's it..
THAT'S IT????!!
unbelievable..
ok let's list up yang tak berfaedah pulak..
online..
games..
tv..
world cup..
novel..
cuti2 malaysia..
shopping..
movies..
bowling..
karaoke..
makan..
tido..
yeahh..
kenape mcm berat sebelah kan?
ok, let's think again, think hard..
maybe...maybe ade kerja berfaedah yg aku buat tapi xingat.
okie, cuci n vacuum kereta (err..cuci kete sendiri kire berfaedah la kan?kan?)
oh oh..and bersihkan sangkar hamster,
bagi kucing makan..
huh! ade pon.
okey, rasa lebih lega sbb banyak gak wat benda berfaedah. (kalau xsetuju, shut up u!)
ok now i felt like a loser T_T
Tuesday, December 22, 2009
Godaan Cobaan..
ketika jam baru menunjukkan pukul 11.58 malam..
Aku dan kazen aku rushing ke ATM terdekat untuk kuarkan duit..
Kazen aku berjaya...
Aku pulak masukkan kad..
Tiba2...
Terkeluar la perkataan "Tahniah! Anda menang motor!!!"
huhu..tu harapan je la kan..mcm biasa..
kua la perkataan OUT OF SERVICE tu..
Aku tak kisah dia nak out of service ke ape..
tapi tolong kuarkan kad aku leh tak??
uwaaaa.....
Setelah berdiskusi dgn mamat suara macho dri customer service, dia ckp kena wat kad lain jelah kalo nak senang. haih... ok. fine!
so, hari ni, time lunch break, aku pon pergi la ke bank berdekatan..
buat kad baru..
kena charge 12 hengget..*emo*
okie, here comes the best part!
lepas dapat kad tu, of coz kite kena tukar no pin, kan?kan?
so, masa nak tukar kat atm tu, aku nmpk la 1 envelope warne coklat kat situ..
aku pon amik..tapi nipis je mcm kosong..aku pon letak balik..
tapi, korang tau la kan..CURIOSITY mesti ade.. nak tgk gak kat dlm envelope tu walaupun da pegang n tau mcm xde pape kt dalam..
so, aku pon bukak la sampul tu..
tiba2...
aku nampak 2 keping RM100 kat dalam tu. wah!
ini betul2 ke cobaan ni?
ade kamea rakam wat Wakenabeb ke ape ke nih?
Aku pon macam goyang gak aa..
Nak amik ke taknak? nak ke tak?
200 kot..kalo 20 aku tak heran...
leh isi minyak kete sebulan kot..!! haih..
Siyes dow..macam2 da bermain main dalam palotak aku nih..
Sumenyer what if...what if...
contoh nyer..
What if kot2 mmg ade org nak sedekah kat aku ke, sebab tau aku nak guna ATM time tu..*berangan aa ko sorang2*
Takpon, what if santa claus nak bg hadiah krismas kat aku, tapi malu nk jumpe depan2 sebab dia boroi?? ngeh3..
or...what if duit tu mmg org tu nak sedekah kat sape2 yg jumpa? hehehehe
ok2..aku tau tu sume godaan semata-mata..
cobaan untuk aku sebenarnye..
so, aku pon mula la berfikir secara waras...
"kalau aku amik duit ni pon, macam duit haram jek? xnak aa jd darah daging kan"
"kalau aku amik duit ni skrg, mne la tau akan datang Tuhan balas kat aku, hilang 2x ganda??owh..minta dijauhkan.."
"kalau aku kat tempat tuan punye duit tu, mesti aku kecewa dan marah bila aku dtg balik cri duit tu, tgk2 dah xde.."
Fine..fine~
Aku pulangkan...
So, dengan langkah yg perlahan *nak pulang duit, lambat je kan..klo nak amik duit laju..* , aku pon pulangkan duit tu kat kaunter..
bagitau kat pakcik tu..aku terjumpa..humphh..
so, aku da jalankan tanggungjawab aku..
tapi dalam hati *klo dpt 200 tu leh aku beli purse roxy yg aku usha aritu. =p*
biase aa..nak guna wit sendiri mmg kedekut. :D
Monday, December 21, 2009
Oh Perempuan..
Kenape ek pompuan suke shopping?
Tambah2 time mood tak baik, shopping adalah pengubat duka..
Lagi heaven kalau duit beribu-ribu, and bleh shop till drop..
Bleyh grab je memane yang berkenan di hati..
Haih...
Tujuan patik menulis entry ini adalah kerana patik geram..
Geram sebab terlanjur berbelanja dibawah paras sedar..
Dalam masa tak sampai seminggu *xnk bgtau berapa hari*,
dah beratus-ratus-ratus aku belanja..
Yang paling menyedihkan, xnmpk pon apa yg aku beli sbnrnye..uwaaa....
at least kalo byk belanja, tp nmpk ape yg dibeli tu, ok la gak..
-_-"
paling tak syiok bile duit tu duit gaji sendiri...bapak kedekut gile nak belanja..
hohoho...kalo duit mintak kat mak tu, selambe badak je belanje..heh..
and paling menyedihkan bile mak ckp..
"ibu da tak payah bg duit blanja da la kan pasni??"
aaa....amma... =(
aku da masuk kategori wanita berkerjaya kah..walopun lom habis blaja..
erk? da tak dapat wit raya ke?
da kena bg wit raya ke?
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
*tak dapat terima kenyataan*
kenapa begini???
umo aku baru 18 kot!! :p
Thursday, October 22, 2009
OMG!!!!!!
Bukan takat bersawang n berhabuk je..Blog ni da berhantu dah. lama sangat kena tinggal..huhu
Mood untuk membebel asyik tak muncul je...
Kalau taip entry pon separuh jalan. mengalami writer's block. ececeh.
Sebenarnye malas.. penyakit kronik yg biase melanda org2 seperti anda. eh, saya....
actually banyak benda nak mengomel..tapi xtau mana nak mula...
so, ape kata kite mulakan dgn menempek gambar poyo pemilik blog supaya anda dpt ingat balik muka poyo penulis..
zassss~
Tuesday, September 1, 2009
Motorcyclist VS Rain..
It's the real rain..hehe *mcm la korang taktau*
ok, this morning, when i was walking out of my room towards my scooter, i saw the dark clouds..ok, it's going to rain but it wasn't raining yet. so i'm lazy to wear the rain coat..*lazy la..nak kena bukak seat, sarung raincoat yg gedabak plus not comfortable, not even fashionable.hakhak..gedik gila alasan*
suddenly, near desa petaling area, it started to rain..so i stopped at a nearby petrol station to put on my raincoat.
it was packed with motorcycles n motorcyclists *perlu ke mention dua2??ZzzZz*
and Ow-Em-Ji...I'm the only girl there..*mcm innocent je letak girl*
Although i was the only girl there, is there any reason to stare like i'm an alien? *perlu ke??*
NO..! of course. it's so normal nowadays for a girl to ride a bike, right?
But why they were acting like that? u know, staring with a disturbed face.
Did i stop at a wrong place where it's only for guys???
i don't think so. *xpuas hati pehal. aku langgar moto ko ke?*
They were staring like "perempuan bawak motor?? xde transport lain ke nak bawak?"
ok fine. takde. haha. kalau ade bas da lama aku bawak bas.
then, a guy talked to me :
pakcik(saje nak panggil pakcik walaupun muda) : pergi kerja naik motor ke?
hananeechan : eyh, tak..jalan kaki..motor ni saya sorong je, xnaik pon<----ni dlm hati je..aku xjwb pon sbnrnye. angguk2 je.
moral of the story : do not stare *secara berjamaah* to other people. it's not polite.
Thursday, August 27, 2009
Edisi Remp-iT
kereta, lori banyak, dengan jam nye, tak takut ke?"
Satu hari, kat surau mimos, ada sorg dak praktikal nama huda, tanya aku..
Huda ni selalu bawak keta je. tapi ada 2 hari dia g kerja bawak moto.
"aku bawak 2 hari pon tak tahan. dengan angin kuat, kereta banyak, nak kena menyelit-nyelit, asap lagi, kalau lori lalu kat sebelah, bergoyang motor..eee takut lah. camana ko leh tahan bawak hari2 ek?"
hurm..kalau aku ikutkan sangat perasaan takut tu, bila agaknya baru leh sampai ofis kan?
pernah tak dengar istilah mind over matters??
siapa ckp aku tak takut? dah banyak kali da aku hampir accident. da bape kali lalu celah2 lori, trailer, segala mak nenek tu.. da bape kali hampir kena langgar, dah bapi kali hampir nak langgar..da banyak kena hon.aku hon org pon banyak gak. heh...n kalau aku ikutkan rasa takut aku tu, mmg tak gerak2 la skuter aku tu kan..
tapi aku cuba positifkan diri aku..aku anggap kereta, lori apa sume tu sebagai salah 1 objek yg sedang bergerak je..alhamdulillah, sampai jugak la ke destinasi kan..
Tapi kesian kat skuter aku tu, hari2 naik, tapi tak servis. hopefully dia sedia berkhidmat dan tak buat hal. :D
pesanan penaja : tapi kalau aku ada kereta, mmg aku ckp tak tahan gak. ni pasal xde kereta, tak tahan pon kena tahan gak. :D
Tuesday, August 18, 2009
~OMG~
Emosi : Sangat beremosi aka Emo
Lokasi : Pejabat yang sangat sejuk.
Semakin hari hidup aku semakin tidak tenteram.. Kehidupan aku mula berubah. Tiada lagi aku yang dulu. Semua ini tak dapat diselamatkan lagi melainkan dengan berhabis wang ringgit mencari ikhtiar. Aku tidak salahkan dia. dia dah banyak membantu aku..masalah ini cuma aku yang tak dapat terima. dia tak kisah pon.dia tetap maintain..arghh...tak suka. tak suka. tak suka..
Translation: Apa yang berubah? Kulit aku. Semakin hari semakin hitam. Siapa yang tak kisah? Scooter aku. Dia takde effect pon jalan tengah panas. Kenapa ikhtiar perlukan wang ringgit? Sebab nak kena beli sunblock, losyen pencerah dan lain2 sebagai protection di masa2 akan datang. Kenapa tak suka? Kulit aku da berbelang ni weyh..Sunburnnn!!!!!!!!
Solution :
1. Naik lrt..(naik scooter sampai stesyen universiti, naik lrt sampai masjid jamek, tukar, naik lrt sampai bukit jalil, sampai bukit jalil naik bas g tpm, waktu balik, kalau xde bas, jalan kaki keluar tpm sampai stesyen lrt. OMG!! next solution pliss!!)
2. Naik kereta.. Pujuk abah belikan kereta(T_T). pow kereta ibu. confirm xdpt..
3. Pinjam kereta kawan.. Banyak cantik!!
4. Pakai baju angkasawan time naik moto. helmet da sama...huhu..gilakkk
5. Keluar g kerja subuh2, balik kerja malam2. mmg tak panas. errrrrr....aaa...next!!
6. Tak payah g praktikal. tido je kat bilik sampai putih! ho yeahh~ itu solution yg kita cari... :D
Friday, August 14, 2009
Tak tahan...
begitulah ringkasan aktiviti harian saya selama 2 minggu ni.
ubat doktor sudah, ubat tradisional sudah, ubat farmasi pon sudah. batuk semakin teruk..
sampai nak bercakap pon dah tak macam cakap..dah macam catuk(cakap+batuk).
saya tidak mengalami selesema, demam, sakit sendi, sesak nafas. saya hanya batuk. saya tidak menternak virus h1n1..saya hanya batuk, batuk, dan batuk lagi sampai tekak luka dan perut sakit..kalau tak percaya, telefon saya sekarang kalau nak dengar saya catuk..
minta jasa baik anda memberi sebarang suggestion tentang cara2 nak kurangkan batuk, boleh?? kalau berterusan camni, mau terkeluar organ2 tekak saya nanti..
Monday, June 8, 2009
Aku dolu-dolu part 1
Aku anak sulong. parents aku bekerja. so, aku dah biasa uruskan diri sendiri. masa tadika, aku g sekolah sorang2 even first day. aku naik bas je. agak nakal. aku suka gelakkan budak2 yang datang skolah nangis2. yang paksa mak dia tunggu kat pintu kelas. lagi kuat kena ejek bila ada yang g sekolah bawak bantal busuk. siyes kelakar. bantal bentuk botol susu gergasi you!!.. wahahaha
ada sorang kawan laki aku ni, panggil je M, ada satu hari tu, cikgu suh ambik kertas kat depan. tapi bila panggil M ni, dia tanak gerak dari tempat dia. dia suruh aku ambikkan. aku pelik la. bila aku bagi kertas tu kat dia, aku terhidu satu bau yang busuk nak MAMP**. rupa-rupanya dia berak dalam seluar. wahahahhahahah. *maafkan gelak yang kurang sopan itu. siyes aku gelak sorang2 depan lappy sebab teringat*
aku sebagai budak nakal yang terkenal pon ape lagi, ejek sampai dia nangis. dia balik naik bas sama ngan aku.tapi dia kena pakai tuala. cikgu takde seluar spare. hahahhaha. lagi kelakar bila cikgu tanya, pandai basuh tak, dia geleng2 sambil wat muka sedih. hahahha...*kesat air mata, gelak banyak sangat*
kepada M, aku tau ko tak baca benda alah ni. tapi aku mintak maaf la yeh. hahahhaha. ok, enuff gelak.
---------------------------------------------------------------
2) Ada satu kes yang lain plak. korang tau kan perangai budak2 yang suka lumba2 sape sampai dulu? aku suka lumba2 sape naik bas dulu. yup, aku selalu menang. tatau nape sekarang da lembab. nak dijadikan cerita, ade satu hari tu aku first naik bas balik dari tadika. aku pon ambik tempat duduk tepi tingkap sambil gelak2kan diorang yang kalah. aku pandang kat tempat tunggu bas tu. ada beg tertinggal. tengok lagi, macam kenal. zoom in. erk, beg aku! aku tatau nak buat apa. malu kot nak turun balik, sebab konon2 lari paling laju, dapat no 1 naik bas, padahal beg sekolah tertinggal. bodoh betul. aku pon dengan berat hati meninggalkan beg itu di situ..
balik rumah, bila abah balik kerja, aku ajak g sekolah balik ambil beg yang tertinggal. hehehe~
tapi tengok2 da takde. gone. yillek. rupanya, cikgu aku simpankan..lalala~
esoknya, dapat no 1 lagi. but this time, with bag. haha..
----------------------------------------------------------------
3) Adik laki aku muda setahun je dari aku. so, bila dia start sekolah, aku officially jadi guardian angel dia. dia pendiam. pemalu. tak nakal sangat kalau nak banding dengan aku yang hyper.
so, dia selalu kena buli. tiap2 hari pencil color dia hilang kena curik. tiap2 hari mak aku kena beli baru. i'm not joking. tiap2 hari. kadang2 baju pon kena curik. ada sorang budak gemok ni suka buli dia. aku lupa nama budak tu. sebagai kakak yang bertanggungjawab, ahem.. aku pon menjalankan tugas. aku pergi kelas adik aku, jumpa budak yang selalu buli dia tu, dan bagi warning.. hoho. bergaya tak? lepas tu dia tak berani da la nak kacau adik aku..huhu~
pesanan penaja : siapa nak ambil aku jadi bodyguard sambilan, jangan malu2 contact aku, okeyh
Monday, June 1, 2009
Aku dan Camera..
patut lah..
so, jangan salahkan aku berkameragedik all the time. sebab mmg bukan salah aku pon.
:D

mcm lain jek muka aku dulu2. perangai je sama. pantang nampak camera. :p
tengok tu.. gajah pon x dapat tarik perhatian dia. kamera jugak yg dapat! haha:D

tengokla. aku main buaian pon dia sibuk gak nak main. tapi nape fesyen rambut kitorang mcm abu bakar elah?? T_T (nasib baik kecik2 dulu xde rasa malu sbb rambut kelakar.kalau tak mesti ngamuk2 tanak kua umah, even kena sogok nak bawak g disneyland sekalipon. T_T)
ni adik bongsu aku. tengok la kecik2 da kuat memanjat. nakal dak nih. x macam kakak dia.baik jer. muahahahhaa~ (rena, kalo ko baca ni, terima jela kenyataan..sebab ni blog aku. :D)
korang rasa aku ada bakat jadi jurumekap tak? cantik tak aku mekap adik aku? tapi time ni dia memang tak pandai melawan lagi. terima je apa aku buat kat dia. muahaha..sebenarnya, aritu terjumpa album2 lama. kelakar plak tgk muka comot2 masa kecik dulu.
dulu kecik2, adik laki aku tu sume nak sama dengan kakak dia ni.
time raya, baju aku slalu sama pattern dengan adik perempuan aku. masa kecik2 aku memang tak kisah. bila da besar sikit, aku memberontak, tanak sama baju dengan adik aku tu.
yang tak leh blah nyer tu..adik aku tu plak ngamuk2 nak baju sama dengan kakak dia ni.
pesanan penaja : kepada rayna, bersabarlah ketika kamu membaca blog ini.. terimalah ia seadanya. huhuuuuuuuu.. jangan balas dendam kat blog kamu. tak baik..~ :D
Thursday, May 14, 2009
Dia KEmbaLi mEngHanTui ANDA..
eyh! Assalamualaikum~ :D
HEeee.....Saya berasa sungguh teruja kerana dpt update blog. ngeeee...banyak da nii yg saya simpan. membuak buak banyaknye, sampaikan blur tatau nak taip apa. heh.
first of all, i'm home!! yaay...okey, walaupun da agak basi disitu..lantaklah. nak bagitau gak! :D
sesampainya saya di rumah, saya telah mengalami demam panas sehingga tak larat bangun, melepek je atas katil macam kain buruk, kepala yang berpinar-pinar, dan kalau berjalan sikit pon da nak pitam..nak online pon xlarat.*part tu yg paling sedey sekali dan susah untuk terima kenyataan*
kesannya kpd masyarakat, saya tak dpt update blog..hehee..kesan la sgt...
okay...sebelum saya teruskan kepada hujah saya yang seterusnya, saya nak letak sikit entry yang saya tertinggal...
pada 9 may yang lalu, seorang Lia Fareesya telah menyambut hari lahirnya yang ke-21..
HAPPY BIRTHDAY LIA!!!!! semoga happy selalu, semoga bahagia ngan ayid, semoga murah rezeki, semoga panjang umur, semoga cepat kawin... :D
10 may.. nak wish happy mother's day to my beloved mother..
SELAMAT HARI IBU!!! thanks 4 being such a great mother!
sorry, entry tanpa gambar.
fyi, saya tengah on9 menggunakan laptop adik saya. SCREAMYX di rumah saya sgt sengal kerana saya tak boleh on9 guna laptop saya. laptop ibu dan adik saya bole plak on9? sape yang sengal sebenarnya kat sini??? ya, laptop saya yg sengal.. T__T *kena terima hakikat*
tapi tak kira la. nak salahkan streamyx gak. bia la. hahaha~
jadi, entry saya sepi tanpa gambar kerana gambar2 dlm laptop adik saya ni mcm xde je..
-_-"
aktiviti di rumah :
selepas baik sikit dari demam panas menjadi demam kurang panas, saya da boleh bergerak kesana kemari..
kemas rumah, masak2, dan aktiviti wajib yang sewaktu dengannya dan tak payah la saya ceritakan di sini, nanti org cakap saya nak promote diri plak.. AFUNDI HANANEECHAN!!
saya nak cerita aktiviti yang hampeh sewaktu di rumah:
Kucing.
kat rumah saya ada kucing, tapi disebabkan mereka asalnya kucing liar, dan nakal pula, jadi mereka ni dilarang masuk rumah. hanya boleh bermain di luar rumah. jadi, seperti yang saya cakap tadi, mereka sangat nakal, maka saya perlu berperang dengan mereka setiap hari. saya tak faham kenapa mereka beria-ia nak masuk ke dalam rumah. pantang dengar bunyi bukak pintu, dia da ready da depan pintu. tinggal get set...go!! jer.. haih..bayangkanla tiap2 kali nak kua contohnye, nak sidai baju..kena bukak kunci pintu pelan2 tanak diorg dengar n kena intai dulu. hampeh. ni rumah aku la woi. nape lak aku yg kena nyorok ngan korang..aaa...tak aci..
bile kua, diorang da buat muka comel depan pintu..eleh, ingat aku tergoda la tu. huh! no entry gak! *walaupun saya suka kucing, tapi diorang ni kucing liar. nanti wat rumah sepah, bila tanya sape wat, suma tanak ngaku..cis*
adik.
Sape ada adik lelaki, hantuk kepala kat dinding sekarang..ngeee...
adik lelaki saya muda setahun je dari saya..sangat kuat makan. tak gemok pon, tatau la mane dia sumbat segala makanan yang dia makan tu..ntah la. mungkin dalam perut dia banyak compartment kot. tu yg bole simpan segala jenis mkanan tu..
TAPI...
kalau dia kuat makan dan pandai buat makanan@cari makanan sendiri, mmg saya tak kisah. sumpah. ini tak..dia mmg tak reti masak nasi, tak reti masak ape2..sume nak org sediakan. mak saya plak mmg manjakan dia ni. memang dah pesan awal2 sebelom g keje, wat makanan kalo adik lapar. tapi, even kdg2 kalau saya malas, n saya suruh dia masak sendiri pon, lama2 saya jugak yang kena masakkan... sebab apa?
kalau dah setiap 2 minit dia jerit dari dapur tanya mcm2 soalan kurang munasabah, boleh ke kau sabar? huhuhu..
apa soalan kurang munasabah tu??
-nak bukak api ni nak pusing kiri ke kanan??
-minyak kat mana?
-minyak nak letak banyak mana?
-api ni nak kuat ke perlahan?
-bape lama nak tunggu dia masak?
haihh..ni baru sikit, ntah ape2 lagi ntah yang dia tanye..penat nak jawab last2 saya pon berkata...
haih, bak sini la kakak masak..dan dia akan tersengih kemenangan! -_-
dah la dia ni asyik lapar je. bila yang dia kenyang pon tatau. pendek kata memang bersih la peti ais tu dia licinkan. huhu..da taraf monster kan? ke mmg org laki cmtu?? abah saya tak camtu pon? hurm...tapi tu aa..da nama pon adik kan, layankan aje la..
bayangkanla, sejam yang lepas, saya da watkan 1 jug air untuk dia.. habis 1 jug. bila mak saya balik kerja, dia mintak mak saya plak buatkan. ape kes? air yang sama plak tu. huhu..pelik sungguh!
hurm, okla..kutuk dia banyak2 plak kat sini. padahal tgh guna laptop dia ni. ngeh.ngeh.ngeh..
selamat bercuti ya kawan2..
=)
Friday, April 24, 2009
Cuba teka..Apa akan jadi bila.....
Cuba teka apa akan jadi bila aku dah start pegang buku ni?????

1. Teruja.
2. Muka tersenyum lebar kalah julia roberts punye senyum..
3. Exam entah ke mana..Lupa diri.
4. Nota-nota yang sering menghiasi meja dan katil akhir2 ini akan hilang ntah kemana.
5. Orang buzz2 ym pon kompem aku tak layan.*ade ke org nak buzz?*
6. Makan minum aku akan terabai. *walaupun slama ni xpenah jaga sgt pon*
7. Katil bakal menjadi teman baik.*walopun slama ni mmg akrab pon*
8. Wajah edward cullen dan bapak dia akan menari-nari di depan mata.
9. Kebarangkalian yang tinggi untuk tidak menyedari bila SMS masuk.
10. Tak tidur malam selagi tak sampai muka surat terakhir.
Kesan :
1. Nanti exam tak dapat jawab.
2. Lepas tu dapat result teruk.
3. Nanti tak dapat grad on time.
4. Lambat kerja.
5. Kawin of coz la lagi lambat..
Cara mengatasi :
1. Jangan sentuh. Tengok je dia kat atas meja. *tak kuat iman ah beb*
2. Simpan elok2 dalam kotak sampai habis exam. *pon xleh gak sbb nanti akan terambik jugak dibawah paras sedar*
3. Bungkus2, bagi balik kat pacikbesa suro dia simpankan dulu selama seminggu. *xsggup berjauhan la plak*
4. Simpan kat bilik lyla supaya kalau rasa nak baca jadi malas sebab kena naik atas. dan lyla memang takkan sentuh buku ni mahupun tergugat sebab dia tak minat. huhu..
Uwaaa...Buku itu sungguh menggoda jiwa batinku..T__T
Exam..cepatlah habis! tak sabar dah ni.
Thursday, March 26, 2009
Tarik nafas panjang2. Entry ni busuk..
Cuba bayangkan, lorong floor saya ni...Tak boleh bayang? ala lebih kurang macam gua la. yang bezanya, mulut gua tu ternganga. tapi mulut floor saya ni tertutup. *eyh pelik lak guna perkataan mulut. ok lah. mulut=pintu* Yela,takde ruang pengudaraan langsung..nak harapkan pintu kat hujung floor yang sentiasa tertutup tu? harapkan pagar, pagar mmg la tak bole diharap..
Bila udara dah terkumpul, bau-bau yang kurang menyenangkan akan mudah la terjadi. Macam mana terjadi?
Mai sini nak habaq.
KALAU DAH KASUT SUKAN YANG DAH BASAH DENGAN PELUH+HAPAK+KAKI CEKAM+STOKIN BERKEPAM APA SEMUA TU KAU BIARKAN JE KAT SITU, OF COZ LA SATU LORONG FLOOR NI BERBAU KEPAM YE CIK ADIK..
gila busuk tak tahan..
fyi, saya mempunyai kelebihan deria hidung yang amat sensitif dengan bau ye.
kadang2 tu jarak 100meter lagi saya dah boleh bau perfume kau pakai.*cewah.tipu*
ok, itu tak penting, tapi nak bagitau nyer kat sini, deria bau saya cepatla mengesan sebarang bau yang kurang menyenangkan ini..
kadang-kadang geram pon ada jugak..yela, siapa tak geram kalau kau baru balik makan sedap-sedap, perut tengah kenyang senang hati tu tetiba bila bukak je pintu floor, hambik kau..bau...peh! macam lori sampah lalu depan kau dan berhenti semata-mata nak bagi kau bau. haih.. yela, bukan sorang, okeyyy..ada la dalam 2-3 orang yang menyumbangkan bau. mana boleh tahan babe!
aku rasa macam nak hadiahkan satu set alat pencuci lengkap, termasuk sabun basuh, softlan dan berus kat dia..kot2 la dah takde duit nak beli sabun..ok tak? kasar tak agak2 cara tu?
hurmmm....
eh, tapi on 2nd thought, kenapa tak aku pergi sembur je febreze kat kasut n stokin dia kan? hilang gak la bau sehari dua..hurmm..macam boleh dipraktikkan je.
kalau agak2 ada dengar orang report kasut dia basah disembur air misteri berbau wangi tu, korang diam-diam jelah ye. anggap aku tak pernah tulis pasal ni.
--------------------------------------------------------------------
Lagi pasal kisah bau...
Tapi kejadian ni berlaku di amcorp mall di sebuah restoran yang perlu dirahsiakan namanya..
*taknak la rosakkan bisnes orang*
Dah lame da ni.beberapa minggu yang lalu.
Dari luar nampak macam grand, macam lazat, macam enak..jadi, saya dan lyla pon masukla restoran tu..(eh.kejap.banyak pulak la kan nama lyla dalam blog ni.kena bagi royalti nih.haha)
Saya yang masuk dulu, dan decide nak duk kat dalam, tapi tiba-tiba saya terbau satu aroma yang tak dapat digambarkan macam mana saya nak makan kalau ditemani oleh bau itu.mesti terseksa.
saya pandang lyla. lyla faham dengan pandangan saya tu. *kami guna telepati je*
H : busuknya bau kat sini. bau tak?
L : bau. jom2 makan kat luar.
hanya dengan mengomel dalam hati, kami pon memilih tempat yang di luar.
makanan dia ok.serius ok..tak percaya? saya ada bukti bergambar. jap nak selongkar folder.
Ha, ok kan?? tapi tak paham kenapa kat bahagian dalam sikit tu bau dia busuk camtu. macam bau karpet basah pon ade. ok lah. makan-makan-gossip-gossip-sms-sms-minum-minum, kita telah sampai ke penghujung rancangan...
saya pun pergila kat kaunter cashier tu nak bayar. sekali, bau kat kaunter tu punyalah kuat.
saya pandang lyla. lyla faham maksud pandangan saya itu. sesi telepati berjalan sekali lagi.
H : busuk gile kat kaunter ni.
L : tau. ok tak tu?
H : tak okey. nak muntah. (memang time tu saya da nak muntah tau tak.makanan dah naik sampai anak tekak da, nak keluar balik)
L : u keluar la. bia i amik balance n resit.
(dialog diatas tak berlaku ye. gilak kejam nak kutuk depan2 camtu kan)
tapi memang cik lyla yang gantikan saya tunggu kat kaunter tu. nasib baik. kalau tak, pekerja restoran tu dapat extra kerja la sebab nak kena cuci apa yang saya keluarkan dari tekak. haha.
pompuan yang jaga kaunter tu sikit punya cun, tapi rilek je dia ngan bau tu. saya PELIK gila, ok..
camana lah dia boleh tahan bau tu. bagus bagus. eh, ke itu bau dia? ahahaha. haishh. ape nih tuduh-tuduh org.tak baik.mak tak ajar pon wat macam tu..*memang la tak ajar, masalahnyer, belajar sendiri..T__T*
kesimpulannya, restoran ini mungkin tidak akan dikunjungi lagi biarpun tengah lapar gile..tapi akan dipertimbangkan kalau ada org nak belanja. :p
Pesanan penaja : bukan bau busuk je saya peka. wangi pon same. dan bau yang saya sangat peka adalah bau perfume lelaki. kalau ada lelaki wangi lalu, saya akan toleh, biarlah lelaki tu muka macam tak siap pon..haha.dasar gateyy *mintak ampun pacikbesaa* hahah. takpe, dia dah tau tabiat buruk namampos saya ni..kenapa perempuan tak seswai guna perfume lelaki ek? saya sukeee~
eh, tapi xdela sampai boleh tau perfume jenama apa dia pakai. gila power hidung saya kalau boleh tau setiap jenis perfume..haha
Thursday, March 12, 2009
Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa pada 12 haribulan 3 tahun 2009, cik hananeechan akan pulang ke kampung halaman yang terchenta. Setelah 2 bulan bertapa di kolej dengan jayanya, maka dengan ini saya berharap kepulangan saya nanti akan disambut dengan karpet merah, kompang dan kenduri besar-besaran.
Saya harus pulang kerana bonda tercinta saya telah memerintahkan agar saya pulang dengan kadar segera. (take note : memerintahkan=WAJIB) Adakah kerana ingin menikahkan saya dengan hero remaja? oh tidaaaaaakk..
Beliau merasa gusar akan sakit-sakit yang saya alami sehinggakan beliau ingin membawa saya berjumpa bomoh..eh eh..salah maklumat..Maaf.. Beliau hanya ingin melihat wajah saya yang sakit lantas memberi ceramah selama 2 jam tentang penjagaan kesihatan.
Tapi saya rasa itu hanyalah alasan semata-mata. Beliau sebenarnya rindukan anak kesayangannya ini..*adik2 ku.. sila jeles kerana kakakmu ini mendapat perhatian yang lebih*
hahahahahaha (gelak anggun)
maka dengan ini, saya akan berangkat selepas habis kelas iaitu jam 6 petang.
*damn! kelas full plak*
dan saya terpaksa dengan berat hatinya ponteng kelas malam, iaitu kelas network security.
(take note : BERAT HATI)
*ampunkan saya encik!! saya mmg sengaja*

my beloved mother..
xsaba nyer nak balikk~
nak manje2..
;)
oh, sila rindukan saya ye pacikbesa... =p
pesanan penaja: maaf, blog tidak akan di update sebab malas on9 kat rumah.
Wednesday, March 11, 2009
Bukan Penagih Dadah
tapi yang paling MEMBENCIKAN adalah ubat kali ini dipenuhi dengan dadah yang membuatkan saya mamai dan macam tak jejak bumi. mengantuk macam tak tido 2 hari.
kesan : malas nak makan ubat. haha
kalau makan, malas nak buat kerja. asyik ngantuk je.
Mana 1 lagi bagus?
a)makan ubat dan kerja tak siap
b)kerja siap dan x mengantuk tapi sakit?
c)semua di atas
d)tiada satu pun yang di atas
pesanan penaja :bagi ubat yang tak mengantuk tak boleh ke?
Saturday, March 7, 2009
Hey kau perampok durjana!
aku dengar budak yang kene rompak tu trauma dan balik kampung terus..
kesian betol. aku yang takde kena mengena dengan rompakan ni pun trauma kot!
yela, kalau da dengar ade laki bawak pisau masuk tengah2 malam, korang tak takut ke?
giler scary..buatnya kena tikam ke, kena hiris ke, omg!! *dah2 jgn pikir bukan2*
dah la macam2 versi yang aku dengar pasal rompakan ni..
1st version : budak pompuan ni pergi toilet kol 3 pagi. ada laki tunggu kat toilet dan rompak segala rantai cincin gelang semua..tapi apa yang aku musykil kat sini, kalau la betul dia tunggu kat toilet, memang bodo la. sebab andaikata la kebetulan, orang yang pergi toilet tu tak pakai sebarang barang kemas, ha, apa yang dia nak rampok?? takkan la dia nak suh budak tu balik bilik amik brg berharga kan..sbb kalo balik bilik, of coz la dia kunci pintu, tak keluar2 dah.
2nd version : budak pompuan ni g toilet kol 3 pagi, tak kunci pintu. perampok tu masuk lam bilik, rampok apa yang patut, pastu dia rampok budak yang gi toilet tu pulak.amik segala barang kemas. hurmm..yang ni macam logik sikit.
kesannya pada aku dan keluarga..eh eh..tak..aku je:
aku dah jadi takut untuk pergi ke toilet tengah2 malam. sebelum ni aku tak penah takut. ya, aku sangat berani *cekak pinggang ala2 superhero* . toilet sebelah bilik aku jer kot! nak takut ape kan?
tapi, malam tadi, aku nak g toilet pukul 4 pagi. aku lom tidur lagi waktu ni. yang kelakarnya, bila aku bukak je pintu bilik, aku intai dan toleh kiri kanan *ala2 org nak melintas jalan tu* sambil pasang telinga, kot2 la ada dengar bunyi apa2. sila jangan bayangkan memek muka aku time tu. siyes kelaka sebab cuak tak pasal2.
pastu aku keluar senyap-senyap macam pencuri, kunci pintu bilik sebab takut ade org masuk dan tunggu dalam bilik. pastu jalan mcm pencuri gak g toilet. *boleh gak kalau nak wat sound effect pink panther tu. tereng, tereng, tereng tereng tereng tereng tereeeeenggg...terererereng*
sebelum masuk toilet, aku intai dulu. risau ada orang. serious sh*t rase mcm org bodoh.toilet je kot! tapi apa boleh buat..perasaan takut mengatasi segalanya. time cuci muka pon tengok je cermin risau ada sape2 muncul dari belakang. bayangkan la, cuci muka dengan sabun, tapi tak berani tutup mata sebab takut. tak pasal2 je mata aku pedih kena sabun. padan muka aku.
sebelum keluar toilet pon, intai dulu kiri kanan, kot2 ada orang. bila tengok line clear je, aku pon jalan laju-laju, bukak kunci bilik, masuk dan tutup pintu cepat-cepat. bila dah selamat dalam bilik, aku mengeluh lega..bengong. gaya macam ada org kejar je kan?? padehal takde pon. tapi tu la. trauma. agak2 budak yang kena rompak tu mesti 17x lagi takut daripada aku..huhu~
takutnyeeerrr~ yela, bayangkan kalo pisau tu ade kat leher..peh! mau menangis aku kat situ jgk.
oh ye. lupa pulak. aku siap tanggal rantai emas yang aku pakai ni sebab takut ade perampok kat toilet sedang menunggu. hahahah. *jom gelak* nampak kan camana takutnyer aku sampai tahap itu. sigh~
untuk kawan-kawan pompuan, jom baca blog penyokong robot ni. ade ajar tips2 berguna bila berhadapan dengan perampok durjana..
pesanan penaja : kenapa perompak2 ni tak kena tangkap ea? bukan ada cctv ke kat kolej aku?
kepada perampok : apasal la ko asyik aim blok pompuan je?? kalo ko anak jantan, g la rampok blok laki. hahaha..ko takut kena belasah kan? ceh. pengecut.
