Monday, August 16, 2010

Bukan cerita saya.

Puasa dah masuk 7 hari. So, dah boleh biasakan diri belum?
Yang selalu konon-konon terlupa tengah puasa tu, ni dah seminggu. tak payah nak buat-buat lupa sangat la kan. :p

Saya nak cerita kisah menarik di bulan puasa..

Ada 1 hari tu.. lepas sahur, saya tak tidur..lepas subuh pon tak tidur jugak. Study? memang takla..hahhah. online je..
tepat jam 8.03 pagi
tiba-tiba, roommate saya bangun.
dia menggelabah tak hengat punya.

saya pandang jela dia dengan riak wajah (kau apehal?)
pastu dia cakap
"saya ada exam pukul 8!! kalau lewat tak boleh ambil."

dia bangun dari katil je, terus tukar baju. tukar seluar. pakai cermin mata. ambil beg kuliah. terus keluar bilik meninggalkan saya dengan wajah (what the heck.. lajus gilass)

2 saat lepas dia pergi tu saya rasa macam bersalah la jugak. tak kejutkan dia.
tapi mana saya tau maaa dia ada exam.. saya tak salah!

10 saat lepas rasa bersalah hilang, saya baru perasan.

-seluar dia tukar tadi ada atas keyboard laptop. baju atas katil. memang dia main campak je.

-selalu dia pergi kelas pakai lens. tapi masa tu pakai cermin mata je.

-tiap-tiap kali dia keluar bilik, mesti kunci pintu dan tutup rapat. tapi masa tu, jangan kata kunci. pintu pon tak tutup.

-dia pergi kelas selalunya pakai sneakers. tapi masa tu dia sarung selipar tandas je.

-roommate saya seorang cina yang tiap-tiap pagi bangun awal mandi basuh rambut. tapi hari tu, semuanya tak sama.

dan paling kelakar, bila dia balik, dia terkejut tengok seluar dia atas laptop. barang sepah-sepah. haha. dia tak ingat pon bila dia campak-campak. yang dia ingat, exam. exam. exam. :D

So, moral of the story, kalau exam pukul 8, tak payah tido la senang. hahahah

Saturday, August 14, 2010

jantanss u oll~

Keywords minggu ini yang nak di highlight:

"cd jalan-jalan cari jantan"
apekah?? jalan cari jantan pon ade cd ke? bulan puasa ni nyah.. jalan-jalan pergi terawih yokk!
serius tak faham motif dia cari cd ni. tapi yang kelakarnya boleh lak sampai ke blog ni kan. hahah. tak dapek la jantan yang ko cari tu.


"king kat"
err...ok, tak tau apa benda raja kat ni ye.


"datin cari jantan"
hah, ni lagi sorang. kenapa semua nak cari jantan lepas tu sampai ke blog ni? aku bukan agen mencari jantan untuk datin mahupun orang awam yang kurang kasih sayang. encik google saje la tu nak cop blog ni sebagai blog mencari jantan. heheh. tapi bagus jugak. kalau siapa2 yang google perkataan pelik-pelik tu, hantar je kat blog ni. biar dia kecewa tgk blog pink yang bosan ni. tak jantan langsung kott pink. :p


"hantu lemak"
ye, blog saya lemak berkrim. kepada hantu-hantu lemak sekalian, jemput masuk~

Monday, August 9, 2010

Cuci The Musical 2!! :D

Siapa yang cakap cuci tak best? Kita tak geng! Hehehe.. Sebab saya rasa best je! Lawak!
Saya pergi tengok cuci 2x tau. first pergi duduk kat tingkat atas. memang tak nampak sangat.. dengar suara jela. jauh kott..

second time pergi barulah terbaik! duduk bawah sekali.. nampak jelas dan nyata lubang hidung, jerawat apa semua! eventhough tengok kali kedua but still gelak okey! mereka sangat cumel dan kelakar. nak-nak time tersasul. merapu je bila tersalah dialog. pastu sume tahan gelak. lagi kelakar.

Berikut adalah gambar-gambar yang di ambil pada hari kejadian. jika anda mendapati bahawa gambar-gambar tersebut terlalu kecil sehingga menyembunyikan jerawat-jerawat di wajah, sila klik untuk tumbesaran yang pantas.(huh, ayat skema!!)

inilah 4 orang budak comel. awie yang kiut sebab berlakon lembut, hans yang kiut giler sebab dia memang kiut, pastu jadi pulak "khai yang berterus terang" dalam cerita tu, lagi lah kiut miut. afdlin yang super kiut sebab montel. gaya dah macam spongebob. nabil yang namanye kiut dalam cerita tu. nama dia c'tan, tapi selalu sebut c koma di atas tan. haha!




vanidah imran sangat santek. tema baju dia warna merah. outfit dia mesti ada kaler merah. dia memang minat merah kot. tapi serius tak sangka yang dia boleh menyanyi. suara boleh tahan oh!



masa 2nd time saya pergi, rupanya hari tu birthday harith iskandar. so after the performance, diorang celebrate kat pentas tu.. kek itu dibuat oleh wife harith okay. so shweet..



saya suka suara jac yang sangat sedap itu. suka rambut lion king dia jugak. hahaha..



awie dan nabil. awie berlakon jadi macam lembut gitu. tapi serius comel! ayat nabil paling aku ingat dalam cerita tu : M.O.J!! ---> Mak okey jerr! Tak sangka dia boleh jugak berlakon. banyak gak dialog nabil dalam ni.



sangat jealous dengan adik ini yer..hahahah :p




newsflash: masa tengok-tengok balik gambar CTM2, tiba-tiba terperasan satu benda. Cuba tengok rantai vanidah dengan rantai saya.
SAMA!!!!! :D
btw, baju hitam ni saya pakai masa 2nd time pergi.


baju putih ni masa 1st time pergi. gambar tengah tu, baju macam kedut gila kan? cisstt~



Okey, overall saya memang berpuas hati la tengok cuci the musical 2. dulu tengok puteri gunung ledang the musical pon best jugak :D yelah, kalau tak best, takdelah penuh istana budaya tu kan. nak parking pon susah. nak pergi toilet pon kena beratur panjang. hishh!

so, lain kali kalau ada teater yang best2 lagi, kita serbu yok!! :D


Waktu berbuka puasa dan imsak 2010


Klik gambar untuk tumbesaran ye~
Sumber: Jakim


Selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh umat islam. Di harap puasa tahun ni membawa lebih banyak keberkatan. Disebabkan saya berada di area KL, so saya letak jadual berbuka puasa dan imsak 2010 kat sini. Kalau tengok kat jadual tu, makin lama buka puasa makin awal. Tehehee :p

So, macam biasa, entry2 akan datang akan lebih bersopan, serta tiada unsur2 yang boleh mengurangkan pahala. Hopefully! :D

Kalau pergi bazaar ramadhan tu, bawak duit sikit2 jer. jangan banyak2. nanti mula lah rasa macam nak makan semua yang ada kat situ. maklumlah, perut tengah lapar. bau sedap2 memanggil pulak tu. memang borong la kan.

Ada juga kawan2 lelaki yang 'berjimat' masa bulan puasa ni. diorang pergi berbuka kat masjid je hari2. Kalau yang memang dah selalu pergi masjid tu tak heranlah kan. ini yang tak penah jejak kaki tu, tiba-tiba masa bulan puasa, memang muka dia jer ada time berbuka tu. hehe.. takpela, at least pergi jugak masjid. daripada yang tak pergi langsung..kan?

Oh ye, tahun ni saya ingat nak mengaji banyak2. tapi Qur'an saya hilang. (Qur'an pon ade orang nak curi. sumpah tak faham.) So, sekarang ni saya mengaji guna handphone je. memang nak rabun pon ade. kecik kott tulisan dia. so, siapa2 yang nak pahala lebih tu, bagi la saya pinjam quran sementara saya nak balik ambik quran kat rumah. :p


Sunday, August 8, 2010

Kaki macam nak tercabut oh!

Tadi aku gi pc fair. gila ramai manusia kat situ. nak bernafas pon berebut oksigen. huhuh.gile melampau. nak nampak barang2 kat booth pon susah. nmpk orang je. siap ade announcement anak hilang. mak ayah busy shopping, lupe ada anak. ingatkan bujang trang tang-tang lagi kan..

Nak makan kat burger king klcc pon kene berebut tempat oh! bege pon da tak berapa sedap pasal diorang buat cincai2 je..ramai sangat orang..menci.

Aku mmg tak suke pegi tempat sesak2 ramai orang camtu.

1st sbb ramai orang. nak parking susah, nak makan susah, nak beli barang susah, nak jalan pon susah.

2nd sebab aku tak tahan bau badan orang bila tempat sesak camtu. aku cepat emo kalau bau busuk2 ni. ngade2 sket.

3rd sebab dah xde privacy zone. sesak2 camtu, kena himpit macam burger. hishh..memang teman tak gemor betoi le. org laki suke la kot. :D hehehe

4th---> berbalik kepada topik. kaki guwe udah mau tercabut! sakit gila ok. itupon pakai kasut flat tu. aku memang tak faham la macam mana pompuan2 kat situ masih gagah berdiri dengan memakai heels. ewww...sakit kot! memang TAK LA kan aku nak pakai heels g tempat2 yg kena berdiri dan berjalan sangat lama!

kesimpulannya, duduk rumah, online ke, tengok tv ke, sambil makan potato chips yg menggemokkan itu, sambil minum twister orange yg sejuk dan lazat, adalah 100X lagi best!!
Maka, marilah kita menjalankan kempen duduk rumah time weekend supaya pasaraya dan wayang xramai orang, dan jalanraya tak jam. ngeeee~