Sunday, October 31, 2010

Anak abah

Menu tengahari ni :
-Sushi beli kat cold storage.
-Air vitagen berwarna warni.

Tapi disebabkan duduk kat kolej, minum sorang-sorang je air ni. Roommate pon takde nak share.
Teringat pulak dulu-dulu masa zaman tok kaduk. Saya baru sekolah rendah. Family saya ada 5 orang. Kalau ibu saya beli air vitagen yang satu paket tu, memang cukup-cukup la untuk sorang satu kan.

Tapi nak dijadikan kisah, abah saya ni selalunya tak nak benda-benda macam ni. So, bila ibu balik je dari beli barang, kitorang 3 beradik ni mesti nak sibuk-sibuk tanya abah. "Abah nak tak air vitagen?" Sebab selalunya bila abah jawab taknak, mesti lah orang yang tanya tu yang dapat extra. Macam budak-budak je. tapi memang budak-budak pun.

Kadang-kadang benda sekecil ni pun sampai boleh jadi gaduh. berkira sangatt..
Bukan air vitagen je..macam-macam jenis makanan la..mesti berebut nak tanya abah.
Konon-konon macam "care" sangat lah kat abah semua berebut nak tanya abah. padahal dah macam lanun versi bersopan. bersopan la, sebab sebelum rembat mintak izin dulu.. teruk betul lah....ish3..

sampai kan kalau ibu tengok dah macam ada tanda-tanda nak jadi gaduh tu, mesti ibu cakap kat abah..
"Abang ambik jela, nanti budak-budak ni berebut.."
pastu abah mesti cakap "Bak sini abah punye..kesian abah tak penah dapat."

Pastu semua pon frust la..sebab abah nak jugak.....*terasa jahat pulak.ha ha*


Tapi bila dah besar-besar ni, takde siapa heran pon air vitagen ke apa ke dalam peti sejuk tu..
just kalau adik lelaki balik, dia akan jalankan operasi membersihkan peti ais. memang efficient la perut dia boleh masuk semua. Bersih macam guna vacuum. :D


Wednesday, October 27, 2010

Why...Kenapa..??.

Teruk sangat carry mark subjek tu.. Dah la susah. Lecturer foreigner tu mmg tak faham ape benda dia cakap, ape benda dia ajar.... Takde assignment plak tu yg boleh bantu.. Memang tak score la kan midterm aritu sebab taktau jawab..... T_T sobss..

Tadi dah check grade.. in order for me to pass that subject, kena dapat C..
which is 44% and above.
KALAU tak pass subjek ni, sem depan tak offer. kena tunggu sem lagi satu dan akan menyebabkan aku tak dapat grad ON TIME!!! oh nooo...Nauzubillah~ Mintak dijauhkan..

I need to study super hard to pass this subject. @_@

"Allahumma yassir wa la tu'assir"



Hurmmm..
Menyesal ambil major network!
Dah final sem lagi mau menyesal ke... -_-'

Unhappy..

Sedih..



































Sangat-sangat... =(

Tuesday, October 26, 2010

Padan muka kau! Ha Ha..

Kepada yang suka google pelik-pelik dan sampai ke blog ini, padan muka korang.
ha ha ha..


words to highlight:
vanidah dada??? hoi hoi..kau cari ape haaa?
kawan mandi basah? of coz la bila mandi tu basahh~


cari jantan??? xde jantan kat sini. harap maklum.
gambar sexy dlm kalendar??????? ha ha ha..
kalendar pon xde dalam ni..apetah lagi gambar sexy! :D


Monday, October 25, 2010

Sweet Escape~

Sweet moment with my sweet friends during a sweet sunset at a sweet lake. eyh? payau lake..
Me and ida trying hard sampai lenguh tangan to do this. Cik areja jadi photographer.

Location : Taman Metropolitan

Sunday, October 24, 2010

University of MONEY

university TERCINTA saya ni kalau bab duit je memang laju kan?
dah bayar yuran RM2996 dah..
Tetiba kolej baru tambah lagi RM78 untuk penginapan masa cuti dulu..
Bukannye saya taknak bayar. just saya BELUM bayar..-_-
ala setakat 78 tu pon nak hantar surat bagaiii kannn..
Siap cakap kalau tak bayar tak boleh ambik exam..
Parents kalau dapat surat camtu of course la diorang risau.........
SAYANG, saya tau la nak bayar..
tak payah nak surat2 sangat boleh tak sayaanngggg~

itulah, kalau bab duit memang strict, kalau bab kerja, hurm malas nak comment..
tak payah nak contoh jauh2, bagi contoh fac sendiri je..
masa nak mintak transfer credit dulu, dah la kena bayar RM5 untuk 1 jam kredit.
saya bayar beratus-ratus dengan harapan tinggi leh transfer..
rupanya tu semua janji palsu je...T_T

senyap je taktau khabar berita..dah nak habis 2nd year baru dia nak call follow up pasal transfer credit tu kan..eee...pandainyeee..anak sape la ni..i sedey tau u buat i mcm nie~
kalau dah 2nd year tu baik tak payah. dah ambik dah pon semua subjek yang nak transfer tu.. terima kasih jelah sebab 'CEPAT' sangat bertindak... T_T

lain kali kalau nak strict sangat pasal duit, tolong la strict pasal kerja sekali.
barulah seimbang..ini tak...bab kerja sume ke laut..
oh ye..saya bukan mengomel kat sini je..pernah dah suarakan kat saluran yang betul.
tapi senyap je. takde response. huh. majuk lah i ngan u ni..

lagi satu, masa student LI, perlu ke nak bayar segala yuran tu penuh2?
i mean, time LI kan xde nak g kelas ke, amik exam ke, xleh ke kurang dari yuran biasa? ni tak, RM50x12 jam kredit jugak..plus segala mak nenek yuran library, klinik, lab ape sume tu pon nak charge. baru2 ni dengar2 baru nak masuk meeting pasal hal yuran student yg LI. Baguslah.. Selamatkan junior2. :)



sorry lah..tak pasal-pasal membebel..
ini lah namanya luka lama berdarah kembali. ha ha~

Saturday, October 23, 2010

Blah blah

Hectic week almost over! Yaay.
Done with my VIVA for the fyp 1.
Almost over with uncountable presentations and assignments..
Hopefully, everything will be fine.. =)


Ouh btw, just now at midvalley, there was an exhibition about cosmetics and beauty.
for those who likes facial treatment, hair treatment, free make ups, photo shoots, theres a lot of vouchers to grab. facial treatment @ new york skin solution for just RM28. and there's so much more.

**Ni buat iklan free..tadi dia suruh dtg bawak kawan. tapi kawan semua sibuk dengan fyp. haha

Thursday, October 7, 2010

Apa kau rasa kalau...


Pada suatu hari, sedang kau present sorang-sorang dalam kelas, tiba-tiba kau nampak lecturer kau yang tengah duduk bagi markah tu tengok slide kau sambil senyum-senyum.
Apa kau rasa? jawab..jawab..

Aku rasa macam bodoh jer. Apa yang aku buat salah ni. Slide aku ada salah ker. Aku ada buat lawak ke? aku ada salah cakap ke? AAAAAaa...Sangat stress ok!
Taktau jugak nak kategorikan senyum tu sebagai apa. siniskah? sukakah? lawakkah? or dia tengah pk benda lainkah?

Hilang fokus aku bila dia senyum camtu..
Sampaikan apa benda aku nak cakap pun dah terlupa. tak pasal-pasal aku skip point yang aku nak elaborate. semuanya sebab nampak lecturer senyum. duh!


Sumpah tak faham kenapa!

Tuesday, October 5, 2010

Raya Versi " Dah Basi Baru Nak Post!!"

Selamat Hari Raya!! ha ha..
Adoi, terasa basi gila pulak.. Tapi lantak lah. nak wat gak post raya. =p

Family saya beraya kat Melaka. Masjid Tanah kampung belah mak.
Gambar banyak sangat, tapi saya letak gambar yang "senonoh" jela.. He he

Oh ye, masa nak dekat raya tu kan, tiba-tiba ada jerawat pulak baru nak naik. Haish. potong stim betul. Dah la besar, sakit pulak tu.. Saje je nak enterframe dalam gambar raya kan kan..



Gambar dengan nenek. Ni semua sepupu perempuan. Ramai lagi, tapi diorang belum sampai. And ada yang tak dapat balik jugak..



Ni pulak sepupu lelaki dengan nenek. pon same. tak ramai yang ade..



Ni tempat wajib bergambar. kat kampung saya ada serambi. kat serambi dan tangga serambi ni memang dah jadi tempat wajib bergambar tiap-tiap tahun. tak tau la ape yang cantiknya serambi tu sampai jadi tempat fevret dari kecik sampai besa..



dulu kecik2 tempat kitorang duduk tu bukan tempat bergambar tu, tapi tempat main. segala jenis aktiviti memanjat, bergayut, terjatuh semua pernah berlaku.. tapi da besar-besar ni jadi tempat posing pulak.^^



oh, belum habis lagi posing kat area serambi. kalau tengok 1 album memang boleh muntah sebab banyak sangat. :p tapi kitorang tak pernah la bosan bergambar..



Kazen-kazen!
oh, nampak tak jerawat saya? mesti tak nampak kan. nice angle! ha ha..



Kazen lagi!
Oh, nampak macam tangga je kan, dan saya pendek. ilusi optik je semua tu.
jangan percaya! =.=





Malam raya pertama tu, saya dan kazen2 keluar menjelajah ke bandar melaka. menjelajah ya, bukan menjajah!

gambar-gambar paling sopan pada malam tersebut, ada 2 je yang saya boleh letak. =p




Lagi2 kazen..



Gambar ni kat pantai mane ntah. lupa dah. tapi tak nampak pon laut nyer..gelap!


Raya kedua pulak kitorang wat BBQ. sedap oh! satu rumah bau asap sedap. tau tak asap sedap tu macam mana? bukan macam asap rokok tu. tak sedap... huhu.
Kesimpulannya, raya memang best. Makanan semua best. Kazen2 lagi best.. :)

Friday, October 1, 2010

Dia Super Comel, Saya Jatuh Hati.

Tak tau kenapa asyik teringat je kat dia. Sejak first time tengok dia aritu, hati dah terpaut. Selalu terbayang-bayang. Memang angau betul ni.. taktau nak buat macam mana dah..maybe kena pergi jumpa dia lagi sekali kot...


Asyik teringat je kucing kat mid valley haritu. comel sangat. dah la kaki pendek. nakal. tapi harga 1500 plak. kalau harga 1.50 da lama saya beli semua! ha ha :p
tapi sampai hari ni tak boleh lupakan dia.
saya dah jatuh hati dengan kucing tu.


Saya suka kucing. especially yang comel2.
kalau tengah sedih, tengok je kucing comel, terus happy..
kalau tengah marah, tgk kucing comel, terus sejuk..
memang kalau tengok kucing comel, hati terus cair meleleh..

nanti nak beli lah 1 bila dah keje.. :D
ye ye je kan..




tak pelah. buat masa sekarang, tengok jelah gambar2 kucing comel orang lain.. T__T
kalau sape ade kucing yang asyik beranak je, pastu anak dia comel-comel, contact me okay. ha ha..


gambar from google.