Monday, August 9, 2010

Cuci The Musical 2!! :D

Siapa yang cakap cuci tak best? Kita tak geng! Hehehe.. Sebab saya rasa best je! Lawak!
Saya pergi tengok cuci 2x tau. first pergi duduk kat tingkat atas. memang tak nampak sangat.. dengar suara jela. jauh kott..

second time pergi barulah terbaik! duduk bawah sekali.. nampak jelas dan nyata lubang hidung, jerawat apa semua! eventhough tengok kali kedua but still gelak okey! mereka sangat cumel dan kelakar. nak-nak time tersasul. merapu je bila tersalah dialog. pastu sume tahan gelak. lagi kelakar.

Berikut adalah gambar-gambar yang di ambil pada hari kejadian. jika anda mendapati bahawa gambar-gambar tersebut terlalu kecil sehingga menyembunyikan jerawat-jerawat di wajah, sila klik untuk tumbesaran yang pantas.(huh, ayat skema!!)

inilah 4 orang budak comel. awie yang kiut sebab berlakon lembut, hans yang kiut giler sebab dia memang kiut, pastu jadi pulak "khai yang berterus terang" dalam cerita tu, lagi lah kiut miut. afdlin yang super kiut sebab montel. gaya dah macam spongebob. nabil yang namanye kiut dalam cerita tu. nama dia c'tan, tapi selalu sebut c koma di atas tan. haha!




vanidah imran sangat santek. tema baju dia warna merah. outfit dia mesti ada kaler merah. dia memang minat merah kot. tapi serius tak sangka yang dia boleh menyanyi. suara boleh tahan oh!



masa 2nd time saya pergi, rupanya hari tu birthday harith iskandar. so after the performance, diorang celebrate kat pentas tu.. kek itu dibuat oleh wife harith okay. so shweet..



saya suka suara jac yang sangat sedap itu. suka rambut lion king dia jugak. hahaha..



awie dan nabil. awie berlakon jadi macam lembut gitu. tapi serius comel! ayat nabil paling aku ingat dalam cerita tu : M.O.J!! ---> Mak okey jerr! Tak sangka dia boleh jugak berlakon. banyak gak dialog nabil dalam ni.



sangat jealous dengan adik ini yer..hahahah :p




newsflash: masa tengok-tengok balik gambar CTM2, tiba-tiba terperasan satu benda. Cuba tengok rantai vanidah dengan rantai saya.
SAMA!!!!! :D
btw, baju hitam ni saya pakai masa 2nd time pergi.


baju putih ni masa 1st time pergi. gambar tengah tu, baju macam kedut gila kan? cisstt~



Okey, overall saya memang berpuas hati la tengok cuci the musical 2. dulu tengok puteri gunung ledang the musical pon best jugak :D yelah, kalau tak best, takdelah penuh istana budaya tu kan. nak parking pon susah. nak pergi toilet pon kena beratur panjang. hishh!

so, lain kali kalau ada teater yang best2 lagi, kita serbu yok!! :D


4 OrG ConTeNg:

Arief Arf said...

tipuuuuu
mane ade same rantai tuu

Hananeechan said...

same ah. tak caye tanye qaira. dia yang zoom.

pilotHans said...

hi awak...my 1st comment here ^_^ owh besh ye..my sisters also br jer pi ngk cuci2 the musical ni..seems that u enjoyed the show....

n thanks for the photos ;)

Hananeechan said...

yup. i enjoyed the show pretty much :)