Thursday, June 18, 2009

Korang rindu aku kan? kan? Sape rindu dapat pakej percutian hujung minggu ke MidValley. Gila sesak.

Aku rasa macam dah jarang gila update blog waktu2 cuti ni. jangan kata update, online pon jarang. aku bukan saje2 taknak update, aku nak..*muka suci. sila percaya* hati ini meronta-ronta nak update, kalau boleh aku ingin dunia tahu tentang kewujudan seorang hananeechan. oh, lihatlah dunia! tapi jari ini kaku tatkala disuruh menari di papan kekunci.*ceh. ayat macam masuk deklamasi puisi peringkat sekolah rendah. T_T* okay, bahasa mudahnya, saya malas. sekian, terima kasih.



Berikut disenaraihitamkan aktiviti berfaedah lagi produktif yang aku buat semasa cuti. Bukan takat masa cuti je, masa tak cuti pon aku mmg buat benda berfaedah, cuma malas nak kecoh2. *T_T sedih sbb terpaksa tipu korang, walaupun aku tau korang tak percaya punya.*



Ok, bagi aktiviti yang kt bwh ni, korang pilihlah yang mana korang rasa betul2 aku buat time cuti.. :D

a) Bekerja membanting tulang mencari rezeki tanpa mempedulikan terik mentari



b) Hafal rancangan tv sehingga layak pergi interview kat astro untuk mengendalikan rancangan mereka



c) Rajin mengemas dan memasak dan memberikan makanan kepada jiran konon2 baik hati, padahal nak usha anak lelaki hensem.*xleh blah yg ni*



d) baca suratkhabar untuk mengetahui berita semasa yang berlaku dalam dan luar negara. tak sentuh langsung bahagian hiburan.



e) plan tengok wayang cerita monster vs alien 3D, tapi end up tengok cerita hannah montana.



f) layan dvd bersama keluarga untuk mengeratkan silaturrahim.



g) layan dvd sorang2 untuk improve bahasa inggeris. wtf



h) tidak emo bila berebut siaran tv. walaupun akhirnya terpaksa menonton sinetron indonesia. masih tidak emo. *kepada astro prima, agak2 bila cerita intan tu nak habis ek? sampai anak dia tu dapat cucu kah? ouh, jangan salah faham, saya tidak emo. saya hanya bertanya.*



i) mengemas dan menghias rumah dengan gigih sehingga boleh sertai deco bersama eric.



j) pergi kenduri yg byk giler tu untuk mencari jodoh.eh..untuk meraikan pengantin, bukan tau makan je..

k) menghabiskan beras ber kilo-kilo.

pesanan penaja: produktif tak cuti aku??

8 OrG ConTeNg:

ShaFril said...

wah produktif sungguh cuti awk...smuanya diisi dgn program2 yg bermanfaat muahaha =P

jijie said...

haha..agak produktif la anda..
p/s monster vs alien sgt2 best..rugi tak tgk(saje mau bikin pns)..lalala xD

Yna Izyana said...

sangat percaya kecuali a,d,g,h,j hahaha.

dgr2 cte intan tinggal lg 2 episod.isnin nnt episod las.yeay! buhsannnnnnnnnnnnnn gila tetiap 11mlm terpaksa tkr astro prima sbb kat blakang rmai nk balun sy kalau tkr channel len.wtf ahhh!

Mr.Clive said...

wtf tuh yang tak leh blah
hahahaha

Hananeechan said...

shafril : tau takpe. sangat produktif! :D

jijie : memang bikin panas betul..

yna : yeke..huhu..at last~

clive : ala, mcm tak biasa plak. hahaha

a little less conversation said...

yg las je ak rse ko wat..
haha

apsl smua ske cite intan eh..
ak pelik r
ak blk je umh..
pehh xleh bla..
ble kata smua family ak lyn cite 2..
ak de tertengok episod nye dh cecah 200++..wtf
bes sgt ke..
adoyaii
tp nk wt cmne..asl dorg bkk je cite 2..
mula r ak memulakan lagkah lpak kt kdai mamak..
haha

AlexAlabasta said...

Hey, yang G tu works for me! Hehe~

Seyesly, though~

MuNiR said...

he he dari mate anda da tau anda sedang tipu!!! ha3