Thursday, December 30, 2010

OH Khairul Fahmi!

Siapa yang ikuti perkembangan bola sepak, mesti kenal siapa Khairul Fahmi ni. Kat Facebook, Twitter and Blog semua nak mengaku jatuh chenta kat fahmi. Semua nak jadi GF Fahmi. Semua puji-puji fahmi. Giler lah. BTW girls, siapa yang dah terjatuh chenta tu cepat-cepat bangun balik okeyh.. and check this entry out..



Okey, sila nanges sekarang. hahaha~

BTW, he really did a great job. Berjaya menangkis banyak cubaan gol bertubi-tubi. Cayalah bro!!

Harimau Mengaum...

Sangat teruja menonton perlawanan bola sepak AFF Suzuki Cup semalam. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya. Saya tengok kat skrin Laundry The Curve je. Berdiri aje sebab ramai sangat orang.
Semua pon berdiri. Teguh berdiri sampai habis sambil bersorak walaupun tengah sakit tekak.


Tangkap gambar kat celah-celah orang. hehe.. btw, nampak tak rambut kat gambar tu.. dia dengan bf dia tengok tanpa perasaan.. time org bersorak dia not responding. time org cuak gelabah pon dia not responding jugak.. ntah2 dia penyokong Indonesia kot. hehehe~


ramai nye orang..macam sambut new year plak rasa..


tengok ni, excited sampai berdiri..



roh-roh juga berkeliaran.. :p



serius sangat ramai orang. semangat ke-Malaysiaan betul. I like!


Saturday, December 25, 2010

Sawadee ka! Welcome to Thailand~

Khun sabai dee ruer? Poot Thai mai dai, ka...

Hehe..Demam Thailand belum habis lagi..Pergi sana 3 hari je pun. Tapi sangat meninggalkan kesan ok. Makanan kat sana sangat superb, hot and spicy! Hari ni tinggal sorang kat rumah, tapi rajin nak masak tomyam, walaupun sepanjang kat Thailand, tiap2 kali lunch and dinner, tomyam adalah wajib! :D


Mari belajar membaca :D
Bermula dengan signboard supaya tak sesat.




Mari belajar menari!! Lupa nama tarian ni..Tapi seriously confuse yang menari tu lelaki ke perempuan...
Sebab kat sana kan ramai yang dah "transform". Tapi memang cun woh lelaki yang tukar jadi perempuan kat sana! Saya yang asli ni pulak yang rasa tergugat. :p




Mari menonton wayang! Hehe.. Masa kat hotel, channel yang ada memang banyak, berpuluh-puluh.. tapi semua movie dah di alih bahasa ke bahasa siam..Stress akak! Yelah, dah la cakap bahasa siam, subtitle pon siam. Motif????




Mari bershopping bersama ibu tersayang! Mall ni namanya Odien ke apa tah.. Lupa da. tapi kan, salesman dia hensem oh! tak tipu punya. just nasib baik dia promote2 cakap bahasa siam je. kalau cakap bahasa melayu, memang saya beli! Heeeeeeeeeeee.. JK :p




Teksi kat sana menarik kan? Tuk-tuk namanya. Tapi sempat naik skali jer. Kena ketuk-tuk-tuk plak tu. Dia bawak pusing2 padahal tempat tu rupanya just a few blocks away. ZzzZz.. Siapa suruh tak belajar cakap siam. -_-



Pemandu pelancong bawak gi area pantai. kat area situ ada kereta kabel katanya. tapi yang menariknya, kat bawah tu beruk banyak gila. burung merpati lagi banyak. diorang dah macam berkawan baik hidup bersama. tak takut orang plak tu. rileks je dia ambik apa-apa yang orang pegang. huh! kat gambar atas tu adik saya tengah berkomunikasi dengan beruk suruh tengok camera. yennadey! macam beruk tu faham pulak kan? tapi adik saya pergi pegang ada lagi sekor beruk ni. garang! dia naik belakang adik saya and gigit! luka lah jugak, walaupun sikit. scary lah itu beruk..




lepas naik kereta kabel seperti yang dicanang-canangkan oleh pemandu pelancong, rupanya bukan macam kereta kabel langkawi tu. dia macam nak naik bukit bendera tu, tapi bentuk lif. huhu... Tapi view kat atas memang superb!




cantik tak??



boleh tengok seluruh songkhla city!!




dan laut juga..



menahan terik mentari, tapi tetap mahu berposing!





menahan terik sekali lagi.. and kalau perasan ada patung budha yang tengah mengadap pemandangan kat tengah2 tu.



adik saya pandai ngelat posing kat tempat redup..




my mom pon berjangkit penyakit anak-anaknya yang suka posing. :p



ini naga tersesat di tepi laut sambil memancutkan air ke dalam laut.



duo orang manusia yang teruja berjumpa sang naga.




kemudian berjalan-jalan di tepi pantai dan terjumpa ikan duyung yang tengah mengeringkan rambut sambil berlagak macam mat saleh yang tengah berjemur.




nak sain kak duyung! nak bergambar jugak. bukan senang nak jumpa kak duyung tengah berjemur kan.. pemandu pelancong cakap, siapa nak kawin, pergi lah gosok-gosok ikan duyung ni. nanti balik dapat kawin.. awww.. :p




What i like about Thailand is the food and the food and the food and shopping! Tengok berapa kali saya mention food. OMG, saya makan banyak GILA! sampai saya pon naik gila bila tiba-tiba seluar saya MENGECIL! T___T

Lagi gila bila bercadang untuk kawal makan tetapi makanan semuanya irresistible. Sumpah tak tipu. tak percaya tanya adik saya macam mana saya meroyan kat dalam bilik hotel tu lepas seluar MENGECIL. tsk.. pathetic i know.. tapi nak buat macam mana. makanan dia memang sedap-sedap belaka sampai adik saya cakap taknak balik rumah. haha. tu sangat melampau.



bukti bergambar. Ni masa tengah tunggu nak beli somtam. omaigosh.. somtam dia sedap gila. tak penah makan somtam sesedap ini. makan sampai nanges-nanges sebab pedas. 2nd time beli pon masih menanges walaupon dah cakap nak kurang pedas. taktau la tang mana yang kurang pedas nye sebab masih pedas!




siapa yang suka makan, yok kita ke Thailand. ajak saya ye!



Selain makan, shopping adalah 2nd best thing in Thailand. Murah okay! Kitorang beli dan belah sampai habis duit Baht, bayar guna RM.. Memang hampir hilang tahap kewarasan. total baju kitorang beli, 9 helai.


Total kasut pulak, 11 pasang. yelah, cuba tengok kasut dia..banyak kot! memang tak boleh tahan lah kan. hurm, penuhlah kereta saya dengan kasut lepas ni :(


Tapi ini pon kira macam tak banyak sangat lah sebab RM tengah jatuh. So macam mahal sikit dari biasa.

Massage kat hotel tu murah gila. 200 Baht je tau!Tapi untuk ancient massage la. kalau Oil Massage 300 Baht.

Oh ye, karaoke kat hotel tu pon murah gila...3 jam 250Baht je. With drinks. Lagu melayu ada, tapi yang lama-lama. rock kapak banyak la. English songs pon sama, banyak yang oldies.

Tapi ada yang mahal jugak kat situ. Persembahan dari maknyah yang dah jadi awek cun. itu nak dekat 500 Baht! Kalau nak bergambar dengan diorang kena bayar lagi. huhu.. Tapi pelik ramai je yang pergi. Saya tak pergi pon, baik saya shopping and makan lagi best! :p


Mari kita tunggu RM naik balik, boleh la pergi shopping lagi sampai miskin. :p
Itupon kalau yang tak kesah ada tag tulis

"Made in Thailand"
:D


Thursday, December 16, 2010

Tron Legacy

I watched the premiere yesterday @ One Utama. Setelah serahkan handphone, kena scan2 bagai, akhirnya masuk and dapat tempat duduk terbaik..tengah-tengah betul. nasib baik. Tapi bukan 3D :(
(mengada-ngada. da dapat tiket free pon banyak songeh. hehe)

Malas nak google gambar. tunjuk gambar tiket je boleh? :D

Memang canggih, menarik tertarik da bomb. Aksi pon best. Sound pon superb. Pelakon pon cute. Starting dia best! Tapi macam nak promote nokia je. hehe. Ending pon baik punya (ni bukan spoiler :p)

Tapi kan, tak tau kenapa still ada rasa tak puas hati bila tengok. tak tau la apa yang tak puas ati nyer, apa yang kurang. tapi mmg tak puas ati la. maybe sebab tak merasa nak dapat motor camtu kot.. T__T

Tak pun tak puas ati kat tron dengan clu tu..hehe, whatever it is, siapa yang suka filem canggih manggih macam ni, silalah tengok. siapa yang suka romantik-romantik, tak payah la tengok..memang tak dapek la kan..


p/s: *saya tak tau berapa puluh kali saya menguap dalam tu padahal orang lain khusyuk gila :p*

Wednesday, December 15, 2010

Kisah Rumah Sewa

Seperti yang dikecoh-kecohkan sebelum ni, saya dah dapat rumah sewa.. dah tidur sini 3 malam da. so far so good..sunyi je kawasan ni..xde bising2 pon. kalau bising tu, kitorang la yang bising. hehe. maaf la jiran. beranda rumah kiotrang ni mengadap hutan! kalau malam-malam takut gak. gelap gila kan. tapi kalau siang-siang, nyaman je mata memandang.






Jiran depan rumah ni family melayu. sembang pon sebab nak tanya arah kiblat kat diorang. jiran sebelah kiri ni macam lelaki bujang. kasut lelaki je yang ada kat luar. melayu jugak rasanya. tapi kalau tengok beranda rumah dia, baju dah sidai 2 hari tak angkat-angkat. dah basuh, dah kering, dah basah balik and da kering balik da pon. lama-lama reput plak baju tu nanti. hehe. sibuk je kisahkan kain baju orang kan. :p inilah baru dikatakan menjaga tepi kain orang. ha ha. lebih manis lagi kalau cakap, jiran yang prihatin. :D



Semalam, saya, amy dan syaz gi midvalley shopping barang rumah. perghh..memang penat tak payah cakap la. sakit kaki pinggang semua. penuh troli. tapi penat-penat tu pon rajin lagi kitorang compare harga kat jusco dengan carrefour. :D Dah beli stove ingat nak masak breakfast pagi ni. tapi gas pulak takde. orang kedai bawah ni cakap petang ni baru ada. KIV la dulu masak-memasak bersama master chef ni. :)


Disebabkan dua-dua bilik air kitorang takde kepala shower, air yang turun sangat kuat macam mandi air terjun, kitorang pon cari lah kepala shower ni. saya memang takde langsung la kan pengalaman memasang benda-benda macam ni. selalunya abah yang buat.



kitorang end up beli la 2 kepala shower ni..

tapi bila balik rumah, tak boleh pasang pulak :( rupanya kena beli penyambung kot. sebab takleh nak masuk pon kat lubang paip tu. camana ntah nak buat. so, pasang kepala shower pon kena KIV jugak. terpaksala mandi air terjun buatan tu lagi. tsk~


semalam, first time jugak dapat pengalaman tolak kereta persona. ye lah, parking kat sini kan berlapis-lapis. nak keluar kena main tolak-tolak kereta kan. sebelum ni saya tolak kereta viva. takde hal lah yang tu. tapi semalam kereta persona yang block. saya pon dengan muka confident, tolak lah kereta tu.


1st try: tak gerak.

2nd try + bunyi sekali : errrrrrrghhhhhhhhh. gerak 3 cm

3rd try : takde perubahan.


ok malu. so, taktau nak buat macam mana. nak keluar kereta pon tak boleh. tiba-tiba nampak pak guard datang.
dia tanya : kenapa? dia tarik handbreak ke?
saya jawab : tak, saya tak larat nak tolak.
pak gad: ha ha ha
saya: dalam hati *cissssscake betul! berani kau gelak!!*

lepas tu bila pak gad nak tolak, saya pon tolak la sekali. biasa lah, tolong menolong amalan mulia. tapi pak gad tu cakap, tak payah. awak masuk kereta.

cisssssssssscake lagi sekali.

motif? dia nak tunjuk kuat ke apa? or dia nak tunjuk dia sorang je da boleh tolak? or dia nak jadi gentleman? or dia taknak bagi tangan saya kotor sebab kereta tu berabuk gila? hahah..

whatever it is..thanks la pak gad. awak memang tuff! lain kali tolong tolak lagi. :D

Saturday, December 11, 2010

SeronoK! SeronoT! SeronoP!

Tak kisah la perkataan apa saya guna, still tak dapat nak gambarkan perasaan saya... :D
Hehe..Gedik je kan.. Takde lah, memang happy pun g terengganu aritu..
Jumpa kawan-kawan lama.. makan nasi kerabu.. jalan-jalan.. makan nasi kerabu lagi...:D
Entry kali ni penuh dengan gambar je ok..



Nasi kerabu sedaaaaaaaaaaaap sangat! dah lama mengidam. Akhirnya, dapat jugak. Pagi khamis tu lepas hajar ambik saya kat airport terussss berdesup pergi makan nasi kerabu. kat kl susah nak dapat nasi kerabu macam ni. nasi kerabu+daging panggang+ayam panggang=RM3.50 jeeee ok. siapa nak bagi kalau kat kl ni. kat perak pon samaaa.tak dapat la der..
:D





2nd day kat terengganu, lepas breakfast nasi kerabu lagi, kitorang melepak di pantai batu buruk. takdelah nak melepak sangat. panas oi! nak bukak mata pon tak boleh. just bergambar sikit-sikit pastu balikk..





Dinner di taman tamadun islam.. cantikk..siap ada lampu macam kat i-city..tapi dia tak pasang pulak time tu.. :(

cubaan menguruskan pipi yang tembam..




ini lah pemandu pelancong terbaikkk!! cik hajar~



thanks lah kat cik adie tolong tangkap gambar kitorang :D



selagi makanan tak sampai, faham-faham je lah. memang tak habis berposing~



tema purple secara tak sengaja..





sedang rancak bergosip..ini candid ye~





muka sedey pulak..




yaay...akhirnya, makanan sampai. saya makan fish fingers saja :)



ber window shopping di ekspo taman syahbandar(betul ke tak nama ni,xsure)




with puan yati :D rindu sangat kat yati..dapat gak jumpa akhirnya.



cantik-cantik jugak baju kat sini.. tapi tak beli pape pon.. rambang sangat. hehe





di taman tamadun islam lagi..cantik gak kawasan ni. dulu masa pergi awal2 baru buat, belum ada apa2 lagi.. kitorang g sini lepas makan breakfast nasi kerabu lagi. hahah



malu-malu kucen. motif? nak background nampak masjid kristal. tapi tak nampak sangat pon..




pre-wedding pictures..jeng jeng jeng.. nantikan kemunculannya bulan 2 nanti.. bakal puan ina. :D



Tahniah puan Qbee.. motif utama g terengganu sebab nak datang kenduri kahwin qbee je sebenarnya. tapi banyak melencong tempat lain :)



Bekas-bekas classmates..semua dah matang2..dah boleh kawen..



malam lepas kenduri tu dah balik kl da... huhu..

rindu nak nasi kerabu walaupun dah makan 3 hari berturut-turut. haha. gila kan. balik kl pon makan nasi kerabu lagi.. ape kena ntah la. thanks to hajar and family sebab best duduk rumah dia..asyik makan sedap-sedap je.
:D

cepat-cepat la korang kawin, leh gi terengganu lagi.. :)

Sunday, December 5, 2010

New Day~


Who said that the life is miserable after just having one whole unfortunate day?
Chill people, the best is yet to come.

Ececeh.. poyo tak intro. padahal nak bagitahu life is good recently :)
Haha, takdelah GOOD as if dapat duit turun dari langit ke apa..hehe. It's just that life is better than before la..

First, exam's over! Say MERDEKA everybody!!



But hey, DON'T even talk about the results yet. it will just ruined this good mood. just enjoy every single day until the day the result is announced. Pathetic i know! -_-"

Secondly, my Google Chrome has cured! no more crashes. Oh, u can read it here, my whining about chrome's crash. do you wanna know why it crashed? well, maybe some of you already know this but i just found out. It was because i re-downloaded my Internet Download Manager!! Before this i was using trial version and it expired. So i downloaded a new one. Unfortunately, IDM is not compatible with Chrome! Shocked O_o
So, in order to solve this problem, you just need to un-check the "use advanced browser integration" option in the IDM download options. Tadaa... no more miserable crashes! yaay~ Now i can download my Korean dramas faster than ever!

Third! I already got a new house for rent. Pheww. It was pretty difficult to get a comfortable house with reasonable price! like what happened last time..So, we decided to choose an apartment at pantai indah at RM750 per month.
Actually, we did have several options. for example, the flat at Kg Limau. Only RM500 per month. But well, you know, it just doesn't feel right. We just don't feel that we have chemistry with the house. haha gedik kan. nak ada chemistry plak! ok, to tell you the truth, i saw a weird thing hanging at the door at every room, wrapped in a yellow cloth! It seems creepy. Like ilmu hitam kind of pendinding or something. idk. just choose the safest way, get the house out of our list!

So, we're gonna move to the apartment on tuesday! feel free to come for a house warming session. but bring your own food. we don't have stove yet to cook for you. ha ha~

So, my life is great, and i wish you guys a great life too.. *wink*

*picture from google*