Saturday, May 23, 2009
HANTU baru lahir???? -_-
*ambil perhatian. ini mengeluh, bukan hye ok*
Tapape je kan? awal2 entry dah mengeluh..erm, tu la pasal..
entah la..life is just funny i guess..
it's not funny like u feel like laughing all day long..no!
it's more like, just in one night, u can feel a lot of feelings..
for example, early at the night u feel just okay,
suddenly something happen, that u were so happy *hepi x ingat dunia, ingat akhirat je.heh.*
and late at night u feel totally unhappy *mcm nak tido 24 jam tanak bangun....*
erm, funny ke tu? macam tak je. heh..
i was happy last nite coz i got a perfume that i want so badly..a gift.
but after that, when i'm suddenly unhappy, i started hurmm, u know can't-concentrate-feeling-empty-dreaming-like-a-zombie thing. only your body is there. but your soul isn't.
yes.
i feel like that.
and i play the love story song by taylor swift, over n over again. i hardly noticed!
"i got tired of waiting
wonder if u ever coming around
my faith of you were fading"
in the middle of the song, that girl is tired of waiting, but in the end, the boy came and proposed.
what a happy ending eh?
hurmmmmmmm....-_-
okay lah! enuff of the emo part!
-------------------------------------------------------------------
Wishing HAPPY BIRTHDAY kepada cik Sharwani...
Cepat2 kawin. aku tak kisah ko langkah bendul pon. sila2.
hehehe...
-------------------------------------------------------------------
:D
ha, sengih lak tetiba ni kenapa?
heheh...
aku rasa aku penah cite pasal kucing aku. semuanya asal dari kucing liar, tapi di beri makan setiap hari, dah jadi macam kucing sendiri.
baru2 ni, ada satu lagi kucing betina datang meminta simpati. selalu curik makan.geram betul. tapi bagi jela. kesian plak kan. xkisah la tu.
TAPIII..
tadi kucing betina tu dtg masuk rumah, mengiau-ngiau, nak tarik perhatian sume org.
aku pelik gile kenapa kucing ni..?
humphh..rupanya dia nak beranak.duhh..
dia beranak depan pintu umah aku weyh!!
lepas mak aku amik kotak n letak kain, baru la dia masuk dlm kotak tu.
memula ingat aku nak la jadi bidan, tolong dia push. haha
tapi tengok ok je anak dia kua da terus bole jalan2..eh, merangkak.
tapi yang hampeh nya,
aku PITAM weh!
bunguk betul. siyes. aku terpaksa me'landing'kan diri kat ruang tamu tu.
memalukan. huh!
aku takleh jadi bidan ke? hurm..
aku rasa aku bukan pitam pasal tu.. aku pitam sebab tak makan dari semalam.
aku tatau la nape aku malas nak makan sejak akhir2 ni.
sebab tu la aku pitam.bukan aku geli. *cewah.kontrol2*
sorry la takde gambar. memula nak tangkap gambar,sebelum aku pitam tu.
tapi risau plak nanti anak dia mati. org cakap tak elok tangkap gambar anak kucing. nanti dia mati.
tatau la btol ke tak.
TAPI...
yang aku heran nye, dalam banyak2 rumah kat taman aku ni kan, kenapa rumah aku yang dia pilih?
rumah aku da cukup banyak dah kucing liar. kenapa nak tambah lagi dia dan anak dia?? adoi la..
macam tau2 je kan yg kitorang ni tak sampai hati nak biar dia camtu.
mak aku cakap, "haih..bertambah lagi kucing kat umah ni."
aku jawab, "agaknya, diorang ingat rumah kita ni RUMAH KEBAJIKAN KUCING LIAR kat taman ni agaknya.."
huhuhuu..
aku patut mintak bayaran ke ek?
kang cakap tak ikhlas plak.
aaaaa.....
susah2..
adik aku dah start pilih2 nama da untuk anak kucing tu.
dia nak letak nama HANTU.
buruk gila ok..
sian kucing tu tak bersalah.
:
PEsanaNpEnaJa: kalau korg ade cadangan nama, boleh la taip ON NAMA jarak NAMA KUCING dan hantar ke 23232..TQ
Thursday, May 21, 2009
Percutian paling singkat dalam sejarah! sila percaya..
Kat umah sekarang ni ada aku, parents dan adik lelaki aku *haah, yg kuat mkn tu*. adik perempuan yg bongsu tu takde..dia kat sg petani, blom cuti..so, dia tersangatlah jeles bila tau aku dan bro ada kat umah..*walopun xde la apa yg menarik pon kat umah ni. huhu* nak dijadikan cerita, pada suatu petang yang suam2 teh o ..
aku dapat panggilan telefon.
Rena : Kakak, ko ada kat umah ke?
Aku : haah. nape?
Rena : Moto rosak. rena sorg2 je ni kat tepi highway. *suara da nak nangis*
Aku : laa..ko balik ke? katne tu?
Rena : dekat dengan taiping.
Aku : nanti jap akak call abah.
setelah kecoh2 call sana sini, aku dan ibu pergila drive sampai atas sikit dari taiping.*abah meeting* keluar tol kamunting, pusing dan masuk balik tol sebab nak g kat adik bertuah aku tu.nampak la dari kejauhan dia duk sorang2 tepi longkakng.
huhu.. kesian gila.. lama gak kitorang tersadai kat situ. moto rosak kol 3.45
kitorang sampai kol 4 lebih..
bantuan sampai kol 6 lebih..
tapi polis ronda plus tu pon taleh tolong sebab motor tu taleh nak tarik. dia takleh jalan ke depan.mak aku pon call pakcik aku yg duk kat taiping.pakcik dtg dengan kazen aku, abg am.diorg la yg pikir kan jalan camana nak tarik. org plus tu tatau nak wat ape.
disebabkan moto tu takleh jalan ke depan, so abg am pon undurkan moto tu ke belakang..n boleh la bergerak.
adegan menolak motor secara mengundur berlaku sejauh 3km. *sume org yg lalu pandang 2-3 kali*
basah beb baju dgn peluh..keluar kat tol changkat jering sbb kat situ ada bengkel.*situ je pon yg paling dekat*
mesti diorang heran kenapa kitorang tolak motor secara mengundur. mcm bodo plak kan. huuhu..aku ngan mak aku naik keta dulu, tgglkn dorg n g beli air kat kedai mkn dkt dgn toll gate tu. pastu aku pon jalan kaki masuk balik highway.
ok cuba bayangkan, sorang pompuan ayu *ehem,nak muntah sila kuar* berjalan sorang2 masuk lebuh raya yang berlawanan arus dengan kenderaan lain, sambil bawak plastik air.
hohohoh...ya, banyak kali kena hon. kalau kereta aku x kisah. yg paling aku tensen bila lori besa gedabak tu hon kat tepi telinga aku ni. kuat giloss..bunguk. sakit telinga aku.
*sila bayangkan perempuan jalan sorg2, sambil maki hamun*
oh sh*t..sejibik mcm org gila sbb skali pandang mcm ckp sorg2..aaaaaaaaaaaaa~
untuk pengetahuan, adik aku balik tanpa bagitau. dia naik moto sorg2 dri sg petani tu.
esok nye pukul 2 dia ade exam. aku nak ckp adik aku gila, tak jugak waras je aku tgk.
heheh.. homesick tahap cipan la konon..
Bila da smpai bengkel kat changkat jering tu, abah aku pon sampai dengan adik laki aku.
my sis of coz la takut kena marah.
bila dia g salam dengan bos, n dtg balik kat aku dia ckp..
Rena : aduhh kak..kene setempek.
Aku : abah cakap apa?
Rena : abah cakap "ha, puas la ati kau satu kampung turun"
Aku : Muahahahhahahahahh
siyes beb, aku tak sangka abah leh kuarkan ayat memerli yang sepedas itu. huhuhuh
nasib baik xde jadi pape yg lagi teruk. haihh...lepas hantar bengkel, repair, n malam baru kitorang balik..
esok pagi nya *sangat pagi ok*, aku plak kena drive g sg petani, hantar dia balik sbb dia nak exam. huhu..mmg bertuah betol la dak nih..
so nak bgtau nye kat sini...
itu la percutian paling singkat dlm sejarah aku. huhu..
pergi sg petani, hantar adik aku, pastu balik. bercutila tu kan? kan? haha
peh.. lenguh kaki, pinggang, dan montot aku drive tanpa henti. cis..*berenti isi minyak je.*
pesanan kat kwn2.. kalau korang bosan duk umah, dtg la umah aku.. jom aku bwk g penang ka..kedah ka..pulau ka.. hahahahhahahaha
*angkat kening kat lyla*
^^
Thursday, May 14, 2009
Dia KEmbaLi mEngHanTui ANDA..
eyh! Assalamualaikum~ :D
HEeee.....Saya berasa sungguh teruja kerana dpt update blog. ngeeee...banyak da nii yg saya simpan. membuak buak banyaknye, sampaikan blur tatau nak taip apa. heh.
first of all, i'm home!! yaay...okey, walaupun da agak basi disitu..lantaklah. nak bagitau gak! :D
sesampainya saya di rumah, saya telah mengalami demam panas sehingga tak larat bangun, melepek je atas katil macam kain buruk, kepala yang berpinar-pinar, dan kalau berjalan sikit pon da nak pitam..nak online pon xlarat.*part tu yg paling sedey sekali dan susah untuk terima kenyataan*
kesannya kpd masyarakat, saya tak dpt update blog..hehee..kesan la sgt...
okay...sebelum saya teruskan kepada hujah saya yang seterusnya, saya nak letak sikit entry yang saya tertinggal...
pada 9 may yang lalu, seorang Lia Fareesya telah menyambut hari lahirnya yang ke-21..
HAPPY BIRTHDAY LIA!!!!! semoga happy selalu, semoga bahagia ngan ayid, semoga murah rezeki, semoga panjang umur, semoga cepat kawin... :D
10 may.. nak wish happy mother's day to my beloved mother..
SELAMAT HARI IBU!!! thanks 4 being such a great mother!
sorry, entry tanpa gambar.
fyi, saya tengah on9 menggunakan laptop adik saya. SCREAMYX di rumah saya sgt sengal kerana saya tak boleh on9 guna laptop saya. laptop ibu dan adik saya bole plak on9? sape yang sengal sebenarnya kat sini??? ya, laptop saya yg sengal.. T__T *kena terima hakikat*
tapi tak kira la. nak salahkan streamyx gak. bia la. hahaha~
jadi, entry saya sepi tanpa gambar kerana gambar2 dlm laptop adik saya ni mcm xde je..
-_-"
aktiviti di rumah :
selepas baik sikit dari demam panas menjadi demam kurang panas, saya da boleh bergerak kesana kemari..
kemas rumah, masak2, dan aktiviti wajib yang sewaktu dengannya dan tak payah la saya ceritakan di sini, nanti org cakap saya nak promote diri plak.. AFUNDI HANANEECHAN!!
saya nak cerita aktiviti yang hampeh sewaktu di rumah:
Kucing.
kat rumah saya ada kucing, tapi disebabkan mereka asalnya kucing liar, dan nakal pula, jadi mereka ni dilarang masuk rumah. hanya boleh bermain di luar rumah. jadi, seperti yang saya cakap tadi, mereka sangat nakal, maka saya perlu berperang dengan mereka setiap hari. saya tak faham kenapa mereka beria-ia nak masuk ke dalam rumah. pantang dengar bunyi bukak pintu, dia da ready da depan pintu. tinggal get set...go!! jer.. haih..bayangkanla tiap2 kali nak kua contohnye, nak sidai baju..kena bukak kunci pintu pelan2 tanak diorg dengar n kena intai dulu. hampeh. ni rumah aku la woi. nape lak aku yg kena nyorok ngan korang..aaa...tak aci..
bile kua, diorang da buat muka comel depan pintu..eleh, ingat aku tergoda la tu. huh! no entry gak! *walaupun saya suka kucing, tapi diorang ni kucing liar. nanti wat rumah sepah, bila tanya sape wat, suma tanak ngaku..cis*
adik.
Sape ada adik lelaki, hantuk kepala kat dinding sekarang..ngeee...
adik lelaki saya muda setahun je dari saya..sangat kuat makan. tak gemok pon, tatau la mane dia sumbat segala makanan yang dia makan tu..ntah la. mungkin dalam perut dia banyak compartment kot. tu yg bole simpan segala jenis mkanan tu..
TAPI...
kalau dia kuat makan dan pandai buat makanan@cari makanan sendiri, mmg saya tak kisah. sumpah. ini tak..dia mmg tak reti masak nasi, tak reti masak ape2..sume nak org sediakan. mak saya plak mmg manjakan dia ni. memang dah pesan awal2 sebelom g keje, wat makanan kalo adik lapar. tapi, even kdg2 kalau saya malas, n saya suruh dia masak sendiri pon, lama2 saya jugak yang kena masakkan... sebab apa?
kalau dah setiap 2 minit dia jerit dari dapur tanya mcm2 soalan kurang munasabah, boleh ke kau sabar? huhuhu..
apa soalan kurang munasabah tu??
-nak bukak api ni nak pusing kiri ke kanan??
-minyak kat mana?
-minyak nak letak banyak mana?
-api ni nak kuat ke perlahan?
-bape lama nak tunggu dia masak?
haihh..ni baru sikit, ntah ape2 lagi ntah yang dia tanye..penat nak jawab last2 saya pon berkata...
haih, bak sini la kakak masak..dan dia akan tersengih kemenangan! -_-
dah la dia ni asyik lapar je. bila yang dia kenyang pon tatau. pendek kata memang bersih la peti ais tu dia licinkan. huhu..da taraf monster kan? ke mmg org laki cmtu?? abah saya tak camtu pon? hurm...tapi tu aa..da nama pon adik kan, layankan aje la..
bayangkanla, sejam yang lepas, saya da watkan 1 jug air untuk dia.. habis 1 jug. bila mak saya balik kerja, dia mintak mak saya plak buatkan. ape kes? air yang sama plak tu. huhu..pelik sungguh!
hurm, okla..kutuk dia banyak2 plak kat sini. padahal tgh guna laptop dia ni. ngeh.ngeh.ngeh..
selamat bercuti ya kawan2..
=)
Thursday, May 7, 2009
April Dedication
Wednesday, May 6, 2009
Percutian 4 budak hitam
-usha airport baru





