Saturday, November 8, 2008

Kehadapan Rayna si budak BucUk~



Rujukan : um.kk8/123/HBC
Tarikh : 8 November 2008

Cik Rayna
IPSAH,
Sg. Petani,
Kedah.

Saudari,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENANGGUHKAN SESI PENYAMPAIAN HADIAH


Merujuk kepada perkara dan gambar di atas, saya dengan sukacitanya ingin memaklumkan pihak saudari bahawa hadiah saudari akan diberikan sedikit lewat ye..

Hal ini berlaku disebabkan tahap kesibukan saya yang agak tinggi, serta kekangan daripada peperiksaan akhir yang sedang berjalan. Memandangkan saya ni seorang pelajar yang skema dan berwibawa ye cik rayna,(sila highlight disitu) maka hadiah cik rayna akan saya berikan sejurus selepas saya pulang ke rumah. Berikut saya sertakan tarikh-tarikh penting yang cik rayna perlu tahu:

Tarikh : 17 .11 .2008 (pagi)
Acara : Exam Network Technology

Tarikh : 17. 11. 2008 (petang)
Acara : Sesi Lepak dan Enjoy

Tarikh : 18. 11. 2008
Acara : Maybe enjoy lagi


Sehubungan itu, tarikh yang tepat untuk saya pulang ke rumah masih belum ditetapkan lagi berikutan banyak program yang lebih menarik ye di sini..Saya amatlah berbesar hati sekiranya cik rayna sudi bersabar dan menunggu di depan pintu rumah untuk menyambut kepulangan saya nanti ye.. Oh ya, serta menunggu hadiah misteri itu..

Saya juga ingin memaklumkan di sini bahawa jumlah wang perbelanjaan saya disini tidaklah sebesar mana. Jadi, saya harap cik rayna faham-faham la ye..Jangan la mengharapkan hadiah yang mahal dan berjenama dari saya yang miskin ni. Kalau mahu yang mahal, minta la pada ayahanda dan bonda tercinta.

Kerjasama yang diberikan oleh pihak cik Rayna amatlah saya hargai dan sanjungi dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.


Yang comel,

Hananeechan

.................................
(Kakak mu yang baik hati)
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur.



p/s: Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas (style dulu2)
Pecah kaca pecah gelas, haa ganti balik.Sape suruh pecahkan..

HAPPY BIRTHDAY RAYNA!!!!!!!!!
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YG KE-18
  • pasni da bole masuk wayang cite 18 tahun ke atas legally, walopun seblom ni ko redah je kan walopun x cukup umo..
  • selamat menjadi lagi tua..
  • jangan membesar jadi lagi tinggi, nanti shaye nampak lagi bantut..
  • kalau ko nak kawin dulu, langkah bendul, pastikan sumenye serba 3 ye..akak 2 ko 1..
  • Nanti nak g new zealand, bawak akak skali.. =p
  • n last but not least, thanks 4 being such a nice sister for me..
*terharu x?* takk?? bwekkss~
Jgn degil2..jgn garang2..hepy go crazy alwizz~

p/s: thanks 4 da shirt u bought me last raya..
time kasih daun keladi,kalo de wit lebey, beli la lagi~
ngee~
ko nak hadiah ape ek? bagi hint sikit..tatau aa nk bli apa..

2 OrG ConTeNg:

FunNaDGreat said...

ahaha~
ni sti windu nk wat surat rasmi kn??
;p

btw,
hepi bday rayna!!!~

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.