Ini bukan ulasan filem KMBM..
Ini hanyalah coretan seorang insan dimalam sunyi tatkala manusia lain sedang enak dibuai mimpi..
Bukanlah niatku untuk melanggar fitrah alam..
Tidak sekali-kali terlintas di fikiran untuk bersengkang mata begini.
Tapi, apalah dayaku....
Andai mata tidak mahu lelap, mengapa dipaksa??
Biarlah aku melayan emosi berbaur sentimental ini seorang diri.
Mungkin ada diantara kamu yang bakal tergeliat lidah,
dan mungkin ada yang bakal ketawa sinis..
Maklumlah, aku menggunakan bahasa baku..
Andai ada yang tidak gemar dengan cara penyampaianku, maaflah..
Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak..
Tetapi, aku tidak menyusahkan sesiapa kan?
Aku berada di bilik..
Merenung ke dalam pekat malam dari tingkap bilikku..
Tiada bulan? Ya..tajuk yang ku tulis hanyalah bohong semata-mata..
Aku sepatutnya menulis 'Kala Malam tiada bulan..'
Kurenung langit yang gelap..
Kelam..Hitam..Kusam..
Mengapa tiada bintang?
Bukankah bintang dan bulan yang sering menyerikan langit yang hitam?
Aku termenung lagi..
Tiba-tiba aku teringat mimpi burukku semalam..
Ya, aku tahu mimpi sering dikatakan sebagai mainan tidur..
Tapi, apabila sering mendapat mimpi sebegini, aku mulai gerun..
Maksudku, bukanlah aku mendapat mimpi yang sama berulang-ulang, tetapi hanya konsep sahaja yang sama, dengan jalan cerita yang berbeza..
Mimpi buruk yang aku alami adalah berkaitan dengan "kahwin paksa".
Tolong jangan ketawa..Aku serius..
Sejak aku di bangku sekolah, aku telah mengalami mimpi di mana aku akan dikahwinkan dengan seorang yang tak aku kenali.
Dan aku sering mendapat mimpi sebegini..
Kepada yang tak pernah mengalaminya, mungkin kamu akan tersenyum sinis..
Tetapi, kepada aku yang mengalaminya di alam mimpi, ianya merupakan sesuatu yang amat menggerunkan..
Cuba kamu bayangkan, apakah perasaan yang dialami apabila kamu akan dikahwinkan dengan seseorang yang tak dikenali, tak pernah ditemui, dan kamu akan menghabiskan hidup kamu bersamanya..
Oh, sungguh mengerikan..
Aku musykil bagaimana zaman nenek moyang kita dahulu boleh berlaku sedemikian rupa..
Cuba kamu bayangkan, dalam salah satu episod mimpi saya..
Setelah selesai dinikahkan, barulah kami duduk berbual, baru hendak berkenalan, bertanya nama serta baru hendak menukar nombor telefon..
Lucu bukan?
Tetapi, dalam episod mimpi saya baru-baru ini, saya bakal dinikahkan dengan seseorang yang saya tidak kenali, dan pada masa yang sama, saya sudah mempunyai kekasih hati.
Dapatkah anda bayangkan perasaan saya dalam mimpi itu? Mungkin tidak..
Setelah semua tetamu hadir, saya pun bertanya kepada keluarga saya.."Yang mana satu?"
Ya, tidak saya nafikan, perasaan ingin tahu membuak-buak pada masa itu..
Dan apabila terpandangkan bakal suami saya dalam mimpi itu, dia tersenyum pada saya..
(Saya rasa seperti ingin lari dari rumah..)
Dalam dunia nyata, saya tidak pernah berjumpa dengan lelaki yang berwajah sebegitu.
Dia seorang yang kacak, persis model dengan ketinggian sebegitu..Apabila saya bertanya sekali lagi kepada keluarga, "Apakah pekerjaannya?" dan jawapan yang saya terima adalah "Polis"..
Oh..sungguh luarbiasa sekali. saya rasa seperti ingin ketawa dalam tangisan..Tangisan untuk perkahwinan paksa ini, dan ketawa kerana tidak pernah terlintas di fikiran bahawa saya akan bersuamikan seorang pegawai polis..
Itulah keajaiban mimpi..
Saya berasa bimbang apabila kerap bermimpi sebegini, sehinggakan pada suatu hari, saya menyuarakan kerisauan ini kepada ibu saya. "Adakah ibu akan memaksa saya berkahwin dengan pilihan keluarga? "(ayat soalan ini telah diolah supaya bersesuaian dengan tema kali ini) dan tentu sekali jawapan yang saya terima adalah "tidak!"
Dan jawapan itu telah cukup untuk melegakan hati saya yang rawan..
Saya rasa, cukuplah setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini..Jam digital di komputer riba telah menunjukkan angka 4:13 AM.
NOTAKAKI: Walaupun saya sering bermimpi tentang nikah dan kawin, saya tidak pernah bermimpi tentang perkara-perkara romantis antara suami isteri atau lebih dikenali sebagai malam pertama. Semua yang ada dalam mimpi saya hanyalah perkara yang mengerikan..
Kenapa ya? =)
Hilangkan perut buncit dengan cepat !
-
Alhamdulillah..
Hari ni, tinggal aku dengan anak anak je. Wife takda. Kerja luar. Makan
pagi , tengahari dah selesai. Malam lak. Jadi aku bawak anak ...
4 hours ago
3 OrG ConTeNg:
:( > cedihnyerrr...
babe!~
i rase mimpi u tu nk bg petanda suh u kawen cepat2..
kire mimpi u bg greenlight la suh kawen..
hikhik.. ;p
waa....tidak2...nape sume org tetibe terel tafsir mimpi lak ni..heheh~
Post a Comment