Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Cuci The Musical 2!! :D

Siapa yang cakap cuci tak best? Kita tak geng! Hehehe.. Sebab saya rasa best je! Lawak!
Saya pergi tengok cuci 2x tau. first pergi duduk kat tingkat atas. memang tak nampak sangat.. dengar suara jela. jauh kott..

second time pergi barulah terbaik! duduk bawah sekali.. nampak jelas dan nyata lubang hidung, jerawat apa semua! eventhough tengok kali kedua but still gelak okey! mereka sangat cumel dan kelakar. nak-nak time tersasul. merapu je bila tersalah dialog. pastu sume tahan gelak. lagi kelakar.

Berikut adalah gambar-gambar yang di ambil pada hari kejadian. jika anda mendapati bahawa gambar-gambar tersebut terlalu kecil sehingga menyembunyikan jerawat-jerawat di wajah, sila klik untuk tumbesaran yang pantas.(huh, ayat skema!!)

inilah 4 orang budak comel. awie yang kiut sebab berlakon lembut, hans yang kiut giler sebab dia memang kiut, pastu jadi pulak "khai yang berterus terang" dalam cerita tu, lagi lah kiut miut. afdlin yang super kiut sebab montel. gaya dah macam spongebob. nabil yang namanye kiut dalam cerita tu. nama dia c'tan, tapi selalu sebut c koma di atas tan. haha!




vanidah imran sangat santek. tema baju dia warna merah. outfit dia mesti ada kaler merah. dia memang minat merah kot. tapi serius tak sangka yang dia boleh menyanyi. suara boleh tahan oh!



masa 2nd time saya pergi, rupanya hari tu birthday harith iskandar. so after the performance, diorang celebrate kat pentas tu.. kek itu dibuat oleh wife harith okay. so shweet..



saya suka suara jac yang sangat sedap itu. suka rambut lion king dia jugak. hahaha..



awie dan nabil. awie berlakon jadi macam lembut gitu. tapi serius comel! ayat nabil paling aku ingat dalam cerita tu : M.O.J!! ---> Mak okey jerr! Tak sangka dia boleh jugak berlakon. banyak gak dialog nabil dalam ni.



sangat jealous dengan adik ini yer..hahahah :p




newsflash: masa tengok-tengok balik gambar CTM2, tiba-tiba terperasan satu benda. Cuba tengok rantai vanidah dengan rantai saya.
SAMA!!!!! :D
btw, baju hitam ni saya pakai masa 2nd time pergi.


baju putih ni masa 1st time pergi. gambar tengah tu, baju macam kedut gila kan? cisstt~



Okey, overall saya memang berpuas hati la tengok cuci the musical 2. dulu tengok puteri gunung ledang the musical pon best jugak :D yelah, kalau tak best, takdelah penuh istana budaya tu kan. nak parking pon susah. nak pergi toilet pon kena beratur panjang. hishh!

so, lain kali kalau ada teater yang best2 lagi, kita serbu yok!! :D


Monday, June 8, 2009

Aku dolu-dolu part 1

1) Korang ingat tak apa yang berlaku masa korang kecik2 dulu? aku ingat tau apa yang jadi masa tadika dulu, sampai la besar..aku ingat most of it..

Aku anak sulong. parents aku bekerja. so, aku dah biasa uruskan diri sendiri. masa tadika, aku g sekolah sorang2 even first day. aku naik bas je. agak nakal. aku suka gelakkan budak2 yang datang skolah nangis2. yang paksa mak dia tunggu kat pintu kelas. lagi kuat kena ejek bila ada yang g sekolah bawak bantal busuk. siyes kelakar. bantal bentuk botol susu gergasi you!!.. wahahaha

ada sorang kawan laki aku ni, panggil je M, ada satu hari tu, cikgu suh ambik kertas kat depan. tapi bila panggil M ni, dia tanak gerak dari tempat dia. dia suruh aku ambikkan. aku pelik la. bila aku bagi kertas tu kat dia, aku terhidu satu bau yang busuk nak MAMP**. rupa-rupanya dia berak dalam seluar. wahahahhahahah. *maafkan gelak yang kurang sopan itu. siyes aku gelak sorang2 depan lappy sebab teringat*
aku sebagai budak nakal yang terkenal pon ape lagi, ejek sampai dia nangis. dia balik naik bas sama ngan aku.tapi dia kena pakai tuala. cikgu takde seluar spare. hahahhaha. lagi kelakar bila cikgu tanya, pandai basuh tak, dia geleng2 sambil wat muka sedih. hahahha...*kesat air mata, gelak banyak sangat*
kepada M, aku tau ko tak baca benda alah ni. tapi aku mintak maaf la yeh. hahahhaha. ok, enuff gelak.

---------------------------------------------------------------

2) Ada satu kes yang lain plak. korang tau kan perangai budak2 yang suka lumba2 sape sampai dulu? aku suka lumba2 sape naik bas dulu. yup, aku selalu menang. tatau nape sekarang da lembab. nak dijadikan cerita, ade satu hari tu aku first naik bas balik dari tadika. aku pon ambik tempat duduk tepi tingkap sambil gelak2kan diorang yang kalah. aku pandang kat tempat tunggu bas tu. ada beg tertinggal. tengok lagi, macam kenal. zoom in. erk, beg aku! aku tatau nak buat apa. malu kot nak turun balik, sebab konon2 lari paling laju, dapat no 1 naik bas, padahal beg sekolah tertinggal. bodoh betul. aku pon dengan berat hati meninggalkan beg itu di situ..

balik rumah, bila abah balik kerja, aku ajak g sekolah balik ambil beg yang tertinggal. hehehe~
tapi tengok2 da takde. gone. yillek. rupanya, cikgu aku simpankan..lalala~
esoknya, dapat no 1 lagi. but this time, with bag. haha..

----------------------------------------------------------------

3) Adik laki aku muda setahun je dari aku. so, bila dia start sekolah, aku officially jadi guardian angel dia. dia pendiam. pemalu. tak nakal sangat kalau nak banding dengan aku yang hyper.
so, dia selalu kena buli. tiap2 hari pencil color dia hilang kena curik. tiap2 hari mak aku kena beli baru. i'm not joking. tiap2 hari. kadang2 baju pon kena curik. ada sorang budak gemok ni suka buli dia. aku lupa nama budak tu. sebagai kakak yang bertanggungjawab, ahem.. aku pon menjalankan tugas. aku pergi kelas adik aku, jumpa budak yang selalu buli dia tu, dan bagi warning.. hoho. bergaya tak? lepas tu dia tak berani da la nak kacau adik aku..huhu~

pesanan penaja : siapa nak ambil aku jadi bodyguard sambilan, jangan malu2 contact aku, okeyh