Wednesday, December 1, 2010

Orang tamak selalu apa adik-adik? Rugii?? Salah!! :p


Semalam kan, ada sorang budak ni tak makan seharian.. busy study untuk exam lah konon..
Malam tu bila dah ada tanda-tanda cik gastrik nak melawat, budak tu pon ajak la kawan dia keluar makan, walaupun esoknya ada exam pukul 8.30 pagi. T__T

Disebabkan budak ni ada kupon subway, Buy 1 Free 10, (WAH engkau.. ingat subway tu abah ko punya ke nak bagi seploh.. Buy 1 Free 1 sudey~) dia pon bergegas ke subway bangsar bersama qyra dan lyla.

Tapi, bila dah sampai baru terfikir, kitorang 3 orang je..camana nak buy 1 free 2?? Kedekut lah katakan.. So, dengan tamak haloba nya budak yang konon tak makan sehari tu offer diri nak ambik 2 sandwich and guna lah 2 kupon, dapat 4 sandwich 6 inci yang gedabak. (Tapi masa ni budak tamak haloba tu yakin gila dia boleh habiskan semuaaa~ )

Budak tamak haloba tu pon order lah, italian bread + teriyaki chicken (1st sandwich) + steak and cheese (2nd sandwich) + all vegies except green bell pepper and pickles + bbq, mayo, and mustard sauce = gembira tak terkira...



ini lah hasilnya.. semak kan?? ha ha. cuba bandingkan dengan gambar bawah ni..


lain tak? lain tak?? ha ha.. tipah tertipu.
(picture from google image)



Sesi mengenyangkan perut budak tamak pon bermula...



Inilah budak tamak haloba tu. Teruja dapat makan setelah sehari minum air je..




Tengok, diorang taknak layan ke-teruja-an budak tamak..
Masing-masing buat-buat busy.
-_-"




Pandang sini please~



Qyra dengan chicken teriyaki nya..




Lyla dengan steak and cheese nya..


Budak tamak tu larat makan 1 je lah seperti yang dijangka. Lagi 1 bawak balik jelah yang mampu. Tapii... disebabkan budak tamak tu study sampai pagi sebab ada exam (kalau takde jangan harap), akhirnya sandwich lagi 1 berjaya dihabiskan pada jam 4 pagi!


Jadi, moral of the story is...

Orang tamak selalu kenyang..
boleh?
:p



Edisi Khas!

Entry kali ini adalah edisi khas sebab sekarang sudah pukul 2.00 pagi,
dan pada 8.30 pagi esok saya ada final exam!
Secara automatik post kali ni jadi "EDISI KHAS"!

Khas sebab sanggup mengabaikan pelajaran semata-mata nak update!
Tak kira lah, nak update jugak sebab sedih. T__T

Al-kisahnya bermula begini..
Saya dan kawan-kawan nak berdiri di atas kaki sendiri (yelah, kaki siapa lagi kan) . Nak duduk rumah sewa. So, ada la jumpa 1 rumah ni..Partially furnished, sewa RM650 sebulan..Kami nak duduk 5 orang, so ok lah kan!

Setelah bermuafakat membawa berkat dengan tuan punya rumah, dah setuju la nak masuk rumah tu 3hb, yakni(<----lama gile tak guna perkataan ni) selepas saya habis exam. Deposit seorang RM300 pun sudah disediakan dan akan dibayar 3hb nanti.

Tiba-tiba..
Tanggal 30hb November 2010 , lepas saya yang seperti zombie (kerana tidak tidur akibat study yang extreme) pulang dari exam, tuan rumah tu hantar sms.

DIA TAK JADI NAK BAGI SEWA SEBAB ADIK DIA NAK DUDUK RUMAH TU!! T__T
*marilah kita menangis meraung-meraung sambil hentak-hentak kaki*

Mari kita ulang tayang cerita pada hari kejadian..


House hunting, call sana sini dan berjumpa ex-rumah sewa :p



Eh, semangat tau kitorang siap buat catatan bagaiii..



ini sepatutnya bakal bilik saya, tapi belum apa-apa dah jadi ex. haha



ini ruang tamu rumah itu. memang puas hati dah kalau dapat rumah ni..
tapi apakan daya..
orang tak sudi..
wuuuwu..


Sedihnya! Dah plan macam-macam, nak cat rumah la, nak bersihkan rumah la, nak beli tilam la..Tiba-tiba, lagi 3 hari nak pindah, dia tak jadi nak bagi sewa pulak kan.. Terpaksa lah memulakan house hunting kali kedua pulak. sigh..

Harap-harap kalau jumpa rumah lain lepas ni, sepakat membawa berkat dengan tuan rumah tu biarlah betul-betul berkat. janganlah hanya menanam sekilang gula dipinggir bibir sahaja!

Oh ya, kalau sesiapa ada rumah sewa area PJ, bagitau lah ya.. Kasihanilah kami yang merempat mencari tempat berteduh ini -_-".

Ok lah, jom sambung study sampai pagi..!

Sunday, November 28, 2010

Saya PASRAH!!

Siapa kat sini pengguna tegar Google Chrome??
Saya!


Adakah anda berpuas hati dengannya?
Sangat-sangat berpuas hati sehinggalah......


Sehingga apa tu?
Sehingga baru-baru ini dia selalu crash dan asyik suruh restart! Grrr


Apakah kesan daripada masalah ini?
Kalau dah setiap 3 minit dia crash, setiap 3 minit kena restart, kesan buruk adalah kepada lappy kesayangan kerana saya tunjuk protes dengan menaip secara menghentak-hentak keyboard padahal google tak kena tempias langsung!

Kesan buruk juga kepada roommate yang rimas dengar saya membebel setiap kali ianya crash!


Apakah harapan anda?
Harapan saya semoga chrome saya cepat sembuh kerana saya dah penat restart2, tapi tetap kau mengada menagih perhatian lantas berasa bangga kerana dapat menjadi watak utama dalam post ini. saya suka chrome sangat-sangat-sangat kuasa 2 kerana ianya laju dan ringkas. tolong jangan buat hal.

Sekian terima kasih.

Saturday, November 27, 2010

Eh, Tak Fahamlah!

Kenapa ek, bila online ke tengok drama korea ke, main game ke mata segar bugar tak ada perkataan mengantuk atau malas pun dalam kamus hidup, ape lagi kamus dewan kuliah.

Tapi............!

Bila start je bukak buku, bukak slide nota, bukak software nak buat coding, pendek kata mengabdikan diri pada mata pelajaran demi masa hadapan yang cerah, tak tahu kenapa dunia semakin gelap. Menguap tanpa henti mengalahkan orang yang tak tidur dua hari. Serius tak faham. Adakah perlu minum Red Bull seperti yang dicadangkan oleh Lea? Atau kena meningkatkan pengambilan kafein untuk pembelajaran yang lebih efektif? Tak suka redbull sebab manis gila. Tak suka kafein sebab nanti tak boleh tidur langsung, badan lemau masuk angin. -_-". Tapi memang motif tak nak bagi tidur pun kan. Tsk..


Jemput minum nescafe suam ya.. Lepas tu kita sambung study. Semoga berkesan!


Thursday, November 25, 2010

Cuak Mode ON!!

I'm counting days for the final examination! o_O
This semester's subjects are quite heavy as there are 4 network subjects. Omaigosh~
I'm a dead meat!

And GREAT news!
My exam schedule is killing me.. tsk T_T

30 Nov : Digital Design 8.30AM
30 Nov : Decision Support System 3.00PM
1 Dec : Network Modelling and Simulation 8.30AM
2 Dec : Mobile Computing 8.30 AM
3 Dec : Wireless Network Security 8.30AM


Please pray for my success.

GOOD LUCK to my friends as well.. :)