Showing posts with label ocassion. Show all posts
Showing posts with label ocassion. Show all posts

Thursday, August 20, 2009

Perhatian!!Saya dah insaf.. :)

Assalamualaikum sume~ (dah dekat puasa bru nak bg salam. -_-")

Sempena bulan puasa yang dah dekat ni, saya nak ucapkan selamat berpuasa penuh kepada yang lelaki, dan selamat berpuasa sebanyak yang mungkin kepada perempuan. :D

Semoga kita dapat jadi lebih baik, lebih sopan dan lebih kuat menahan godaan bau makanan. ;p Oh ye, juga nak mintak maaf kat kawan2 saya, mmg banyak salah silap, saya tau..

Sehubungan itu, entry2 di blog saya juga akan ditapis oleh lembaga penapisan filem, supaya tiada entry2 yang boleh menimbulkan fitnah, menaikkan nafsu, menambahkan dosa pembaca (penulis takpe), penggunaan perkataan yang kurang sopan, sesi bergossip dan mengumpat, serta penayangan gambar2 makanan tahap buat orang terliur, gambar2 sexy yg buat org lelaki batal puasa serta err...apa2 jelah yang sewaktu dengannya. fuhh. taip senafas je tu tau. :p

***Tetiba rasa cam skema je taip2 ayat camni..


p/s : Alhamdulillah, migrain saya dah banyak berkurangan sejak wat treatment aritu. :)
Rindunya nak balik rumah~ T_T

Thursday, May 14, 2009

Dia KEmbaLi mEngHanTui ANDA..

Hellooo...Helllooo...Helloooo...
eyh! Assalamualaikum~ :D

HEeee.....Saya berasa sungguh teruja kerana dpt update blog. ngeeee...banyak da nii yg saya simpan. membuak buak banyaknye, sampaikan blur tatau nak taip apa. heh.

first of all, i'm home!! yaay...okey, walaupun da agak basi disitu..lantaklah. nak bagitau gak! :D

sesampainya saya di rumah, saya telah mengalami demam panas sehingga tak larat bangun, melepek je atas katil macam kain buruk, kepala yang berpinar-pinar, dan kalau berjalan sikit pon da nak pitam..nak online pon xlarat.*part tu yg paling sedey sekali dan susah untuk terima kenyataan*
kesannya kpd masyarakat, saya tak dpt update blog..hehee..kesan la sgt...

okay...sebelum saya teruskan kepada hujah saya yang seterusnya, saya nak letak sikit entry yang saya tertinggal...

pada 9 may yang lalu, seorang Lia Fareesya telah menyambut hari lahirnya yang ke-21..
HAPPY BIRTHDAY LIA!!!!! semoga happy selalu, semoga bahagia ngan ayid, semoga murah rezeki, semoga panjang umur, semoga cepat kawin... :D

10 may.. nak wish happy mother's day to my beloved mother..
SELAMAT HARI IBU!!! thanks 4 being such a great mother!

sorry, entry tanpa gambar.

fyi, saya tengah on9 menggunakan laptop adik saya. SCREAMYX di rumah saya sgt sengal kerana saya tak boleh on9 guna laptop saya. laptop ibu dan adik saya bole plak on9? sape yang sengal sebenarnya kat sini??? ya, laptop saya yg sengal.. T__T *kena terima hakikat*

tapi tak kira la. nak salahkan streamyx gak. bia la. hahaha~
jadi, entry saya sepi tanpa gambar kerana gambar2 dlm laptop adik saya ni mcm xde je..
-_-"

aktiviti di rumah :
selepas baik sikit dari demam panas menjadi demam kurang panas, saya da boleh bergerak kesana kemari..
kemas rumah, masak2, dan aktiviti wajib yang sewaktu dengannya dan tak payah la saya ceritakan di sini, nanti org cakap saya nak promote diri plak.. AFUNDI HANANEECHAN!!

saya nak cerita aktiviti yang hampeh sewaktu di rumah:

Kucing.
kat rumah saya ada kucing, tapi disebabkan mereka asalnya kucing liar, dan nakal pula, jadi mereka ni dilarang masuk rumah. hanya boleh bermain di luar rumah. jadi, seperti yang saya cakap tadi, mereka sangat nakal, maka saya perlu berperang dengan mereka setiap hari. saya tak faham kenapa mereka beria-ia nak masuk ke dalam rumah. pantang dengar bunyi bukak pintu, dia da ready da depan pintu. tinggal get set...go!! jer.. haih..bayangkanla tiap2 kali nak kua contohnye, nak sidai baju..kena bukak kunci pintu pelan2 tanak diorg dengar n kena intai dulu. hampeh. ni rumah aku la woi. nape lak aku yg kena nyorok ngan korang..aaa...tak aci..
bile kua, diorang da buat muka comel depan pintu..eleh, ingat aku tergoda la tu. huh! no entry gak! *walaupun saya suka kucing, tapi diorang ni kucing liar. nanti wat rumah sepah, bila tanya sape wat, suma tanak ngaku..cis*

adik.
Sape ada adik lelaki, hantuk kepala kat dinding sekarang..ngeee...
adik lelaki saya muda setahun je dari saya..sangat kuat makan. tak gemok pon, tatau la mane dia sumbat segala makanan yang dia makan tu..ntah la. mungkin dalam perut dia banyak compartment kot. tu yg bole simpan segala jenis mkanan tu..
TAPI...
kalau dia kuat makan dan pandai buat makanan@cari makanan sendiri, mmg saya tak kisah. sumpah. ini tak..dia mmg tak reti masak nasi, tak reti masak ape2..sume nak org sediakan. mak saya plak mmg manjakan dia ni. memang dah pesan awal2 sebelom g keje, wat makanan kalo adik lapar. tapi, even kdg2 kalau saya malas, n saya suruh dia masak sendiri pon, lama2 saya jugak yang kena masakkan... sebab apa?
kalau dah setiap 2 minit dia jerit dari dapur tanya mcm2 soalan kurang munasabah, boleh ke kau sabar? huhuhu..

apa soalan kurang munasabah tu??

-nak bukak api ni nak pusing kiri ke kanan??
-minyak kat mana?
-minyak nak letak banyak mana?
-api ni nak kuat ke perlahan?
-bape lama nak tunggu dia masak?


haihh..ni baru sikit, ntah ape2 lagi ntah yang dia tanye..penat nak jawab last2 saya pon berkata...
haih, bak sini la kakak masak..dan dia akan tersengih kemenangan! -_-

dah la dia ni asyik lapar je. bila yang dia kenyang pon tatau. pendek kata memang bersih la peti ais tu dia licinkan. huhu..da taraf monster kan? ke mmg org laki cmtu?? abah saya tak camtu pon? hurm...tapi tu aa..da nama pon adik kan, layankan aje la..

bayangkanla, sejam yang lepas, saya da watkan 1 jug air untuk dia.. habis 1 jug. bila mak saya balik kerja, dia mintak mak saya plak buatkan. ape kes? air yang sama plak tu. huhu..pelik sungguh!

hurm, okla..kutuk dia banyak2 plak kat sini. padahal tgh guna laptop dia ni. ngeh.ngeh.ngeh..
selamat bercuti ya kawan2..
=)

Friday, April 10, 2009

L i f e i S C r u e L . . .

Semalam, g DTC.
Nak support member2 yang perform untuk hari kokurikulum..
We ended our day with a cameragewdik session.. :)
Tahniah kat Tarian Rakyat sebab dpt nombor 2. Sebagai bekas pelajar yang tersingkir, eh2, yang telah lulus, saya turut berbangga.*sebok je kan.haha*


Lia, cenyum...cenyum..


Pokok idaman setiap gadis..



Star of the day..Bukan semua. yang ade star tu je. Cik farah.


Ye ye, kami howt kami tau...hikhikhik..
ok poyo.
Thanks to cik Lea sebab sudi menjadi tukang tekan butang kamera
dan sudi merakamkan detik-detik sengal kami kat sane..
Malas nak letak gamba diorang menari.
G tengok sendiri kat facebook diorang. mesti banyak. haha.
----------------------------------------------------------
Life is cruel...
Sometimes u think that u know somebody well enough.
But think again. Do you??
You'll never know..
Deep down inside, how different they can be.
Deep down inside, what a total stranger they can be.
Deep down inside, how cruel life can be.
-_-

Sunday, March 29, 2009

Bumi ku, Bumi mu jua~

Macam lama je saya tak update blog..Maaf la. Bz sikit.(juz another lame excuse)
Ok la, sebenarnya takde la busy mane pon. terpaksa purak-purak bz sebab isnin ni saya ada exam network security. di kala kawan2 lain sibuk membenamkan diri dengan nota, saya pulak sibuk2 update blog, ape hal kan? hehe.. jadi anggap jela konon2 saya busy dengan study,walaupun hakikatnya takdela bz mane pon. *wink*


Semalam earth hour di UM agak meriah. meriah disini bermakna gelap gelita lah. siap lampu jalan yg tak utama pon dia tutup tau..kolej pon sama..walaupun ade gakla beberapa bilik yang tak peduli dengan global warming di bumi ni kan. yang tu terpulang lah.

tapi kalau tengok status ym ke, status facebook ke, ada jugak beberapa pihak yang tidak menyokong earth hour ni. siap ada yang cakap, aku bayar bil, sukahati aku la nak bukak.
ok fine. buat la apa yang kau suka. takde sape nak larang.

just aku terfikir lah, betapa tak supportive nyer mereka2 ini. tak sporting langsung.
okey la, kalau ada yang cakap taknak support sbb ada campurtangan yahudi..
eh hello, bukan dalam islam pon ade cakap ke, kita dengar nasihat bukan dari SIAPA yang bercakap tapi dari APA yang dicakapkan...nak bantu bumi ni je. benda betul,kan? pemanasan global ape sume nih dah makin menjadi-jadi. Dan bukan dalam Islam pon ade suruh jaga alam sekitar ke?? jaga semua ciptaan Tuhan ni. ntah lah. apa yang diorang fikir pon aku tak faham.
Lagipun, setiap amalan kan diukur dengan niat. niat la nak bantu pulihkan bumi ni, bukannya niat nak sokong yahudi ke apa.. ok bos?

Ni tak..siap ada yang kaitkan dengan Amish la ape la..haih...nak tutup lampu 1 jam pon so damn kecoh meh? kalau nak bantah, g la bantah benda lain yang memang terang lagi bersuluh tak betul nya..valentine's day ke, clubbing ke. ini benda camni pon nak bantah. haih. tak paham aku.


ada gak lagi manusia yang taknak sokong sebab takut pencuri.. yang ni pun aku tak faham.
kalau malam-malam time kau tidur, mesti kau tutup lampu kan? yang tu kau tak takut pulak? tengah tidur pulak tu. ini time kau tengah berjaga pulak yang kau takut. ala, bukannyer nak suh tutup bergelap sampai jalan pon langgar dinding.takk.. bukak mana yang perlu jelah. kalau selama ni rumah kau bukak 10 lampu 1 malam, apa salahnya kau bukak 3 je ke..ikut keperluan. pintu pon kunci la. bole kak? tahun depan kita sporting2 sket support yeh..


lampu2 kat midvalley tu pon tutup gak yang utama. tinggal lampu sikit2 jek. suram je. ha, diorang lagi la takut barang diorang kena curik. tapi support jugak tau..
kat luar midvalley, kat jalan-jalan raya. diorang tak tutup lampu. nanti bahaya pulak kan.
tapi aku tgk bangunan pejabat, flat, rumah ape sume banyak yang gelap..


tapi kalau kat taman-taman tu aku sokong la dia bukak lampu. kang ada pulak orang amik kesempatan kat taman gelap tu kan..bahaya. so, tempat2 yang patut bukak, biarkan la bukak.
macam dalam lrt, kereta atas jalan raya... jgn la tutup pulak..pandai2 pikir la kan


pesanan penaja : marilah kita bersama-sama menjaga alam sekitar, jaga bumi tempat tinggal kita ni, jaga manusia, jaga haiwan.. just let earth be a better place..ok? ape? taknak??? taknak sudaaa~

Friday, March 20, 2009

Kami hot..kami cool~

Pada hari khamis bersamaan 19 Mac 2009, budak-budak comel dan comot kolej saya telah menghadiri parti buih dinner kolej yang diadakan di hotel sunway. Mereka telah menghabiskan makanan dengan bergayanya dan berjaya ber'cameragewdik' sampai camera habis bateri tengah malam..

Jadi, disini izinkan saya memaparkan bukti-bukti bergambar sebelum meneruskan hujah-hujah saya yang seterusnya.



click picture kalau nak tengok jerawat for a larger view ..






Gambar dibawah mengandungi objek bernama arip.
Jadi saya nak namakan gambar ni sebagai,
"Arip dimana-mana"

Photobucket




Gambar seterusnya mengandungi watak-watak penuh kontroversi sehingga muka-muka mereka perlu disorokkan dengan topeng.

Photobucket



K.A.M.I. versi black @ red.

Photobucket



Bukti tambahan :
Photobucket

Gambar di bawah pula mengandungi "gambar panas hana" bersama rakan-rakannya.
Sila cuba untuk tidak mengantuk.


Photobucket



Sesi penggulungan :

-Makanan ok. Kenyang.
-Konsert Bunkface ok. Happening.
-Sesi bergambar ok. Banyak gile punya OK.
-Kemeriahan ok. Sangat meriah terutamanya dikalangan budak2 fsktm.
-Hadiah tak ok. Saya tak dapat langsung, so saya anggap tak ok. Tambah2 time hadiah henpon tu. Sangat tak OK ye.
-Pengalaman pahit?? Semasa turun lif. sangat spooky ok lif tu..dah la malam jumaat.hahahha~
-Keseluruhan : ENJOY!!

Sunday, March 15, 2009

Bukan malas. Kurang rajin je.


Semalam dinner kolej fasa 1. Tema citrawarna.

dinner yg ni wat kat kolej je. fasa 2 baru kat hotel. *byk betul dinner*


Tapi semalam saya xbersemangat. Kenapa?

1. Penat.

(yela, mana tak penat, perjalanan dari rumah balik ke kl dah bpe jam.walaupun bukan saya yg bawak bas tu kan, tapi still penat tau x.lenguh kaki, kebas montot, sakit leher. dah la bas tu gegar2. cist. tak selesa tau. perut saya da la sakit. bas tu gegar2. so sepanjang perjalanan tu perut saya sakit sebab bas. bas jahat! humphh.. lagi penat bila da sampai pudu nak balik tu..beg punya la berat. isi batu ke hape tatau la.laptop je rasanya. tapi tatau nape berat. memang la ade benda extra dlm beg sandang tu mcm laptop, charger laptop, kamera,charger kamera, air mineral, sweater, kertas2*konon2 nk study.blah.* n ntah hape2 segala mak nenek ade dlm tu. )


2. Hujan

(meredah hujan masa balik ke kolej. walaupun meredah hujan dalam teksi, tapi basah gak sket2.da la pakcik teksi tu kutuk2 U aku. ade ke patut? *kalau saya yg kutuk takpe la* heh.bukan la kutuk. just soalan2 annoying pasal universiti yang saya taktau jawapannya. kalau nak tau, pejabat naib canselor ada kat dtc tu ye pakcik)


3. Tema citrawarna tapi kena pakai orange

(setiap floor dah ditetapkan pakai baju warna apa.floor saya warna orange.saya just pakai tshirt oren ngan jeans je.huh. termakbul impian saya nak pkai tshirt ngan jeans g dinner.hahah.walopun bukan kat hotel..tapi sebenarnya leh je kalo nak pkai warna floor lain.bukan dia kisah pon. pengarah dinner ni pon tak pkai ikut warna floor dia tau! tak faham kenapa aku skema sgt.)


4. Sakit

(perut sakit.tu dah mmg takleh nak buat apa.ubat pon da habis. tapi yang menghilangkan semangat saya untuk MAKAN adalah mouth ulcer yang muncul tanpa memberi salam. belah kiri. nak kunyah pon susah. gosok gigi lagi la susah. siap berair-air mata tahan sakit. atoii. pastu masa kat umah tekak lak sakit.nak telan apa2 rasa sakit gila. tapi kat umah leh la ngada2, manja nak makan benda lembut jek. makan mee sup la, bubur la. tapi kalo da balik kolej, kirim salam la babe. saya ada 2 pilihan je. telan or lapar. pilih. tsk. T_T)


5. Kerja baaaaaaaanyaakkkkk beribu-ribu lemon!
(tau pon kerja byk. habis yang pergi hapdet blog sambil membuang masa tengok slumdog millionaire ni buat apa?? hurm. tu la. pastu bising x cukup masa kan?tapape je. )



pesanan penaja : Babe. Cuti da tamat. Pengembaraan bermula. wakey..wakeyy!!!

Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


سمڤنا سمبوتن مولد الرسول ني، ساي نق منوليس دالم توليسن جاوي.
بوليه باچ تق ني؟
ماريله كيت ممڤرباڽقكن صلوات كاتس نبي جونجوڠن كيت، نبي محمد.
كالاو نق ممڤرباڽقكن عباده تو لاڬي باڬوس.


=)

Wednesday, March 4, 2009

Mission impossible

Oh Matematik!

Semua kelas batal hari ni. Sangat sedih. Xsuka xde kelas. Saya suka MATH!!!
*sila pengsan*

ok..taknak dapat dosa menipu. Status kat YM ----> "Class Cancelled.ho yeah~"
Sebagai seorang yg benci matematik, benci nombor, benci cerita Numbers gak sebab guna nombor *giler over* saya amatlah gembira bila mendapat berita bahawa kelas batal. Syurga! (baca: Heaven!)

Bukan salah lecturer saya xpndai mengajar, dia ajar ok je..Juga bukan salah saya, malas belajar..Saya tekun je dgr lecture!
(take note: TEKUN)
tapi, *sambil makan kek coklat/ muffin yg dibeli di cafe fakulti + minum air kotak:milo*

Ok ape, saya tak tidur..tekun la tu kan?...dgr je ape dia ajar. Tapi classmate saya, Dzul (baca:Dezul) *jgn mara aa.haha* dia cakap kat saya.. "hang ingat ni wayang ka? boleh tengok sambil makan popcorn??"

ala dzul ni..lek aa..kalau nak, mintak je..jgn malu2. aku bagi "popcorn" aku ckit. heheheheh~


Warning : penulis tidak berniat mempengaruhi mana2 pihak untuk 'berkelah' di dalam kelas. Sbb terang2 ada ditampalkan simbol dilarang makan dalam kelas.
Tapi mmg best woo mkn dalam kelas. dijamin x mengantuk. x percaya, cuba la! kalau nak lagi beradab, offer la lecturer kamu skali..ngeee~

-------------------------------------------------------------


Dinner Kolej Part 1


Kolej ada buat dinner..Semua orang dah start sibuk2 cari baju.
Tema : Black.Red & Masquerade.

Susah la nak cari baju. niat di hati malas nak beli sebab baru lepas melayang RM800 lebih.
Dah la sejak dua menjak tiga menjak ni, asyik nampak orang pakai baju merah hitam lawa2 je..
dalam hati bersuara "ramainyer orang ada baju warna ni..nape aku je xde?? aku pinjam je karang, haa..xpasal je."

Sesi Dialog *Misi : Mintak sponsor*

Saya : Nak kena beli baju dinner la..*nada manje+ngade2*
Mak saya: Dinner lagi? bukan aritu baru dinner ke? *dia maksudkan dinner kami tahun lepas*
Saya : Tu tahun lepas..ni tahun ni punye.
Mak saya : Tak payah pegi la..Baju tahun lepas tu pon da xpkai da kan??
Saya : UhuK!! Rugi la tak g..sebab kolej da masukkn bayaran dinner ni dlm yuran..*masih ngade2*
Mak saya : Pakai jela apa yg ada..
Saya : Mana penah beli baju warna merah hitam selain tshirt.. *nada budak kecik majuk xdpt aiskrim*
Mak saya : Ketawa *xtau kenapa dia gelak*
Saya : Ketawa bersama *walaupun masih tak paham kenapa*

Last2 mak saya masuk gak duit extra..saje je dia praktis soal jawab cam polis. ngee~
Mwahh~

Misi : Mencari baju dinner.
Cari kat mall aritu xjumpe. Beli benda merepek2 yg lain ada la.
*apa boleh buat.tipical woman*
Kalau ade sape2 baik hati nak bg pinjam pon bole gak..kecil tapak tangan, bumi saya tadahkan! heheheh~


Pesanan Penaja : Kan senang kalo bleh pakai jeans ngan tshirt je..pastu serang hotel tu dengan muka lapar... dan keluar hotel dengan muka stim kekenyangan *jgn pikir lain*
*eyh, tapi boleh je kalo nak pakai cmtu. bukan ke tema kena pkai topeng?? xde la org kenal, budak mane la yg selekeh sgt g dinner pkai tshirt free ni*
hurmm.. *sedang membuat pertimbangan*

Tuesday, January 27, 2009

You Rock My WorLD, u know u did~

HAPPY CHINESE NEW YEAR..
GONG XI FA CAI~

Saya tak dapat angpau pon. Just dapat kuih raya, kuih bulan dan limau yg manis gile dari jiran.
*pelik camana dia leh dpt limau yg shedap giler cmtu.mne dia beli?*
*auntie, lainkali u x payah bg kuih la..u bg limau manis ni je manyak2..ngeee~*

Luahan perasaan:

Awak...Kenapa awk jd mcm ni? Sebelom ni tak penah pon awk wat mcm tu ngan saya. Saya sedih sgt2 tau. geram pon ade. Awak tau tak betapa susahnye saya bile awak wat perangai mcm tu? Awak syg saya ke tak sebenarnye ni? Kalo sayang, tolong jgn wat mcm tu bole tak? i'm begging u.....I need u, desperately, i admit!

Oh Lappy...My handsome Lappy..Kenapa awk takleh on9 gune streamyx?? uwaaaa...xpasal je saya kene on9 guna lappy adik sy...sgt x besh~

Lappy dearie...Jgn wat perangai k?? Kasihanilah tuanmu ini......

Friday, January 23, 2009

Kenapa saya suka RUMAH saya?

sBb Dia besssTTt..
Sbb Tuan rumah tu pon best(saya la tu)..
pendek kata, ape2 pasal rumah mmg sume bestLAH!
tAmbaH2 BILIK saya.....
So Peaceful, sO comFortaBle, So PurPle..
:)
Tiket saya pukul 4.30PM.. Hip hiP HooraY~
Teng tereng tereng teng teng..
Teng tereng tereng teng teng..
Teng teng teng teng...
Clap.Clap.Clap.Clap..
*Sambil menari chicken dance*
Sape nak ikot saya, angkat tangan!!
Hehe...
Takleh, tiket habis da..
Kalo drive leh la..
Lai2...dtg raya..No angpau..
Happy Chinese New Year~
Happy Holiday~
Happy-happy Day~
Happy every Day~
Happy Monday~
Happy Tuesday~
Happy Wednesday~
Happy Thursday~
Happy Friday~
Happy Saturday~
Happy Sunday~
Happy Birthday~
Penat la..HUrmm,
Nak bgtau nyer kat cni,
Bergembira la anda sebelom assignment yg banyak menghantui anda..
Sementara cuti masih ade..
Kiterrr ENjoY!!

Sunday, September 28, 2008

SeLamaT HaRi RaYa~


Selamat hari raya aidilfitri..
Mintak maaf la kat sume kengkawan kalo ade silap dan salah ek...
Kat sini ade nk sedekah sikit..
amik la duit raya ni...
n have a wonderful hari raya,k...
happy holidays!


Thursday, September 18, 2008

Double wishes~


Dak ayu giler ni nama dia Ina..Mek Klate~
Hari ni besday dia..HAPPY BIRTHDAY!!!!
Dah 23..Hehe..Kawin cepat2 tau!
Jom nyanyi ramai2...

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Nor Azlina..
Allah selamatkan kamu..

Yaayy...


Esok lak birthday Siti Hajar Abdullah.Tkde gmbr lak nk letak..
Happy birthday ye korangss.

Monday, September 1, 2008

Marhaban Ya RamaDhaN..


Di bulan Ramdhan yg mulia ni, saya ingin memohon kemaafan dari keluarga dan kawan2. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dan dpt menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya..

Selamat berpuasa..selamat berbuka..selamat bertarawih..
=)

Sunday, August 31, 2008

HappY MerDeka..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-51..

Ambang Merdeka di KLCC..
Erm, xde mood nk bercerita la..Tgk jela gmbr ni ek..


KLCC yg gah...tapi takde fireworks..
Agak keciwa gak la org yg g KLCC nk smbut merdeka..
*UM pon ade bunga api kot!*

AcaP - YoP - AjiEm

Tunggu bunga api yg tak kunjung tiba...

Redha jela xde bunga api pun.. =p

Ape-apa pun, we enjoyed being there..

Monday, August 25, 2008

CongraTs 2 My MoTheR~

curi2 kuar b4 habis konvo..hehe~ (my idea)


sibuk nak konvo gak..~

pwtc..


Congrats to my mother for her excellence...