Bila kau sampai kat satu tahap di mana hari2 yang kau lalui amatlah tidak produktif, rasa diri macam useless, dengan jadual makan tak teratur, kepala plak kusut dengan masalah dalaman, kau akan mula buat perkara-perkara di bawah paras normal macam aku..sila percaya. aku serius..
1) aku mula marah2 macam perempuan pregnant/ menopaus *betul ke ejaan ni?*
aku taktau lah kenapa asyik nak marah2 je. mangsa utama aku mestilah adik laki aku tu. dah dia je yg ada kat rumah. tukang selerakkan umah. sampai satu tahap, dia cakap kat aku.."kamu ni kenapa kak? asyik nak marah je. mcm singa lapar. ko lapar ke? bia aan g beli makanan."
hahah..adoii..aku pon tak faham. gilakah aku? aku gilakah? aku kah gila? aaaaaa..
2) aku mula bercakap dengan haiwan
ya, memang sebelum ni aku selalu bersembang dengan kucing. tapi ia semakin merebak apabila aku mula bercakap dengan ikan dan anjing juga..
kucing tu memang hari2 la aku sembang. mmg normal. diorang pon da tak heran kalo aku dtg borak ngn diorang.
ikan bapak aku yg dalam kolam tu, aku slalu sembang dgn diorang, sebab diorang manje suka gesel2 kat tangan aku. petang2, aku duk tepi kolam sambil bagi diorang makan, sambil perasan jadi puteri gunung ledang main2 air kolam. duh~
anjing plak, jiran aku punya anjing. dia akan menyalak bila nampak aku. geram betul. kalau bapak aku ke, adik laki aku ke kuar, takde lak dia menyalak. hish. tiap2 kali aku kuar depan pagar tu, dia menyalak, aku pon masuk balik lam pagar. pastu pandang dia dari jauh dan ckp, "ko ni kenapa? apa salah aku. aku tak kacau ko pon. jangan la menyalak kat aku. jahat la ko ni..bla bla..yada yada.."
dan bila adik aku kuar, dia tanya, ko sembang ngan sape kak? huhuhu..malu saye!
3) termenung
aku boleh duduk termenung selama 1.5 jam tanpa henti. hebat tak? kejap2 berangan jadi bella, bercinta dengan edward cullen, kejap2 berangan jadi sara, bercinta ngan michael scofield..huhu~ best gak termenung ni rupanya..
4) update blog
sampai satu tahap kronik, blog lah jadi mangsa kena dengar celoteh aku... :D
kesian kau blog. tu la. sape suh jadi blog. padan muka kau!
Hilangkan perut buncit dengan cepat !
-
Alhamdulillah..
Hari ni, tinggal aku dengan anak anak je. Wife takda. Kerja luar. Makan
pagi , tengahari dah selesai. Malam lak. Jadi aku bawak anak ...
1 day ago
8 OrG ConTeNg:
weh hebat la ckp ngn haiwan..ahahah bleh berkawan ngn beastmaster nih..
haha..
kakak ku gilak suda..
obatnye: tggu adik mu yg kiut miut nih balik ye.. nnti kte g jenjalan..
hoho..
haha aku taw hana..kamuu ni sudah dilanda penyakit rinduuu....
rinduu ape?haa yg tu kita kena cari...kuikuikui... =P
sila bertenang
:p
hahaha.. bengong doh ko..
gi ah keje ke ape ke.
produktif la sket(ehem).
wahahahaahahahahahahah
kimie : hehe. tapi beastmaster faham haiwan ckp apa. :p
rena : haha. jom2.
areja : rindu ko la. hehe
damme : baik.. :D
arip : wahaha..yela2. contohi ko la ek.
beastmaster..xpe2,kra bgus la dapat jgk bercakap dgn haiwan..walaupon xpaham..hehe..released your stress or anger is better than kept it..
(cam salah jer perumpamaan tu)..huhu
aku rse anjing2 jiran ko 2 nk ngorat ko r hana...
dorg tu suwitt pewitt kt ko tu..
*eh pehal lak gune "dorg"..
haha
hebat gak ko ni eh..
leh menung 1.5 jam..
klh aku weh..
1 jam pn dh nk jd mengong2..
haha
Post a Comment