Entry kali ini adalah edisi khas sebab sekarang sudah pukul 2.00 pagi,
dan pada 8.30 pagi esok saya ada final exam!
Secara automatik post kali ni jadi "EDISI KHAS"!
Khas sebab sanggup mengabaikan pelajaran semata-mata nak update!
Tak kira lah, nak update jugak sebab sedih. T__T
Al-kisahnya bermula begini..
Saya dan kawan-kawan nak berdiri di atas kaki sendiri (yelah, kaki siapa lagi kan) . Nak duduk rumah sewa. So, ada la jumpa 1 rumah ni..Partially furnished, sewa RM650 sebulan..Kami nak duduk 5 orang, so ok lah kan!
Setelah bermuafakat membawa berkat dengan tuan punya rumah, dah setuju la nak masuk rumah tu 3hb, yakni(<----lama gile tak guna perkataan ni) selepas saya habis exam. Deposit seorang RM300 pun sudah disediakan dan akan dibayar 3hb nanti.
Tiba-tiba..
Tanggal 30hb November 2010 , lepas saya yang seperti zombie (kerana tidak tidur akibat study yang extreme) pulang dari exam, tuan rumah tu hantar sms.
DIA TAK JADI NAK BAGI SEWA SEBAB ADIK DIA NAK DUDUK RUMAH TU!! T__T
*marilah kita menangis meraung-meraung sambil hentak-hentak kaki*
Mari kita ulang tayang cerita pada hari kejadian..
House hunting, call sana sini dan berjumpa ex-rumah sewa :p
Eh, semangat tau kitorang siap buat catatan bagaiii..
ini sepatutnya bakal bilik saya, tapi belum apa-apa dah jadi ex. haha
ini ruang tamu rumah itu. memang puas hati dah kalau dapat rumah ni..
tapi apakan daya..
orang tak sudi..
wuuuwu..
Sedihnya! Dah plan macam-macam, nak cat rumah la, nak bersihkan rumah la, nak beli tilam la..Tiba-tiba, lagi 3 hari nak pindah, dia tak jadi nak bagi sewa pulak kan.. Terpaksa lah memulakan house hunting kali kedua pulak. sigh..
Harap-harap kalau jumpa rumah lain lepas ni, sepakat membawa berkat dengan tuan rumah tu biarlah betul-betul berkat. janganlah hanya menanam sekilang gula dipinggir bibir sahaja!
Oh ya, kalau sesiapa ada rumah sewa area PJ, bagitau lah ya.. Kasihanilah kami yang merempat mencari tempat berteduh ini -_-".
Ok lah, jom sambung study sampai pagi..!
2 OrG ConTeNg:
i like your choice of pink!
and i hope you'll get a house soon. =)
keep writing.
nani: thanks! =)
yeah, hope can get a better house ASAP!
Post a Comment