Tuesday, October 5, 2010

Raya Versi " Dah Basi Baru Nak Post!!"

Selamat Hari Raya!! ha ha..
Adoi, terasa basi gila pulak.. Tapi lantak lah. nak wat gak post raya. =p

Family saya beraya kat Melaka. Masjid Tanah kampung belah mak.
Gambar banyak sangat, tapi saya letak gambar yang "senonoh" jela.. He he

Oh ye, masa nak dekat raya tu kan, tiba-tiba ada jerawat pulak baru nak naik. Haish. potong stim betul. Dah la besar, sakit pulak tu.. Saje je nak enterframe dalam gambar raya kan kan..



Gambar dengan nenek. Ni semua sepupu perempuan. Ramai lagi, tapi diorang belum sampai. And ada yang tak dapat balik jugak..



Ni pulak sepupu lelaki dengan nenek. pon same. tak ramai yang ade..



Ni tempat wajib bergambar. kat kampung saya ada serambi. kat serambi dan tangga serambi ni memang dah jadi tempat wajib bergambar tiap-tiap tahun. tak tau la ape yang cantiknya serambi tu sampai jadi tempat fevret dari kecik sampai besa..



dulu kecik2 tempat kitorang duduk tu bukan tempat bergambar tu, tapi tempat main. segala jenis aktiviti memanjat, bergayut, terjatuh semua pernah berlaku.. tapi da besar-besar ni jadi tempat posing pulak.^^



oh, belum habis lagi posing kat area serambi. kalau tengok 1 album memang boleh muntah sebab banyak sangat. :p tapi kitorang tak pernah la bosan bergambar..



Kazen-kazen!
oh, nampak tak jerawat saya? mesti tak nampak kan. nice angle! ha ha..



Kazen lagi!
Oh, nampak macam tangga je kan, dan saya pendek. ilusi optik je semua tu.
jangan percaya! =.=





Malam raya pertama tu, saya dan kazen2 keluar menjelajah ke bandar melaka. menjelajah ya, bukan menjajah!

gambar-gambar paling sopan pada malam tersebut, ada 2 je yang saya boleh letak. =p




Lagi2 kazen..



Gambar ni kat pantai mane ntah. lupa dah. tapi tak nampak pon laut nyer..gelap!


Raya kedua pulak kitorang wat BBQ. sedap oh! satu rumah bau asap sedap. tau tak asap sedap tu macam mana? bukan macam asap rokok tu. tak sedap... huhu.
Kesimpulannya, raya memang best. Makanan semua best. Kazen2 lagi best.. :)

3 OrG ConTeNg:

Unknown said...

Pantai tu mcm yg kat Johor Bahru.

Hananeechan said...

yeke..sbb jiran kot melaka dgn johor :p

Unknown said...

Haha. Batu2 nampak cam kat JB. Tapi batu2 kt JB tu kecik lagi kot.