Monday, August 16, 2010

Bukan cerita saya.

Puasa dah masuk 7 hari. So, dah boleh biasakan diri belum?
Yang selalu konon-konon terlupa tengah puasa tu, ni dah seminggu. tak payah nak buat-buat lupa sangat la kan. :p

Saya nak cerita kisah menarik di bulan puasa..

Ada 1 hari tu.. lepas sahur, saya tak tidur..lepas subuh pon tak tidur jugak. Study? memang takla..hahhah. online je..
tepat jam 8.03 pagi
tiba-tiba, roommate saya bangun.
dia menggelabah tak hengat punya.

saya pandang jela dia dengan riak wajah (kau apehal?)
pastu dia cakap
"saya ada exam pukul 8!! kalau lewat tak boleh ambil."

dia bangun dari katil je, terus tukar baju. tukar seluar. pakai cermin mata. ambil beg kuliah. terus keluar bilik meninggalkan saya dengan wajah (what the heck.. lajus gilass)

2 saat lepas dia pergi tu saya rasa macam bersalah la jugak. tak kejutkan dia.
tapi mana saya tau maaa dia ada exam.. saya tak salah!

10 saat lepas rasa bersalah hilang, saya baru perasan.

-seluar dia tukar tadi ada atas keyboard laptop. baju atas katil. memang dia main campak je.

-selalu dia pergi kelas pakai lens. tapi masa tu pakai cermin mata je.

-tiap-tiap kali dia keluar bilik, mesti kunci pintu dan tutup rapat. tapi masa tu, jangan kata kunci. pintu pon tak tutup.

-dia pergi kelas selalunya pakai sneakers. tapi masa tu dia sarung selipar tandas je.

-roommate saya seorang cina yang tiap-tiap pagi bangun awal mandi basuh rambut. tapi hari tu, semuanya tak sama.

dan paling kelakar, bila dia balik, dia terkejut tengok seluar dia atas laptop. barang sepah-sepah. haha. dia tak ingat pon bila dia campak-campak. yang dia ingat, exam. exam. exam. :D

So, moral of the story, kalau exam pukul 8, tak payah tido la senang. hahahah

3 OrG ConTeNg:

Arief Arf said...

ade ke amoi yang bangun pagi2 cuci rambut bagai?
hahaha

cun x amoi tu?
wahahahahahahah

X)

Hananeechan said...

ade. rumate aku la. hahah
cuuunnnnnn...xseswai ngn ko. ahahha :p

Mr Noble said...

biarkan pintu terbuka.. bahaya tu, nasib baik Hananeechan ada kan ? :D