Thursday, July 2, 2009

Why? why? whhhhhhhhhhyyyyyyyyyyyy~

Saya tengah praktikal kat mimos, technology park.
Team saya sume lelaki kecuali saya dengan nanthini.
bosan giler takde geng..i mean, of coz la kan, i need someone to tell me this, n that, from a girl's perspective.

ala, korang tak faham..bila join ngan dak laki cam susah sikit la..
time makan, diorang suggest mkn kat mamak. aku tgk nasi dia memang banyak gila la. kalau pompuan, mesti suggest mkanan yg sedap instead of banyak. kan?

makan ngan dak laki, susah gak. eventho nasi diorang banyak, diorang tetap habis dulu.. aku tengah sedap2 duk makan, tetiba baru perasan, diorang tgh tunggu aku habis je. adoii, hilang terus selera aku..takkan nak wat diorang tunggu lama, kan? tak best.

perbualan time makan pon cakap pasal on-going project yang kitorang involve. cuba bayang kalau mkn dengan pompuan, mesti topik dia lebih menarik kan? kan?

lepas tu g surau, of coz la sorang2 dlm surau..takkan la nak join diorang gak. bapak melampau.. lepas semayang, pompuan mesti nak betul2 tudung dulu, bedak2 sikit, tapi yang laki da tunggu kat luar. aaa..giler rushing. u get what i mean?

hurm...i really need a girl friend. bukan les, just teman berborak dan bergossip dan berjalan. heh..

on my 2nd day to work, hujan lebat gile dasyat sampai rasa macam nak masuk umah balik, mengeram bawah selimut.
tapi sebagai pekerja yang berdedikasi, saya redah jugak la.
nak menjadikan cerita saya lebih perfect, masa nak keluarkan baju hujan tu dari motor, tersangkut n koyak la pulak.. tapi pakai jugak, cukup syarat. apa lagi, basah kuyup habis la tadi.uwaaaaaa

bila nak scan attendance, dia tak dpt detect cap jari saya sebab basah. asyik denied je. nak lap pon takleh sebab baju basah. sedey gila. tapi setelah berusaha dengan gigih, akhirnya dia detect gak. tu pon da dekat pukul 8.30...

masuk lab tu, bapak aa menggigil. baju basah, tudung basah, kain basah, kasut basah, tangkap basah, eh tak2.. pastu duk tempat aircond. huh. sangat best! T_T
jadi saya pon masuk toilet keringkan apa yang patut guna hand dryer dlm toilet. ala2 mr bean buat tu la...sedey gila hari ni.. da la tak sempat breakfast.

waaa...i need a driver..anyone?

Wednesday, June 24, 2009

Transformers 2 rawks bebeyh!!

I watch transformers at klcc last night. i'm not the fan of transformers comic, but the movie was awesome! much much better than the first. all the actions, humors, romance are combined into 1. i should tell some spoiler here so that u guys who haven't watch will hate me. hahaha..

spoiler:
-sam with another girl *wink.wink*
-bumble bee is soooooooooo cute!
-sam become a phsychotic genius and he was hunt down.
-the death of optimus prime. *quite sad*
-megatron is alive.*as expected*
-new leader of decepticons
-more newborn decepticons
-of course, happy ending. :D


must watch. i'm going to watch it again..yaay!

Friday, June 19, 2009

Cekidaut..Kepochi mode..

Hari ni mood untuk menjadi kepochi sangat tinggi. masa pon banyak. jadi, apa kata korang dengar aku membebel. eh, baca aku membebel.. erm, mcm tak best je perkataan baca tu. ok lah tuka balik. dengar aku membebel. *eyh, dah la woi..*
ok2..bebelan bermula *nada excited mcm pengembaraan bermula dlm cerita geng tu*

dlm entry lepas, aku ada tulis pasal aktiviti aku g kenduri kan?
so, kali ni nak letak gambar aku sebelum g kenduri lak.



sebahagian gambar poyo pergi kenduri masa cuti.*take note.SEBAHAGIAN* banyak kot kenduri, nasib baik tak gemok. sebenarnya tak rajin sangat nak pergi. tapi dah kena paksa, pegi jugak la kan. ibu aku cakap, kalau malas2 pergi kenduri org jemput, nanti aku kawin, xde org datang, baru padan muka. erkk..bole ke cmtu? whatever la.. kata ibu aku lagi, org nak bg makan free pon malas jgk.tapape. :D

ok fine. aku pergi. dan bergambar itu wajib untuk seorang yang bukan model mcm aku. kalau model byk je photographer nak amikkn gambar. klo bukan model, mcm aku, ambik gamba sendiri2 sudaaa~

nak dijadikan cerita, dlm byk2 kenduri yang kitorang plan nak pergi, majoriti nya mmg kenalan abah atau ibu aku la kan. tapi ada satu kad jemputan kawin misteri ni, abah n ibu tak kenal dan terlupa sape yang jemput. diorang mcm malas nak pegi. tapi aku plak ckp, pergi jela. mane tau da jumpa tuan rumah nnt bole recall balik, jejak kasih ke hape..
ok, sebenarnya aku nak sangat pergi kenduri ni. sebab kad dia sangat cantik. dan mahal. haha.
mmg tgk kad pon da tau, orang kaya nih. so bila smpai tempat kenduri tu, mmg kaya pon la. dia punya gifts untuk guests pon bukan calang2. makanan pon superb, walaupon aku tak mkn sbb dah g 2 kenduri seblom tu. aku minum cendol je, tapi aku tau la sedapp..

kesimpulannya, parents aku still curious, siapakah gerangan yang menjemput itu. sebab mmg tak kenal sape2 pon kat situ. mmg sangat pelik. takpun da kaya sangat sampai nak jemput satu daerah? hurmm..whatever.

......................................................................................
coming up next is....*mcm kat axn plak*


a birthday dedication. dikesempatan ini, kami, krew2 hananeechan.fm ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada cik LYLA!!! *anggapla ayat ni diumumkan pada 16 jun *


dia kawan. dia geng. dia coursemate, dia collegemate, dia fashion advisor, dia personal consultant, dia kawan hang out, kawan sesat bila hang out :p, dia peramah, dia ayu xlasak2, dia suka gelak, dia sengal gak *kdg2 ckp sorang2 =p*, dia cantik, dia happy go crazy, bilik dia tempat saya pergi bila rasa ada cerita hot, cerita suam2, cerita dongeng, cerita sedih, bila blurr taktau nak pilih baju *termasukla bilik nonie :D*, tempat saya pergi bila bosan duk kat bilik, n bila lapar sbb dia banyak megi :p banyak lagi tapi mcm banyak lak nak taip.. pendek kata, mmg senang kawan ngan dia ni.. sape nak kawan, taip on KAWAN dan save as drafts. tak payah send. hehe... selamat bertambah tua cik lyla! :D



17 jun.. HAPPY BIRTHDAY to my one n only brother...FARHAN @ aan.
dah bagi hadiah 2 helai tshirt kat dia, tapi 1 tu kecik nampak kamu buncit. sila diet bila balik kolej nnt. okeyh!



Dan dedication yang terakhir, SELAMAT HARI ABAH!!!!
aku dengan adik hadiahkan abah ikan baru sebagai penyeri tambahan kolam abah ni.
tapi xnmpk la ikan yg kitorang bagi tu. dia hilang laju sangat.. tapi lega la jugak bila tgk ikan junior tu leh geng dgn ikan senior..risau gak klo dia gaduh2 kan.
abah pon suka ngan hadiah tu.. lain kali klo ada duit nak bagi bowling set lak kat abah. sbb dia mmg suka sangat main bowling. tapi dia tak suka main ngan kitorang sebab dalam 3 game yg kitorang main, sume abah menang. takde persaingan langsung. cis. hahahha

pesanan penaja : sebenarnya ada lagi nak bebel. tapi lapar la plak. ijinkan aku pergi..

Thursday, June 18, 2009

Korang rindu aku kan? kan? Sape rindu dapat pakej percutian hujung minggu ke MidValley. Gila sesak.

Aku rasa macam dah jarang gila update blog waktu2 cuti ni. jangan kata update, online pon jarang. aku bukan saje2 taknak update, aku nak..*muka suci. sila percaya* hati ini meronta-ronta nak update, kalau boleh aku ingin dunia tahu tentang kewujudan seorang hananeechan. oh, lihatlah dunia! tapi jari ini kaku tatkala disuruh menari di papan kekunci.*ceh. ayat macam masuk deklamasi puisi peringkat sekolah rendah. T_T* okay, bahasa mudahnya, saya malas. sekian, terima kasih.



Berikut disenaraihitamkan aktiviti berfaedah lagi produktif yang aku buat semasa cuti. Bukan takat masa cuti je, masa tak cuti pon aku mmg buat benda berfaedah, cuma malas nak kecoh2. *T_T sedih sbb terpaksa tipu korang, walaupun aku tau korang tak percaya punya.*



Ok, bagi aktiviti yang kt bwh ni, korang pilihlah yang mana korang rasa betul2 aku buat time cuti.. :D

a) Bekerja membanting tulang mencari rezeki tanpa mempedulikan terik mentari



b) Hafal rancangan tv sehingga layak pergi interview kat astro untuk mengendalikan rancangan mereka



c) Rajin mengemas dan memasak dan memberikan makanan kepada jiran konon2 baik hati, padahal nak usha anak lelaki hensem.*xleh blah yg ni*



d) baca suratkhabar untuk mengetahui berita semasa yang berlaku dalam dan luar negara. tak sentuh langsung bahagian hiburan.



e) plan tengok wayang cerita monster vs alien 3D, tapi end up tengok cerita hannah montana.



f) layan dvd bersama keluarga untuk mengeratkan silaturrahim.



g) layan dvd sorang2 untuk improve bahasa inggeris. wtf



h) tidak emo bila berebut siaran tv. walaupun akhirnya terpaksa menonton sinetron indonesia. masih tidak emo. *kepada astro prima, agak2 bila cerita intan tu nak habis ek? sampai anak dia tu dapat cucu kah? ouh, jangan salah faham, saya tidak emo. saya hanya bertanya.*



i) mengemas dan menghias rumah dengan gigih sehingga boleh sertai deco bersama eric.



j) pergi kenduri yg byk giler tu untuk mencari jodoh.eh..untuk meraikan pengantin, bukan tau makan je..

k) menghabiskan beras ber kilo-kilo.

pesanan penaja: produktif tak cuti aku??

Monday, June 8, 2009

Aku dolu-dolu part 1

1) Korang ingat tak apa yang berlaku masa korang kecik2 dulu? aku ingat tau apa yang jadi masa tadika dulu, sampai la besar..aku ingat most of it..

Aku anak sulong. parents aku bekerja. so, aku dah biasa uruskan diri sendiri. masa tadika, aku g sekolah sorang2 even first day. aku naik bas je. agak nakal. aku suka gelakkan budak2 yang datang skolah nangis2. yang paksa mak dia tunggu kat pintu kelas. lagi kuat kena ejek bila ada yang g sekolah bawak bantal busuk. siyes kelakar. bantal bentuk botol susu gergasi you!!.. wahahaha

ada sorang kawan laki aku ni, panggil je M, ada satu hari tu, cikgu suh ambik kertas kat depan. tapi bila panggil M ni, dia tanak gerak dari tempat dia. dia suruh aku ambikkan. aku pelik la. bila aku bagi kertas tu kat dia, aku terhidu satu bau yang busuk nak MAMP**. rupa-rupanya dia berak dalam seluar. wahahahhahahah. *maafkan gelak yang kurang sopan itu. siyes aku gelak sorang2 depan lappy sebab teringat*
aku sebagai budak nakal yang terkenal pon ape lagi, ejek sampai dia nangis. dia balik naik bas sama ngan aku.tapi dia kena pakai tuala. cikgu takde seluar spare. hahahhaha. lagi kelakar bila cikgu tanya, pandai basuh tak, dia geleng2 sambil wat muka sedih. hahahha...*kesat air mata, gelak banyak sangat*
kepada M, aku tau ko tak baca benda alah ni. tapi aku mintak maaf la yeh. hahahhaha. ok, enuff gelak.

---------------------------------------------------------------

2) Ada satu kes yang lain plak. korang tau kan perangai budak2 yang suka lumba2 sape sampai dulu? aku suka lumba2 sape naik bas dulu. yup, aku selalu menang. tatau nape sekarang da lembab. nak dijadikan cerita, ade satu hari tu aku first naik bas balik dari tadika. aku pon ambik tempat duduk tepi tingkap sambil gelak2kan diorang yang kalah. aku pandang kat tempat tunggu bas tu. ada beg tertinggal. tengok lagi, macam kenal. zoom in. erk, beg aku! aku tatau nak buat apa. malu kot nak turun balik, sebab konon2 lari paling laju, dapat no 1 naik bas, padahal beg sekolah tertinggal. bodoh betul. aku pon dengan berat hati meninggalkan beg itu di situ..

balik rumah, bila abah balik kerja, aku ajak g sekolah balik ambil beg yang tertinggal. hehehe~
tapi tengok2 da takde. gone. yillek. rupanya, cikgu aku simpankan..lalala~
esoknya, dapat no 1 lagi. but this time, with bag. haha..

----------------------------------------------------------------

3) Adik laki aku muda setahun je dari aku. so, bila dia start sekolah, aku officially jadi guardian angel dia. dia pendiam. pemalu. tak nakal sangat kalau nak banding dengan aku yang hyper.
so, dia selalu kena buli. tiap2 hari pencil color dia hilang kena curik. tiap2 hari mak aku kena beli baru. i'm not joking. tiap2 hari. kadang2 baju pon kena curik. ada sorang budak gemok ni suka buli dia. aku lupa nama budak tu. sebagai kakak yang bertanggungjawab, ahem.. aku pon menjalankan tugas. aku pergi kelas adik aku, jumpa budak yang selalu buli dia tu, dan bagi warning.. hoho. bergaya tak? lepas tu dia tak berani da la nak kacau adik aku..huhu~

pesanan penaja : siapa nak ambil aku jadi bodyguard sambilan, jangan malu2 contact aku, okeyh