Friday, May 29, 2009

kepada si polan. sila bertaubat!

Minggu ni aku mengidam cheezy wedges lagi.
(bagi sesiapa yang belum tahu, aku memang gila kat makanan yang banyak cheese ni. makanan kurang sihat yang menggemukkan jugak yang aku suka. T_T)

Jadi, kepada sesiapa yang nak belanja aku tu sila take note.
Lebih cheese lebih bagus.
cheezy wedges tak payah blanja la. aku beli sendiri jek sbb murah. kalo nak blanje, beli yg mahal2 sikit. tunjukkan keikhlasan anda. ^^
hahahahhaha *gelak jahat ala2 professor klon*

eh, dah lari motif tulis blog.

okey, berbalik kepada isu kfc tadi..
aku da banyak kali merengek ckp teringin nk mkn kfc (cheezy wedges la tu)
aku ingatkan kalo aku merengek camtu sekejap je da dapat.
rupanya dekat seminggu jugak la baru dapat. (kenapa sume org wat bodo je? T_T)
sebabnya, aku malas kua umah..(aku baik weyh! duk umah je)
adik aku malas nak belikan.
parents aku busy.
ibu aku slalu suh kua g beli sendiri, tapi aku malas gak.
alasan aku : lesen mati da.
hehe. yup. baru renew semalam.punya la malas.

last2, ibu aku pon cakap, jom la g beli. ngeh3 (maka cik hananeechan bersoraklah keriangan)
tapi yang hampeh nya, kfc kat tempat aku ni memang hampeh.
serius! rasa mcm nak ^&$#@$&@#$ jek! huh.

ada ke patut cheezy wedges aku dia bg ciput jek!
sikit gile.
kentang tu sikit 1 hal la.
aku da ckp da nak extra cheese. dia wat bodo je. eeee aku pecat diorang ni kang.
kalau sape2 yang penah makan ngan aku, mesti tau.
EXTRA CHEESe itu wajib untuk aku.

sedey betul. T_T
dah la dia lupa nak letak coleslow dengan potato tu.
da smpai umah baru aku perasan.
n lagi satu, nachos. cheese dia pon sikit gila &*%#%#@!!!
bapak aa kedekut cheese diorang ni.
tempat lain aku makan ok jek diorang letak tau!
hish. geram sungguh hati patik ni tuanku.
patik rasa, tuanku patut menjatuhkan hukuman pancung kepada mereka.
hnsss!

kalau ade pekerja kfc branch ***************, sila bertaubat!
hey, customer always right, kan!
so, aku yang betul. kau salah!
cepat mintak maaf.

Tuesday, May 26, 2009

Saya bukan kurang waras, saya kurang normal je..

Bila kau sampai kat satu tahap di mana hari2 yang kau lalui amatlah tidak produktif, rasa diri macam useless, dengan jadual makan tak teratur, kepala plak kusut dengan masalah dalaman, kau akan mula buat perkara-perkara di bawah paras normal macam aku..sila percaya. aku serius..

1) aku mula marah2 macam perempuan pregnant/ menopaus *betul ke ejaan ni?*
aku taktau lah kenapa asyik nak marah2 je. mangsa utama aku mestilah adik laki aku tu. dah dia je yg ada kat rumah. tukang selerakkan umah. sampai satu tahap, dia cakap kat aku.."kamu ni kenapa kak? asyik nak marah je. mcm singa lapar. ko lapar ke? bia aan g beli makanan."
hahah..adoii..aku pon tak faham. gilakah aku? aku gilakah? aku kah gila? aaaaaa..

2) aku mula bercakap dengan haiwan
ya, memang sebelum ni aku selalu bersembang dengan kucing. tapi ia semakin merebak apabila aku mula bercakap dengan ikan dan anjing juga..
kucing tu memang hari2 la aku sembang. mmg normal. diorang pon da tak heran kalo aku dtg borak ngn diorang.

ikan bapak aku yg dalam kolam tu, aku slalu sembang dgn diorang, sebab diorang manje suka gesel2 kat tangan aku. petang2, aku duk tepi kolam sambil bagi diorang makan, sambil perasan jadi puteri gunung ledang main2 air kolam. duh~

anjing plak, jiran aku punya anjing. dia akan menyalak bila nampak aku. geram betul. kalau bapak aku ke, adik laki aku ke kuar, takde lak dia menyalak. hish. tiap2 kali aku kuar depan pagar tu, dia menyalak, aku pon masuk balik lam pagar. pastu pandang dia dari jauh dan ckp, "ko ni kenapa? apa salah aku. aku tak kacau ko pon. jangan la menyalak kat aku. jahat la ko ni..bla bla..yada yada.."
dan bila adik aku kuar, dia tanya, ko sembang ngan sape kak? huhuhu..malu saye!

3) termenung
aku boleh duduk termenung selama 1.5 jam tanpa henti. hebat tak? kejap2 berangan jadi bella, bercinta dengan edward cullen, kejap2 berangan jadi sara, bercinta ngan michael scofield..huhu~ best gak termenung ni rupanya..

4) update blog
sampai satu tahap kronik, blog lah jadi mangsa kena dengar celoteh aku... :D
kesian kau blog. tu la. sape suh jadi blog. padan muka kau!

Thanks a bunch!

Award ini diberikan oleh Shahril..Kawan blog saya. thanks!!



Yg ni pula diberikan oleh cik Lia Fareesya..Thanks dear~
Tag yg tu rasa mcm da buat. sila tgk di entry yg lepas2, k..


Saturday, May 23, 2009

HANTU baru lahir???? -_-

Haihhhh...
*ambil perhatian. ini mengeluh, bukan hye ok*


Tapape je kan? awal2 entry dah mengeluh..erm, tu la pasal..
entah la..life is just funny i guess..
it's not funny like u feel like laughing all day long..no!

it's more like, just in one night, u can feel a lot of feelings..
for example, early at the night u feel just okay,
suddenly something happen, that u were so happy *hepi x ingat dunia, ingat akhirat je.heh.*
and late at night u feel totally unhappy *mcm nak tido 24 jam tanak bangun....*

erm, funny ke tu? macam tak je. heh..

i was happy last nite coz i got a perfume that i want so badly..a gift.

but after that, when i'm suddenly unhappy, i started hurmm, u know can't-concentrate-feeling-empty-dreaming-like-a-zombie thing. only your body is there. but your soul isn't.

yes.
i feel like that.
and i play the love story song by taylor swift, over n over again. i hardly noticed!

"i got tired of waiting
wonder if u ever coming around
my faith of you were fading"

in the middle of the song, that girl is tired of waiting, but in the end, the boy came and proposed.
what a happy ending eh?
hurmmmmmmm....-_-
okay lah! enuff of the emo part!

-------------------------------------------------------------------

Wishing HAPPY BIRTHDAY kepada cik Sharwani...
Cepat2 kawin. aku tak kisah ko langkah bendul pon. sila2.
hehehe...

-------------------------------------------------------------------

:D
ha, sengih lak tetiba ni kenapa?
heheh...

aku rasa aku penah cite pasal kucing aku. semuanya asal dari kucing liar, tapi di beri makan setiap hari, dah jadi macam kucing sendiri.

baru2 ni, ada satu lagi kucing betina datang meminta simpati. selalu curik makan.geram betul. tapi bagi jela. kesian plak kan. xkisah la tu.

TAPIII..
tadi kucing betina tu dtg masuk rumah, mengiau-ngiau, nak tarik perhatian sume org.
aku pelik gile kenapa kucing ni..?

humphh..rupanya dia nak beranak.duhh..
dia beranak depan pintu umah aku weyh!!
lepas mak aku amik kotak n letak kain, baru la dia masuk dlm kotak tu.

memula ingat aku nak la jadi bidan, tolong dia push. haha
tapi tengok ok je anak dia kua da terus bole jalan2..eh, merangkak.

tapi yang hampeh nya,
aku PITAM weh!

bunguk betul. siyes. aku terpaksa me'landing'kan diri kat ruang tamu tu.
memalukan. huh!

aku takleh jadi bidan ke? hurm..
aku rasa aku bukan pitam pasal tu.. aku pitam sebab tak makan dari semalam.
aku tatau la nape aku malas nak makan sejak akhir2 ni.
sebab tu la aku pitam.bukan aku geli. *cewah.kontrol2*

sorry la takde gambar. memula nak tangkap gambar,sebelum aku pitam tu.
tapi risau plak nanti anak dia mati. org cakap tak elok tangkap gambar anak kucing. nanti dia mati.
tatau la btol ke tak.

TAPI...
yang aku heran nye, dalam banyak2 rumah kat taman aku ni kan, kenapa rumah aku yang dia pilih?
rumah aku da cukup banyak dah kucing liar. kenapa nak tambah lagi dia dan anak dia?? adoi la..
macam tau2 je kan yg kitorang ni tak sampai hati nak biar dia camtu.

mak aku cakap, "haih..bertambah lagi kucing kat umah ni."
aku jawab, "agaknya, diorang ingat rumah kita ni RUMAH KEBAJIKAN KUCING LIAR kat taman ni agaknya.."
huhuhuu..

aku patut mintak bayaran ke ek?
kang cakap tak ikhlas plak.
aaaaa.....
susah2..
adik aku dah start pilih2 nama da untuk anak kucing tu.
dia nak letak nama HANTU.
buruk gila ok..
sian kucing tu tak bersalah.
:

PEsanaNpEnaJa: kalau korg ade cadangan nama, boleh la taip ON NAMA jarak NAMA KUCING dan hantar ke 23232..TQ

Thursday, May 21, 2009

Percutian paling singkat dalam sejarah! sila percaya..

Kat umah sekarang ni ada aku, parents dan adik lelaki aku *haah, yg kuat mkn tu*. adik perempuan yg bongsu tu takde..dia kat sg petani, blom cuti..so, dia tersangatlah jeles bila tau aku dan bro ada kat umah..*walopun xde la apa yg menarik pon kat umah ni. huhu* nak dijadikan cerita, pada suatu petang yang suam2 teh o ..

aku dapat panggilan telefon.

Rena : Kakak, ko ada kat umah ke?

Aku : haah. nape?

Rena : Moto rosak. rena sorg2 je ni kat tepi highway. *suara da nak nangis*

Aku : laa..ko balik ke? katne tu?

Rena : dekat dengan taiping.

Aku : nanti jap akak call abah.

setelah kecoh2 call sana sini, aku dan ibu pergila drive sampai atas sikit dari taiping.*abah meeting* keluar tol kamunting, pusing dan masuk balik tol sebab nak g kat adik bertuah aku tu.nampak la dari kejauhan dia duk sorang2 tepi longkakng.

huhu.. kesian gila.. lama gak kitorang tersadai kat situ. moto rosak kol 3.45

kitorang sampai kol 4 lebih..

bantuan sampai kol 6 lebih..

tapi polis ronda plus tu pon taleh tolong sebab motor tu taleh nak tarik. dia takleh jalan ke depan.mak aku pon call pakcik aku yg duk kat taiping.pakcik dtg dengan kazen aku, abg am.diorg la yg pikir kan jalan camana nak tarik. org plus tu tatau nak wat ape.





ni la dia adik bertuah ku itu..



disebabkan moto tu takleh jalan ke depan, so abg am pon undurkan moto tu ke belakang..n boleh la bergerak.
adegan menolak motor secara mengundur berlaku sejauh 3km. *sume org yg lalu pandang 2-3 kali*
basah beb baju dgn peluh..keluar kat tol changkat jering sbb kat situ ada bengkel.*situ je pon yg paling dekat*

mesti diorang heran kenapa kitorang tolak motor secara mengundur. mcm bodo plak kan. huuhu..aku ngan mak aku naik keta dulu, tgglkn dorg n g beli air kat kedai mkn dkt dgn toll gate tu. pastu aku pon jalan kaki masuk balik highway.

ok cuba bayangkan, sorang pompuan ayu *ehem,nak muntah sila kuar* berjalan sorang2 masuk lebuh raya yang berlawanan arus dengan kenderaan lain, sambil bawak plastik air.
hohohoh...ya, banyak kali kena hon. kalau kereta aku x kisah. yg paling aku tensen bila lori besa gedabak tu hon kat tepi telinga aku ni. kuat giloss..bunguk. sakit telinga aku.
*sila bayangkan perempuan jalan sorg2, sambil maki hamun*
oh sh*t..sejibik mcm org gila sbb skali pandang mcm ckp sorg2..aaaaaaaaaaaaa~


untuk pengetahuan, adik aku balik tanpa bagitau. dia naik moto sorg2 dri sg petani tu.
esok nye pukul 2 dia ade exam. aku nak ckp adik aku gila, tak jugak waras je aku tgk.
heheh.. homesick tahap cipan la konon..


Bila da smpai bengkel kat changkat jering tu, abah aku pon sampai dengan adik laki aku.
my sis of coz la takut kena marah.
bila dia g salam dengan bos, n dtg balik kat aku dia ckp..

Rena : aduhh kak..kene setempek.
Aku : abah cakap apa?
Rena : abah cakap "ha, puas la ati kau satu kampung turun"
Aku : Muahahahhahahahahh

siyes beb, aku tak sangka abah leh kuarkan ayat memerli yang sepedas itu. huhuhuh

nasib baik xde jadi pape yg lagi teruk. haihh...lepas hantar bengkel, repair, n malam baru kitorang balik..

esok pagi nya *sangat pagi ok*, aku plak kena drive g sg petani, hantar dia balik sbb dia nak exam. huhu..mmg bertuah betol la dak nih..

so nak bgtau nye kat sini...
itu la percutian paling singkat dlm sejarah aku. huhu..
pergi sg petani, hantar adik aku, pastu balik. bercutila tu kan? kan? haha
peh.. lenguh kaki, pinggang, dan montot aku drive tanpa henti. cis..*berenti isi minyak je.*

pesanan kat kwn2.. kalau korang bosan duk umah, dtg la umah aku.. jom aku bwk g penang ka..kedah ka..pulau ka.. hahahahhahahaha
*angkat kening kat lyla*
^^


Thursday, May 14, 2009

Dia KEmbaLi mEngHanTui ANDA..

Hellooo...Helllooo...Helloooo...
eyh! Assalamualaikum~ :D

HEeee.....Saya berasa sungguh teruja kerana dpt update blog. ngeeee...banyak da nii yg saya simpan. membuak buak banyaknye, sampaikan blur tatau nak taip apa. heh.

first of all, i'm home!! yaay...okey, walaupun da agak basi disitu..lantaklah. nak bagitau gak! :D

sesampainya saya di rumah, saya telah mengalami demam panas sehingga tak larat bangun, melepek je atas katil macam kain buruk, kepala yang berpinar-pinar, dan kalau berjalan sikit pon da nak pitam..nak online pon xlarat.*part tu yg paling sedey sekali dan susah untuk terima kenyataan*
kesannya kpd masyarakat, saya tak dpt update blog..hehee..kesan la sgt...

okay...sebelum saya teruskan kepada hujah saya yang seterusnya, saya nak letak sikit entry yang saya tertinggal...

pada 9 may yang lalu, seorang Lia Fareesya telah menyambut hari lahirnya yang ke-21..
HAPPY BIRTHDAY LIA!!!!! semoga happy selalu, semoga bahagia ngan ayid, semoga murah rezeki, semoga panjang umur, semoga cepat kawin... :D

10 may.. nak wish happy mother's day to my beloved mother..
SELAMAT HARI IBU!!! thanks 4 being such a great mother!

sorry, entry tanpa gambar.

fyi, saya tengah on9 menggunakan laptop adik saya. SCREAMYX di rumah saya sgt sengal kerana saya tak boleh on9 guna laptop saya. laptop ibu dan adik saya bole plak on9? sape yang sengal sebenarnya kat sini??? ya, laptop saya yg sengal.. T__T *kena terima hakikat*

tapi tak kira la. nak salahkan streamyx gak. bia la. hahaha~
jadi, entry saya sepi tanpa gambar kerana gambar2 dlm laptop adik saya ni mcm xde je..
-_-"

aktiviti di rumah :
selepas baik sikit dari demam panas menjadi demam kurang panas, saya da boleh bergerak kesana kemari..
kemas rumah, masak2, dan aktiviti wajib yang sewaktu dengannya dan tak payah la saya ceritakan di sini, nanti org cakap saya nak promote diri plak.. AFUNDI HANANEECHAN!!

saya nak cerita aktiviti yang hampeh sewaktu di rumah:

Kucing.
kat rumah saya ada kucing, tapi disebabkan mereka asalnya kucing liar, dan nakal pula, jadi mereka ni dilarang masuk rumah. hanya boleh bermain di luar rumah. jadi, seperti yang saya cakap tadi, mereka sangat nakal, maka saya perlu berperang dengan mereka setiap hari. saya tak faham kenapa mereka beria-ia nak masuk ke dalam rumah. pantang dengar bunyi bukak pintu, dia da ready da depan pintu. tinggal get set...go!! jer.. haih..bayangkanla tiap2 kali nak kua contohnye, nak sidai baju..kena bukak kunci pintu pelan2 tanak diorg dengar n kena intai dulu. hampeh. ni rumah aku la woi. nape lak aku yg kena nyorok ngan korang..aaa...tak aci..
bile kua, diorang da buat muka comel depan pintu..eleh, ingat aku tergoda la tu. huh! no entry gak! *walaupun saya suka kucing, tapi diorang ni kucing liar. nanti wat rumah sepah, bila tanya sape wat, suma tanak ngaku..cis*

adik.
Sape ada adik lelaki, hantuk kepala kat dinding sekarang..ngeee...
adik lelaki saya muda setahun je dari saya..sangat kuat makan. tak gemok pon, tatau la mane dia sumbat segala makanan yang dia makan tu..ntah la. mungkin dalam perut dia banyak compartment kot. tu yg bole simpan segala jenis mkanan tu..
TAPI...
kalau dia kuat makan dan pandai buat makanan@cari makanan sendiri, mmg saya tak kisah. sumpah. ini tak..dia mmg tak reti masak nasi, tak reti masak ape2..sume nak org sediakan. mak saya plak mmg manjakan dia ni. memang dah pesan awal2 sebelom g keje, wat makanan kalo adik lapar. tapi, even kdg2 kalau saya malas, n saya suruh dia masak sendiri pon, lama2 saya jugak yang kena masakkan... sebab apa?
kalau dah setiap 2 minit dia jerit dari dapur tanya mcm2 soalan kurang munasabah, boleh ke kau sabar? huhuhu..

apa soalan kurang munasabah tu??

-nak bukak api ni nak pusing kiri ke kanan??
-minyak kat mana?
-minyak nak letak banyak mana?
-api ni nak kuat ke perlahan?
-bape lama nak tunggu dia masak?


haihh..ni baru sikit, ntah ape2 lagi ntah yang dia tanye..penat nak jawab last2 saya pon berkata...
haih, bak sini la kakak masak..dan dia akan tersengih kemenangan! -_-

dah la dia ni asyik lapar je. bila yang dia kenyang pon tatau. pendek kata memang bersih la peti ais tu dia licinkan. huhu..da taraf monster kan? ke mmg org laki cmtu?? abah saya tak camtu pon? hurm...tapi tu aa..da nama pon adik kan, layankan aje la..

bayangkanla, sejam yang lepas, saya da watkan 1 jug air untuk dia.. habis 1 jug. bila mak saya balik kerja, dia mintak mak saya plak buatkan. ape kes? air yang sama plak tu. huhu..pelik sungguh!

hurm, okla..kutuk dia banyak2 plak kat sini. padahal tgh guna laptop dia ni. ngeh.ngeh.ngeh..
selamat bercuti ya kawan2..
=)

Thursday, May 7, 2009

April Dedication

Nak wish Birthday untuk kawan2 lahir bulan April..

Shira, Kawan sekolah fardhu ain dulu..
Ibu, my beloved mother..
Afini, ex-schoolmate..
Eqin, my classmate..
Hajar Aishah, ex-schoolmate..
Dayah, ex-schoolmate..
Kak Wani, jiran merangkap member..
Khair, coursemate
Asherapth, my pacikbesa..
Faridatul, ex-schoolmate..
Mizun, ex-roommate..
Fairus, ex-schoolmate yg comel..
Aiman, my jiran merangkap kwn tadika, kwn skolah rendah, kawan UM..
Yazid, collegemate..
MINE..
Mamat, my jiran merangkap kawan tadika dan kawan sekolah rendah..
Azizi, ex-collegemate..
Hetty, ex-schoolmate..
Nawwar, ex-schoolmate..
Solihah, ex-schoolmate and dormmate..

Wednesday, May 6, 2009

Percutian 4 budak hitam

Alkisah...
Lepas habis exam 30hb aritu, esoknye aku terus berangkat ke terengganu..
tempat yg aku paling rindu nak pegi.
sebabnye, dulu aku blaja kat sane lama..
so percutian aku, hajar, yati dan ida pon bermula..
nasib baik hajar book hotel cepat2..sebab penuh woo..

1st Day..
- Smpai kemaman, naik bas ngan ida g KT. (mamat kat blakang kitorg dlm bas tu bising betul. kacau je org nak tido tau. kalau korang baca ni, sila diam lain kali. huh.)
-tido umah hajar.

2nd Day..
-bgn pagi jogging kat bukit besar. (aku x jogging pon. jalan2, bergambar je.huhu)
-makan nasi kerabu yg aku rindu gila tu...huhuhu..sedap!! licin babe! (memula aku da nk tapau da..tapi xjd plak. kwn aku ckp, mkn la bnda lain plak..huhu)
-merayau kat pantai.


-usha airport baru
-beli tudung berjemaah.hahah(yg ni pling xleh bla. same jek sume.mcm boria)
-check-in hotel
-tengok movie berjemaah
-mandi swimming pool dengan pelbagai aksi. hahaha
-makan kek secret recipe. *sambut belated birthday*
-main kamera, mekap, gossip..mcm2..3 in 1
-kua makan



Hitam kan tudung kitorang? hahaha..
time kua mkn sume nak pkai tudung hitam tu. poyo gile.huhu..

3rd Day
-hurm..da mls plak nak tulis..
hehehehhe

kesimpulannya disini..percutian kali ni amat menggembirakan.
kawan2..mari kita bercuti lagi di lain bulan ek..huhu..
puas hati sebab :
-dapat mkn nasi kerabu
-dapat mkn nasi air
-dapat jln2 kat pantai sana mcm dulu
-dapat jumpa kawan2..(kalau ina ada kan best..)
lain kali nak g lagi la...sape nak ikot?? :D