Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Sawadee ka! Welcome to Thailand~

Khun sabai dee ruer? Poot Thai mai dai, ka...

Hehe..Demam Thailand belum habis lagi..Pergi sana 3 hari je pun. Tapi sangat meninggalkan kesan ok. Makanan kat sana sangat superb, hot and spicy! Hari ni tinggal sorang kat rumah, tapi rajin nak masak tomyam, walaupun sepanjang kat Thailand, tiap2 kali lunch and dinner, tomyam adalah wajib! :D


Mari belajar membaca :D
Bermula dengan signboard supaya tak sesat.




Mari belajar menari!! Lupa nama tarian ni..Tapi seriously confuse yang menari tu lelaki ke perempuan...
Sebab kat sana kan ramai yang dah "transform". Tapi memang cun woh lelaki yang tukar jadi perempuan kat sana! Saya yang asli ni pulak yang rasa tergugat. :p




Mari menonton wayang! Hehe.. Masa kat hotel, channel yang ada memang banyak, berpuluh-puluh.. tapi semua movie dah di alih bahasa ke bahasa siam..Stress akak! Yelah, dah la cakap bahasa siam, subtitle pon siam. Motif????




Mari bershopping bersama ibu tersayang! Mall ni namanya Odien ke apa tah.. Lupa da. tapi kan, salesman dia hensem oh! tak tipu punya. just nasib baik dia promote2 cakap bahasa siam je. kalau cakap bahasa melayu, memang saya beli! Heeeeeeeeeeee.. JK :p




Teksi kat sana menarik kan? Tuk-tuk namanya. Tapi sempat naik skali jer. Kena ketuk-tuk-tuk plak tu. Dia bawak pusing2 padahal tempat tu rupanya just a few blocks away. ZzzZz.. Siapa suruh tak belajar cakap siam. -_-



Pemandu pelancong bawak gi area pantai. kat area situ ada kereta kabel katanya. tapi yang menariknya, kat bawah tu beruk banyak gila. burung merpati lagi banyak. diorang dah macam berkawan baik hidup bersama. tak takut orang plak tu. rileks je dia ambik apa-apa yang orang pegang. huh! kat gambar atas tu adik saya tengah berkomunikasi dengan beruk suruh tengok camera. yennadey! macam beruk tu faham pulak kan? tapi adik saya pergi pegang ada lagi sekor beruk ni. garang! dia naik belakang adik saya and gigit! luka lah jugak, walaupun sikit. scary lah itu beruk..




lepas naik kereta kabel seperti yang dicanang-canangkan oleh pemandu pelancong, rupanya bukan macam kereta kabel langkawi tu. dia macam nak naik bukit bendera tu, tapi bentuk lif. huhu... Tapi view kat atas memang superb!




cantik tak??



boleh tengok seluruh songkhla city!!




dan laut juga..



menahan terik mentari, tapi tetap mahu berposing!





menahan terik sekali lagi.. and kalau perasan ada patung budha yang tengah mengadap pemandangan kat tengah2 tu.



adik saya pandai ngelat posing kat tempat redup..




my mom pon berjangkit penyakit anak-anaknya yang suka posing. :p



ini naga tersesat di tepi laut sambil memancutkan air ke dalam laut.



duo orang manusia yang teruja berjumpa sang naga.




kemudian berjalan-jalan di tepi pantai dan terjumpa ikan duyung yang tengah mengeringkan rambut sambil berlagak macam mat saleh yang tengah berjemur.




nak sain kak duyung! nak bergambar jugak. bukan senang nak jumpa kak duyung tengah berjemur kan.. pemandu pelancong cakap, siapa nak kawin, pergi lah gosok-gosok ikan duyung ni. nanti balik dapat kawin.. awww.. :p




What i like about Thailand is the food and the food and the food and shopping! Tengok berapa kali saya mention food. OMG, saya makan banyak GILA! sampai saya pon naik gila bila tiba-tiba seluar saya MENGECIL! T___T

Lagi gila bila bercadang untuk kawal makan tetapi makanan semuanya irresistible. Sumpah tak tipu. tak percaya tanya adik saya macam mana saya meroyan kat dalam bilik hotel tu lepas seluar MENGECIL. tsk.. pathetic i know.. tapi nak buat macam mana. makanan dia memang sedap-sedap belaka sampai adik saya cakap taknak balik rumah. haha. tu sangat melampau.



bukti bergambar. Ni masa tengah tunggu nak beli somtam. omaigosh.. somtam dia sedap gila. tak penah makan somtam sesedap ini. makan sampai nanges-nanges sebab pedas. 2nd time beli pon masih menanges walaupon dah cakap nak kurang pedas. taktau la tang mana yang kurang pedas nye sebab masih pedas!




siapa yang suka makan, yok kita ke Thailand. ajak saya ye!



Selain makan, shopping adalah 2nd best thing in Thailand. Murah okay! Kitorang beli dan belah sampai habis duit Baht, bayar guna RM.. Memang hampir hilang tahap kewarasan. total baju kitorang beli, 9 helai.


Total kasut pulak, 11 pasang. yelah, cuba tengok kasut dia..banyak kot! memang tak boleh tahan lah kan. hurm, penuhlah kereta saya dengan kasut lepas ni :(


Tapi ini pon kira macam tak banyak sangat lah sebab RM tengah jatuh. So macam mahal sikit dari biasa.

Massage kat hotel tu murah gila. 200 Baht je tau!Tapi untuk ancient massage la. kalau Oil Massage 300 Baht.

Oh ye, karaoke kat hotel tu pon murah gila...3 jam 250Baht je. With drinks. Lagu melayu ada, tapi yang lama-lama. rock kapak banyak la. English songs pon sama, banyak yang oldies.

Tapi ada yang mahal jugak kat situ. Persembahan dari maknyah yang dah jadi awek cun. itu nak dekat 500 Baht! Kalau nak bergambar dengan diorang kena bayar lagi. huhu.. Tapi pelik ramai je yang pergi. Saya tak pergi pon, baik saya shopping and makan lagi best! :p


Mari kita tunggu RM naik balik, boleh la pergi shopping lagi sampai miskin. :p
Itupon kalau yang tak kesah ada tag tulis

"Made in Thailand"
:D


Saturday, November 6, 2010

The best place in the world!


Yeah..
I'm HOME!
Yippiee...

i was planning to drive home earlier. But suddenly, my sister text me in the afternoon.

Sista : "Kak, ko balik ke?"
Me : "Haah, today.. :)"
Sista : "Mane ade orang kat umah. ibu g cherating. abah nak g hatyai. tapi banjir. abah g tempat lain kot. Ana pon ingat nak balik, tapi abah x bg."
Me : "alaa..yeke..? nak balikk... :("

Then i called my mum, and my dad.
Abah said, "nak balik, balik la..tapi malam nanti baru abah ade kat umah"

Hehe..yaay~
To my sista! See, abah loves me more. hahahahahhahahahah!

I drove to perak alone..the journey usually takes 3 hours. but today, i make it in 2 hours and 25 minutes. Wahh..not bad huh? I mean not bad la for a kancil. if i drove my father's car, i can make it less. ha ha! but no guarantee about the speed trap tho.

It's quite scary driving alone at night. and it got scarier when it started raining heavily.
All the ghost stories about the highways suddenly came floating around me. what the heck!
Bad timing i must say. but all the scary thoughts were gone when something happened.

I was driving at the most left lane. it was dark for sure. suddenly, at the left side of the road, i saw a car parking at the emergency lane. with lights off!! which it is lucky that i still can see the car when i'm near. and suddenly when i was so near, i saw a guy stretching his body beside his car, inside the lane that i was driving, with black shirt and trousers. whaddaa.. you're so lucky man that i saw u and spontaneously move a bit to the middle lane. and thank God i'm lucky also because there's no car at the middle lane.. if not, i'm not gonna be home right now. and you're not gonna have peace in your sleeps cuz i will haunt u. ha ha!

Figure 1
*tempias lepas buat report assignment*

I draw this for u half-heartedly. My mouse is not working, so please understand how hard it is to draw. hehe.. anyway, i think u can get it. come on, it's not that ugly, right! :p
in case u don't get it, the blue car is that man's car. and the cute pink car is mine. although my car is not actually pink. *hey, it does look like a car right?* :p

To the MIB who stretched in the middle of the road.. why don't u just do yoga there. maybe u can find total peace in the other world. and if you actually want to kill yourself, don't stand at the left lane. go and stand at the fast lane. it will help make it faster with less pain!
huh!

Last but not least,
guys..
HAPPY DEEPAVALI and happy holiday~

Tuesday, October 5, 2010

Raya Versi " Dah Basi Baru Nak Post!!"

Selamat Hari Raya!! ha ha..
Adoi, terasa basi gila pulak.. Tapi lantak lah. nak wat gak post raya. =p

Family saya beraya kat Melaka. Masjid Tanah kampung belah mak.
Gambar banyak sangat, tapi saya letak gambar yang "senonoh" jela.. He he

Oh ye, masa nak dekat raya tu kan, tiba-tiba ada jerawat pulak baru nak naik. Haish. potong stim betul. Dah la besar, sakit pulak tu.. Saje je nak enterframe dalam gambar raya kan kan..



Gambar dengan nenek. Ni semua sepupu perempuan. Ramai lagi, tapi diorang belum sampai. And ada yang tak dapat balik jugak..



Ni pulak sepupu lelaki dengan nenek. pon same. tak ramai yang ade..



Ni tempat wajib bergambar. kat kampung saya ada serambi. kat serambi dan tangga serambi ni memang dah jadi tempat wajib bergambar tiap-tiap tahun. tak tau la ape yang cantiknya serambi tu sampai jadi tempat fevret dari kecik sampai besa..



dulu kecik2 tempat kitorang duduk tu bukan tempat bergambar tu, tapi tempat main. segala jenis aktiviti memanjat, bergayut, terjatuh semua pernah berlaku.. tapi da besar-besar ni jadi tempat posing pulak.^^



oh, belum habis lagi posing kat area serambi. kalau tengok 1 album memang boleh muntah sebab banyak sangat. :p tapi kitorang tak pernah la bosan bergambar..



Kazen-kazen!
oh, nampak tak jerawat saya? mesti tak nampak kan. nice angle! ha ha..



Kazen lagi!
Oh, nampak macam tangga je kan, dan saya pendek. ilusi optik je semua tu.
jangan percaya! =.=





Malam raya pertama tu, saya dan kazen2 keluar menjelajah ke bandar melaka. menjelajah ya, bukan menjajah!

gambar-gambar paling sopan pada malam tersebut, ada 2 je yang saya boleh letak. =p




Lagi2 kazen..



Gambar ni kat pantai mane ntah. lupa dah. tapi tak nampak pon laut nyer..gelap!


Raya kedua pulak kitorang wat BBQ. sedap oh! satu rumah bau asap sedap. tau tak asap sedap tu macam mana? bukan macam asap rokok tu. tak sedap... huhu.
Kesimpulannya, raya memang best. Makanan semua best. Kazen2 lagi best.. :)

Friday, June 19, 2009

Cekidaut..Kepochi mode..

Hari ni mood untuk menjadi kepochi sangat tinggi. masa pon banyak. jadi, apa kata korang dengar aku membebel. eh, baca aku membebel.. erm, mcm tak best je perkataan baca tu. ok lah tuka balik. dengar aku membebel. *eyh, dah la woi..*
ok2..bebelan bermula *nada excited mcm pengembaraan bermula dlm cerita geng tu*

dlm entry lepas, aku ada tulis pasal aktiviti aku g kenduri kan?
so, kali ni nak letak gambar aku sebelum g kenduri lak.



sebahagian gambar poyo pergi kenduri masa cuti.*take note.SEBAHAGIAN* banyak kot kenduri, nasib baik tak gemok. sebenarnya tak rajin sangat nak pergi. tapi dah kena paksa, pegi jugak la kan. ibu aku cakap, kalau malas2 pergi kenduri org jemput, nanti aku kawin, xde org datang, baru padan muka. erkk..bole ke cmtu? whatever la.. kata ibu aku lagi, org nak bg makan free pon malas jgk.tapape. :D

ok fine. aku pergi. dan bergambar itu wajib untuk seorang yang bukan model mcm aku. kalau model byk je photographer nak amikkn gambar. klo bukan model, mcm aku, ambik gamba sendiri2 sudaaa~

nak dijadikan cerita, dlm byk2 kenduri yang kitorang plan nak pergi, majoriti nya mmg kenalan abah atau ibu aku la kan. tapi ada satu kad jemputan kawin misteri ni, abah n ibu tak kenal dan terlupa sape yang jemput. diorang mcm malas nak pegi. tapi aku plak ckp, pergi jela. mane tau da jumpa tuan rumah nnt bole recall balik, jejak kasih ke hape..
ok, sebenarnya aku nak sangat pergi kenduri ni. sebab kad dia sangat cantik. dan mahal. haha.
mmg tgk kad pon da tau, orang kaya nih. so bila smpai tempat kenduri tu, mmg kaya pon la. dia punya gifts untuk guests pon bukan calang2. makanan pon superb, walaupon aku tak mkn sbb dah g 2 kenduri seblom tu. aku minum cendol je, tapi aku tau la sedapp..

kesimpulannya, parents aku still curious, siapakah gerangan yang menjemput itu. sebab mmg tak kenal sape2 pon kat situ. mmg sangat pelik. takpun da kaya sangat sampai nak jemput satu daerah? hurmm..whatever.

......................................................................................
coming up next is....*mcm kat axn plak*


a birthday dedication. dikesempatan ini, kami, krew2 hananeechan.fm ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada cik LYLA!!! *anggapla ayat ni diumumkan pada 16 jun *


dia kawan. dia geng. dia coursemate, dia collegemate, dia fashion advisor, dia personal consultant, dia kawan hang out, kawan sesat bila hang out :p, dia peramah, dia ayu xlasak2, dia suka gelak, dia sengal gak *kdg2 ckp sorang2 =p*, dia cantik, dia happy go crazy, bilik dia tempat saya pergi bila rasa ada cerita hot, cerita suam2, cerita dongeng, cerita sedih, bila blurr taktau nak pilih baju *termasukla bilik nonie :D*, tempat saya pergi bila bosan duk kat bilik, n bila lapar sbb dia banyak megi :p banyak lagi tapi mcm banyak lak nak taip.. pendek kata, mmg senang kawan ngan dia ni.. sape nak kawan, taip on KAWAN dan save as drafts. tak payah send. hehe... selamat bertambah tua cik lyla! :D



17 jun.. HAPPY BIRTHDAY to my one n only brother...FARHAN @ aan.
dah bagi hadiah 2 helai tshirt kat dia, tapi 1 tu kecik nampak kamu buncit. sila diet bila balik kolej nnt. okeyh!



Dan dedication yang terakhir, SELAMAT HARI ABAH!!!!
aku dengan adik hadiahkan abah ikan baru sebagai penyeri tambahan kolam abah ni.
tapi xnmpk la ikan yg kitorang bagi tu. dia hilang laju sangat.. tapi lega la jugak bila tgk ikan junior tu leh geng dgn ikan senior..risau gak klo dia gaduh2 kan.
abah pon suka ngan hadiah tu.. lain kali klo ada duit nak bagi bowling set lak kat abah. sbb dia mmg suka sangat main bowling. tapi dia tak suka main ngan kitorang sebab dalam 3 game yg kitorang main, sume abah menang. takde persaingan langsung. cis. hahahha

pesanan penaja : sebenarnya ada lagi nak bebel. tapi lapar la plak. ijinkan aku pergi..

Monday, June 1, 2009

Aku dan Camera..

Rupa-rupanya dari kecik lagi aku da obses dengan kamera.
patut lah..
so, jangan salahkan aku berkameragedik all the time. sebab mmg bukan salah aku pon.
:D



mcm lain jek muka aku dulu2. perangai je sama. pantang nampak camera. :p





tengok tu.. gajah pon x dapat tarik perhatian dia. kamera jugak yg dapat! haha
:D




kecik2 dulu aku memang rapat dengan adik laki aku 2. mana aku pegi mesti dia nak ikut. tatau nape sekarang dia tanak lepak ngan aku dah. hehehe~



tengokla. aku main buaian pon dia sibuk gak nak main. tapi nape fesyen rambut kitorang mcm abu bakar elah?? T_T (nasib baik kecik2 dulu xde rasa malu sbb rambut kelakar.kalau tak mesti ngamuk2 tanak kua umah, even kena sogok nak bawak g disneyland sekalipon. T_T)




ni adik bongsu aku. tengok la kecik2 da kuat memanjat. nakal dak nih. x macam kakak dia.baik jer. muahahahhaa~ (rena, kalo ko baca ni, terima jela kenyataan..sebab ni blog aku. :D)



korang rasa aku ada bakat jadi jurumekap tak? cantik tak aku mekap adik aku? tapi time ni dia memang tak pandai melawan lagi. terima je apa aku buat kat dia. muahaha..
(sabar la rayna. jadi adik bongsu memang macam ni..)


sebenarnya, aritu terjumpa album2 lama. kelakar plak tgk muka comot2 masa kecik dulu.
nasib baik sekarang da tak comot.
(sape nak cakap aku masih comot walopun da besar, anda dibuang wilayah)

dulu kecik2, adik laki aku tu sume nak sama dengan kakak dia ni.
bila ibu aku belikan aku gelang, dia pon nak jugak..susah betul.
last2 ibu aku ikatkan benang je kat tangan dia. terus senyap. huhu

time raya, baju aku slalu sama pattern dengan adik perempuan aku. masa kecik2 aku memang tak kisah. bila da besar sikit, aku memberontak, tanak sama baju dengan adik aku tu.
*da pandai malu la konon, baju sama..citt*

yang tak leh blah nyer tu..adik aku tu plak ngamuk2 nak baju sama dengan kakak dia ni.
hoho..(yer, kakak tau kakak comel, sebab tu ko nak sama, kan? lalala~)


pesanan penaja : kepada rayna, bersabarlah ketika kamu membaca blog ini.. terimalah ia seadanya. huhuuuuuuuu.. jangan balas dendam kat blog kamu. tak baik..~ :D